Anda di halaman 1dari 3

PENUTUP

Bab empat yang telah lepas penulis telah mengemukakan senarai analisis kajian borang
soal selidik di kalangan mahasiswa yang menuntut di Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 100 set borang yang diedarkan hanya 87 set sahaja yang
telah dikembalikan kepada penulis. Setelah dikaji secara keseluruhannya, dengan ini
penulis dapat menyimpulkan bahawa tahap penghayatan solat di kalangan mereka
memuaskan berdasarkan analisis borang kaji selidik tersebut. Ini menunjukkan para
mahasiswa di FPIUKM sedar bahawa ibadat solat itu merupakan satu kewajipan ke atas
diri mereka yang bergelar sebagai seorang muslim.
Solat merupakan ibadat yang penting, istimewa dan unik. Solat dapat
menghubungkan insan dengan pencipta-Nya secara langsung. Solat juga merupakan
ibadat yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari
segi amalan ibadat solat dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir.
Solat merupakan ibadat yang ringan yang mampu dikerjakan oleh setiap orang.
Ringan atau beratnya ibadat solat bergantung kepada keimanan seseorang yang
mengerjakannya. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah ia dapat
melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah sukar seseorang itu untuk
bangun mengerjakan solat Subuh tetapi bagi mereka yang mempunyai keimanan yang
mantap mereka tidak akan meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan solat
Subuh itu.
Ganjaran solat itu sebagaimana yang semua tahu amatlah besar sekali. Ibadat ini
dapat membantu menyelamatkan semua golongan tidak kiralah golongan remaja, dewasa,
atau tua daripada azab akhirat. Ibadat ini juga dapat menghilangkan kegelisahan,
mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai

pendapat ulama menyebutkan bahawa solat dapat membantu memakbulkan doa


seseorang.
Keistimewaan, keunikan dan keunggulan solat dapat difikirkan dan dihayati oleh
insan yang memahami erti segala gerak-geri yang dilakukan ketika melakukan ibadat
solat.
Untuk memahami dan menghayati ucapan, perbuatan dan keunikan solat perlulah
seseorang itu mempelajari dan memahami cara solat yang telah dikerjakan oleh
Rasulullah S.A.W. Sebagaimana sabda baginda S.A.W :


Bermaksud : Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat saya solat
Perlakuan Rasulullah S.A.W ketika solat bukan hanya sekadar mementingkan
kewajipan lahir seperti berwuduk, berpakaian suci dan kemas, menghadap muka ke arah
kiblat tetapi baginda juga mengambil berat tentang sesuatu yang berhubung kait dengan
yang batin misalnya memahami dan menghayati erti bacaan, perbuatan dan segala
perlakuan solat. Dengan kata lain Rasulullah S.A.W melakukan solat dengan
kesungguhan lahiriah dan batiniah.
Manakala, solat yang dilakukan secara berulang kali pada setiap hari di dalam
waktu-waktu tertentu walaupun dalam apa jua keadaan merupakan saat keemasan bagi
seseorang menyegar kembali ingatannya kepada Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa
sebagai tumpuan segala amal perbuatan dan di hari akhirat sebagai matlamat akhirnya.
Untuk tujuan itu seseorang yang bersolat sentiasa membersihkan dirinya dari sebarang
dosa dengan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Sementara itu, solat yang sebenar juga dapat menghidupkan jiwa, jiwa yang hidup
akan mendorong kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Solat yang tidak berfungsi

adalah solat yang ketiadaan roh, hanya pergerakan lahiriah sahaja. Itulah solat orang yang
lalai dan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
Apabila solat dilakukan dengan penuh keyakinan hati, kerelaan perasaan dan
kesedaran akal, maka solat itulah yang melahirkan kekuatan sebagai penggerak ke arah
kebaikan dan mencegah kemungkaran, sebagaimana diakui oleh Allah S.W.T dalam surah
al-Ankabut yang berbunyi :

Maksudnya:
Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang
keji
dan mungkar
Sesungguhnya Allah memuji manusia yang berpegang teguh kepada kitab Allah
S.W.T dan Allah istimewakan solat. Tidak ada ertinya berpegang teguh dengan kitab
Allah sedangkan solat yang diperintahkan Allah dalam kitab-Nya tidak dikerjakan. Allah
S.W.T sangat marah terhadap hamba-Nya yang melalaikan dan meringankan solat.
Oleh itu, ketahuilah bahawa solat adalah kewajipan yang pertama diwajibkan ke
atas Rasulullah S.A.W. Solat adalah akhir wasiat yang diwasiatkan Rasulullah S.A.W
beberapa detik atau minit sebelum kewafatan baginda. Solat adalah bahagian terakhir dari
Islam dalam diri seseorang. Persoalan solatlah yang pertama kali ditanyai dalam
perhisaban di hari kiamat nanti. Solat adalah tiang agama, tiang Islam. Tanpa solat,
lennyaplah agama, lenyaplah Islam.

Anda mungkin juga menyukai