Anda di halaman 1dari 19

SAW HUI BOI ( D20102042520 )T 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH

RENDAH
TUESDAY, 6 DECEMBER 2011
Laporan Kajian Tindakan
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
TAJUK:
KETIDAKSESUAIN KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNA GURU DALAM
BAHASA MELAYU
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru. Seramai 15 orang
murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada kaedah
mengajar tatabahasa. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan
murid kurang peka terhadap pengajaran saya yang dirancangkan. Oleh itu, saya telah
menggunakan kaedah main sambil belajar untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam
sesuatu konsep. Saya menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan
murid semakin memuaskan bernbnding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga
menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.0 PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan
status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu
perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan
menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan


senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar
dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis
bahasa Melayu.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi
perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam
Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan
perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran adalah senantiasa
mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Apatah lagi kaedah yang perlu digunakan agar dapat memberi kesan keatas murid dan
seterusnya mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran terdahulu
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa
Melayu di kelas 2T, mengenai tajuk Kegunaan Buluh, saya dapati bahawa murid saya tidak
memberikan penumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya
perhatikan wajah murid yang nampak kebosanan dan seolah-olah tidak mahu mendengar
penerangan mahupun aktiviti yang telah dirancang oleh saya. Terdapat juga murid yang
bermain dan berbual-bual dalam kumpulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati saya.
Keadaan murid yang tidak menumpukan perhatian ini telah menyebabkan hasil pembelajaran
yang dilaksanakan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, telah menjejaskan markah
murid dalam ujian yang dilakukan di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Dari
keputusan ujian yang dijalankan, didapati jawapan yang diberikan oleh sesetengah murid
tidak menepati skema pemarkahan. Saya berandaian keadaan ini terjadi berpunca daripada
ketidakfahaman murid terhadap sesi penerangan yang dilakukan sebelumnya dan
kesannya mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Apakah yang menyebabkan
mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya? Adakah cara penyampaian saya

bermasalah semasa sesi penerangan ? Adakah penyampaian saya tidak menarik dan telah
membuatkan mereka bosan? Atau, adakah penggunaan alat bantu mengajar saya tidak
berkesan untuk menarik minat murid ? Setelah melakukan refleksi terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, saya telah mengesan masalah ini timbul
adalah berpunca daripada penggunaan alat bantu mengajar yang saya tidak menarik dan ianya
tidak melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Alat bantu mengajar yang saya
gunakan hanya melibatkan interaksi sehala sahaja, Keadaan ini telah mendorong saya untuk
melaksanakan satu kajian tindakan yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar semasa
sesi pembelajaran.
Ketika sesi penerangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya hanya
menggunakan gambar dan papan putih kecil untuk menyampaikan isi pelajaran. gambar yang
dipaparkankan mengenai tajuk pelajaran pada sesi ini iaitu kegunaan buluh. Saya telah
memberikan penerangan dengan menggunakan gambar.Kaedah ini telah menyebabkan
sesetengah murid menjadikan bosan dengan pengajaran dan pembelajran yang dijalankan
oleh guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan
isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya . Ini
kerana murid hanya mendengar dan tidak melakukan sebarang aktiviti.
Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan
murid ini agar perhatian murid dapat dipertingkatkan dan seterusnya memberi kefahaman
terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

1.2

FOKUS KAJIAN

1.2.1 Isu Kajian


Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, masalah yang saya
alami dari sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah tahap perhatian dan kefahaman
murid sangat rendah. Ini dibuktikan dengan markah ujian yang ditadbir selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan tidak sesuai dengan keadaan murid.
Menurut Mok Soon Sang (20060, kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua
cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

dininginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna
seseorang guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan
kesan kepada murid yang diajar.
Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan
terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan kata nama
Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras (3) i. Menghuraikan maklumat yang dissampaikan dengan menggunakan bahasa yang
sesuai.
Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.
Aras (2) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu kajian dijalankan keatas permasalahan yang
timbul dengan merancang kaedah pengajaran yang berlainan sebagai langkah untuk
mengatasi masalah ini. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan kata
nama melalui kaedah yang dirancang. Sebelum itu, saya telah mengenalpasti peserta yang
akan diketengahkan dalam kajian ini iaitu sebahagian murid dari kelas yang sama.
Berdasarkan catatan markah ujian dalam pengajaran dan pembelajaran terdahulu, seramai 15
murid dipilih sebagai peserta bagi kajian ini. 15 orang murid yang dipilih ini telah
memperolehi markah terendah dalam ujian yang dijalankan daripada sesi pengajaran dan
pembelajaran terdahulu.
Setelah mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian
kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya telah memilih kaedah bermain
meneka silang kata untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi kajian ini.
Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dengan menggunakan hurufhuruf yang dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan soalan atau pembayang untuk
menjawab pada kotak-kotak yang disediakan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


1.3.1 Objektif Umum
i)

Meningkatkan kefahaman murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah


bermain silang kata.
1.3.2 Objektif Khusus

i)

Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran dan pembelajran Bahasa Melayu


melalui kaedah bermain silang kata..

ii)

Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan kata nama.

iii)

Menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dalam meningkatkan kefahaman dan
perhatian murid.

1.4 Persoalan Kajian


i)

Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman murid?

ii)

Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian murid?

iii)

Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan
perhatian murid?

1.5 Tinjauan Literatur

Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian dan kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah
hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara
bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di
sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya hanya
menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Abdul
Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai pelajar menjadi
bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang
melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin
disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara maknsimum. Keadaan
ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian murid terhadap isi
pelajaran tersebut.
Dengan itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya pilih adalah kaedah
permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak
membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau, aktiviti
bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah,
kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial
mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap
kematangan murid.
Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan
adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud
unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat

mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah


pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim
dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran
mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri
pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda
mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.
Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan
bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain
mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan
menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermalin boleh mendatangkan
kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan
belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan
murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran
umum kepada yang leih spesifik.
Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid
kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau
juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi
peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam
kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan
khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum
semula.
Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang
menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya menggalkkan interaksi dan
kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze,
mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih permainan teka silang kata sebagai
bahan bantu mengajar dalam melakukan kaian ini.

1.6 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7
perempuan. Murid-murid ini sentiasa tidakmengambil berat terhadap penggunaan kata nama.
Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan kata nama apatah lagi murid
lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah
tersebut.

1.7 METHODOLOGI KAJIAN


Methodologi yang digunakan ialah:
a.

Pemerhatian
Mnurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan
ang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian
seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam
kajian ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau
pengkaji menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa
yang sama bertindak sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik
dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian
menjadi leblih sah dan boleh dipercayai.
Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah pemerhatian
berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur pengkaji
mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlakutingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga
disebut sebagai pembolehubah.
Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang bagi kumpulan
peserta yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid dilihat secara
tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

b.

Soal selidik
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk menilai
keberkesanan kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian dan kefahaman
murid terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang dibina mempunyai dua bahagian
yang ingin dilihat iaitu bahagian 1 kefahaman manakala bahagian 2 adalah pemerhatian.
Borang soal selidik ini akan diedarkan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran
yang mengguankan kaedah main sambil belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus
selesai proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

c.

Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman
mereka.
Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan yang
berdasarkan prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut
dinamakan pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran yang menggunakan teknik ujian
menghasilkan skor. Skor atau markah mengikut skala tetentu adalah data kuantitatif yang
selalu digunakan dalam analisis. Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek
berdasarkan soalan yang disediakan oleh penyelidik.
Reka bentuk ujian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk ujian
pasca. Menurut Chua Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental
benar yang paling ringkas tetapi ia mempunyai kesahan dalaman yang tinggi.Dalam reka
bentuk ini, murid-murid diagihkan ke dalam dua kumpulan secara rawak, dan variebel
bersandar hanya diukur sekali sahaja, iaitu melalui ujian pasca.
Berdasarkan kajian ini, ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji samaada
kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan peratus skor murid dalam ujian atau
tidak, Ujian yang dibina mempunyai 5 soalan struktur yang mana setiap soalan adalah

berdasarkan kepada tajuk pelajaran yang diajar. Skor keseluruhan bagi ujian ini adalah 10
markah iaitu 2 markah untuk setiap soalan.
1.8 PELAKSANAAN KAJIAN
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalahmasalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan kata
nama methodologi yang dinyatakan.
1.8.1 Prosedur tindakan
1.

Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran mengikut kelas yang diajar dan
memerhatikan keadaan fizikal murid.

2.

Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama menggunakan kaedah


slaide.Seterusnya saya membuat pemerhatian terhadap keadaan murid dan membuat refleksi
selepas sesi pembelajaran.

3.

Dengan menganalisis refleksi pengajaran awal. Saya dapat mengenalpasti permasalahan


yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan masalah yang
hendak dijadikan subjek kajian.

4.

Saya mendapatkan maklumat murid untuk membuat kajian.

5.

