Anda di halaman 1dari 14

HHHC 9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,


PENYELESAIAN MASALAH DAN
PENDEKATAN SAINTIFIK

NAMA

: KALAIARASI A/P DHEVASEELAN

NO.MATRIK

: A145675

SET

: 24

NAMA PENSYARAH

: DR. HAMDZUN BIN HARON

TAJUK

: MASALAH BULI DALAM KALANGAN REMAJA DI


MALAYSIA

TARIKH

: 22 NOVEMBER 2014

PENGENALAN
Negara Malaysia merupakan sebuah segara yang aman dan damai dengan rakyat yang
berbilang kaum. Dalam era globalisasi ini, pelbagai masalah bangkit dan menganggu
ketenteraman rakyat jelata. Salah satu daripadanya ialah masalah buli. Buli bermaksud
perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan
kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah
mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Selain itu, buli juga bermaksud tingkah laku
agresif samaada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali
ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, buli bermaksud perbuatan mendera
dan mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.
Terdapat beberapa jenis buli yang sering berlaku di Malaysia iaitu buli fizikal, buli
mental, buli mental, buli siber, buli jalanan dan buli pekerjaan. Buli fizikal ialah memukul
dengan menggunakan tangan,kaki atau objek secara terus kepada mangsa yang dilakukan
secara beramai-ramai, mengugut iaitu memaksa mangsa membuat sesuatu perkara seperti
membasuh baju, membelikan makanan ataupun mengutip wang secara berkala dan mencabul
iaitu menyentuh bahagian sulit mangsa apabila mangsa enggan menurut arahan.
Manakala buli mental membabitkan emosi pelajar seperti mengejek atau mencerca di
mana pekara ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan berlainan umur tetapi juga turut
berlaku dalam kalangan rakan sebaya dan diejek biasanya disebabkan kelainan pada nama,
fizikal, dan rupa paras. Selain itu, memaki hamun dengan menghamburkan kata-kata nista
dan cercaan yang kesat kepada mangsa sehingga menimbulkan rasa tertekan akibat
terpengaruh dengan cercaan yang dihamburkan juga merupakan buli mental. Pada masa yang
sama, buli mental juga melibatkan gangguan seksual iaitu menunjukkan isyarat lucah kepada
mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami masalah dan tekanan.
Jenis buli yang seterusnya ialah buli siber. Pembuli memperdayakan mangsa di alam
siber dan juga menjatuhkan maruah mangsa secara terang-terangan. Mangsa juga dihina
dengan kata-kata kesat yang boleh di baca oleh semua orang. Seterusnya, buli jalanan yang
biasanya terdiri daripada pemandu yang tidak beretika. Mereka memandu dalam keadaan
yang berbahaya dan mengganggu pemandu lain dengan membunyikan hon atau dengan
menekan-nekan minyak atau menunjukkan isyarat untuk menimbulkan pergaduhan. Buli
pekerjaan pula dilakukan dengan memeberikan mangsa kerja yang bukan dalam bidang tugas

mangsa oleh orang atasan mahupun rakan sejawat. Mangsa di minta untuk menyelesaikan
kerja-kerja tersebut dengan segera walaupun mangsa masih mempunyai kerja untuk
diselesaikan. Biasanya mangsa terdiri daripada pekerja-pekerja baru dan pekerja yang bersifat
lurus bendul.
Masalah buli ini bukanlah satu masalah yang baru diuar-uarkan, masalah ini sudah
wujud di Negara ini sejak bertahun-tahun yang lalu. Masalah ini bukan sahaja melanda
Negara Malaysia sahaja, malah Negara-negara lain juga seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
Menurut kajian, kes buli ini semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar
terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam.Hampir setiap bulan, berita
tentang masalah buli dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan.Kes empat tahun lalu,
budak singlet hitam telah dibuang sekolah dan Dua pelajar disingkir dari asrama anak
yatim Perlis merupakan antara tajuk utama berita yang berkaitan dengan masalah buli.
Pelbagai jenis faktor yang telah dikaitan dengan kejadian masalah buli ini dan
seiringan dengan itu, pelbagai jenis langkah pun telah diambil. Namun, masalah buli ini
alang-alang seperti tiada penghujungnya kerana sampai ke saat ini masalah ini belum
dibendung sepenuhnya dari Negara Malaysia.

FAKTOR-FAKTOR YANG
MENYUMBANGAKAN KEPADA MASALAH
BULI
Setiap masalah yang berlaku di dunia ini, pasti mempunyai sebab di sebaliknya. Bak
kata pepatah Melayu, Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Sekiranya,
seseorang itu dapat mengenalpasti punva tersebut, sudah pastinya dapat mencari jalan
untuk mengatasi masalah tersebut.
Berikut merupakan faktor-faktor berlakunya masalah buli di Negara Malaysia dan
penerangannya:
1. Pengaruh rakan sebaya
Para pelajar yang masih terlalu muda, dikatakan berumur setahun
jagung dan berdarah setampuk pinang di mana sebahagian besarnya masih belum
boleh berfikir dengan matang. Mereka lebih percaya dengan rakan yang seusia untuk
berkongsi masalah. Setiap tingkah laku rakannya akan menjadi ikutan pelajar tersebut
seperti span yang menyerap air. Contohnya, mereka amat mudah terpengaruh dengan
tindakan rakan sebaya dan tidak dapat berfikir tentang baik buruknya tindakan mereka
itu. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut
perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Kejadian
membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah
laku rakan mereka yang suka membuli. Sebagai contoh, Mohammad Afiq Qusyairi
bin Baharuddin, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang
Tengku, Kuala Lipis, Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior
di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan telah mengalami kecederaan parah dan
kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan
saraf tunjang.

2. Kegagalan ibu bapa dalam memainkan peranan mereka.

Anak-anak ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain
terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Contohnya, terdapat segelintir
Ibu bapa yang keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka tidak ada
masa untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang remaja. Hal ini
menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga dan ini
menyebabkan mereka berasa kesunyian dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakanrakan dan guru mereka. Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk
meluahkan perasaan mereka. Keinginan untuk mendapat perhatian orang inilah yang
menyebabkan kejadian buli. Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah
dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan penceraian ibu bapa yang akan
menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui cara yang betul untuk
meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah yang
mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka
terutamanya kepada lelaki.
Di samping itu, pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak
menyebabkan masalah desakan hidup yang sehinggakan mendorong mereka mencari
kebebasan di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah memberontak,
menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat perhatian. Tekanan perasaan
yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan,
penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan mereka
melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain
semata-mata dengan niat melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka. Pada 20 Mac
2005, Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School, Minnesota, Amerika Syarikat
telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya, seorang guru dan seorang
pengawal keselamatan. Persoalannya, adakah tindakan ini berpunca sama ada daripada
tekanan perasaan atau desakan hidup dalam keluarga yang bermasalah?. Sudah pasti,
jawapannya ya.

3. Peranan media massa dan media cetak


.

Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan
yang berbahaya lalu mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya. Sebahagian
besar penonton terdiri dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah
terpengaruh oleh apa yang ditontoni oleh mereka dan meniru aksi-aksi yang
dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan mereka. Tayangan filemfilem aksi dan komik-komik yang dipasarkan mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat terutama golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Paparan aksi daripada filem-filem dan komik-komik ini sedikit sebanyak
mempengaruhi perilaku remaja ini. Ada sesetengah remaja juga menjadikan pelakon
sebagai role modeldan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon
tersebut.
Sambutan yang hangat dalam kalangan penonton dan pembaca terhadap filem
atau cerita aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk
menyiar dan menerbitkan filem berkenaan. Paparan melalui media cetak dan
elektronik banyak memaparkan adegan buli. Walaupun pelbagai usaha dilakukan
pihak kerajaan melalui FINAS menyekat kebanjiran filem asing terutama dari Hong
Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Hollywood masih ada lagi segelintir
masyarakat yang cuba membawa pengaruh filem berkenaan. Lambakan filem aksi
yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem
ini. Antara contoh filem-filem tempatan seperti filem Buli, Gengster KL
Menjerit dan dari luar negara seperti drama Anak Metropolitan, Kiss Of The
Dragon Gen X Cops dan lain-lain. Melalui media cetak pula, komik-komik
seperti Pedang Setiawan, Juara Wira dan lain-lain banyak dipasarkan secara
berleluasa.

