Anda di halaman 1dari 3

KOMSAS

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini,
antaranya :
i. Tanggungjawab melakukan inovasi untuk
kepentingan masyarakat
Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan
pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan
orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.
ii. Mengamalkan Etika
Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika
kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir
dan Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.
iii. Taat kepada ajaran agama
Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang
ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat
yang telah diceroboh ke dalam akaunnya.
Dia
mengingatkan
Aswan bahawa agama melarang kita mengambil
hak orang lain, perbuatan yang
tidak bermoral.
iv. Perniagaan dan Keusahawanan
Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import
eksport.
v.

Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya


Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir
dan Usamah dalam menjayakan

Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak


mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek
sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah.
Nenek juga berjanji untuk
membuat kuih jala untuk Amir.

vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat


Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah
menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada
mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii. Mengamalkan budaya ilmu


Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan
ilmu yang dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi
membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi
ilmu dengan orang lain (ingin
membantu Aswan dalam projek mesin menanam
padi).