Anda di halaman 1dari 5

MASYARAKAT BERILMU MENJAMIN KESTABILAN NEGARA

bismillah hirrahamanirahim..
Asslamualaikum wmthbrkth....
Alhamulillah.......
Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan,
seterusnya umat Muhammad sekalian.

Firman Allah

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu diantara kamu ke beberapa darjat

Justeru ,tampillah saya di podium ini demi melakarkan wacana yang bertajuk .
MASYARAKAT BERILMU MENJAMIN KESTABILAN NEGARA.
Lantas, saya tampilkan dahulu intepretasi yang membina maudhuknya.
Masyarakat berilmu membawa konotasi sebuah kelompok individu yang mempunyai
pengetahuan dan kepandaian,
Menjamin ditakrifkan sebagai memastikan,
Manakala frasa kestabilan Negara membawa maksud, kerajaan yang utuh dan kukuh.
Secara totalnya, tajuk ini akan memperkatakan tentang, keutuhan Negara dapat dibentuk
andainya kelompok individu mempunyai pengetahuan dan kepandaian yang luas serta
mengamalkannya
Muslimin dan muslimat,

1. ILMU EKONOMI ASPIRASI KEJITUAN NEGARA.


Kemantapan ilmu ekonomi melahirkan sebuah daulah yang aman dan makmur serta bebas
daripada gejala rasuah mahupun spekulasi. Julai 1997, Malaysia membuktikan, minda kritis
ilmuan ekonomi negara mengaplikasikan sistem ekonomi islam lantas membantutkan kejatuhan
ekonomi dasyat yang direncanakan oleh spekulator dunia. Natijahnya, negara kita utuh sehingga
kini.
Firman Allah:

dan aku menghalalalkan jual beli serta mengharamkan riba


Konklusinya, dinamika ilmu ekonomi aspirasi daulah yang aman.
2. ILMU ASTRONOMI NAHDAH GENERASI FUTURISTIK
Astronomi ialah kajian tentang bintang, bulan dan cakerawala. Keajaiban ilmu astronomi
memampukan insan bestari mengkaji dan membangkar rahsia alam. Harun Yahya,saintis Islam ,
dalam laman webnya, memaparkan Era Degenerat , akan berlaku 100 hingga 1037 trillion akan
datang. Bahkan,hasil Revolusi intelegensia memungkinkan kemunculan pelbagai teknologi
terkini seperti setelit, natijah penguasaan dan pembongkaran ilmu astronomi.
Firman Allah
Surah Ar-rahman :5
Matahari dan bulan berputar mengikut putarannya.
Jelas, Ilmu astronomi pemangkin Kesejahteraan Negara.

Sidang saksi bermisi,

3. ILMU MATEMATIK MENCERNA KESTABILAN NEGARA.


Ilmu matematik ialah bidang yang melibatkan kira-kira. Lihatlah bagaimana keunggulan ilmu
matematik Al-Khawarizmi.Teorem Pithagoras diaplikasikan sehingga hari ini sebagai asas dalam
bidang ukur-mengukur seterusnya memungkinkan Menara Berkembar PETRONAS, Eiffel
Tower dan pelbagai bangunan berdiri utuh.
Firman Allah:

Konklusinya, ilmu matematik mencerna negara yang mantap.

Sidang saksi bervisi,


4. PERUBATAN MENJAMIN KESIHATAN SEJAGAT
Perubatan ialah ilmu berkaitan kesihatan sejagat. Pengaplikasian ilmu perubatan yang diterajui
oleh Ibnu Sina dengan Al-Kanun Fil Tibb menjadi nahdah kesejahteraan jutaan Filosof dan
intelektual. Hari ini, segala penyakit bagaikan tiada sempadan penawarnya hatta penyakit aids
mampu diubati dengan pokok bintangor ,hasilbumi Negara kita, dengan izin Allah, natijah
penguasaan ilmu perubatan.
Firman Allah:

Setiap penyakit ada ubatnya


Justeru, ilmu perubatan mampu mewujudkan umat yang berkualiti fizikal dan mental.

Hadirin sekalian,

5. ILMU KEJURUTERAAN MANJANA KEAMPUHAN NEGARA


Kejuruteraan mampu merevolusikan dunia dengan perubahan yang dibawa. Lihatlah hebatnya
dunia hari ini dengan besi yang berterbangan di udara, suara dan wajah yang didengar dan dilihat
beribu batu jauhnya, pedati yang bertukar kepada lrt, natijah ilmu kejuruteraan.
Firman Allah,

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib
mereka.
Jelasnya,ilmu kejuruteraan menjana pembangunan globalisasi.

Sidang hadirin,
6. ILMU TELEKOMUNIKASI NUKLEUS UMMATUN IZZAH
Telekomunikasi ialah perhubungan meliputi telefon,internet dan komputer. Kewujudan gentian
optic,jalinan megamaya akan merapatkan silaturrahim umat Muhammad seterusnya menjana
integrasi.
Firman Allah,

Tidak beriman seseorang itu sehingga mereka saling mengasihi saudara mereka sebagaimana
mereka mengasihi diri mereka sendiri
Tegasnya,Kecanggihan ilmu telekomunikasi mampu melahirkan perpaduan unggul.

Saudara saudari,
7. AL-QURAN TERAS SEGALA ILMU UNTUK MENCORAK KESTABILAN NEGARA

Al- Quran ialah kitab yang termaktub segala ilmu di dalamnya dan tiada sempadan .
Penghayatan ilmu al-quran ternyata mampu melahirkan masyarakat yang dinamik, efektif dan
futuristic. Sejarah membuktikan penguasaan dan pengaplikasian ilmu al-quran melahirkan
intelegensia seperti Ibn Rusd, Ibn Sina dan Ibn Batutah.
Sabda Rasullullah

Telah aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, selama kamu berpegang padanya, nescaya tidak
akan sesat selama-lamanya.Kitabullah dan sunnah Rasullullah.
Sesungguhnya, betapa indah dan cantiknya masyarakat al-Quran yang pasti menjamin
kemantapan Negara.

Kesimpulannya.
1. ILMU EKONOMI ASPIRASI KEJITUAN NEGARA.
2. ILMU ASTRONOMI NAHDAH GENERASI FUTURISTIK
3. ILMU MATEMATIK MENCERNA KESTABILAN NEGARA.
4. PERUBATAN MENJAMIN KESIHATAN SEJAGAT
5. ILMU KEJURUTERAAN MANJANA KEAMPUHAN NEGARA
6. ILMU TELEKOMUNIKASI NUKLEUS UMMATUN IZZAH
7. AL-QURAN TERAS SEGALA ILMU UNTUK MENCORAK KESTABILAN NEGARA

Anda mungkin juga menyukai