Anda di halaman 1dari 4

SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

Minit Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa PIBG Bil.5 2014/2015

Tarikh
: 12 Februari 2015
Masa
: 3.15 petang
Tempat
: Bilik Gerakan
Kehadiran
:
1. Hjh. Norhayati binti Mat Nor
2. Hjh.Fatimah binti Wan Abdullah
3. Mazlina binti Mohamad
4. Zainal bin Kamaruddin
5. Kamaruzzaman bin Kassim
6. Hamdan bin Yaakob
7. Rosnani binti Ibrahim
8. Hafizah binti Mohd Nor
9. Norhayati binti Ismail
10. Hasnah binti Ali
11. Pn. Nora Asmah binti Ismail
12. Siti Fatimah binti Hashim
13. Hj. Alias bin Md Zain
14. Siti Rubiah binti Jamain

Pengetua
GPK Akademik
GPK HEM
GPK Pra-U
YDP
NYDP
Setiausaha
Bendahari
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Guru
AJK Guru
AJK Guru

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua AJK PIBG.
1.2. Mesyuarat pada kali ini akan membincangkan agenda untuk mesyuarat agung yang akan berlangsung
pada 6 Mac 2015 nanti.
1.3. YB Dato Hj. Shamshulkahar bin Hj. Mohd Deli akan dijemput hadir untuk perasmian mesyuarat agung
pada kali ini menggantikan Y.B Tan Dato Seri Utama Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad.
1.4. Pengerusi menyatakan walaupun Y.B Tan Dato Seri Utama Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad tidak dapat
hadir, sumbangan hamper akan diteruskan sepertimana yang dijanjikan oleh beliau.
1.5. Pengerusi memaklumkan bahawa permohonan untuk memohon sumbangan simen perlu disertakan
dengan beberapa keping gambar bagi memudakah urusan permohonan.
(Makluman)
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu
2.1. Dicadang oleh Tn. Hj. Alias bin Md Zain
2.2. Disokong oleh Pn. Norhayati binti Ismail
(Makluman)
3. Perkara Berbangkit
3.1. Merujuk kepada para 4.2.2.2, surat jemputan juga perlu dihantar kepada pegawai polis, pegawai PPD dan
juga Ketua Rukun Tetangga dan Pengerusi Taman yang berhampiran
(Tindakan : Setiausaha)
1

3.2. Merujuk kepada para 5.2, Tn. Hj. Rahman memaklumkan bahawa pelajar-pelajar asrama dijangkiti
penyakit kulit dan gatal-gatal yang serius kerana menggunakan air yang tercemar daripada tangki yang
sedia ada. Beliau juga memohon agar pihak berwajib merawat air tersebut dengan kadar segera.
Pengerusi memaklumkan bahawa surat telahpun dihantar kepada YB Dato Hj. Shamshulkahar bin Hj.
Mohd Deli. Namun pihak PPD, memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak pernah memaklumkan perkara
demikian kepada mereka. Tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya tiada tindakan diambil oleh pihak
berwajib.
(Tindakan : Pengerusi)
3.3. Merujuk kepada para 5.4, Hj Alias selaku setiausaha Unit Sarana Ibu Bapa mecadangkan agar satu parkir
kereta berbumbung dibina di kawasan berhadapan Dewan Zaba. Kos pembinaan dianggarkan dalam
RM10,000 untuk memuatkan 10 buah kereta. Pengerusi memaklumkan pihak kontraktor akan di bawa
untuk melihat keadaan kawasan cadangan tempat parkir tersebut. Cadangan akan diteruskan sekiranya
pihak PIBG akan mendapat pulangan yang setimpal.
(Tindakan : Pengerusi)
4. Pengurusan PIBG
4.1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42
4.1.1. Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Hj. Shamshulkahar bin Mohd Deli.
4.1.2. YDP memohon agar teks ucapan beliau menyatakan bahawa sumbangan hamper untuk ibu bapa
adalah daripada Y.B Tan Dato Seri Utama Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad.
4.1.3. Pengerusi menyatakan jamuan untuk tetamu akan diadakan di Bilik Gerakan SMKBK (MK).
(Makluman)
4.1.4. Pengerusi memaklumkan juga bahawa Pelancaran Jubli Emas akan diadakan selepas majlis
perasmian berakhir.
4.1.5. Pn. Norliza binti Mat Dom akan menyediakan buku pelancaran tersebut.
(Tindakan : S/U Sarana)

