Anda di halaman 1dari 23

1.

1.1

PENDAHULUAN

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengalaman mengajar selama lebih enam belas tahun telah memberi pengkaji peluang
untuk memerhati dan mendalami teknik dan corak serta situasi pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung di bawah kelolaan pengkaji. Pengalaman pengkaji sebagai seorang guru
sains serta pelbagai pengalaman dalam perkhidmatan yang telah pengkaji garap sepanjang
perkhidmatan menjadikan pengkaji seorang yang perlu memberi contoh terbaik dan
memberikan pandangan yang bernas dan berkesan. Dalam masa yang sama menjadi
pendorong kepada guru-guru sains yang lain dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cekal dan menggunakan pelbagai pendekatan.
Dalam mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, permasalahan yang timbul selepas
pengkaji mengajar topik Makanan dan Khasiatnya. Di dalam pengajaran, pengkaji telah
mendapati bahawa sebahagian besar murid-murid tidak dapat mengelaskan makanan
mengikut fungsinya iaitu makanan yang membantu tumbesaran, makanan yang membantu
mengekalkan kesihatan dan makanan yang memberi tenaga. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran, segelintir sahaja murid yang boleh menjawab soalan dengan tepat, manakala
yang lain teragak-agak dengan jawapan dan ada yang hanya mendiamkan diri. Jelas sekali
daya ingatan mereka hanyalah dalam jangkamasa pendek sahaja dan mereka hanya dapat
menjawap soalan dengan betul apabila diberi bimbingan. Menurut Hilgard, Atkinson (1975),
ingatan manusia boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama iaitu ingatan jangka pendek
dan ingatan jangka panjang. Menurut beliau lagi, seseorang dapat memberi tumpuan secara
sadar dalam masa pendek dan mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan.
Keadaan ini membuatkan pengkaji mula merasa gusar kerana soalan-soalan berkaitan
topik ini 5 hingga 10 soalan akan ditanya. Apabila pengkaji mengajukan persoalan ini kepada
Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains dan guru sains yang lain serta guru-guru yang mengajar
kelas tersebut, maklum balas yang pengkaji terima dari Ketua Panitia, guru-guru sains serta
guru-guru yang mengajar kelas tersebut adalah seperti berikut:

Pelajar kelas tersebut kebanyakkan kelas linus yang masih kurang lancar
membaca dan menulis.
1

Pelajar tidak dapat mengingat sesuatu fakta dalam tempoh masa yang lama
Pelajar hanya mengharapkan semua jawapan dari latihan dan soalan

pengajaran dan pembelajaran daripada guru sahaja.


Pelajar tidak memberi tumpuan di dalam kelas menyebabkan mereka tidak

dapat mengingat apa yang disampaikan oleh guru.


Pelajar seolah-olah tidak berminat atau hilang minat mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran sains.

Memandangkan kepada masalah ini, pelbagai persoalan yang timbul berkisarkan


kepada permasalahan ini dimana murid tidak dapat mengingat kembali topik berkaitan
pengelasan makanan mengikut fungsinya. Apa yang merisaukan pengkaji 2 Aman 3 adalah
kelas yang akhir sekali dan kebanyakkanya murid linus dan kelas ini mempunyai tahap
pembelajaran yang agak lemah. Maka menjadi tanggungjawab pengkaji untuk menjadikan
kelas ini sebagai kelas yang mempunyai harapan lulus terutama untuk mata pelajaran sains.
Pengkaji merasa rasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini.
Pengkaji tertanya-tanya adakah pendekatan yang pengkaji gunakan tidak dapat
diterima oleh murid-murid dan apakah penyebab murid-murid mudah lupa walaupun pada
satu topik yang agak mudah pada pengkaji iaitu pengelasan makanan mengikut fungsinya.
Menurut Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar
dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang
minat dan mudah lupa terhadap sesuatu subjek yang diajar.
Justeru itu pengkaji telah menemubual beberapa murid pengkaji secara tidak formal.
Pengkaji bertanya masalah yang mereka hadapi terutama dalam topic yang boleh dianggap
ringan ini namun tidak berjaya dikuasai dengan baik oleh murid-murid pengkaji. Hasil dari
temubual ini penkaji dapati kebanyakkan dari murid pengkaji memberikan jawapan
tak ingat lah..
susah cikgu..
dah cuba hafal , tapi tak ingat juga..
Pengkaji berpendapat sekiranya tiada sebarang penambahbaikkan yang dibuat maka murid
pengkaji akan sentiasa berada dalam keadaan lupa dan ini dirasakan boleh menganggu tahap
pemahaman murid pengkaji pada pengelasan makanan mengikut fungsinya apabila berada di
dalam dunia realiti.

