Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman


06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
DARI PELAJAR KEPADA PELAJAR

.
1 November 2015
Yang Berbahagia Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman
Puan,
MEMOHON RUNDINGAN ARAHAN PENEMPATAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN
Merujuk perkara di atas, saya mewakili pelajar Kolej Kediaman Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman ingin memohon jasa baik dari pihak datin untuk dikaji semula arahan Penempatan Semula
Pelajar Kolej Kediaman (Memo Pengarah, no. rujukan IPGKDA 100-2/9 Jld.3 (9)).
2.

Permohonan ini adalah berdasarkan sebab-sebab berikut :


1. Arahan yang dikeluarkan terlalu drastik dan cepat sehingga para pelajar merungut tidak
sempat untuk mengemas barang seperti yang diarahkan. Hal ini kerana para pelajar
sedang menghadapi peperiksaan akhir semeseter 2/2015 dan kebanyakkan pelajar telah
membeli tiket untuk pulang. Ini mendatangkan kesukaran kepada pelajar untuk
mengemas barang.
2. Berdasarkan unjuran bilik blok kolej kediaman. Sekiranya berlaku penempatan semula,
akan berlaku kekurangan 40 bilik untuk pelajar perempuan dan bilik kosong yang lebih
untuk lelaki akan bertambah dari 38 bilik ke 77 bilik.
2.1
Blok P2, L1 dan L2 adalah berjumlah 280 bilik
2.2
Blok P1 dan P2 adalah berjumlah 240 bilik
2.3
Blok P1 adalah berjumlah 120 bilik
2.4
Blok L1 dan L2 adalah berjumlah 160 bilik
3. Jika perpindahan berlaku, unjuran bilik untuk pelajar perempuan berpotensi besar tidak
mencukupi untuk menampung pengambilan pelajar baharu pada tahun hadapan. Bilik
pelajar perempuan yang masih kosong kini hanyalah berbaki 19 bilik untuk menampung
kemasukan pelajar baharu. Ini mungkin akan menyebabkan berlaku perpindahan pelajar
ke kediaman luar (rumah sewa) dan akan membawa kepada isu keselamatan pelajar
sebagaimana yang telah berlaku pada awal tahun 2015 iaitu kes pecah masuk rumah.
4. Jika penempatan ini berlaku, isu ketidakcukupan tempat parkir kenderaan untuk pelajar
perempuan akan berlaku kerana purata pelajar perempuan membawa kenderaan (kereta)
adalah tinggi. Ini akan menyebabkan masalah kawasan parkir kenderaan yang terhad.
5. Jika perpindahan ini berlaku, isu keselamatan dan privasi pelajar perempuan akan berlaku
dimana penghuni asrama Institut Aminuddin Baki sering mengangu privasi pelajar
perempuan dengan mengintai dari tingkap serta boleh mendatangkan gangguan seksual.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

3.
Saya berharap agar pihak datin dapat mengambil perhatian atas permohonan kami ini dan
dapat mengkaji semula arahan penempatan semula pelajar Kolej Kediaman. Adalah juga diharapkan
pihak datin dapat membenarkan diadakan perjumpaan 3 penjuru antara pihak pentadbiran, warden dan
para pelajar untuk menjelaskan rasional penempatan semula pelajar Kolej Kediaman. Segala
kerjasama daripada pihak datin didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

_______________________________________
(MUHAMAD AMIRUL SYAFIQ BIN MD YUSUF)
Yang DiPertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
06000 Jitra, Kedah Darul Aman