Anda di halaman 1dari 2

MEIOSIS

Huraian ringkas tentang proses meiosis dapat dilihat pada jadual di bawah
ini.

PERINGKAT
(a)Interfasa
(peringkat
rehat.)
(b)Profasa I

(c)Metafasa
I
(d)Anafasa I

i.
ii.
iii.
iv.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
i.
i.

(e)Telofasa
I

i.
ii.
iii.

(f)Interkinesi
s
(g)Profasa
II

iv.
i.
ii.
i.
ii.
iii.

(h)Metafasa
II
(i)Anafasa II

iv.
i.
ii.
i.
ii.

(j)Telofasa
II

i.
ii.
iii.
iv.
v.

KETERANGAN
Sel menjalankan aktiviti normal.
Kromosom kelihatan seperti bebenang panjang dan halus.
Setiap kromosom mereplikasi, iaitu mengganda dua kandungan
bahan genetiknya.
Sentriol mengganda dua pada sel haiwan.
Kromosom memendek dan menebal.
Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk bivalen.
Kromatid menjadi kian jelas
Proses pindah silang berlaku antara kromatid-kromatid bagi
kromosom homolog.
Tempat silangan kromatid dinamai kiasma
Gelendung terbentuk di dalam sitoplasma.
Membran nukleus dan nukleolus menghilang.
kromosom homolog tersusun di satah khatulistiwa dengan
sentromer terikat pada gelendung.
Pasangan homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan
akibat pemendekan gelendung.
Kromosom tiba di kutub masing-masing.
Gelendung menghilang.
Sitokinesis pembahagian sitoplasma berlaku secara pencerutan
membran sel nukleus.
Membran nukleus baru terbentuk dan nukleolus muncul semula.
Peringkat rehat yang singkat. (Biasanya tidak berlaku)
Replikasi DNA tidak berlaku.
Kromosom memendek dan menebal.
Kromatid kian jelas kelihatan.
Gelendung terbentuk biasanya pada sudut tepat dengan
pembentukan gelendung pertama.
Membran nukleus dan nukleolus menghilang.
Kromosom tersusun di satah khatulistiwa.
Kromatid-kromatid terikat pada gelendung dengan sentromer.
sentromer terbahagi dua
kromatid bagi setiap kromosom terpisah dan bergerak
kearah bertentangan akibat pemendekan gelendung.
Kromatid-kromatid sampai ke kutub.
Gelendung menghilang.
Membran nukleus dan nukleolus muncul semula.
Sitokinesis berlaku dengan menghasilkan dua sel anak daripada
setiap sel anak yang dihasilkan dalam meiosis I.
Empat sel anak yang haploid terbentuk.

Anda mungkin juga menyukai