Anda di halaman 1dari 1

Cadangan Model Pemantapan Integriti

Model Pemantapan Integriti Staf individu. Pengukuhan nilai integriti ini


akhirnya akan melahirkan staf berintegriti tinggi di dalam organisasi.
Integriti yang tinggi di kalangan staf ini kemudiannya akan membolehkan
mereka mencapai kecemerlangan diri dengan mempunyai kualiti yang
tinggi samada dalam aspek fizikal, psikososial mahupun intelek. Staf yang
berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian
cemerlang misi dan visi organisasi.
Pengukuhan integriti adalah proses yang berterusan kerana nilai individu
boleh berubah mengikut masa dan situasi. Justeru, individu perlu
mengambil inisiatif untuk mengukuhkan integriti mereka manakala
organisasi perlu melakukan pemantauan, menyediakan persekitaran yang
membina untuk memupuk nilai integriti dan mewujudkan mekanisme
penyeliaan yang berkesan dari masa ke semasa.
Pemantapan nilai integriti memerlukan masa yang lama dan komitmen
yang padu, sehubungan itu organisasi digalakkan mengambil tindakan
proaktif dengan pemilihan staf berintegriti tinggi ke dalam organisasi.
Tindakan proaktif ini membolehkan risiko kepincangan tingkah laku dan
pentadbiran dapat dikurangkan kerana staf yang tidak mempunyai
integriti berkecenderungan mempengaruhi staf lain untuk melakukan
kesilapan yang sama samada secara langsung atau tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai