Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENYEMATAN LENCANA UPSR MURID TAHUN 6

DISEDIAKAN OLEH : Rosallind Justin dan Ermah Kulian (Pengacara


Majlis)
BIL
1.

AGENDA

TEKS

Ketibaan
Tetamu Khas

Lagu Negaraku
2.

Seterusnya kita akan menyanyikan lagu Negaraku.


Hadiri dipersilakan berdiri.
Semua hadirin dipersilakan duduk.

3.

Bacaan doa.

Warga Dewan yang mulia,


Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Untuk itu, dengan sukacitanya dijemput Adik
Sahrinshah Hanafi, Murid Tahun 6 untuk mengetuai
bacaan doa. Dipersilakan.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

4.

Ucapan

Aluan

Indah berbalam si awan petang,


1

MAJLIS PENYEMATAN LENCANA UPSR MURID TAHUN 6

Pengerusi Majlis

Berarak di celah pepohon ara;


Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam
Satu Malaysia.
Yang Berusaha,
(Jawatan)________________________________________.
Yang Berusaha En Junaidi Juhari,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Delores Miki, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Pn. Sawasah Bekit, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum.
Guru-guru rakan seperjuangan dan putera puteri
calon-calon-calon upsr sksd 2015.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama
berkumpul dalam Majlis Penyematan Lencana UPSR
Peringkat SKSD bagi tahun 2015.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian,
Antara objektif Majlis Penyematan Lencana UPSR
pada kali ini diadakan adalah untuk membantu
meningkatkan

motivasi

calon-calon

UPSR

dalam

peperiksaan tersebut yang akan dihadapi tidak lama


2

MAJLIS PENYEMATAN LENCANA UPSR MURID TAHUN 6

lagi iaitu pada _____________________ September 2014.


Program diharap ini dapat membantu calon-calon
lebih

bersedia

tersebut

dan

untuk
secara

menghadapi
tidak

langsung

peperiksaan
membantu

meningkatkan keyakinan diri mereka.


5.

Ucapan

Hadirin sekalian,

Pengerusi
(GPK 1 SKSD)

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang


Berusaha En JUnaidi Juhari, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SKSD selaku
Pengerusi____________________
_____________________________________________________.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
________________________________________ atas
ucapan beliau sebentar tadi.

6.

Ucapan Perasmi

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dan
Penyematan

Pergi ke kota beli selasih,

Lencana

Sayang si dara senyum tertawa;


Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Seterusnya, marilah kita sama sama mendengar
ucapan perasmian daripada GBC yang kita sayangi
Yang Berusaha En. Andrew Gedeon.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

MAJLIS PENYEMATAN LENCANA UPSR MURID TAHUN 6

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


________________ atas ucapan beliau sebentar
tadi.
Ucapan tuan menyerikan majlis,
Warga peserta tampak ceria,
Kesudian Tuan Merasmikan majlis,
Bangganya kami tidak terkira.
Majlis kita teruskan dengan upaca penyematan
lencana UPSR kepada calon-calon UPSR SKSD bagi
tahun 2015. Untuk itu majlis mempersilakan semua
murid tahun enam tampil ke hadapan dewan dengan
diiringi oleh ibu bapa. Dipersilakan.
Demikianlah tadi berakhirnya.

10.

Kata Penutup

Dengan berakhirnya penyematan lencana UPSR itu

dan Jamuan

tadi, maka berakhirlah Majlis kita pada pagi in.


Sekalung penghargaan yang tidak terhingga
diucapkan kepada Yang Berusaha GBC SKSD kerana
sudi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini.
Begitu juga kepada semua ibu bapa kerana sudi
meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari
ini.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
4

MAJLIS PENYEMATAN LENCANA UPSR MURID TAHUN 6

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Majlis dengan ini menjemput guru-guru, semua ibu
bapa dan semua calon UPSR SKSD untuk sama-sama
menjamu selera di ______________
Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci
wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai