OBJEKTIF
1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan keputusan
yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang.
DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkn ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Sistem
Maklumat Murid (SMM).
2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku Peraturan Sekolah pada setiap masa.
DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR
3.1 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke
sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan Nasihat Dan Bimbingan dalam menangani permasalahan
disiplin pelajar.
3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis
surat kepada pihak sekolah.
3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.
DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR
4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan
sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama didalam Buku
Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR
5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang
dirancang seperti :
Pemeriksaan Gigi dan Mata
Pemeriksaan Kesihatan
Program RMT
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Ceramah dan Kempen
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih
dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.
DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR
6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasajawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk
bantuan kepada pelajar disekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga maruah
pelajar tersebut.
Memastikan
Memastikan
Memastikan
Memastikan
pelajar
pelajar
pelajar
pelajar
sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
di sekolah ini mengamalkan Budaya Hidup Sihat.
sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.
5. Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti
berikut:
ponteng sekolah
merokok
pergaduhan
kelakuan lucah
membuli
kurang ajar atau biadap
merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)
6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan
pertolongan yang sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah.
9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.
Pendaftaran tahun 1
Program Pembudayaan Adab Murid
Program Membudayakan Disiplin
Program Sekolahku Rumahku
Program Kesihatan
Program Sekolah Selamat
Perlaksanaan RMT
Perlaksanaan SBT
Program Masih Ada Yang Sayang.
Pengisian buku daftar
Rekod murid (SMM)
Rekod SSDM