Anda di halaman 1dari 5

MODUL KOLAJ KERTAS

PERLAKSANAAN
1.
2.
3.
4.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan


Setiap kumpulan disediakan kertas warna dan gam
Setiap individu diberi kertas yang mengandungi lukisan
Kertas warna tersebut akan dikeronyok dan dikoyak menjadi cebisancebisan kertas
5. Cebisan kertas warna yang dikoyak akan ditampal pada kertas lukisan
mengikut kreativiti kanak-kanak
6. Setiap kumpulan akan dipantau oleh fasilitator-fasilitator
7. Peserta diberi masa untuk menyiapkan kolaj tersebut

BAHAN-BAHAN
1. Kertas warna ( hijau tua, hijau muda, merah, hitam )
2. Kertas lukisan (buah tembikai )
3. Gam

MODUL MAKE MY OWN SANDWICH


PERLAKSANAAN
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2. Setiap kumpulan disediakan beberapa kepingan roti, salad, tomato dan
sardin
3. Seorang fasilitator menunjukkan demontrasi untuk menyediakan sandwich di
hadapan
4. Selepas demontrasi, setiap peserta dikehendaki membuat sendiri sandwich
tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan sambil
dipantau oleh fasilitator
5. Semua bahan iaitu roti, sardin, salad dan tomato disediakan di dalam talam.
6. Peserta perlu mengambil bahan-bahan tersebut dan menghasilkan sandwich
sendiri
7. Apabila semua peserta sudah berjaya menyiapkan sandwich, mereka boleh
memakannya bersama-sama
8. Peserta diberi masa untuk melakukan aktiviti ini

BAHAN-BAHAN
1.
2.
3.
4.

Roti
Salad
Tomato
sardin

MODUL SIMPLE POTPOURRI


PERLAKSANAAN

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan


2. Setiap kumpulan disediakan beberapa helai daun pandan, bunga,
bekas, dan gunting
3. Seorang fasilitator menunjukkan demontrasi untuk menyediakan potpouri di
hadapan
4. Selepas demontrasi, setiap peserta dikehendaki membuat sendiri potpouri
tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan sambil
dipantau oleh fasilitator
5. Daun pandan dan bunga perlu digunting nipis dan dimasukkan ke dalam
bekas
6. Beberapa titis minyak wangi dimasukkan ke dalam campuran daun pandan
dan bunga
7. Semua bahan-bahan digaul sehingga wangian tersebut sebati
8. Fasilitator menyediakan cawan kertas untuk peserta memasukkan potpouri
mereka ke dalamnya
9. Peserta diberi masa untuk melakukan aktiviti ini

BAHAN-BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Daun pandan
Bunga
Minyak wangi
Cawan kertas
Jaring
Riben

MODUL ORIGAMI KUMBANG COMEL

PERLAKSANAAN
1. Setiap peserta dibekalkan kertas a4 putih, kertas warna merah dan
hitam
2. Kertas merah perlu digunting 2 sehingga terbentuk bulatan
3. Kertas hitam digunting untuk membentuk kepala kumbang dan bintikbintik di atas badannya
4. 1 kertas merah dilipat kepada dua bahagian untuk dilekatkan ke atas
kertas merah yang ke 2
5. setelah selesai menggunting dan melipat, kertas tersebut perlu
dilekatkan ke atas kertas a4 putih untuk membentuk kumbang
6. peserta melakukan aktiviti ini dengan bimbingan fasilitator

BAHAN-BAHAN
1. Kertas a4 putih
2. Kerta warna merah
3. Kertas warna hitam

Anda mungkin juga menyukai