Anda di halaman 1dari 24
38 BAB3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penilaian guru terhadap suatu kaedah pembelajaran Matematik berasaskan Web untuk tajuk Set. Kajian ini dilakukan dalam bentuk satu sesi bengkel. Borang soal selidik dan borang senarai semak digunakan untuk mendapatkan maklum balas guru berkenaan dari segi penggunaan, manfaat, kesesuaian, kepentingan, ciri-ciri keluatan, dan ciri-ciri kelemahan kaedah pembelajaran tersebut berdasarkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan /ink-link yang disediakan. Laporan dalam bab ini akan membincangkan pemilihan sampel, instrumentasi, kandungan pelajaran Matematik berasaskan Web, templat pembelajaran Matematik berasaskan Web, tempat kajian, kajian rintis, prosedur kajian, dan penganalisaan data 3.1 Sampel Kajian Berhubung dengan pemilihan sampel kajian, pengkaji telah mendapatkan kebenaran dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (Lampiran A); dan dari Jabatan Pendidikan ‘Negeri Sarawak (Lampiran B). Seterusnya pengkaji juga telah mendapat bantuan dari Bahagian ‘Teknologi Pendidikan, Babagian Sibu, Sarawak dalam urusan mendapatkan sampel berkenaan dari sekolah-sekolah di sekitar bandar Sibu (Lampiran C). 39 Sampel kajian terdiri daripada guru-guru Matematik yang dipilih dari 9 buah Sekolah Menengah di sekitar bandar Sibu, Sarawak. Saiz sampel yang digunakan dalam kajian ini ialah seramai 18 orang guru Matematik, termasuk seorang guru pakar subjek. Jadual 3.1 Taburan Bilangan Sampel Mengikut Sekolah Bil Nama Sekolah Bilangan Sampel 1 SMK. Agama 2 2 SMK. Bukit Lima 2 3 SMK. Chung Hua 2 4 SMK. Jalan Oya 2 5 SMK. Kpg. Nangka 2 6 ‘SMK. Luar Bandar 2 7 SMK. Methodist 2 8 SMK. Sacred Heart 2 9 SMK. St. Elizabeth 2 Jumlah 18 Jadual 3.1 menunjukkan taburan bilangan sampel mengikut sekolah, Sekolah- sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah sekolah harian biasa yang tidak terpilih sebagai Sekolah Bestari oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilangan guru mengikut jantina ditunjukkan dalam Jadual 3.2. 40 Jadual 3.2 Taburan Sampel Mengikut Jantina Tantina Peratus Sampel Lelaki 27.8% (5) Perempuan 72.2% (13) Jadual 3.2 menunjukkan bahawa sebanyak 27.8% (5 orang) adalah guru lelaki dan 72.2% (13 orang) guru adalah perempuan, Peratusan sampel ini menunjukkan bahawa guru perempuan adalah jauh lebih ramai daripada guru lelaki dan ini boleh dikaitkan dengan realiti sebenar yang terdapat di sekolah-sekolah. Tahap pendidikan tertinggi guru-guru ini pula ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Jadual 3.3 Taburan Sampel Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi Tahap Pendidikan Tertinggi Peratus Sampel STPM/HSC 11.1% (2) Diploma 5.6% (1) Sarjana Muda 83.3% (15) Daripada Jadual 3,3 boleh dirumuskan bahawa sebanyak 11.1% (2 orang) sampel kajian mempunyai tahap pendidikan tertinggi STPM/HSC, 5.6% (1 orang) mempunyai Diploma dan majoriti sampel kajian, iaitu 83.3% (15 orang) mempunyai tahap pendidikan Sarjana Muda. Seterusnya pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik guru-guru ini ditunjukkan dalam Jadual 3.4. 41 Jadual 3.4 Taburan Sampel Mengikut Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Matematik Bilangan Tahun Mengajar Matematik Peratus Sampel 1-2 tahun 33.3% 6) 3-9 tahun 50.0% (9) 10-20 tahun 16.7% (2) Jadual 3.4 menunjukkan 33.3% (6 orang) sampel kajian terdiri daripada mereka yang kurang berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Matematik, separuh daripada sampel kajian, iaitu 50.0% (9 orang) adalah mereka yang berpengalaman dan hanya 16.7% (2 orang) adalah mereka yang sangat berpengalaman. Bilangan kelas Matematik yang diajar oleh guru-guru ini pula ditunjukkan dalam Jadual 3.5. Jadual 3.5 Taburan Sampel Mengikut Bilangan Kelas Matematik Yang Diajar Bilangan Kelas Matematik Yang Diajar *Peratus Sampel 1-2 buah 50.0% (9) 3-5 buah 50.0% (9) Berdasarkan Jadual 3.5 sebanyak 50.0% (9 orang) sampel kajian mengajar sedikit bilangan kelas Matematik, iaitu sebanyak | atau 2 bush kelas sahaja. Manakala separuh lagi daripada sampel kajian mengajar 3 hingga 5 buah kelas Matematik dalam tahun yang dikaji, Seterusnya pula ialah taburan guru mengikut tahap kelas yang diajar. 