4.1.6. Mesyuarat sebulat suara meluluskan peruntukan untuk mesyuarat agung pada kali ini seperti berikut:
4.1.6.1. Jamuan tetamu jemputan RM 10 seorang.
4.1.6.2. Jamuan ibu bapa dan penjaga RM 3 seorang bagi 350 orang penjaga.
4.1.6.3. Sumbangan cenderamata perasmi RM 200.
4.1.6.4. Sumbangan untuk ahli jawatankuasa ibu bapa dan guru RM 100.
(Tindakan : Bendahari)
4.1.7. Mesyuarat juga memutuskan untuk melantik ketua bagi setiap ahli jawatankuasa. Mereka ialah
seperti berikut:
2

4.1.7.1. AJK Hadiah dan Cenderamata Pn. Norain binti Abdul Rahman
4.1.7.2. AJK Anugerah Kecemerlangan Pn. Siti Fatimah binti Hashim
4.1.7.3. AJK Jamuan Pn. Norhayati binti Ismail
(Tindakan : AJK Terlibat)
4.2. Cadangan Bayaran Sumbangan PIBG 2015
4.2.1. Bagi pelajar tahun 5, 2015, yuran PBS akan dikenakan sebanyak RM10.
4.2.2. Bayaran majalah tidak lagi diuruskan oleh PIBG pada tahun ini sebaliknya bayaran hendaklah
dijelaskan kepada kerani kewangan sekolah.
4.2.3. Bayaran untuk ADAB di kurangkan kepada RM 2, manakala Anugerah Cemerlang dinaikkan kepada
RM5.
4.2.4. Bagi bayaran peperiksaan percubaan PT3, jumlah bayaran akan dimaklumkan kemudian
memandangkan pihak sekolah tidak mendapat apa-apa pengesahan lagi tentang bayaran tersebut.
4.2.5. Bayaran untuk teknik menjawab PT3 juga dikenakan sebanyak RM 20.
4.2.6. Mulai sesi persekolahan tahun 2015, mesyuarat bersetuju menambahkan bayaran pembangunan
kepada RM 10 bagi setiap pelajar.
4.2.7. Bayaran mengaji asrama juga akan dikenakan sebanyak RM 20 bagi setiap satu keluarga.
4.2.8. Mesyuarat juga memutuskan untuk menambah bayaran bagi program Kecemerlangan Akademik
untuk pelajar tingkatan 3 sebanyak RM 50, tingkatan 5 sebanyak RM 80 dan pelajar prauniversiti 1
dan 2 sebanyak RM 50.
(Tindakan : Bendahari)

5. Hal-hal Lain
5.1. En. Zainal bin Kamaruddin selaku GPK Prauniversiti memaklumkan bahawa peperiksaan ulangan STPM
Penggal 3 akan diadakan pada 5 Mac 2015. Kemungkinan besar tiada calon ulangan pada hari tersebut.
Sekiranyanya ada calon ulangan, penyusunan meja akan dilakukan pada 3 Mac 2015 dan 4 Mac 2015
lawatan pusat oleh penyelia kawasan.
(Makluman)
5.2. Bagi memudahkan urusan penyediaan tempat, ahli jawatan kuasa persiapan tempat akan dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu sebelum majlis bermula dan selepas majlis berakhir bagi urusan penyusunan
semula untuk peperiksaan MUET pada 7 Mac 2015.
(Tindakan : AJK Persiapan Tempat)
5.3. Gotong royong mengemaskan Bilik Sarana akan diadakan pada cuti Hari Raya Cina dan ahli jawatankuasa
sarana ibu bapa akan terlibat sama.
(Tindakan : Pn. Norhayati)
3

5.4. Pengerusi mencadangkan agar satu tabung warga SMKBK diwujudkan bagi mengutip sedikit dana untuk
menampung perbelanjaan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan juga untuk memudahkan pembelian
barangan untuk kegunaan para guru. Pn. Hjh Norhayati selaku pengetua SMKBK(MK) menyatakan
bahawa perkara ini akan dibincangkan kelak.
(Tindakan : Pengetua)
6.0 Ucapan Penangguhan / Penutup
6.1 Sebagai YDP PIBG, pengerusi memohon maaf sekiranya terkasar bahasa selama memegang jawatan ini.
6.2 Pengerusi juga memohon maaf sekiranya ada permohonan yang tidak dapat diluluskan dan menyatakan
kerjasama akan terus berkekalan demi kecemerlangan SMKBK (Model Khas).
6.3 Mesyuarat ditangguhkan jam 5.30 petang.
(Makluman)
Disediakan oleh,
Setiausaha PIBG
SMK Batu Kikir (Model Khas)

Anda mungkin juga menyukai