Anda di halaman 1dari 3

BAHAN-BAHAN

1 kilo kacang tanah


Sebuku bawang putih
( buang kulit & kisar/tumbuk)
4 sudu besar cili kisar
Garam & gula
(secukup rasa)
4 biji telur
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung jagung.
4 Sudu besar bijan
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT.
1. Gaulkan kacang yang telah di cuci dan ditoskan dengan bawang putih
kisar, cili kisar , gula dan garam.
2. Masukkan bahan yang lain selain minyak dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api yang sederhana.
Pisah-pisahkan kacang sambil dikacau supaya masak rata.
4. Angkat bila kacang nampak agak garing dan toskan.
5. Sejukkan dahulu sebelum meyimpan.
Bahan-bahan ( - )

500gm kacang tanpa kulit


15-20 ulas bawang putih (diblender dengan sedikit air dan sedikit
garam) - masin ikut selera sedirik la yer...
20 ulas bawang putih (dihiris) - banyak pon boleh, suka hati.
Segenggam ikan bilis (kalau suka)
Air

Minyak
Cara-cara

1.

Didihkan air didalam periuk. Bila dah didih tutup api dan tuangkan
kacang. Biarkan selama 3-4minit pastu toskan.
2.
Gaul kacang dengan bawang putih yang diblender tadi. Perap
setengah jam.
3.
Panaskan minyak. Goreng kacang tadik sehingga hampir kekuningan
kemudian masukkan bawang putih yang dihiris dan ikan bilis sehingga
bawang putih/ikan bilis garing dan kacang masak. (Kalo takut kacang/ikan
bilis/bawang putih hangus boleh goreng asing)
4.
Bila dah masak toskan dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah
dimasukkan dalam balang kedap udara. Selamat untuk dimakan...

Kiriman: uyieesophie
Hits: 873 Rating: 9.50 Review: 0

Email this
Recipe

Print this
Recipe

Bahan-Bahan:
Cakui / Pak Tongko
1kg tepung gandun (anchor brand)
1 pkt instant yeast (mauripan)
cawan minyak mazola}
1 cawan gula pasir }satukan
3 cawan air }
sedikit garam }

2 biji telur
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh air kapur

Cara:
*satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung
tadi, gaul.
*masukkan bahan yang telah dilarutkan bersama air.
*uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan.
*tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan
pagi.
*uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut.
*ambil sedikit adunan dan canaikan.
*potong bentuk memanjang 7 X 2 cm
*guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan
bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
*ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit
dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
*ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana
Cadangan Hidangan:
boleh makan begitu sahaja atau disapu dengan mentega, kaya, jem atau
dimakan bersama kuah kacang.

Tambahan:
semakin lama anda uli, adunan akan bertambah lembut (fine)
boleh guna yis basah(beku)dan hasilnya lebih baik.
minyak mazola bolah diganti dengan minyak masak atau
mentega/marjerin yang dicairkan