42 Jadual 3.6 Taburan Sampel Mengikut Tahap Kelas Yang Diajar Tahap Kelas Yang Diajar Peratus Sampel Tingkatan 4 sahaja 16.7% (3) Tingkatan 5 sahaja 38.9% (7) Tingkatan 4 dan 5 333% (6) Tingkatan 3 dan 4 11.1%) Jadual 3.6 menunjukkan sebanyak 72.2% (13 orang) sampel kajian terlibat dalam mengajar kelas peperiksaan Tingkatan 5. Manakala hanya 27.8% (5 orang) sahaja sampel yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan iaitu mereka yang mengajar Tingkatan 4 sahaja, atau mengajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Pemilihan sampel yang disyaratkan ke atas guru Matematik adalah daripada kalangan mereka yang mengajar Matematik tingkatan 4 dan/atau tingkatan 5 seperti yang tercatat dalam surat kepada pengetua-pengetua sekolah dalam urusan yang berkenaan. Pengkaji beranggapan babawa guru-guru Matematik yang pernah mengajar topik yang berkenaan dengan Set sahaja yang dapat membuat penilaian yang sewajarnya mengenai kaedah pembelajaran topik tersebut berasaskan Web. Hal ini diambil kira kerana pengkaji ingin mengurangkan faktor-faktor sampingan semasa membuat penilaian supaya ia tidak menjadi pembolehubsh pencemaran kepada kajian ini. 43 3.2 Instrumentasi Dua jenis instrumen telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini, iaitu Borang Soal Selidik dan Borang Senarai Semak. 3.2.1 Borang Soal Selidik Borang soal selidik (Lampiran D) digunakan dalam kajian ini kerana pengkaji merasakan ia adalah cara yang sesuai dan mudah untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan guru tethadap kaedah pembelajaran berasaskan Web untuk tajuk Set. Bentuk item dalam borang soal selidik yang dihasilkan oleh pengkaji adalah berpandukan kepada contoh borang soal selidik yang telah disediakan oleh Prof, Dato’ Dr. Isahak Bin Haron semasa mengikuti kertas Penyelidikan Survey (PXGS 6104). Jenis-jenis soalan yang telah digunakan dalam borang soal selidik tersebut terdiri daripada 2 jenis, iaitu: (i) jenis soalan tertutup yang terdiri daripada aneka pilihan dan butiran berskala; dan (ji) jenis soalan terbuka, Soalan aneka pilihan digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan atau latar belakang sampel. Soalan berbentuk butiran berskala pula digunakan bertujuan untuk mendapat persepsi guru terhadap aktiviti- aktiviti dan fink-link yang disediakan dalam kaedah pembelajaran berasaskan Web dalam mewujudkan pembelajaran aktif termasuk pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif, pembelajaran secara pengalaman, dan pembelajaran secara reflektif. Manakala soalan berbentuk terbuka digunakan untuk mendapatkan pandangan guru dari segi kekuatan dan kelemahan kaedah pembelajaran tersebut secara keseluruhannya, serta cadangan- cadangan yang bernas untuk memperbaiki kaedah pembelajaran tersebut. Borang soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu: Bahagian A: Bahagian ini mengandungi soalan-soalan untuk memperoleh data mengenai latar belakang sampel kajian seperti jantina, tahap pendidikan, pengalaman mengajar ‘Matematik dan bilangan kelas Matematik yang diajar. Bahagian B: Soalan yang terkandung dalam bahagian ini adalah berkenaan dengan pengetahuan atau kemahiran sampel tentang Internet dan pembelajaran berasaskan Web. ‘Maklumat yang diperoleh daripada bahagian ini adalah seperti kemudahan mendapat perkhidmatan Internet dan pembelajaran berasaskan Web, jenis kemudahan Internet yang, pemah digunakan, purata bilangan jam seminggu menggunakan Internet, dan sebagainya. Bahagian C: Bahagian ini mengandungi soalan-soalan berkenaan dengan penilaian sampel terhadap aktiviti-aktiviti dalam kaedah pembelajaran berasaskan Web ‘untuk tajuk Set. Ia digunakan untuk mengenalpasti sama ada wujudaya pembelajaran aktif termasuklah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif, pembelajaran secara pengalaman, dan pembelajaran secara reflektif. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini juga melibatkan pandangan guru secara keseluruhan terhadap penggunaan, faedah serta kandungan pelajaran kaedah tersebut. Bahagian D: Dalam bahagian ini sampel dikehendaki untuk menilai elemen-elemen yang terdapat pada tapak Web dan memberi komen mengenai kekuatan kaedah pembelajaran ini, kelemahannya dan cadangan untuk memperbaiki mutu kaedah pembelajaran tersebut. 45 3.22 Borang Senarai Semak Borang Senarai Semak (Lampiran E) adalah untuk mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai penilaian guru terhadap keenam-enam /ink pembelajaran dari segi manfaat dan kesesuaiannya mengikut urutan aktiviti yang disediakan. Sampel kajian dikehendaki untuk menandakan pada ruangan yang disediakan dalam borang senarai semak semasa mengikuti aktiviti-aktiviti tersebut. 3.3 Kandungan Pelajaran Matematik Berasaskan Web “Set” telah dipilih sebagai tajuk bagi kandungan pelajaran Matematik berasaskan ‘Web memandangkan tajuk ini agak sukar untuk difahami dan sering menggelirukan kebanyakan pelajar jika tidak menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan, Dengan kemudahan sumber, kesesuaian bahan sokongan dan kepelbagaian aktiviti yang boleh disediakan dalam persekitaran pembelajaran berasaskan Web, adalah diharapkan agar pemahaman pelajar ke atas tajuk tersebut dapat diperkukubkan lagi. Fleksibiliti masa bagi penggunaan kaedah ini juga dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Kandungan tajuk Set yang terdapat dalam kaedah pembelajaran berasaskan Web ini adalah mengikut sukatan pelajaran seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah ini memberi penekanan kepada bahagian subtopik yang paling sukar dalam tajuk Set iaitu “Operasi Ke Atas Set”. Rajah 3.1 menunjukkan analisis kandungan bagi tajuk Set. Tumpuan pengkaji adalah kepada subtopik “Operasi Ke Atas Set”, manakala subtopik-subtopik yang terdahulu dalam tajuk Set iaitu Perwakilan Set, Subset, Set Semesta dan Set Pelengkap dianggap sebagai pengetahuan sedia ada (entry level) yang membantu mengukuhkan konsep “Operasi Ke Atas Set”. OPERASI KE ATAS SET 3 Persilangal Kesatuan Set Persilangan 2 Set Kesatuan 2 Set nai 3 Set a 3 Set maaan bagi cae: bagi Persilangan 2 Set Kesatuan 2 Set are ‘Tahap Tinggi ‘Tahap Rendah So PERWAKILAN SET | SUBSET | a SET SEMESTA | I SET PELENGKAP | Rajah 3.1. Analisis Kandungan Bagi Tajuk Set 47 “Operasi Ke Atas Set” terdiri daripada 2 bahagian yang penting iaitu Persilangan Set dan Kesatuan Set, Konsep “Operasi Ke Atas Set” ini serta contoh-contoh yang berkaitan diterangkan dengan lebih terperinci lagi dalam tapek Web yang terdapat dalam “Link Utama”, manakala sumber-sumber sokongan untuk mengukuhkan konsep pula terdapat pada “Link-link Lain” pada SetL ink. Kesemua /ink yang dinyatakan di atas termasuklah /ink-link untuk panduan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan konsep “Operasi Ke Atas Set” terdapat dalam suatu templat pembelajaran Matematik berasaskan Web yang akan diterangkan berikutnya, 3.4 Templat Pembelajaran Matematik Berasaskan Web Kaedah pembelajaran Matematik berasaskan Web untuk tajuk Set menggunakan satu templat pembelajaran yang telah dicipta oleh Abtar (1999) menggunakan perisian Lotus-Notes secara online. Templat pembelajaran tersebut telah diubahsuai dan diadaptasikan penggunaannya untuk mata pelajaran Matematik oleh pengkaji dan rakannya, Ng Poh Choo semasa mengikuti kursus “Internet Dalam Pendidikan” (PPGS 6124) dalam tahun 1999, Laman Web tersebut telah diperbaiki dan dikemaskini oleh pengkaji dengan bantuan Pusat Pembangunan Multimedia, Universiti Malaya pada akhir September 2000 untuk digunakan dalam kajian ini. Pengguna boleh mengakses ke tapak Web berkenaan dengan menggunakan alamat laman Web berikut, iaitu: http://mdc.um.edu.my:88/Matematik/Set/lamangeo.nsf dan menggunakan Username dan Password yang tertentu. Laman utama templat pembelajaran Matematik berasaskan Web ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Templat pembelajaran Matematik tersebut terdiri daripada komponen-komponen seperti SetPusat, SetLink, SetCipta, SetMedia, SetPakar dan SetKuiz. 48 ANB SetPusat SetLink SetCipta SetMedia SetPakar SetKulz “SIB56 Ar Kaur, Uniersiy oF Relay Disedickan Ol Setadian HY. Mohamed AIL (all + sahara Ng ten Chee me Sarjona Pendidtea (Tatmeleg! Penden) Tatu Penden, Unters Maley Rajah 3,2, Laman Utama Templat Pembelajaran Matematik Berasaskan Web ‘SetPusat merupakan pusat panduan atau maklumat bagi menjalankan aktiviti- aktiviti yang disediakan. SetPusat mengandungi tiga kategori, iaitu Panduan Untuk Guru, Panduan Untuk Pelajar dan Maklumat Kumpulan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3. Panduan Untuk Guru (Lampiran F) memberi panduan penting dan maklumat tambahan kepada guru dalam merancang pengajaran menggunakan kaedah ini. Panduan Untuk Pelajar (Lampiran G) menerangkan dengan terperinci langkah-langkah serta panduan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan dan menyediakan borang- orang edaran (Lampiran H), Maklumat Kumpulan pula menunjukkan contoh data mengenai kumpulan-kumpulan pelajar yang terlibat. Set Pusat Pandan Untuk Guru Panduan Untuk Pela ar Makiumat Kumpulan Rajah 3.3, Komponen SetPusat SetL ink terdiri daripada “Link Utama” dan “Link-link Lain” yang berkaitan (Sila lihat Rajah 3.4), Link Utama menghubungkan laman Web dalam Bahasa Melayu yang mengandungi penerangan konsep serta contob-contoh yang berkaitan dengan Operasi Ke ‘Atas Set. Link-link Lain yang berkaitan pula menghubungkan laman Web-laman Web lain yang kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris. 50 Menu Utama | Cipta | Media |Pakar | Kuiz | Pusat LINK UTAMA Operasi ke Atas Set Laman web ini menyediakan makiumat asas tentang konsep operasi ke alas sel serta contoh-contoh yang berkaitan. | btesiteaw.cecciies. com*CollecePart Pooh725 | LINK LAIN YANG BERKAITAN 1. Venn Diagrams Berikut {alah laman web mengenai gambar rajah Venn yang me operas! ke alas set, takrifan & aktiviti yang menarik, rangkan mengenai {a) httpMinfinity sequolas.cc.ca@. usfacultyhwoodbury/Stats/Tutoria/Sets_Venn2,htm (0) hitter ck tol ec-—cammpbeliaivens, iat (c) http-/Aenn. math 6. htmHBSECTIO (@) htm tt Berkely. EDUMserv/starkdleve/Venn.tim Rajah 3.4. Komponen SetLink SetCipta mengandungi 3 kategori, iaitu FAQ (Frequently Asked Question), Laporan, dan Jurnal (Sila rujuk Rajah 3.5). Setiap kategori tersebut terdiri pula daripada bahagian baru dan bahagian yang tersenarai. Bahagian baru adalah bahagian yang akan digunakan oleh pelajar untuk membuat kerja secara berkumpulan, manakala bahagian yang tersenarai adalah bahagian-bahagian yang telah disediakan sama ada oleh kumpulan itu sendiri atau oleh kumpulan-kumpulan lain. Menu Utama | Link| Mecia | Paker | Kuiz | Pusat SETCIPTA rQ LAPORAN a> WRNAL > Rajah 3.5, Komponen SetCipta SetMedia terdiri daripada “Operasi ke atas Set 1” hingga “Operasi ke atas Set 8” (Rajah 3.6), “Operasi ke atas Set 1” hingga “Operasi ke atas Set 6” mengandungi ime} pegun dan imej yang dianimasikan untuk mentakrifkan rantau berlorek tertentu. “Operasi ke atas Set 7” dan “Operasi ke atas Set 8” pula melibatkan audio untuk diterjemahkan ke dalam bentuk gambar rajah Venn. Imej-imej dalam SetMedia yang disediakan ini melibatkan persilangan Set atau kesatuan Set. 32 Wen Utama |Link | Cinta Paka iz Buset Media * i bawch terdapat senarai imej~imaj yang perlu onda lat. Klik pada link untuk meinat mej tersebut don berikan panerangen serta komen anda dengan menekan buteng Penerangan & Komen Ande. * + Operasi ke atos Set 1 * Operas ke atas Set 2 * Operas ka atos Set 3 + Operas keaton Set 4 * Operasi ke atas Set 8 * Operas ka aton Set 6 + Operas a ates Set 7 + Operas he toa Set 8 A LS EE EE SP SED Rajah 3,6. Komponen SetMedia SetPakar (Rajah 3.7) terdiri daripada 2 kategori, iaitu Soalan dan Jawapan. Kategori Soalan membenarkan pelajar untuk merujuk dan menghantar soalan kepada pakar sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang Operasi Ke Atas Set. Kategori Jawapan pula merupakan senarai soalan dan jawapan yang telah dirujuk kepada Pakar. 53 Pskor Netcom Menu Utama | Link| Cinta | Media | Kuz | Puset Rajah 3.7, Komponen SetPakar Dalam SetKuiz (Rajah 3.8) terdapat 20 soalan yang berkaitan dengan Operasi Ke ‘Atas Set untuk menguji dan melatih pelajar mengenai konsep Set. Ia juga menyediakan maklumbalas mengenai jawapan dan markah yang diperolehi. ‘Menu Utama | Link | Cipta | Media | Pekar | Pusat KUIZ * Sila kik pod tajukpilihan anda * * Operasi Ka Atos Set * Klik pada lnk di bowch untuk malibat jawapan onda * Rajah 3.8. Komponen SetKuiz 3.5 Tempat Kajian ‘Tempat kajian ialah di Bilik Bengkel yang terdapat di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Sibu, Sarawak. Bilik Bengkel ini dipilih sebagai tempat kajian kerana keadaannya yang sesuai untuk sebarang kegiatan guru yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, Disamping itu, terdapat juga kemudahan alat yang boleh digunakan oleh pengkaji seperti projektor LCD dan layar OHP, Bilik tersebut telah dibekalkan dengan | unit PC (AMD Athlon Thunderbird 800mHz) sebagai server dan dihubungkan kepada 14 unit PC (AMD Duron 600 MHz) sebagai klien dengan menggunakan Hub (D-link), Kesemua unit komputer tersebut telah siap dipasang dan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet secara berangkaian sehari sebelum kajian dijalankan. Jenis talian yang digunakan ialah analog dial-up dan hanya 1 55 unit modem (56 K) sahaja yang digunakan. Walaupun masih terdapat banyak kekurangan dari segi persediaan ke arah pemasangan perkhidmatan Internet yang efisien dan berkelajuan tinggi, namun ia masih boleh dianggap sebagai peringkat percubaan yang berjaya Memandangkan bilangan sampel yang digunakan dalam kajian ini melebihi bilangan komputer yang ada, maka sebanyak 4 unit PC telah dikongsikan penggunaannya oleh 2 orang sampel masing-masing (Sila rujuk Rajah 3.9). 28 Rak zs a K12* | K13 | Kl4* a k9 | Kio | Kil g # 4 14) (Gl |ds 2 3 FE) |8| | 3) LE KS | K6 | K7 | kK8 Ki+ | K2 | K3+ | K4 Projektor Overhed Singid ingki Rajah 3.9: Susun Atur Bilik Bengkel Petunjuk: K = Komputer klien (digunakan oleh sampel kajian) C= Komputer server (digunakan oleh pengkaji) * = dikongsikan oleh 2 orang sampel kajian 56 3.6 Kajian Rintis Kajian rintis diadakan sebulan lebih awal sebelum kajian sebenar dijalankan. Bilangan sampel yang digunakan ialah 2 orang guru. Sampel yang digunakan dalam kajian rintis ini adalah daripada kalangan rakan guru Matematik yang mengajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 dan telah sama-sama mengikuti kursus Sarjana Pendidikan sepenuh masa di Universiti Malaya. Seorang daripadanya mengambil bidang Pendidikan Matematik dan seorang lagi mengambil bidang Teknologi Pendidikan. Sampel ini dianggap sama dengan sampel untuk kajian sebenar, cuma yang membezakannya adalah dari segi masa dan lokasi yang berbeza. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk memperbaiki tapak Web dari segi kesesuaian isi kandungan, aktiviti-aktiviti dan link-link yang disediakan; serta memperbaiki item-item dalam borang soal selidik dan borang senarai semak. Dengan cara ini kesahan kandungan dan kesahan instrumen boleh diwujudkan. 3.7 Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan pada 3 November 2000, bermula jam 8,00 pagi hingga 4.30 petang dalam bentuk satu sesi bengkel. Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagien Sibu, Sarawak telah sanggup untuk memberi bantuan dalam menganjurkan bengkel tersebut. Sesi bengkel ini terbahagi kepada beberapa slot masa seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.7. Daripada aturcara program yang disediakan, terdapat 4 sesi di mana pengkaji akan bersama-sama dengan sampel kajian. Sesi 1 membincangkan tajuk “Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik”, sesi 2 membincangkan tajuk “Pengenalan kepada Pembelajaran Berasaskan Web”, sesi 3 membincangkan tajuk “Kaedah Pembelajaran Matematik Berasaskan Web Untuk Tajuk Set” dan sesi 4 adalah sambungan dari sesi 3 dan kajian soal selidik. Jadual 3.7 37 Aturcara Program Bagi Sesi Bengkel Untuk Guru Matematik Masa ‘Aturcara Program 8,00—9,30 pagi Sesi 1: Tajuk: Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 9.30 -9.45 pagi Jamuan Ringan dan Rebat 9.45 ~ 10.45 pagi Sesi 2: 10.45 — 11.45 pagi 12,30 -2.00 petang 2,00 - 4,30 petang 4.30 petang, ‘Tajuk: Pengenalan kepada Pembelajaran Berasaskan Web Sesi 3: ‘Tajuk: Kaedah Pembelajaran Matematik Berasaskan Web Untuk Tajuk Set Makan tengah hari dan Rehat *Sesi 4: ‘ajuk: Kaedah Pembelajaran Matematik Berasaskan Web Untuk Tajuk Set (sambungan) Minum Petang dan Bersurai ‘Nota, * Borang soal selidik diedarkan di akhir Sesi 4 3.7.1 Sesil Sesi 1 bertujuan untuk membiasakan sampel kajian dengan penggunaan asas perkhidmatan Internet dan memberi pendedahkan mengenai penggunsan perkhidmatan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Sesi pertama ini mengambil masa selama satu setengah jam bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi. Dalam sesi ini, sampel kajian diperkenalkan dengan Internet, sejarah Internet, jenis-jenis perkhidmatan Internet, dan sebagainya dalam bentuk persembahan PowerPoint. Seterusnya, sampel 38 kajian dibimbing untuk mengikuti beberapa aktiviti mudah seperti langkah-langkah untuk mengakses Internet, cara mencari maklumat/resoz dengan menggunakan search engine, penggunaan mel elektronik dan melawat contoh-contoh tapak Web Matematik yang berfaedah dan menarik. Untuk tujuan ini, pengkaji menggunakan komputer yang diakses kepada Internet dan projektor LCD. 372 Sesi2 Sesi ini bertujuan supaya sampel kajian mendapat gambaran yang sebenar tentang pembelajaran berasaskan Web dan dapat memahami tujuan, kepentingan dan faedah yang diperolehi daripadanya. Dalam sesi yang kedua ini, sampel kajian didedahkan kepada takrifan, contoh-contoh pembelajaran berasaskan Web, ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran berasaskan Web serta tapak-tapak Web yang berkaitan dengan pembelajaran Matematik berasaskan Web. Untuk tujuan ini, pengkaji ‘menggunakan persembahan PowerPoint dan perkhidmatan Intemet serta bantuan projektor LCD. Sesi ini mengambil masa selama sejam. 