4. Seseorang individu tersebut pernah menjadi mangsa buli


Pembuli seperti ini wujud adalah kerana mereka masih tidak dapat melepaskan
diri daripada trauma terdahulu, lalu menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka
cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialaminya terdahulu kepada mangsa
mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan terkenang masa lampau

mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa lebih menderita.
Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya
menyebabkan mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.
5. Pendidikan moral dan agama yang tidak kukuh.
Individu yang selalu bertindak sebagai pembuli selalunya tidak mempunyai
ajaran agama yang begitu kukuh. Hal ini menyebabkan seseorang individu tersebut
tidak mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan perasaan takut untuk melakukan
perkara tersebut. Dorongan agama yang kukuh dan betul merupakan satu aspek yang
amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Pembuli tidak akan dapat
melepaskan dirinya daripada melalukan gejala ini sehingga dia sedar akan kuasa
Tuhan. Hampir separuh daripada remaja dalam era ini, tidak lagi rajin dalam
memepelajari didikan agama. Ibu bapa juga gagal dalam memastikan anak-anak
mereka mengikuti ajaran agama. Oleh hal yang demikian, seseorang individu tersebut
mudah menjadi pembuli.
6. Kawalan disiplin sekolah yang longgar.
Peranan pengawas sebagai polis sekolah sudah basi dan ketinggalan zaman.
Pengawas sekolah hanya melaksanakan tugas seperti melepaskan batuk di tangga.
Hal ini memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar nakal untuk terus bermaharajalela
sekaligus menyebabkan peningkatan masalah disiplin bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan. Salah satu masalah disiplin tersebut merupakan gejala buli.

7. Faktor-faktor lain ialah:


-Seseorang itu hanya mahu berseronok.
- Seseorang itu berasa bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain
merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
-Seseorang itu mempunyai perasaan marah dan benci pada mangsa atas sebab
disayangi guru atau sebab-sebab yang tertentu

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas merupakan antara faktor yang menyebabkan


masalah buli ini berlaku di Malaysia terutama dalam kalangan remaja. Seperti dinyatakan

sebelum ini, setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Keberkesanan langkah
yang diambil hanya akan diketahui selepas pelaksanaanya.

LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL


UNTUK MENGATASI MASALAH BULI
Berikut merupakan langkah-langkah yang telah diambil mengikut peranan yang harus
dimainkan oleh beberapa pihak:
1. Pihak sekolah
Sekolah merupakan tempat formal individu menimba ilmu. Hal ini dikatakan
demikian kerana pendidikan merupakan langkah yang paling berkesan untuk

mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi utama yang dapat mengubati
penyakit sosial ini. Pendidikan sekular secara formal diberikan kepada pelajar-pelajar
agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara
seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan membentuk sikap
serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Pihak sekolah misalnya
melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan syarat kepada pelajar
sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman.
Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa yang menjatuhkan air muka orang lain,
isyarat tidak wajar, merosakkan harta sekolah, menentang pihak berkuasa atau terlibat
dengan dadah membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan.
Sesetengah sekolah dengan masalah buli telah menanganinya dengan
memasang kamera CCTV. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolahsekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gangster. Pihak sekolah
mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing,
sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta
para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga
boleh digalakkan untuk menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk
mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah
dirahsiakan.

Pihak sekolah mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini
bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster anti-buli di sekolah, tetapi juga
mengedarkan risalah anti-buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu
bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua
mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes
buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.
Antara hukuman yang pernah dijatuhkan ialah tindakan disiplin, merotan, dan
buang sekolah kepada pembuli. Satu jawatankuasa penyelaras anti-buli peringkat
sekolah telah diwujudkan di beberapa sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri
daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil
pelajar. Mereka berperanan mengurus program anti-buli dan menilai
keberkesanannya. Perbincangan tentang buli juga telah dimasukkan dalam agenda
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Seterusnya, program yang

memberikan penekanan kepada pendekatan penyelesaian masalah dan program antibuli diterapkan di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam kelas ialah
tempat yang paling banyak berlakunya tingkah laku buli. Sebuah sekolah di Kuala
Lumpur berjaya mengurangkan kejadian buli apabila guru besar sendiri menubuhkan
kumpulan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan kejadian buli
di dalam kelas dan di dalam sekolah.
Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga diadakan secara
berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar
agar menjauhi diri daripada gejala buli. Pihak luar seperti NGO dipanggil untuk
mengadakan pameran dan ceramah tentang gejala buli ini. Selain itu pihak sekolah
sendiri menganjurkan aktiviti seperti kuiz, pidato dan sebagainya tentang kes buli
dan juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah
di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak
pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi
pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang
diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

