Anda di halaman 1dari 11

Mgbh5TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS

2010
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim.
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua
dijemput duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.Perlis
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S).
Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Guru-guru SKPBS, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Selamat datang ke :
Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010.
Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan
saya Puan Noranizah Omar,
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan

kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj.
Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis,
kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini
walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau.
Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk
memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah samasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz
Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul
Hakimi B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP
PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B.
Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan
Padang Besar (S) atas ucapan tersebut.

_________________________________________________________________________
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK
Pdg Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
************(Ucapan GB.)
Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas
ucapan tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan.
***********(Ucapan JPN )
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan
Khas JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk Kitaran Hidup
Rama-Rama. Dipersilakan.
************(Persembahan).
Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar
tadi.

Hadirin yang dihormati,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang
tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, muridmurid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi
pelajar terbaik bagi tahap 1.
Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan

Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas
pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)


Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Pra sekolah;
Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang,
sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg
baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
Tempat pertama: Hanis Idayu binti. Hashar
Tempat kedua : Nur Anis Shahida binti Harizan
Tempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi
Kelas 1 ARIF
Tempat pertama: Intan Syazwani binti. Nordin
Tempat kedua : Amisha binti. Japperi
Tempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan
Kelas 1 BESTARI
Tempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.Rosly
Tempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. Aznan
Tempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan
Kelas 2 ARIF
Tempat pertama: Aisyah Humaira binti. Syahar
Tempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.Arif
Tempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi
Kelas 2 BESTARI
Tempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. Aziz
Tempat kedua : Muhd. Aqil b. Herwandi
Tempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman
Kelas 3 ARIF
Tempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. Tarmizi
Tempat kedua : Fathin Nadia binti. Jamil
Tempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid
Kelas 3 BESTARI
Tempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. Jafri
Tempat kedua : Ana Natsha binti. Amir Hamzah
Tempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham
Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:
Murid Tahun 1:
NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)
Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama Islam)

Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)


Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)
Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)
Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)
Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)
Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)
Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab)
Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)
Suraya Mohd Fazli (PJK)
Tahun 2
Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)
Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)
Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.
Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)
Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)
Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)
Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)
Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)
Tahun 3
Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)
Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)
Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)
Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)
NurAqilah binti. Azman (PJK)
Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai
penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hassan B
Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang
2010 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt
Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji Hassan B
Hashim diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin
untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan
dikehendaki masuk semula pada ...................................................

**************(rehat)
Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang
bertajuk Damai Yang Hilang Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah
bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.
Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam
dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah
KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga
dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah
seterusnya.
Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk
menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Mini Konvokesyen. Untuk
menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.
Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal
persekolahan ialah :
********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu
tadi.
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid
tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang
akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************(Persembahan rekoder)
Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang
objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam
segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi
tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis
menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan
majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5


Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Kelas 4 Arif
Tempat pertama: Intan Suraya bt. Johari
Tempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. Rodzi
Tempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol
Kelas 4 Bestari
Tempat pertama: Hanesya Hezanea bt. Hafifi
Tempat kedua : Muhd. Faizal B. Abdullah
Tempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi
Kelas 5 Arif
Tempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri
Tempat kedua : Nursyazwani bt. Shahidan
Tempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi
Kelas 5 Bestari
Tempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
Tempat kedua : Nur Hidayah bt. Yusnizal
Tempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin
Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:
Tahun 4:
Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)
Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)
Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)
Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)
Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)
Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)
Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)
Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :


Tahun 5:
NurSyazwani bt. Shahidan
( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)
Nurul Nasuha bt. Nazri
(B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)
Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)
Nur Shahirah bt. Halim (PJK)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir
bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan
kepada para pelajar.
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas
dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6.
Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua
Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk
menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.
(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua)
Tahun 6.
Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Kelas 6 Arif
Tempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis
Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
Tempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri
Kelas 6 Bestari
Tempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri
Tempat kedua : Nurul Shafika bt. Norhan
Tempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail
Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:
Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)
Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)
Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)
Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)
NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)
Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)
Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:
Nur Farhana bt. Rahimi
Junaidah Juliza Farahana bt. Jantan
Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
Ain Nur Iman bt. Shurizan
Nur Affika bt. Zabree
Nur Awatif bt. Azizan
Siti Haida Amira bt. Mazri
Nur Aiyani bt. Sidik
Nur Zetty Farhanim bt. Zambri
Nur Shahira Sharif
Nur Hidayah bt. Nordin
Hanif b. Abd. Wahab
Izman Arif b. Azizan
Rafiziamirun b. Sazali
Muhd. Farif Aiman b.Yusof
Mohd Saiful Nizam B. Rosli.
Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang

telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg
diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:
*************(Lampiran)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji
Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah
dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk Keluarga
Bahagia. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis
mempersilakan.
**************(Persembahan nasyid)
Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Warga dewan sekalian,
Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan
sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk
menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih
berjaya pada masa akan datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut
menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan
mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil
Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini
berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke
pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).


Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid
Ketua Pengawas Muhd. Alif Ajwad b. azis
Pen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
Ketua Pengawas Perpustakaan Hanif b. abd. Wahab
Pen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
Tokoh NILAM Tahap 1 Farah Adibah bt. Mohd. Tarmizi
Tahap 2 Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi
Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis
Hadirin sekalian,
Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan
sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan
mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang

selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan
tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa
depan
Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam
bidang sukan dan permainan.
Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat
tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola
tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.
Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri
manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat
tinggi bagi peringkat sekolah.
Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi
yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6
Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.
Prasekolah Hanis Idayu bt. Hashar
2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi
2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz
4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan
- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi
5 Arif - Hazwani bt. Halim
- Nur Husnina bt. Hassan
5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab
6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof
- Nur Awatif bt. Azizan
- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
- Nor Shafira bt. Idris
6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani
- Farah Nur Fakhira bt. Rozali
Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung
Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik,
taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan
sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.
Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah
kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz agama,

..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh


guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000
tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan
UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang
dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif
Ajwad B. Azis.
Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk
menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang
lain...insyaAllah
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....
Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar
hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS
2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini
menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan
pencetus revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan
melonjakkan kecemerlangan SKPBS.

*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.


Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis
untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik..................