Anda di halaman 1dari 13

PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN AKAR UMBI

KEBANGSAAN (MYTID)2015 ANJURAN INSTITUT SUKAN NEGARA DENGAN


KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH PELAKSANAAN

: 5 NOVEMBER 2015

TEMPAT

: DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG BARU 2

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG BARU 2,


68100 BATU CAVES, SELANGOR

KOD SEKOLAH

: BBA 7101

NAMA AKTIVITI

: PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN AKAR


UMBI KEBANGSAAN (MYTID) 2015

MASA PELAKSANAAN

: 2.30 PETANG 5.00 PETANG

KEHADIRAN MURID

: 100 ORANG

KEHADIRAN GURU

: 10 ORANG

PENGLIBATN MURID

: MURID SEBAGAI PESERTA UJIAN

PENGLIBATAN GURU

: 5 ORANG GURU SEBAGAI PENGUJI


5 ORANG GURU SEBAGAI GURU PENGIRING

1.0 PENGENALAN
Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan (MyTID) ini
merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dibawah
Institut Sukan Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program ini merupakan program bagi pencarian bakat di peringkat akar umbi iaitu
dalam kalangan murid tahun 1 untuk melahirkan satu kelompok atlet muda. Program
Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan (MyTID) ini adalah mengikut
keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di
mana Institut Sukan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan
bekerjasama untuk menyaring seramai 100 000 orang murid darjah 1 sekolah
rendah bermula dari tahun 2015. MyTID akan dilaksanakan di seluruh Negara
secara bersistematik dan berperingkat bermula tahun 2015.

2.0 KUMPULAN SASARAN


100 pelajar tahun 1 daripada Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 yang diuji
oleh 5 orang penguji dan dibantu oleh 5 orang guru pengiring seperti senarai nama
yang berada pada bahagian Lampiran 1, Lampiran 2 dan Lampiran 3

3.0 TENTATIF PROGRAM


Masa
2.00 petang 2.15 petang

Pelaksanaan
- Peserta berkumpul
- Guru Pengiring mengambil kehadiran mengikut kumpulan
masing-masing

2.15 petang 2.45 petang

-Taklimat daripada penguji.


- Regangan dan pemanasan badan

2.45 petang 4.45 petang

- Para peserta melaksanakan ujian mengikut stesen-stesen

4.45 petang

yang ditetapkan
- Majlis Penutupan

5.00 Petang

Bersurai

3.0 LAPORAN
Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan (MyTID) di
Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 dilaksanakan pada 5 November 2015 pada
hari Khamis. Program ini dilaksanakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Selayang
Baru 2. Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang murid tahun 1 yang
terdiri murid-murid lelaki dan perempuan daripada 5 kelas yang berlainan.
Setelah mendapat arahan bagi melaksanakan program ini di sekolah, para
penguji telah mengenal pasti 5 orang guru pengiring bagi melancarkan proses
pelaksanaan program. Memandangkan beberapa kekangan seperti keadaan jerebu
yang melanda baru-baru ini, jawatankuasa pelaksanaan program ini di sekolah
mengambil keputusan untuk menjalankan saringan terhadap kesemua murid tahun 1
terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya dilaksnakan.
Apabila barang-barang keperluan yang diperuntukkan telah dibekalkan dan
telah diagihkan, pihak jawatankuasa bersetuju untuk melaksanakan proses saringan
terhadap murid tahun satu pada 2 November 2015. Saringan ini merangkumi
taklimat awal berkaitan pelaksanaan program dan juga beberapa maklumat penting
yang lain seperti tahap kesihatan murid dan sebaginya. Kesemua murid yang tidak
mempunyai masalah kesihatan telah melakukan saringan ujian terhadap bateribateri ujian yang ditetapkan. Berdasarkan keputusan saringan tersebut, seramai 100
orang telah dipilih sebagai peserta ujian.
Pada 3 November 2015, para peserta My TID yang berjaya pada peringkat
saringan telah diedarkan dengan surat kebenaran melaksanakan aktiviti ini. Surat
tersebut telah diedarkan oleh para guru kelas kepada 100 orang murid tersebut.
4 November 2015, beberapa persiapan akhir sebelum pelaksanaan program
ini di sekolah telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah hal-hal berkaitan
penetapan akhir menu makanan murid, penetapan stesen-stesen ujian dan
melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam borang keputusan ujian.
Pada 5 November 2015, pelaksanaan ujian dimulakan dengan sesi
pendaftaran dimana kesemua peserta berkumpul di kawasan perhimpunan mengikut
kumpulan yang ditentukan. Para guru pengiring mengambil kehadiran dan membuat

susunan giliran agar proses ujian berjalan lancar. Para peserta kemudiannya diberi
sedikit taklimat ringkas oleh penguji.
Program bermula dengan aktiviti pemanasan badan dan regangan. Kemudian
para peserta mula bergerak mengikut kumpulan ke stesen-stesen yang telah
ditetapkan. Kumpulan ini bergerak secara bergilir-gilir ke 5 stesen yang telah
ditetapkan mengikut jenis bateri ujian. Terdapat 5 stesen yang mewakili 5 bateri ujian
iaitu, Antropometrik yang merangkumi ukuran tinggi dan berat, stesesn Koordinasi
dimana stesen ini merupakan stesen yang melibatkan murid melakukan ujian baling
dan tangkap, stesesn kuasa yang melibatkan bateri ujian jenis lompat jauh berdiri,
stesen kelenturan iaitu ujian jangkauan melunjur, dan stesen dimana menguji
kepantasan iaiatu stesen ujian 20 meter lari pecut.

Persediaan tempat ujian yang dilaksanakan di Dewan SK Selayang Baru 2

Murid berkumpul sebelum bergerak ke stesen-stesen yang ditetapkan.

Murid sedang melakukan ujian baling dan tangkap di stesen koordinasi dipantau
oleh penguji.

Stesen bagi Bateri ujian Antropometrik.

Bateri ujian bagi Kuasa iaitu ujian lompat jauh berdiri. Penguji melakukan
demonstrasi pada setiap kumpulan sebelum peserta melaksanakan ujian.

Stesen Ujian Kelenturan.

Stesen ujian kelajuan bagi ujian 20 meter lari pecut. Peserta ujian sedang
melakukan ujian mengikut diperhatikan oleh penguji dan guru pengiring.

4.0 PENUTUP
Kesemua ujian telah dilaksanakan oleh kesemua 100 orang peserta berakhir
pada jam 4.30 petang. Setiap peserta di beri masa untuk makan. Semua peserta
berkumpul semua untuk majlis penutupan dan sesi fotografi. Keseluruhan program
telah tamat pada jam 5.00 petang.
Setelah selesai ujian dijalankan, para penguji mula memasukkan data ujian
ke dalam sistem yang disediakan menggunakan ID masing-masing. Kesemua data
ujian bagi 100 orang peserta telah dimasukkan kedalam sistem.