Saya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah bermain
silang kata. Saya menyediakan rancangan pengajaran yang baharu dan menyediakan silang
kata.

6.

Saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah


bermain silang kata. Saya membuat pemerhatian semasa proses pembelajaran dan
mengadakan ujian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Selepas itu, saya mengedarkan
borang soal selidik. Akhir sekali, saya melakukan refleksi pengajaran.

7.

Saya menganalisis keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik.

8.

membuat perbandingan terhadap keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik dengan
pembelajaran terdahulu.
1.8.2 DAPATAN KAJIAN

Di dalam bab ini kaitan antara tiga elemen utama dalam kajian ini akan dihuraikan
iaitu persoalan kajian, analisis instrument kajian dan tinjauan literatur yang berkaitan.
Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman
murid ?
Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa
markah murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah bermain silang kata
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah
Nordin(2009). Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan penggunaan
kaedah permainan dapat meningkatan perestasi murid terhadap tajuk pelajaran, didapati
peratus peningkatan ujian adalah 0-50 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah
permainan telah dapat meningkatkan prestasi murid dalam ujian.
Permainan boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid mempelajari
kemahiran asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar. Kebolehan murid menjawab
soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi markah ujian mereka.
Keadaan ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada persoalan kajian saya
yang pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar dapat meningkatkan kefahaman murid.

Persoalan 2 : Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian


murid?
Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah kaedah
permainan silang kata dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab persoalan kajian
ini, suatu pemerhatian telah dilakukan keatas peserta yang telah dipilih. Aspekaspek pemerhatian telah ditetapkan terlebih dahulu seperti adakah murid dapat menjawab
soalan yang diberi oleh guru dan murid dapat menyenaraikan isi pelajaran dari proses
pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang telah diterangkan di dalam bab cara pengumpulan

data, kesemua aspek yang diperhatikan ini mempunyai kaitan dengan perhatian Menurut
Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Damanhuri (2005) berdasarkan pemerhatian beliau,
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid cuba sedaya upaya
menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk permainan bahasa.Mereka membuat rujukan
dan berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang menjawab soalan. Pelajar kelihatan
tidak tertekan dan proaktif dalam menjawab soalan.
Keadaan yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil pemerhatian yang
dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu pengajaran
menggunakan kaedah kuliah biasa dan pengajaran menggunakan kaedah bermain silang kata.
Didapati, sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata telah
mencatatkan markah yang lebih tinggi berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.
Hasil dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa berlaku
peningkatan tahap perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dengan
penggunaan kaedah bermain silang kata.
Pieget menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan, permainan
dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid danseterusnya menggalakkan interaksi
dan kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini juga dapat menggambarkan bahawa
murid mengambil perhatian terhadap apa yang dipelajari mereka.
Persoalan 3: Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan perhatian murid?
Bagi menilai tahap kefahaman dan perhatian mrid, saya telah menjalankan soal selidik
ke atas peserta yang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
bermain silang kata.
Nor Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan keatas kajian beliau
mendapati, secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa kaedah permainan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah mewujudkan situasi pembelajaran yang
menyeronokkan kepada murid.
Menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah untuk
menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai ciri-ciri yang
tertentu seperti wujudnya unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang.

Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran
melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
1.8. 3 REFLEKSI KAJIAN
Kaedah bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di
sekolah rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa seronok dan secara tidak
langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Berbeza dengan kaedah kuliah biasa yang menggunakan slaid,murid hanya menjadi
pendengar dan keadaan ini telah menimbulkan rasa bosan di dalam diri murid. Kebosanan
murid telah memberi kesan ke atas kefahaman dan perhatian murid terhadap pengajaran guru.
Menyedari keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang berfokuskan
kepada kaedah bermain sambil belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
menggantikan kaedah kuliah biasa menggunakan slaid bertujuan untuk menyelesaikan
masalah kefahaman dan perhatian murid.
Sebelum memilih kaedah permainan silang kata saya terlebih dahulu telah membuat
tinjauan literatur mengenai pendapat tokoh tentang kelebihan kaedah bermain serta
keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak tokoh yang
membincangkan mengenai keberkesanan kaedah bermain dalam pembelajaran murid. Dan
bertitik tolak dari keadaan ini telah mendorong saya memilih kaedah ini iaitu main sambil
belajar untuk dijadikan fokus kajian. Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur
mengenai kajian yang dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah
menemui jalan buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini.
kebanyakan literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah bermain sahaja.
Ini telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya. Namun kajian-kajian yang
menggunakan kaedah bermain ini telah menjadikan rujukan utama saya ketika kajian ini
dilakukan.
Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3 persoalan kajian
yang diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan
kajian yang dilakukan. Ternyata kaedah bermain sambil belajar telah dapat meningkatkan
kefahaman dan perhatian murid dan secara tidak langsung telah meningkatkan kefahaman
murid .Kenyataan ini telah disokong dengan keputusan daripada instrument-instrumen kajian
yang dilaksanakan. Hasil daripada analisis data instrument kajian yang juga dikukuhkan lagi

dengan pendapat-pendapat daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini sebuah
kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.Bersesuaian dengan tujuan
kajian tindakan diadakan iaitu untuk menyelesaikan suatu permasalahan dengan
menggunakan kaedah tertentu.
1.8.4 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Bagi kajian yang seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai sikap murid
terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah main sambil belajar dijalankan ini. Ini
kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan kaedah bermain dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana
keberkesanan kaedah bermain dapat meningkatkan kefahaman murid. Oleh itu saya
memfokus kepada keputusan instrumen-instrumen kajian seperti ujian dan pemerhatian.
Berlainan dengan kajian yang ingin melihat sikap murid terhadap sesuatu matapelajaran yang
mana kajian seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran
menggunakan kaedah bermain.
Dengan melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji akan dapat
membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana
kajian memfokus kepada tingkahlaku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa tokoh yang
menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada
murid dan guru dengan secara tidak langsung.

RUJUKAN
1)

Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :


UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.

2)

Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn
Bhd.

3)

Endra Devi Supiah (SMK DatoMohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin
( SMK Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur

4)

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor :


UniversitiTeknologi Malaysia.

5)

Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam
Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.

6)

Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course


Materials.Bandung,Indonesia, Universiti of education.

7)

Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan
Menengah.Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

8)

Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah
danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.

LAMPIRAN A

Senarai Nama Peserta

BIL NAMA MURID


1.
2.
3.
4.
5
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

TAN SOON HONG


TAN LI YOU
TAN ZHE XUAN
MOHD DANIAL
MOHD DANISH LAU
JONATHAN LIAU
ONG YU QIAN
LIM YANG FENG
SIAH ZI XIN
ANG XUE YING
HANA DIANA
BATRISYA
WAN ADYRANA
GAN WEN XIN
NEW KHAI WEI

JANTINA
LELAKI
/
/
/
/
/
/
/
/

PEREMPUAN

/
/
/
/
/
/
/

LAMPIRAN B
Borang Soal Selidik
Mengenalpasti tahap perhatian dan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
kajian tempatan
Nama:_________________
Kelas:2_______

Sekolah:_____________________
Tindakan samada anda setuju atau tidak setuju dengan pernyataan yang
diberikan.
Bahagian 1: Kefahaman
Bil
1

Item Persoalan
Saya dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan

2.

selepas bermain silang kata.


Penggunaan silang kata memudahkan saya mengingat

3.

fakta.
Saya dapat menjawab soalan semasa bermain silang kata.

4.

Saya dapat menyenaraikan kegunaan buluh selepas

5.

bermain silang kata.


Saya dapat menjawab soalan ujian selepas sesi permainan

6.

silang kata.
Permainan silang kata mempunyai kaitan dengan isi

7.

pelajaran yang ingin disampaikan.


Saya dapat menyenaraikan isi pelajaran selepas bermain

Ya

Tidak

Ya

Tidak

silang kata.

Bahagian 2 :Pemerhatian
Bil
1

Item persoalan
Saya membei perhatian semasa pengajaran guru

2.

menggunakan permainan silang kata.


Permainan silang kata membuatkan saya berasa seronok

3.

melakukan aktiviti.
Saya melibatkan diri secara aktif semasa sesi permaian

4.

silang kata.
Saya berasa bosan dengan aktiviti permainan silang kata.

5.

Saya tidak melakukan aktiviti selain daripada aktiviti

6.

permainan silang kata.


Saya tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik

7.

kerana guru menggunakan permainan silang kata.


Saya ingin menyelesaikan dalam permainan silang kata.

8.

Saya menumpukan perhatian semasa aktiviti permainan


menggunakan silang kata.

LAMPIRAN C
UJIAN
NAMA : ___________________

Markh:________

KELAS : _________________

Tarikh: ________

SEKOLAH : _______________
Susunkan huruf menjadikan perkataan yang betul berdasarkan gambar-gambar yang diberi.
1)
u

2)

3)

4)

5)
u