Anda di halaman 1dari 13

QPP 3013 - PSIKOLOGI SUKAN DAN AKTIVITI FIZIKAL

ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL


(KEBIMBANGAN DALAM SUKAN)
KUMPULAN A

NAMA

NUR AYUNI BINTI ABDUL RAHIM

NO MATRIK

D20141066438

PENSYARAH

PUAN ARNE SUZILA BINTI NASAM

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN.........................................................................................................................2
I.0

PENGENALAN...................................................................................................................3

2.0

ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH........................................................................3

2.1

ARTIKEL DAN JURNAL 1.............................................................................................3

2.2

ARTIKEL DAN JURNAL 2.............................................................................................5

2.3

ARTIKEL DAN JURNAL 3.............................................................................................6

3.0

PERBINCANGAN DAN ULASAN ARTIKEL PILIHAN..................................................7

3.1

METODOLOGI................................................................................................................8

3.2

DAPATAN KAJIAN.........................................................................................................9

3.3

PERBINCANGAN DAN CADANGAN........................................................................10

4.0

KESIMPULAN...................................................................................................................11

RUJUKAN.....................................................................................................................................12

I.0

PENGENALAN

Psikologi adalah sebuah bidang ilmu pengetahuan dan ilmu terapan yang mempelajari
mengenai perilaku dan fungsi mental manusia secara ilmiah. Ia juga berkait rapat dengan emosi,
perasaan dan tingkah laku dan secara realitinya semua individu tidak suka dipaksa dalam
melakukan sesuatu perkara.
Tuntasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa
yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlet serta pegawai yang terbabit
malahan mereka terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.
Bagi melaksanakan tugasan yang diberi iaitu membuat ulasan kritikal terhadap bahan
bacaan seperti jurnal dan artikel. Tiga jurnal telah dipilih untuk dikritik yang masing-masing
berkaitan dengan kebimbangan yang berlaku dalam sukan. Saya telah memilih isu kebimbangan
dalam sukan kerana ia merupakan aspek penting dalam subjek psikologi sukan. Berikut adalah
maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.

2.0

ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH


Artikel yang dipilih iaitu sebanyak 3 artikel berkait dengan tajuk yang dipilih iaitu isu

kebimbangan dalam sukan. Berikut merupakan maklumat mengenai jurnal dan artikel yang
dikaji.
2.1

ARTIKEL DAN JURNAL 1

Tajuk Artikel

: Kebimbangan dan Kemerosotan Prestasi di Kalangan Atlet Lelaki


di Peringkat Universiti

Penulis

: Ani Mazlina Dewi Mohamed, Mawarni Mohamed, Ruzli Zairazi,


dan Mohd. Sofian Omar Fauzee

Bilangan muka surat : 18 muka surat


Sumber

: Asian Journal of University Education. Vol.3 No.2 (Dec


2007) ISSN: 1823-7797.

Jurnal ini adalah sebuah kajian penulis Ani Mazlina Dewi Mohamed, Mawarni
Mohamed, Ruzli Zairazi, dan Mohd. Sofian Omar Fauzee Kajian ini dijalankan untuk
memahami dengan lebih lanjut perkaitan antara kebimbangan dan prestasi sepertimana
yang telah dijelaskan dalam Teori Kebimbangan Multidimensional. Tujuan utama
kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kebimbangan kognitif dan
kebimbangan somatik mempengaruhi prestasi atlet-atlet lelaki universiti.
Pengkaji menjangkakan bahawa kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik
mempunyai hubungan dengan prestasi. Kajian telah dijalankan ke atas seramai 125 atlet
lelaki daripada salah sebuah universiti yang terlibat dalam kejohanan sukan antara
Universiti Swasta yang berumur antara 18-45 tahun sebagai subjek. Instrument yang telah
digunakan adalah ,engutip data daripada responden dengan menggunakan alat ukur
Competitive State Anxiety Inventory 2 (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens,
Vealey, Bump dan Smiths (1990). Responden juga dikehendaki melengkapkan borang
soal selidik 30 minit sebelum pertandingan bermula. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa kebimbangan kognitif mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi.
Manakala kebimbangan somatik tidak mempengaruhi prestasi. Melalui Ujian ANOVA,
didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan kognitif
4

dan kebimbangan somatik di kalangan pasukan-pasukan universiti yang mengambil


bahagian dalam sukan Majlis Sukan Universiti Swasta Malaysia

2.2

ARTIKEL DAN JURNAL 2

Tajuk Artikel

: A Study of Pre-Competitive and Post-Competitive Anxiety Level


of Inter- collegiate Volleyball Players

Penulis

: Amritpreet Singh and Vishaw Gaurav

Bilangan muka surat : 5 muka surat


Sumber

: International Journal of Sports Science and Engineering Vol. 05


(2011) No. 04, pp. 237-241. ISSN 1750-9823.