Pengkaji merasakan dalam proses pembelajaran, mengenal dan memahami dianggap


sebagai telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pada pengkaji matlamat
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menghabiskan sukatan pembelajaran agar mudah
untuk diuji dalam bentuk ujian tetapi pengkaji telah melakukan kesilapan kerana yang
penting adalah tahap pemahaman pelajar pengkaji terhadap setiap tajuk yang diajar. Ini
bertujuan agar murid pengkaji dapat menggunakan ilmu yang telah pengkaji sampaikan ini
bukan sahaja di sekolh tetapi juga diaplikasikan dengan dunia luar murid.
Disini pengkaji mula memahami bahawa murid pengkaji mempunyai daya ingatan
jangka pendek sekiranya pembelajaran tidak dirangsang dengan sesuatu rangsangan yang
kuat. Pengkaji mula menyedari bahawa pengkaji perlu mengubah tahap atau daya ingatan
murid-murid pengkaji agar dapat menjawab soalan berkaitan dengan pengelasan makanan
mengikut fungsinya dengan mudah dan perkara ini boleh terlaksana apabila murid-murid
pengkaji mempunyai tahap ingatan yang kuat dan mudah mengingat kembali apa yang
dipelajari ketika berada di sekolah.
Pengkaji mula berfikir apakah kaedah yang boleh pengkaji lakukan bagi mengubah
ingatan jangka pendek murid-murid pengkaji seterusnya memindahkan maklumat daripada
ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang. Menurut Hilgard dan Atkinson (1975) lagi,
semakin lama sesuatu maklumat dikekalkan dalam ingatan jangka pendek melalui latihan,
semakin tinggi kemungkinan ia akan ditukar ke ingatan jangka panjang. Dalam masalah ini
pengkaji merasakan semakin lama kita meyimpan maklumat dalam ingatan jangka pendek
melalui latihan, semakin tinggi kemungkinan ia menjadi sebahagian daripada ingatan kekal.
Berdasarkan segala permasalahan yang telah pengkaji sebutkan di atas, maka pengkaji
telah mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mengajar tajuk makanan dan
fungsinya. Pengkaji telah menggunakan kaedah permainan iaitu Food Game semasa
mengajar tajuk tersebut . Pengkaji merasakan kaedah Food Game dapat meningkatkan
ingatan murid dan memberi keseronokan kepada murid untuk mempelajari tajuk ini. Melalui
kaedah ini murid menggunakan computer untuk bermain permainan Food Game yang
pengkaji bina sendiri.
Bagi kurikulum di Malaysia beberapa cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk
aktiviti pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat
meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran sains. Proses pengajaran dan
3

pembelajaran sains yang tidak menarik dan mengujakanpasti akan membosankan murid. Bagi
pengajaran tajuk makanan dan fungsinya , pengkaji telah menggunakan kaedah permainan
dan dijangka dapat membantu murid-murid mengingat dan seterusnya mengelaskan makanan
mengikut fungsinya. Bagi murid-murid tahin dua yang rata-rata umurnya 8 tahun, bermain
adalah salah satu tabiat atau aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka walaupun tiada arahan
daripada guru.Pengkaji mejangkakan aktiviti Food Game ini dapat menarik minat murid
terhadap tajuk yang diajar. Murid yang menunjukkan minat akan mempengaruhi tumpuan
mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya akan menghasilkan ingakatn
jangka panjang bagi tajuk makanan dan fungsinya. Secara tidak langsung kaedah permainan
ini sedikit sebanyak membantu murid-murid untuk menjadi murid yang celik IT sesuai
dengan era zaman sekarang.

2.0

FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATINAN

2.1

Tinjauan Masalah
Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru tidak lari dari

menghadapi masalah terutama terhadap pelajar yang bermasalah dalam mengingat


pembelajaran yang telah dipelajari. Hal ini kerana semestinya menjalankan hubungan
membina kefahaman minda dan penyampaian maklumat kepada pelajar.
Setiap murid akan sentiasa menghadapi pelbagai masalah yang menganggu murid
untuk meneruskan pembelajaran dengan baik. Masalah ini biasanya timbul dalam diri murid
itu sendiri ataupun masalah luaran atau persekitaran bilik darjah. Apabila berhadapan dengan
situasi ini, saya memfokuskan untuk mengkaji masalah ingatan dan kefahaman murid bagi
tajuk makanan dan fungsinya. Murid bermasalah untuk mengelaskan makanan mengikut
fungsinya iaitu makanan untuk membesar, mekanan yang mengekalkan kesihatan dan
makanan yang memberi tenaga.
Masalai ini dapat pengkaji perhatikan setelah mengkaji beberapa isu dan
keperihatinan terhadap penambahbaikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan. Tumpuan kajaian pengkaji adalah kepada murid Tahun 2. Keadaan ini disebabkan
oleh perkara berikut :
i.

Murid tahun 2 merupakan murid yang baru beralih dari tahun 1 ke tahun 2. Sikap dan
tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kurang memuaskan.

ii.

Peratus kelulusan ujian penggal pertama rendah berbanding dengan kelas tahun 2
yang lain.

iii.

Perlu mengekalkan minat murid tahun 2 terhadap mata pelajaran sains agar sasaran
tahunan tercapai dan objektif pembelajaran juga tercapai.

2.2

Analisis Tinjauan Masalah

2.2.1

Hasil Pemerhatian Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Pemerhatian dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Pengkaji memerhatikan

perubahan tingkahlaku murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk Makanan dan
5

Fungsinya. Kebanyakkan murid cuma dapat memberikan contoh makanan yang


memberikan tenaga dan fungsi makanan yang selebihnya murid tidak dapat memberikan
contoh yang betul. Murid kelihatan keliru dan tidak dapat mengelaskan makanan mengikut
fungsinya. Pengkaji menggunakan kaedah hafalan dan kuiz, ianya juga tidak dapat membantu
murid pengkaji mengingat dengan cepat. Ianya mungkinberkaitan dengan situasi kelas Tahun
2 Aman 3 yang merupakan kelas akhir dan kebanyakkan muridnya adalah kelas linus dan
mempunyai latar belakang murid yang masih belum boleh membaca dan lemah dalam proses
mengingat.
Menurut Mok Soon Sang (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan
semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang diinginkan oleh murid. Oleh itu , bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna
seseorang guru hendaklah memilih satu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan kesan
kepada murid yang diajar.
Atas sebab-sebab inilah maka pengkaji berpendapat haruslah mencari satu kaedah
yang baru dan boleh membantu murid-murid penkaji mengingat dan dapat mengelaskan
makanan mengikut fungsinya, Kaedah pengajaran dan pembelajaran pengkaji boleh
dipelbagaikan dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas
kerana kehilangan minat terhadap sesuatu subjek amat merbahaya pada diri seorang murid
khususnya dan sekolah amnya.

2.2.2

Isu Keputusan Latihan Murid


Latihan pengukuhan sering diberikan oleh guru setiap kali selesai menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Latihan yang berbentuk mengisi tempat kosong,
memadankan gambar dan mengelaskan gambar mengikut fungsi merupakan antara aktivitiaktiviti berbentuk penulisan yang memerlukan proses ingatan semula pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang baru mereka jalani.
Dalam tajuk Makanan dan Fungsinya latihan seperti yang tersebutdi atas adalah
merupakan latihan yang mudah dan sepetutnya dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Namun begitu bagi Tahun 2 Aman 3 yang merupakan kelas akhir dapat diperhatikan separuh
murid tidak dapat memperolehi jawapan yang betul pada soalan latihan yang agak mudah.

Tujuan utama latihan pengukuhan ini diberi setelah selesai proses pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk menguji tahap ingatan dan kefahaman murid terhadap contohcontoh makanan dan fungsinya. Ababila melihat kepada jumlah murid yang dapatmenjawab
dengan betul, pengkaji engandaikan daya ingatan dan kefahaman murid terhadap jenis
makanan dan fungsinya lemah dai ini dapat dikesan melalui jawapan yang diberikan pada
latihan ini.

2.2.3

Isu Maklumbas Daripada Murid


Bagi mendapat maklum balas terhadap kefahaman dan masalah yang dihadapi oleh

murid bagi tajuk Makanan dan Fungsinya, pengkaji telah menemubual beberapa orang
murid dari Tahun 2 Aman 3 secara tidak langsung setelah proses pengajaran dan
pembelajaran yang pengkaji lakukan. Berdasarkan jawapan murid tersebut bahawa mereka
lupa jenis makanan dan tidak dapat mengelaskan makanan mengikut fungsinya. Pengkaji
telah membuat kesimpulan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
untuk topik Makanan dan Fungsinya sebelum ini tidak berkesan. Terdapat beberapa
masalah yang dikesan dan dihadapi oleh murid, antaranya:
i.

Murid tidak dapat mengingat contoh-contoh makanan mengikut fungsinya jika tidak
merujuk buku teks.

ii.

Murid tidak dapat mengenalpasti perbezaan makanan dn contoh makanan yang


memberi tenaga, membantu tumbesaran dan makanan yang membantu mengekalkan
kesihatan.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji hanya menggunakan

kaedah kuliah dan menggunakan buku teks sebagai BBM. Namun kaedah yang pengkaji
gunakan tidak berkesan kerana tidak dapat merangsang minat dan kefahaman murid terhadap
tajuk yang diajar. Gambar yang ditunjukan dalam buku teks agak kecil dan digabungkan
dalam satu gambar menyebabkan murid tidak dapat melihat dengan jelas. Kaedah yang
digunakan oleh pengkaji juga kurang menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran . Murid kelihatan bosan dan kurang memberikan tumpuan dan murid
lambat menjawab soslan-soalan yang diajukan oleh guru megenai topik Makanan dan
Fungsinya.

Kesimpulannya disini berdasarkan huraian kepada isu-isu yang dibincangkan di atas


maka dapat dinyatakan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran tajuk Makanan dan
Fungsinya tidak mencapai objektif. Maka disini timbul usaha untuk menghasilkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan iaitu Food Game
bagi meningkatan daya ingatan murid dan keseronokan belajar terhadap tajuk ini. Justeru itu
dengan penggunaan kaedah ini dapat membantu mengurangkan masalah lupa, bosan dan
tidak faham dikalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan
merasa seronok bermain permainan Food Game untuk tajuk Makanan dan Fungsinya
kerana game sudah sebati dengan diri murid pada masa ini. Pengaruh IT yang sangat
berleluasa dan juga game yang mana murid sudah terdedah sama ada melalui telefon pintar
maupun computer. Pengkaji percaya melalui kaeah permainan ini dapat mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran iaitu murid dapat mengelaskan makanan mengikut fungsinya
iaitu makanan untuk tumbesaran , makanan untuk memberi tenaga dan makanan untuk
kengekalkan kesihatan.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Kajian
i.

Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid mengelaskan jenis


makanan mengikut fungsinya dengan menggunakan kaedah permainan iaitu Food
Game bagi murid tahun 2 Aman 3.
ii.

Objektif Khusus

3.2

Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang memberi tenaga.


Membantu murid mengenal pasti makanan yang membantu tumbesaran
Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang mengekalkan kseihatan.
Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan murid yang kritis.
Menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran guru

Soalan Kajian

1. Adakah kaedah Food Game dapat meningkatkan kemahiran mengelas


makananmengikut fungsinya.
2. Adakah kaedah Food Game dapat meningkatkan tahap pencapaian murid
dalam topic Makanan dan Fungsinya.
3. Adakah kaedah Food Game dapat menambahbaik proses pengajaran dan
pembelajaran guru.

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini mensasarkan kumpulan murid Tahun 2 Aman 3 kerana topik yang dikaji

adalah di bawah Dokumen Standard Kurikulum DST tahun 3. Oleh itu sampel yang
digunakan adalah murid dari kelas 2 Aman 3 seramai 25 orang, 13 orang murid lelaki 12
orang murid perempuan dari SK Seri Kota Puteri , Masai , Johor Bahru.
Rasionalnya Tahun 2 Aman 3 dipilih kerana pengkaji hanya mengajar kelas tersebut
bagi mata pelajaran sains. Pengkaji memilih kelas ini kerana kelas ini mempunyai murid yang
prestasinya sederhana dan lemah. Memandangkan peratusan markah bagi tajuk ini agak besar
dan diperkirakan tajuk ini boleh membantu murid mendapatkan markah yang lebih baik,
maka lebih sesuai kajian dikhususkan kepada kelas ini bagi membantu murid murid.