3.73 Sesi3 Dalam sesi yang ketiga, kaedah pembelajaran Matematik berasaskan Web untuk tajuk Set diperkenalkan, Pengkaji menunjukkan cara menggunakan kaedah pembelajaran ini secara demonstrasi. Di sepanjang sesi ini, sampel kajian hanya mengikuti langkah-langkah untuk mengunakan kaedah tersebut melalui penerangan pengkaji dan paparan pada skrin OHP. Pengkaji menerangkan secara ringkas tentang penggunaan Panduan Untuk Guru dalam mengendalikan pembelajaran berasaskan Web, serta maklumat tambaban yang disediakan untuk dikaitkan dengan kehidupan arian. Arahan khas dan langkah-langkah 59 menjalankan Aktiviti Utama, Aktiviti Tambahan, dan Aktiviti-aktiviti Lain yang terdapat dalam Panduan Untuk Pelajar untuk diikuti oleh pelajar juga turut diterangkan. Begitu juga dengan cara-cara menggunakan kemudahan yang terdapat dalam SetLink seperti Link Utama dan Link-link Lain, Seterusnya, pengkaji menunjukkan cara-cara untuk menghantar soalan dalam FAQ Baru, menulis laporan dalam Laporan Baru, membuat laporan projek dalam Jurnal Baru, menjawab soalan mengenai media dalam New Images dan menjawab soalan kuiz secara ringkas, Aktiviti refleksi secara kumpulan dan individu yang disediakan di akhir sesi pembelajaran juga turut dibincangkan. Pengkaji menunjukkan cara untuk ‘mendapatkan borang edaran mengenai aktiviti melakukan refleksi. Akhir sekali pengkaji menunjukkan hasil kerja yang telah dibuat oleh seorang murid. 3.7.4 Sesi4 ‘Sampel kajian dibenarkan meninjau dan mencuba sendiri link-link serta aktiviti- aktiviti yang disediakan secara berpasangan. Sebanyak 9 akaun pelajar telah digunakan oleh pasangan sampel ini dengan menggunakan Username sebagai “setm!” hingga “setm9” dan password sebagai “password” mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan sampel ini bebas memilih pasangannya dan unit komputer yang digunakan. Dalam sesi ini juga, borang senarai semak diedarkan kepada sampel kajian. Borang ini digunakan untuk mendapatkan pandangan atau penilaian guru terhadap keenam-enam link iaitu SetPusat, SetLink, SetCipta, SetMedia, SetPakar dan SetKuiz secara mendalam dari segi manfaat yang diperoleh dan kesesuaiannya untuk penggunaan pelajar, Dengan cara ini sampel kajian atau guru-gura tersebut dapat bertindak sebagai ‘murid dan dapat merasakan suasana pembelajaran yang diwujudkan. Borang senarai semak telah dikutip sebelum borang soal selidik diedarkan. Di akhir sesi keempat ini, borang soal selidik diedarkan kepada setiap sampel kajian yang hadir. Sampel kajian dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam Borang Soal Selidik dengan ikhlas dan jujur. Sebarang istlah atau item yang tidak difahami dapat diperjelaskan kepada sesetengah sampe! kajian semasa sesi ini. 3.8 Penganalisaan Data Data dikumpulkan dari setiap sampel kajian melalui Borang Soal Selidik dan Borang Senarai Semak yang telah dilengkapisikan. Data yang diperolehi dari item 12 hingga item 29 dalam Borang Soal Selidik dikodkan semula seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.8. Jadual 3.8 Jadual Pengkodan Semula Pilihan Kod Asal Kod Baru ‘Amat Setuju 1 1 =Setuju Setuju 2 Kurang Setuju 3 2= Tidak Setuju Tidak Setuju 4 Keputusan yang diperolebi kebanyakannya dihuraikan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Sementara itu sebarang komen atau cadangan berkaitan dengan mutu kaedah pembelajaran berasaskan Web untuk tajuk Set ini dianalisis mengilut kumpulan dan ciri yang sama atau hampir sama. 61 3.9 Rumusan Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan seramai 18 orang guru untuk ‘menilai suatu kaedah pembelajaran Matematik berasaskan Web bagi tajuk Set. Kaedah tersebut menggunakan satu templat pembelajaran secara interaksi online. Data iperolehi dari borang soal selidik dan borang senarai semak dalam bentuk sesi bengkel. Hasil penilaian guru-guru ini dikodkan dan diproses untuk dianalisis.