Jurnal kedua bertajuk A Study of Pre-Competitive and Post-Competitive Anxiety


Level of Inter- collegiate Volleyball Players. Dalam jurnal ini pengkaji mengkaji
berkaitan dengan pemain bola tampar yang mengambil bahagian dalam pertandingan
antara kolej. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kebimbangan prapersaingan dan kebimbangan selepas kompetitif di antara pemain bola tampar kolej.
Penulis telah menggunakan sekumpulan 170 pemain bola tampar (lelaki = 85 dan
perempuan = 85) yang telah dipilih dari kolej yang berbeza yang bergabung dengan
Universiti Guru Nanak Dev, Amritsar, Punjab, India melalui teknik persampelan
bertujuan. Usia mereka telah adalah di antara 18 hingga 25 tahun. Pengumpulan data
adalah daripada atlet menggunakan Sukan Kebimbangan kompetitif Test - (SCAT) terdiri
daripada lima belas perkara yang termasuk 5 perkara palsu, 8 item positif dan 2 item
5

negatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam
0.01 tahap kebimbangan pra-persaingan dan kebimbangan selepas berdaya saing di
kalangan lelaki dan wanita pemain bola tampar antara kolej.

2.3

ARTIKEL DAN JURNAL 3

Tajuk Artikel

: Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan Selepas Pertandingan


Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri

Penulis

: Mohad Anizu Mohd Noor dan Aldellah Ali

Bilangan muka surat : 5 muka surat


Sumber

: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Jurnal ini membincangkan kesan tahap kebimbangan sebelum dan selepas


pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Jurnal ini mengetengahkan atlet tinju
sendiri disamping menjadi bahan rujukan kepada Persatuan Tinju Johor dan Negeri Johor.
Kaedah yang digunakan oleh penulis adalah Tiga komponen set soal selidik telah
digunakan dalam kajian ini iaitu Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test), Soal-Selidik
STAI (State Trait Anxiety Inventory) dan Soal-Selidik CSAI-2 (Competitive State
Anxiety Inventory-2). Seramai 9 orang atlet telah dipilih sebagai subjek dalam
lingkungan 18 - 21 tahun. Subjek diberikan 3 set soal selidik yang diedarkan tiga hari
sebelum dan selepas perlawanan dimana 1 set soal selidik sehari.
Berdasarkan kajian yang dijalankan didapati pengalaman merupakan faktor utama
dalam mengawal tahap kebimbangan. Semakin banyak pertandingan yang disertai oleh
6

atlet semakin banyak kesilapan yang dilakukan semakin banyak kemahiran yang akan
atlet perolehi, sekaligus ia akan membantu dan memudahkan atlet mengawal tahap
kebimbangan sebelum pertandingan.

3.0

PERBINCANGAN DAN ULASAN ARTIKEL PILIHAN

Ketiga-tiga jurnal yang dikaji adalah sangat bagus dari aspek maklumat yang diperoleh. Namun
begitu, saya begitu tertarik dengan jurnal pertama iaitu Kebimbangan dan Kemerosotan Prestasi
di Kalangan Atlet Lelaki di Peringkat Universiti. Hal yang demikian adalah seperti yang akan
dinyatakan di bahagian kritikan jurnal tersebut.
Sejajar dengan pemilihan jurnal pertama sebagai jurnal utama untuk dikritik, jurnal lain
akan dijadikan sumber rujukan tambahan serta perbandingan dengan jurnal pilihan. Jurnal yang
ditulis oleh Ani Mazlina Dewi Mohamed, Mawarni Mohamed, Ruzli Zairazi, dan Mohd. Sofian
Omar Fauzee mempunyai isi kandungan sebnyak 18 muka surat. Penulis mengkaji mengenai
kebimbangan kognitif dan somatik mempengaruhi prestasi atlet lelaki university. Kajian
bertujuan untuk memahami lebih mendalam mengenai kaitan antara kebimbangan dan prestasi
sepertimana yang dijelaskan dalam Teori Kebimbangan Multidimensional.
Peblagai pendapat pengkaji luar telah dinyatakan mengenai definisi kebimbangan dan
prestasi sukan. Contohnya, menurut Duda (1998), kebimbangan merupakan antara topik yang
diminati di kalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu. Manakala menurut Hanizah
Hamzah dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2003) pula menyatakan bahawa kebimbangan sentiasa
menyelubungi diri atlet sebelum, semasa, dan selepas sesuatu pertandingan. Dinyatakan juga
7

bahawa pendapat beliau dipersetujuai oleh Klaffs dan Arnhrim (1981) di mana mereka
menyatakan bahawa sesuatun pertandingan sememangnya akan meyebabkan gangguan emosi,
atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum pertandingan seterusnya menghalang pencapaian dan
menjatuhkan prestasi atlet.
Penulis membuat spekulasi bahawa keupayaan seseorang atlet untuk mengatasi tekanan
dan kebimbangan merupakan perkara penting dalam pertandingan sukan kerana kedua-dua faktor
tersebut dipercayai mempengaruhi prestasi.pada pendapat mereka sebagai penulis dan pengkaji,
matlamat utama para ahli psikologi sukan ialah menghasilkan program mental yang berkesan
untuk atlet supaya dapat memaksimumkan prestasi. Dalam menulis hasil kajian ini, telah
dikenalpasti bahawa model yang digunakan sebagai rujukan utama adalah Model
Multidimensional (Marten, Burton, Vealey, Bump, dan Smith (1990).

3.1

METODOLOGI
Penulis membuat kajian secara tinjauan deskriptif untuk mengkaji kesan

kebimbangan terhadao prestasi atlet. Penulis telah menggunakan subjek yang terdiri
daripada pelajar lelaki di salah sebuah university swasta yang terlibat dalam kejohanan
Sukan Antara Universiti (MASUM). terdapat 125 pelajar lelaki yang mewakili universiti
swasta dan secara umumnya mewakili 10 jenis permainan yang dipertandingkan dalam
pertandingan MASUM pada tahun kajian ini dijalankan.
Maklumat yang berguna juga akan diperoleh apabila penulis menggunakan
pendekatan atau instrumentasi soal selidik yan mempunyai 3 bahagian iaitu A, B, dan C.
Pecahan bahagian dibahagi mengikut item-item yang berlainan. Justeru, pelbagai
8

maklumat dapat diperoleh seperti maklumat responden, dan maklumat berkaitan isu iaitu
kebimbangan dalam sukan. Skala kategori tahap kebimbangan kognitif dan kebimbangan
somatic yang berada antara jumlah 9.0 hingga 18.9 adalah aras rendah disusuli denga
naras sederhana iaitu > 18.9 hingga 28.9, dan >28.9 adalah aras kebimbangan tinggi.
Saya tertarik dengan cara penulis menerangkan prosedur kajian kepada semua
subjek agar mereka benar faham terhadap tindaka yang perlu di ambil. Penulis
menggunakan borang soal selidik untuk menapatkan maklumat daripada semua
responden atau subjek.
Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 telah
digunakan untuk proses mengumpul data kerana menurut Mohd Majid Konting (1993),
perisian ini amat sesuai untuk penyelidikan sosial dan pendidikan di mana perisisan ini
mampu menganalisis data yang banyak dan berulang-ulangdengan cekap dan pantas.

3.2

DAPATAN KAJIAN
Menurut penulis, hasil kajian dapat diperoleh melalui beberapa ujian. Data

pertama yang diperoleh adalah data demografik responden kajian. Berdasarkan ujian
ANOVA, tiada perbezaan yang ketara terhadap tahap kebimbangan kognitif, somatic, dan
prestasi atlet. Penulis melakukan ujian lain iaitu Ujian Korelasi Pearson (r) yang asalnya
dibentuk oleh Johnson ddan Nelson (1986). Di sini boleh disimpulkan bahawa prestasi
atlet dalam kejohanan ini dipengaruhi oleh kebimbangan kognitif dan somatic mereka.

Penulis juga membuat ramalan bahawa kebimbangan kognitif dan kebimbangan


somatik menyumbang sebanyak 37.2% kepada prestasi. Pengaruh kedua-dua pemboleh
ubah kebimbangan terhadap prestasi telah mengambil kira hubungan yang wujud dalam
ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut iaitu telah mengambil kira kepada hubungan yang
wujud antara kebimbangan kognitif dengan kebimbangan somatik dan juga hubungan
antara kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dengan prestasi.

3.3

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (t = 2.66, p

< 0.05) dari segi kebimbangan kognitif dan tahap prestasi (t = -6.48, p < 0.05).
Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kebimbangan somatik (t =
1.22, p < 0.05).
Berdasarkan Ujian ANOVA dan Ujian-t tersebut bolehlah diandaikan bahawa
sesuatu pasukan tidak dapat menunjukkan ciri-ciri yang berbeza dari segi kebimbangan
dan prestasi, sebaliknya keputusan perlawanan dapat menunjukkan perbezaan tahap
kebimbangan dan prestasi.
Penulis beranggapan bahawa kemungkinan yang menyebabkan 2 pasukan tersebut
mempunyai skor minimum disebabkan kebimbangan kognitif yang lebih tinggi adalah
pengaruh situasi dan pengalaman pertandingan. Melalui hasil ujian kolerasi didapati
terdapat korelasi yang signifikan antara kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik
di kalangan atlet-atlet university tersebut. Justeru, penulis sekali lagi membuat andaian

10

bahawa kajian terdahulu adalah berasas yang mana mendapati kebimbangan kognitif dan
somatic adalah berkaitan.
Memandangkan kajian-kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa
kebimbangan mempengaruhi prestasi. Adalah penting kajian yang seterusnya dilakukan
bagi meluaskan lagi pengetahuan mengenai kebimbangan dalam sukan dan seterusnya
mengurangkan ke tahap yang mampu meningkatkan prestasi. Penulis mencadangkan
supaya kajian selama empat tahun atau sepanjang pengajian atlet dengan menggunakan
sampel yang sama dilakukan. Dengan demikian diharapkan penyelidik akan dapat
mengetahui dengan lebih mendalam apakah faktor yang menyebabkan berlakunya
kebimbangan kognitif dan somatik di kalangan atlet.

4.0

KESIMPULAN
Berdasarkan ketiga-tiga jurnal yang saya kaji, saya telah memilih untuk mengkaji lebih

mendalam terhadap jurnal pertama yang bertajuk Kebimbangan dan Kemerosotan Prestasi di
Kalangan Atlet Lelaki di Peringkat Universiti. Hal yang demikian kera penulisan jurnal atau
kajian yang dilakukan adalah lebih mudah untuk difahami dengan perkataan yang tidak rumit.
Selain itu, penyampaian dan cara kajian dilakukan juga sangat menarik minta saya untuk
membuat kritikan mengenainya berbanding penulisan jurnal yang lain.
Ulasan dan kritikan mengenai jurnal pilihan saya boleh didapati pada 3.0 sehingga 3.3 di
mana saya mendapati bahawa kebimbangan kognitif sangat berkait dengan kebimbangan somatic
terhadap prestasi atlet. Aras kebimbangan yang tinggi cenderung untuk menjatuhkan prestasi
atlet kerana ia mampu menyebabkan focus terganggu.
11

Jurnal yang saya pilih telah menjalankan 3 ujian yang berbeza bagi memperoleh
maklumat yang tepat. Manakala jurnal kedua hanya menggunakan 1 ujian iaitu Sukan
Kebimbangan kompetitif Test - (SCAT). Di sini saya merumuskan bahawa keputusan kajian bagi
jurnal 2 adalah kurang maklumat dan tidak kukuh berbanding jurnal 1. Jurnal 3 pula
menggunakan 3 ujian juga sama jurnal 1 tetapi jenis ujian agak berbeza iaitu Soal Selidik SCAT
(Sport Anxiety Test), Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) dan Soal-Selidik CSAI-2
(Competitive State Anxiety Inventory-2). Jurnal 1 menggunakan Competitive State Anxiety
Inventory 2 (CSAI-2), Ujian ANOVA, dan borang soal selidik. Pada pendapat saya, jurnal 3
menggunakan ujian yang baik namun agak sukar untuk dikritik kerana susah difahami. Berbeza
dengan jurnal 1 yang menggunakan 2 ujian yang tektikal dan soal selidik di mana saya dengan
mudahnya dapat mengulas mengenai respon dari subjek melalui soal selidik.

RUJUKAN
Hanizah Hamzah dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2003). Pengaruh tekanan serta kebimbangan
terhadap prestasi atlet: Kaedah dan cara Mengatasinya. Dalam Mohd Sofian Omar
Fauzee (Ed.), Penyelesaian masalah atlet melalui pendekatan psikologi (m.s. 56-67).
Selangor: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
Ani Mazlina Dewi Mohamed Mawarni Mohamed Ruzli Zairazi, dan Mohd. Sofian Omar Fauzee
(2007). Kebimbangan dan Kemerosotan Prestasi di Kalangan Atlet Lelaki di Peringkat
Universiti. (m.s 38-56). Vol3 no 2, Asian Journal of University Education.
Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

12

Amritpreet Singh dan Vishaw Gaurav (2011). A Study of Pre-Competitive and Post-Competitive
Anxiety Level of Inter- collegiate Volleyball Players. Vol. 05 (2011) No. 04, pp. 237-241,
International Journal of Sports Science and Engineering .

13