Anda di halaman 1dari 2

KERUSI MUZIK

Alatan yang diperlukan :


1. Radio
2. Kerusi
3. Kad bergambar
4. Kotak

Cara pelaksanaan :
1. Guru menyediakan kad bergambar di dalam kotak dan kerusi disusun dalam bulatan seperti
di dalam rajah. Bilangan kerusi mesti kurang satu daripada jumlah jumlah murid.
2. Guru menerangkan peraturan-peraturan yang perlu murid patuhi semasa aktiviti permainan
dijalankan. Murid berdiri di luar bulatan kerusi sebelum permainan dimulakan.
3. Guru memainkan muzik dan permainan kerusi muzik dimulakan. Guru mesti memastikan
murid berjalan mengelilingi kerusi secara berterusan sehingga guru menghentikan muzik.
4. Apabila muzik berhenti, semua murid perlu duduk di atas kerusi yang kosong kecuali murid
yang terlepas menduduki kerusi.

5. Bagi murid yang tidak berjaya duduk, murid tersebut dikehendaki memilih satu kad
bergambar yang terdapat di dalam kotak.
6. Guru menanyakan nama benda berdasarkan kad bergambar yang dipilih dan murid
dikehendaki mengeja dan membunyikan perkataan berdasarkan gambar dengan kuat.
7. Murid-murid lain dikehendaki mengeja dan membunyikan perkataan bersama-sama.

Tujuan :
1. Murid dapat mempelajari perkataan dengan lebih menarik.
2. Dapat mendidik murid agar lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
3. Menerapkan nilai-nilai murni semasa akitiviti dijalankan,
4. Meningkatkan kemahiran pengamatan pendengaran murid.

Anda mungkin juga menyukai