2. Pihak ibu bapa


Kes buli dapat ditangani dengan keprihatinan ibu bapa dalam mendidik anakanak agar mereka tidak menconteng arang ke muka keluarga. Janganlah sebab nila
setitik, rosak susu sebelanga. Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah
buli. Penglibatan ibu bapa dalam menangani kes buli di sekolah kini menjadi semakin
penting. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapalah merupakan asas permulaan
pembentukan peribadi anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Malahan, ibu bapa juga insan yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu
bapa harus memberikan pendidikan agama kepada individu sejak kecil merupakan
langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini. Pendidikan agama penting kerana
boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia. Di
samping itu, ibu bapa memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak
bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa kini

berbincang dengan guru jika didapati anak mereka bertukar sikap, menjadi pendiam
atau kurang selera untuk makan. Janganlah kita jadi seperti sudah terhantuk baru
tengadah.
Ibu bapa menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya
anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Ibu bapa juga menunjukkan tingkah
laku yang baik, contohnya tidak bertengkar atau bergaduh di hadapan anak-anak,
bergaul dengan baik dan mesra ketika berurusan dengan jiran tetangga dan orang lain.
Bak kata bidalan, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa yang baik akan
melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.
Ibu bapa juga meluangkan masa dengan anak-anak dan sentiasa mengambil
berat tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah. Contohnya, pada hujung
minggu atau cuti, ibu bapa membawa anak-anak bercuti untuk mempererat kemesraan
keluarga. Perhatian dan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka
menyebabkan mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus
memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini anak-anak akan
menyayangi ibu bapa dan sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi
kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

3. Pihak kerajaan
Pihak kerajaan merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan
keselamatan rakyat terpelihara terutamanya bagi insan yang kerdil lagi lemah iaitu
golongan pelajar. Pihak kerajaan memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dan
dilaksanakan. Mendengar sahaja perkataan hukuman, naluri semula jadi seorang
pelajar akan menjadi gerun ditambah dengan hukuman yang berat. Mereka akan
mencuba sedaya upaya membendung niat mereka dan lama-kelamaan gejala buli ini
akan pudar ditelan masa.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah berusaha lebih efektif dalam
menerapkan subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Islam ke
dalam kurikulum sekolah. Pengajaran subjek ini dipercayai akan melahirkan pelajar
yang mempunyai sahsiah dan moral yang tinggi dan menggalakkan suasana yang
aman dan harmoni dalam masyarakat.
Hukuman yang dilaksanakan ialah sebatan mandatori, penjara, dihantar ke
pusat pemulihan dan dibuang sekolah. Hukuman-hukuman berat seperti ini akan

menjadi penahan dan penghalang terbaik kepada pelajar yang suka membuli. Di
samping itu, pihakpihak berwajib juga menggembleng tenaga mengatasi gejala ini.
Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin di sekolah
ditubuhkan ekoran kematian Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan empat yang
dipercayai dibuli oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah
Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac 2004. Oleh
itu, sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, kerajaan berusaha
menjamin keamanan dan keselamatan dengan mengambil langkah berkesan bagi
membanteras gejala ini agar tidak menjadi barah dalam masyarakat dan
menjadi seperti api dalam sekam.

4. Peranan individi
Para pelajar juga berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung
gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi mangsa pembuli
memberanikan diri untuk membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan semua. Manakala,
pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha
mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup
kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan
semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang
disyaki terlibat dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan mencari jalan keluarnya.

Peranan-peranan yang telah dimainkan oleh pelbagai pihak telah memberi impak
dalam pencegahan gejala buli. Langkah-langkah yang telah diambil oleh setiap pihak seperti
yang dinyatakan sememangnya proaktif. Namun, akibat kegagalan dalam memainkan
peranan oleh sesetengah pihak, menyebabkan masalah buli ini sukar dibendung.

KESIMPULAN

Setiap masalah termasuklah kes buli pasti ada sebabnya yang tertentu dan jalan
penyelesaiannya. Namun begitu, selagi masalah buli di negara kita masih berleluasa, impian
negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju
akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejadian
masalah buli ini. Seiringan dengan itu juga, langkah-langkah telah diambil. Kegagalan
langkah yang diambil mempunyai banyak sebab seperti sikap tidak endah-mengendah dan
sikap tidak bertanggungjawab.
Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 akan tinggal sebagai angan-angan
Mat Jenin semata-mata. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan
akan menerajui negara ini pada masa depan bak kata peribahasa Melayu, pemuda harapan

bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati
sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi
liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat
melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat
bangsa di persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai