Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Penutup
Sememangnya Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan pusat rujukan pentadbir,
guru, staf sokongan dan pelaar disekolah. Kemana lagi warga sekolah pergi untuk
membuat rujukan selain daripada PSS. Kalau hendak menggunakan internet bukan semua
sekolah ada kemudahan internet terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar. PSS
memberi banyak manafaat jika diurus dan digunakan dengan berkesan. Namun guru yang
ditugaskan untuk mengendali dan mengurus PSS bukan hanya mengurus PSS tetapi turut
mengajar dan diamanahkan dengan tugas-tugas lain. Secara tidak langsungnya akan
menggurangkan keberkesanan pengurusan PSS ke tahap yang berkesan. Di samping itu
keadaan fizikal PSS yang kurang kondisif, uzur dan sempit mendorong kepada
mencacatkan minat guru atau pelajar untuk menggunakan PSS. Bahan-bahan terbaru dan
terkini juga turut memainkan peranan untuk meningkatkan keberkasanan penggunaan
PSS.
Namun penyelaras PSS yang ditugaskan harus memberi komitmen yang tinggi
agar PSS dapat menyumbang keberkesannya dalam membantu meningkatkan proses
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar disamping dapat meningkatkan tahap
pembacaan pelajar. Pelajar juga perlu dilibatkan dalam pengurusan PSS disamping
belajar mengurus PSS juga dapat menanamkan minat pelajar terhadap PSS dan
penggunaannya.
Selain itu, kajian ini memberikan latar belakang kajian mengenai pengetahuan
dan kepuasan guru terhadap pengurusan PSS dan juga menyingkap mengenai pengurusan
PSS oleh Guru Perpustakaan dan Media. Pengurusan PSS yang baik dapat menjadi nadi
penggerak untuk menjadikan sesebuah sekolah lebih cemerlang dan sesuai dengan
keperluan pembelajaran masa kini. Pengetahuan guru terhadap pengurusan PSS
sebenarnya dapat membantu untuk guru itu sendiri akan kepentingan PSS dalam
meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang berpuas
hati dengan pengurusan PSS akan mewajarkan penggunaan PSS dengan baik berbanding
dengan guru yang sebaliknya. Oleh itu, pengurusan PSS oleh GPM perlu dipertingkatkan
menerusi perlaksanaan program yang lebih berkesan. Seharusnya menjelang abad ini,
PSS tidak boleh lagi menoleh ke belakang, menunggu dan ketinggalan sebaliknya
harus menyusun atur dan mengemas kini semua perancangan agar matlamat dan objektif
PSS dapat dicapai sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justeru diharapkan
kajian ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada guru serta bakal-bakal guru
tentang peranan mereka terhadap pengurusan PSS. Setiap warga sekolah harus
memainkan peranan masing-masing dan guru sebagai agen perubahan perlu memastikan
PSS memainkan peranannya dengan baik dan berkesan.