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1

Perancangan Tindakan

5.1.1

Tinjauan Masalah
Pengkaji telah menganalisa keputusan PKSR mata pelajaran Sains Tahun 2 yang

dilaksanakan di peringkat dalaman. Didapati kebanyakkan muridtidak dapat menjawab soalan


yang diberikan. Analisis keputusan peperiksaan menunjukkan murid tidak dapat memberikan
jawapan yang tepat bagi soalan yang berkisar tentang topik Makanan dan Fungsinya.
Ramai murid yang membuat kesalahan terutama bagi soalan mengelaskan makanan dan
contoh-contoh makanan mengikut fungsinya.
5.1.2

Pemerhatian

Pengkaji juga telah membuat pemerhatian melalui proses pengajaran dan


pembelajaran . Didapati kaedah kuliah dan hafalan menjadi masalah kepada murid-murid
lemah kerana terdapat pelbagai jenis makanan dan fungsinya. Walaupun diajar berulang kali,
namun keupayaan murid sangat terhad dan menimbulkan kebosanan kepada diri murid.

5.1.3

Soal Selidik
Pengkaji memberi sampel soal selidik yang mengandungi soalah dengan

keberkesanan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang
terdapat dalam soal selidik adalah berbentuk tertutup dengan menggunakan Skala Likert tida
pilihan. Sakala Likert digunakan kerana sampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun2
supaya selaras dan selari dengan tahap pemikiran mereka. Sampel hanya perlu menanda
( / ) pada salah satu ruang jawapan yang disediakan mengikut skala. Skala yang paling tinggi
adalah ( Setuju ) dan yang paling rendah adalah ( Tidak setuju ). Pembentukan item-item soal
selidik adalah berdasarkan kepada tujuan kajian.

5.1.4

Ujian Pra
Pengkaji telah mengedarkan latihan yang mengandungi 20 soalan bertumpu berkaitan

topik Makanan dan Fungsinya. Soalah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu soalan
objektif dan soalan subjektif. Soalan-soalan berfokus kepada apa yang sudah dipelajari pada
sesi pembelajarn yang lalu. Ujian ini dilakukan untuk menguji pemahaman sampel tentang
topik dengan mengunakan pengetahun mereka daripada pengajaran dan pembelajaran
sebelum ini.

5.1.5

Ujian Pasca
Pengkaji telah memberi soalan ujian selepas tindakan kepada sampel, yang

mengandungi 20 soalan bertumpu kepada topik Makanan dan Fungsinya. Ujian Pra dan
ujian Pasca mempunyai soalan yang sama. Ujian telah diadakan serentak kepada semua
sampel .

10

5.1.6

Perlaksanaan Kaedah Food Game .


Pengkaji menerangkan tentang jenis makanan dan fungsinya menggunakan slaid

Power point yang dibina sendiri. Pengkaji membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5
orang murid bagi setiap kumpulan. Pengkaji menerangkan cara dan peraturan permainan
tersebut, Murid menggunakan computer untuk bermain Food Game yang pengkaji bina
sendiri dalam masa 20 minit. Murid perlu klik pada ruangan jawapan dan taip Ya atau
Tidak. Jawapan yang betul akan menerima 2 mata ganjaran dan ucapan Tahniah,
manakala jawapan yang salah mendapat 0 mata ganjaran dan ucapan Cuba Lagi. Murid
akan bermain secara individu dalam masa yang ditetapkan. Markah akan dikira mengikut
jumlah jawapan yang betul. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi menjadi pemenang.

5.2

Perancangan Cara Mengumpul Data


Pengkaji akan menggunakan pelbagai prosedur pengumpulan data untuk mendapatkan

data bagi kajian tindakan ini. Beberapa prosedur yang digunakan adalah pemerhatian, soal
selidik dan ujian bertulis iaitu Ujian Pra dan ujian Pasca.

