Anda di halaman 1dari 2
MINIT MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN MURID KALI KE 1 Tarikh : 30 Mac 2010 Masa 145 Petang Tempat 2 Bilik Pengetua, SMK Tun Mutahir Kehadiran = Tn Hj Zotkaply B Yunus (Pengetva) En Ghafar B Yahya (GPK HEM) Pn Tan Guek Ping (GPK Petang) Pn Norrashidah Bt Ahamad ‘(Kaunselor) En Khairuddin B Ahmad (Kaunselor) Pn Hamizitawati Bt Ishak (Pencatat) Pn Salomi Bt Naim . Pn Yong Yoke Mee Pn Jamilah Bt Sahid ‘Tidak Hadir: Pn Nurul Asyikin Bt Rahman ‘(Kaunselor) 1.0 Ucapan Pengerusi LL Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua dan semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat. 1.2 Pengerusi memaklumkan minit mesyuarat lalu tidak dapat disahkan kerana fail Badan Kebajikan Murid didapati telah hilang. 1.3 Pengetua meminta agar fil kebajikan yang baru dibuka. Tindakan: S/U Kebajikan 2.0 Pengurusan Badan Kebajikan Murid 21 Pengetua menyatakan agar surat panggilan mesyuarat diperbaiki dari segi ajk yang perlu dilibatkan dalam mesyuaratiaitu Guru Data, Guru Biasiswa, Guru Penyclaras Tingkatan ‘Tindakan: S/U Kebajikan 2.2 Pengetua meminta penyata pendapatan yang disediakan lebih terperinci. Segala butiran perbelanjaan direkodkan dalam penyata. ‘Tindakan: Bendahari Kebajikan 3.0 Perancangan Badan Kebajikan Murid 2010 3.1 Pengetua _meminta aktiviti sempena program ‘Guru dihormati, Murid Disayangi’ diperbanyakkan, Di antaranya seperti: = Bantuan bayaran tambahan RM33.50 kepada 10 orang murid (Diserahkan kepada murid dalam bentuk surat pemberitahuan kepada ibu bapa/ penjaga, bayaran akan dibuat terus kepada guru tingkatan oleh ajk kebajikan) ~ Bantuan pakaian sckolah - Bantuan pakaian unit beruniform (Sumber pakaian seragam diperoleh daripada lebihan pakaian Koku yang tidak dituntut oleh murid) ‘Tindakan: AJK Kebajikan 3.2. GPK Petang memaklumkan pada 2008 semasa program Jaya Waris, kutipan derma daripada ‘bu bapa dijalankan. Beliau mencadangkan agar aktiviti ini diteruskan lagi pada tahun ini. Setiap kutipan yang diperoleh dari sesi pagi dan petang mestlah diserahkan kepada Pn Salomi. ‘Tindakan: Bendahari Kebajikan 3.3 GPK HEM mencadangkan murid miskin diberi kupon makan berupa kupon koperasi. ‘Tindakan: AJK Kebajikan 3.4. Pengetua menyatakan derma kepada murid/ keluarga murid diselaraskan dan bukannya bergantung pada kutipan derma semasa. 3.5. AJK Kebajikan memutuskan bahawa derma yang akan diberikan kepada murid/ eluarga murid ditetapkan seperti berikut: Perkara Derma Murid/ ibu/ bapa meninggal dunia | RM 150 Bencana alam (ribut, banjir) RM 100 ‘Rumah terbakar RM 100 _ ‘Kemalangan/ masuk wad RM30 ‘Tindakan: AJK Kebajikan 4.1 GPK Petang mencadangkan kutipan pakaian sekolah terpakai dijalankan agar murid yang ‘mengalami masalah baju sekolah kotor/ terkoyak dapat meminjam pakaian tersebut dan ‘memulangkannya kembali. ‘Tindakan: AJK Kebajikan 4.2 En Khairuddin mencadangkan agar dana bagi tabung kebajikan murid dapat dikumpul melalui permohonan kepada Petronas, Lembaga Tabung Haji dan syarikat besar. Tindakan: Kaunselor 4.3. Pn Hamizilawati Ishak menjelaskan program ‘Kutipan 5 sen’ bagi mengumpul dana tabung kebajikan murid. Tindakan: AJK Kebajikan 4.4 Pn Salomi memaklumkan tabung Kebajikan (didermakan olch Pn Abadaa) hilang. 4.5 Pengetua meluluskan pembelian semula tabung bagi memudahkan urusan kutipan derma. ‘Tindakan: Bendahari Kebajikan 5.0 Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada 2.40 petang. Disediakan oleh : Pn Hamizilawati Bt Ishak Setiausaha Badan Kebajikan Murid ‘Tarikh : 30Mac 2010

Anda mungkin juga menyukai