5.2.1

Pemerhatian
Untuk mengumpulkan data yang diperlukan, pengkaji telah melihat corak perubahan

pencapaian murid-murid Tahun 2 Aman 3 selepas tindakan dilaksanakan. Pengkaji


mengambil data analisis keputusan peperiksaan Tahun 2 Aman 3 bagi subjek sains pada bulan
Mac. Pengkaji juga telah membuat analisis keputusan peperiksaan bagi tajuk Makanan dan
Fungsinya.

5.2.2

Soal Selidik
Menurut Majid Konting (1998), penggunaan borang selidik dapat meningkatkan

ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi
oleh gerak laku pengkaji. Soal selidik ini adalah untuk memperkukuhkan lagi pernyataan
kajian bahawa penggunaan kaedah permainan dalam proses pengajran dan pembelajaran
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengelaskan makanan mengikut fungsinya bagi

11

murid tahun 2 Aman 3. Instrumen soal selidik yang telah disediakan mengandungi dua
bahagian iaitu:
i.

Bahagian A
Bahagian latarbelakang murid. Bahagian ini mempunyai dua item iaitu bangsa dan
jantina.

ii.

Bahagian B
Bahagian keberkesanan penggunaan kaedah permainan dalam mengajar tajuk
Makanan dan Fungsinya
Bahagian ini mengandungi soalan mengenai keberkesanan kaedah permainan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

5.2.3

Mengendalikan Ujian Pra dan Ujian Pasca


Selain menggunakan kaedah pemerhatian,dan soal selidik, pengkaji juga telah

mengendalikan ujian bertulis iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diedarkan kepada sampel
iaitu murid-murid tahun 2 Aman 3. Ujian Pra telah dijalankan untuk menilai dan mengetahui
kefahaman murid terhadap tajuk Makanan dan Fungsinya berdasarkan pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan dahulu. Ujian Pra mengandungi 20 soalan terdiri daripada
soalan objektif dan soalan subjektif. Selepas Ujian Pra dijalankan sebelum tindakan,
pengkaji memberi Ujian Pasca iaitu selepas tindakan dilaksanakan. Ujian pasca adalah
soalan yang sama tetapi diberi kepada sample selepas tindakann dilaksanakan iaitu
penggunaan keadah Food Game dalam mengajar tajuk Makanan dan fungsinya.

12

5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data


Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan kuantitatif mudah.

5.3.1

Soal selidik
Berikut adalah contoh-contoh analisis borang soal selidik yang dijalankan.
a.

Perbandingan Dapatan soal selidik sebelum dan selepas tindakan


Sebelum Tindakan

Soalan

Tidak

( Bil Murid )
Skala Likert
Kurang
Setuju

Setuju

Pasti

(1)

(2)

(3)

Sebelum Tindakan

Tidak

( Bil Murid )
Skala Likert
Kurang

Setuju

Pasti

(1)

(2)

Setuju
(3)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Jumlah bilangan
murid (f )
Peratus
(f/f)x100
Jumlah bil
murid x
Skor markah
( Fx )
Min
(fx /f)
b.
Skor Markah

Pernyataan
Setuju
Kurang Pasti
Tidak setuju

Skor Markah
3
2
1
13

c.

Graf Peratusan Item Sebelum dan Selepas Tindakan

80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
0.00%
Tidak Setuju

Kurang pasti

Sebelum Tindakan

5.3.2

Setuju
Selepas Tindakan

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Berikut adalah contoh contoh analisis yang dibuat ke atas keputusan ujian Pra dan

Ujian Pasca yang dijalankan ke atas sampel.


a.

Jadual Analisis keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca mengikut Markah dan

Gred

14

Markah

Ujian Sebelum

Ujian Sebelum

Peratus

Tindakan

Tindakan

Peningkatan

Gred

/
Penurunan
Bil

Peratus ( % )

Murid
80-100
60-79
40-59
20-39
0-19
b.

Bil

Peratus ( % )

Murid

A
B
C
D
E

Jadual Analisis Gred Keputusan Murid Sebelum dan Selepas Tindakan

25
20
15
10
5
0
A

B
Ujian sebelum tindakan

c.

C
Ujian selepas tindakan

Analisis peratus markah Ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan


80
70
60
50
40
15

30
20
10
0
A

Ujian sebelum tindakan

d.

Ujian selepas tindakan

Analisis Markah Ujian Sebelum Tindakan


Bilangan soalan

Markah

Bilangan Pelajar

Jumlah markah

yang betul

( Bilangansoalan x

(f)

( Markah f )

5)
20
19
18
17
16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Jumlah
Min markah ujian sebelum tindakan (x)
e.

Analisis Markah Ujian Selepas Tindakan

16

Bilangan soalan

Markah

Bilangan Pelajar

Jumlah markah

yang betul

( Bilangansoalan x

(f)

( Markah f )

5)
20
19
18
17
16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Jumlah
Min markah ujian sebelum tindakan (x)
f.

Analisis min markah bagi ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan

Ujian
Ujian Sebelum Tindakan
Ujian Selepas Tindakan

g.

Min Markah (x)

Graf Perbandingan Min markah ujian sebelum dan selepas tindakan


84
82
80
78
17

76
74
72
70
Ujian Sebelum Tindakan
5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.4.1

Jadual Perlaksanaan

Ujian Selepas Tindakan

BULAN
KRITERIA

JULAI

OGOS

SEPTEMBE

OKTOBER

R
Mendengar taklimat tentang
Kajian Tindakan daripada
pensyarah
Menerima jadual spesifikasi
tugasan
Menerima contoh borang
proposal Kajian Tindakan
Mengenalpasti masalah P&P
di sekolah dan mengisi
borang proposal
Berbincang dengan penyelia
dan membuat pembetulan
selepas berjumpa dengan
penyelia
Mencari bahan dan mula
mengumpul data tentang
proposal kajian Tindakan
Merangka dan membuat draf
Kajian Tindakan
Menulis Kajian Tindakan
mengikut spesikasi tugasan
Menghantar Proposal Kajian
Tindakan kepada pensyarah
penyelia
18

6.0

TINJAUAN LITERATUR
Situasi yang berlaku dalam bilik darjah adalah etos dan persekitaran sosial

yang telah dicipta oleh guru. Keadaan ini menunjukkan bahawa, adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan
tanggungjawab guru serta perkaitannya dengan pembelajaran seperti di bawah :
Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Sebagai
pengurus pembelajaran, tugas utama guru adalah untuk mengruskan bilik darjah. Ini kerana
hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan suasana
pembelajaran yang menarik

Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian, kefahaman dan
kemahiran proses sains iaitu kemahiran mengelas murid terhadap isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah
hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara
bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di
sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, pengkaji hanya
menerangkan dengan menggunakan gambar dan buku teks sebagai bahan bantu mengajar.
Menurut Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai
pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.
Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi
pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara
maksimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian
murid terhadap isi pelajaran tersebut.
19

Dengan itu, pengkaji telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pengkaji pilih adalah kaedah
permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak
membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel. Menurut beliau, aktiviti
bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah,
kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial
mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap
kematangan murid.
Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan
adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud
unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat
mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah
pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim
dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran
mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri
pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda
mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.
Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan
bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain
murid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan
menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermain boleh mendatangkan
kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan
belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan
murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran
umum kepada yang lebih spesifik.
Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid
kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau
juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi
peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam
kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan

20

khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum
semula.
Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang
menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya meningkatkan interaksi dan
kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze,
mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajran.
Kesimpulannya disini , terdapat banyak fakta yang mengatakan bahawa pelajar boleh
mengekalkan tahap ingatan terhadap apa yang diajar oleh guru adalah dengan menggunakan
keadah pembelajaran secara bermain. Kaedah bermain dapat menyediakan suasana yang
seronok dan gembira dan ini dapat membantu menghilangkan kebosanan murid serta dapat
membantu murid untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Oleh itu, saya telah memilih permainan Food Game iaitu permainan betul salah sebagai
bahan bantu mengajar dalam melakukan kajian ini iaitu mengelaskan makanan mengikut
fungsinya.

21

BIBLIOGRAFI
1. Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :
UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.
2. Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
3. Endra Devi Supiah (SMK DatoMohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK
Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur
4. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor : UniversitiTeknologi
Malaysia.
5. Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam
Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
6. Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course Materials.Bandung,Indonesia,
Universiti of education.
7. Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan Menengah.Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
8. Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah
danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.

22

23

Anda mungkin juga menyukai