Anda di halaman 1dari 14

ISU-ISU DALAM SEJARAH AWAL ASIA TENGGARA

Ayuthia terkenal sebagai sebuah kerajaan maritim.


Sejauhmana anda bersetuju dengan penyataan di atas?
Kemunculan Ayuthia adalah hasil keadaan politik yang berlaku di
Menam Basin. Iaitu kemerosotan kuasa dua kerajaan yang dominan di
tanah besar asia tenggara sebelum ini iaitu Sukhothai di utara dan Angkor
di timur.1 Ayuthia merupakan sebuah bandar yang berkembang maju
sebelum didirikan sebagai ibu kota siam oleh Raja Ramatibodi I pada 1350
dan sudah menjadi pusat perdagangan di mana orang berkumpul dan
menjalankan upacara keagamaan. Sebelum Ayuthia jatuh ke tangan Thai,
kerajaan ini telah dikuasai oleh Khmer atau Kemboja yang memerintah
Lavo atau Lopburi.2 Wilayah jajahan takluknya yang terletak di pertemuan
tiga sungai, Chao Phya, Lopburi dan Pasak, telah muncul sebagai pusat
perdagangan dan perhubungan maritim yang penting. Kerajaan Ayuthia
(1351-1767) ini dikenali sebagai 'Siam' oleh kebanyakan syarikat eropah
seperti Hindia-Timur, catatan China pula mengambarkan Ayuthia sebagai
'Xien-Lo', pedagang-pedagang arab menggelar Ayuthia sebagai 'sarnau'
atau 'Shahr-i 'Naw' manakala menyebut 'Shamro' oleh pedagang Jepun. 3

1 Charnvit Kasetsiri. 1976. The Rise of Ayudhya : A History of Siam in the Fourteenth and
Fifteenth Centuries. Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm52.

2 Rong Syamananda.1973. A History of Thailand. Bangkok : Chulalongkorn


University, hlm20.
3 Breazeale K. 1999. "Thai Maritime Trade and the Ministry Responsible", dlm. From
Japan to Arabia : Ayutthaya's Maritime Relations with Asia. Bangkok : The Foundation for
the Promotion of Social Science and Humanities Textbooks Project, hlm 1.

Hal ini mengambarkan bahawa Ibu kota Ayuthia merupakan salah satu
entiti pelabuhan maritim berpengaruh rantau asia pasifik.
Dari awal perkembangan empayar Ayuthia, kerajaan ini sudah mula
menggalakkan dasar terbuka kepada pedagang-pedagang asing. Bahkan
hasil dagangan telah tersebar hampir di pelusuk maritim asia, dari Jepun
di sebelah timur dan ke semenanjung arab di sebelah barat. Salah satu
sebab mengapa Ayuthia muncul sebagai pelabuhan maritim entreport
yang gah dalam tempoh tersebut

adalah kerana

kedudukan geografi

yang strategik. Garisan pantai yang menghadap ke timur laut China


selatan dan lingkaran pasifik, di bahagian barat gugusan takluk Ayuthia
pula menghadap ke pelabuhan lautan Hindi dan ke selatan menghadap
gugusan kepulauan

nusantara.4 Walaupun pesaing-pesaingnya yang

berpotensi dengan kelebihan geografi yang sama seperti kerajaan


kesultanan Melayu, Sumatera, Jawa dan pulau-pulau lain namun tiada satu
pun

daripada

kerajaan-kerajaan

ini

yang

mewujudkan

rangkaian

perdagangan dan hubungan diplomatik hampir di seluruh asia setanding


dominasi serta monopoli Ayuthia dalam hubungan maritimnya dengan
pelabuhan-pelabuhan penting di asia.
Empayar Ayuthia yang luas dari tanah besar sehingga di sepanjang pantai
teluk

termasuk

segenting

kra

memberikan

kelebihan

lokasi

yang

sempurna dengan dilimpahi hamparan daratan yang luas dan rata dengan
itu Ayuthia mempunyai kelebihan tanah yang subur dan simpanan air
yang banyak di sungai-sungainya. Hal ini dari segi domestik memudahkan
4 Ibid, hlm 1.

bekalan makanan dihasilkan dengan banyak. Tidak disangkal lagi ekonomi


sara diri menjadi ekonomi teras masyarakat berdasarkan penanaman padi
yang diusahakan oleh tenaga buruh tempatan. Penghasilan lebihan yang
banyak merintis kepada perdagangan serantau dan perkembangan
pelabuhannya. Menurut rekod-rekod hubungan maritim dengan China,
Jepun, Kepulauan Ryukyu, Nusantara, India, Persia, Portugal dan Perancis
telah melahirkan perasaan kekaguman empayar maritim Ayuthia. 5 Malah
tidak keterlaluan dari abad kelima belas keatas Ayuthia dianggap sebagai
pusat model kesemakmuran serantau. Walaupun ibu kota Ayuthia agak
juah ke pendalaman, namun sungai boleh menampung kapal-kapal yang
berdagang

masuk

ke

pelabuhan-pelabuhan.

Bahagian

utara

teluk

mempunyai beberapa lokasi untuk kapal berlabuh yang selesa dan besar
terutamanya di Chanthaburi dan Tha Chin manakala pelabuhan yang agak
rendah dan dataran rata seperti di Chao Phraya. 6 Di muara sungai Chao
Phraya inilah pusat pelabuhan maritim Ayuthia yang lengkap dengan
kemudahan dan boleh menampung kapal-kapal dagang yang banyak.
Perdagangan luar negeri menyumbang kepada aktiviti ekonomi Kerajaan
Ayuthia dan sebahagian besar sumbangan ekonomi diperoleh dari
pertukaran produk domestik seperti beras, produk asli, bahan mentah
tempatan dengan barangan mewah yang dibawa masuk dari China, Jepun,

5 Charnvit Kasetsiri. 1999. "Origins of a Capital and Seaport: The Early Settlement of
Ayutthaya and Its East Asian Trade", dlm. From Japan to Arabia : Ayutthaya's Maritime
Relations with Asia. Bangkok : The Foundation for the Promotion of Social Science and
Humanities Textbooks Project, hlm 76.

6 Ibid, hlm 77.

asia selatan dan akhirnya eropah.7 Walaubagaimanapun, mengikut


anggaran di akhir tempoh pemerintahan Ayuthia, perdagangan luar negeri
kerajaan menguasai 36 peratus daripada jumlah pendapatan tunai
negara.8

Menurut Ingram, walaupun jumlah perdagangan asing secara

relatifnya sedikit dari hasil keseluruhan pendapatan kerajaan, namun hasil


perdagangan asing menjadi sebahagian yang penting daripada jumlah
transaksi kewangan Ayuthia.9
Struktur dan fungsi birokrasi Ayuthia mengukuhkan lagi pentadbiran
kerajaannya sebagai kuasa maritim rantau ini. Penstrukturan semula
kementerian telah dilaksanakan dengan melaksanakan pembaharuan
dalam sistem birokrasi pentadbiran. Tugas utama menteri yang dikenali
sebagai Phra khlang ialah menguruskan hal ehwal luar dan maritim
negara itu termasuklah hal ehwal diplomatik dan komersil. Di peringkat
tertinggi menteri bertanggungjawab terhadap hubungan rasmi dengan
kerajaan asing serta penghantaran duta dan misi utusan. Bagi menteri
yang menguruskan hal ehwal domestik, mereka ditugaskan untuk
menguruskan semua pedagang yang masuk dan orang asing yang datang
. Selain itu, melicinkan operasi perkhidmatan dengan melaksanakan
7 Ingram, James C. 1971. Economic Change in Thailand. Stanford, California : Stanford
University Press, hlm 21.

8 Charnvit Kasetsiri. 1999. "Origins of a Capital and Seaport: The Early Settlement of
Ayutthaya and Its East Asian Trade", dlm. From Japan to Arabia : Ayutthaya's Maritime
Relations with Asia. Bangkok : The Foundation for the Promotion of Social Science and
Humanities Textbooks Project, hlm 77.

9 Ingram, James C. 1971. Economic Change in Thailand. Stanford, California : Stanford


University Press, hlm 29.

pungutan cukai, menguruskan gudang-gudang serta hal-hal import dan


eksport barangan monopoli.10
Pengurusan operasi hal ehwal dagang yang melibatkan penyimpanan,
penghantaran dan operasi pemasaran ini dilihat dijalankan dengan
pelaksanaan birokrasi yang rumit yang telah digariskan dalam Undangundang

Sivil

Hierarki

yang

diisytiharkan

oleh

Raja

Trailok

(Boromtrailokanat, 1448-1488).11 Undang-undang ini menyusun semula


segala aktiviti perdagangan kerajaan untuk menjamin kawalan kerajaan
terhadap aktiviti perdagangan yang paling berharga dan penguasaan
monopoli melalui Kementerian Phra Klang. 12 Penyusunan ini juga secara
tidak langsung memberi peluang jawatan

dan kedudukan kepada

pegawai asing untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam Ayuthia.


Sekaligus

membantu

melicinkan

urusan

perdagangan

dan

mengembangkan hubungan cabang perdagangan dengan kerajaan lain.


Di wilayah-wilayah naugan dan jajahan Ayuthia mempunyai sumbersumber hasil dagangan yang sangat berharga. Oleh itu, pembayaran ufti
dan

kerahan

dilaksanakan

bagi

memenuhi

tanggungjawab

rakyat

terhadap naungan kerajaan Ayuthia. Pengumpulan, penghasilan dan


penghantaran hasil-hasil hutan dan barangan ufti tersebut dikumpulkan di
10 Charnvit Kasetsiri. 1999. "Origins of a Capital and Seaport: The Early Settlement of
Ayutthaya and Its East Asian Trade", dlm. From Japan to Arabia : Ayutthaya's Maritime
Relations with Asia. Bangkok : The Foundation for the Promotion of Social Science and
Humanities Textbooks Project, hlm 74.

11 Ibid, hlm 74.


12 Ibid, hlm 74.

gudang-gudang utama pelabuhan Ayuthia untuk dieksport. Aktiviti ini


dijalankan di bawah pengawasan gabenor dan pegawai tempatan lain
terhadap rakyat tempatan, dan hamba-hamba. Selain itu, tugas pegawaipegawai ini juga mengenakan cukai-cukai terhadap rakyat atau tenaga
kerja sebagai ganti cukai yang perlu dibayar dalam bentuk tunai.13
Jika dilihat secara teori, raja Ayuthia disifatkan sebagai avatar (jelmaan
dewa-dewi Hindu), bodhisattvas (pencerahan sebagai Buddha), dan
cakravartin (monarki Buddha yang universal/penguasaan dunia) dimana
unsur-unsur ini menafikan hubungan dagang dengan kerajaan-kerajaan
yang berstatus rendah.14 Hal ini diperkukuhkan lagi dalam Undang-undang
Sivil

Hierarki

di

mana

amalan

perdagangan

maritim

luar

hanya

dikendalikan oleh pegawai-pegawai atasan diraja. Menurut La Loubere,


seorang diplomat Perancis yang melawat Siam pada lewat abad ketujuh
belas mengambarkan raja Siam sebagai pedagang yang cukup hebat.15
Pombejra pula berpendapat bahawa pendapatan hasil dagangan maritim
ini membolehkan pemerintah Ayuthia mengekalkan gaya hidup yang
mewah, dengan menonjolkan kemegahan bertepatan dengan konsep kerajaan Ayuthia sebagai avatars, bodhisattavas dan cakkravartins.16

13 Ibid, hlm 73.


14 Ibid, hlm 76.
15 La Loubere, Simon de. 1969. The Kingdom of Siam. Facsimile reproduction of the 1693
London edition titled A New Historical Relation of the Kingdom of Siam, with an
introduction by Dvid K. Wyatt. Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm 94.

Dokumen Ryukyu menunjukkan bahawa kerajaan Ayuthia memonopoli


barangan

dagangan

termasuklah

barangan

bernilai

tinggi

seperti

mengimport seramik, porselin, sutera dan satin dari China manakala


mengeksport kayu kayan, rempah dan juga lada. Rekod-rekod ini
menyebut hanya beberapa komoditi yang diniagakan oleh agen cina atas
nama raja Ryukyu, dan barangan lain dimonopoli oleh Ayuthia. 17 Undangundang awal Ayuthia bertarikh 1433 telah menyenaraikan barangan
monopoli kerajaan iaitu tiga produk eksport bernilai tinggi seperti kayu
gaharu, kayu sapan dan timah. Dalam tempoh pertengahan empayar
Ayuthia,

sarjana

Perancis

juga

menyenaraikan

beberapa

barangan

monopoli Ayuthia termasuklah timah, gading, kayu sapan, senjata, kulit


binatang, dan arrack (minuman beralkohol yang dibuat dari buah kelapa
sawit atau getah).18
Sebagai sebuah negara maritim, diplomasi tidaklah dapat dipisahkan
dengan aspek komersial dan perdagangan hubungan rasmi dengan
kerajaan-kerajaan lain dalam tempoh tersebut. Bermula dengan China,
hubungannya

dengan

kerajaan

Siam

amatlah

berpengaruh

dan

berterusan didokumentasikan sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh


16 Pombejra, Dhiravat. 1990. "Crown Trade and Court Politics in Ayutthaya during
the Reign of King Narai (1656-1688)." dlm J. Kathirithamby - Wells and John
Villiers, eds., The Southeast Asian Port and Polity: Ise and Demise. Singapore :
Singapore University Press. hlm 128.
17 Charnvit Kasetsiri. 1999. "Origins of a Capital and Seaport: The Early
Settlement of Ayutthaya and Its East Asian Trade", dlm. From Japan to Arabia :
Ayutthaya's Maritime Relations with Asia. Bangkok : The Foundation for the
Promotion of Social Science and Humanities Textbooks Project, hlm 72.
18 Ibid, hlm 72.

1370-1433 pemerintahan Ming, wilayah laut China Selatan menunjukkan


trafik perdagangan maritim begitu luar biasa kesibukannya. Banyak misi
diplomasi dan utusan dihantar ke China oleh kerajaan-kerajaan di asia
tenggara. Misalnya Siam telah menghantar tiga puluh enam misi utusan
ke China dalam tempoh 1371-1404, iaitu kira-kira satu atau lebih misi
utusan dihantar setiap tahun. Malahan lebih dua puluh dua misi utusan ke
China telah dihantar pada era pemerintahan Yung-Lo.19
Menurut Reid dalam data utusan ke China oleh kerajaan-kerajaan di asia
tenggara menunjukkan bahawa kekerapan misi utusan melalui laut ke
China oleh kerajaan Ayuthia

iaitu tahun 1369-1399 sebanyak 33 misi

utusan. Manakala kerajaan Angkor sebanyak 13 utusan, Champa 25


utusan dan Jawa sebanyak 11 utusan ke China. Indikator ini membuktikan
bahawa Ayuthia muncul sebagai sebuah pelabuhan Asia tenggara yang
berpengaruh

di

bawah

raja-raja

Boromaraja

(1370-1388),

anak

saudaranya Ramesuan I (1388-1395) dan anak bongsunya Ramraja (13951409).20


Dalam pemerintahan awal dinasti Ming telah menerima skrip memorial
yang ditulis dalam bahasa Cina atau fan (Bahasa Arab). Tahun 1487,
bagaimanapun tercatat bahawa surat rasmi daun emas telah diterima
daripada Ayuthia dan para utusan yang membawa surat itu mendakwa
surat itu dari negara mereka sendiri dan bahasa arab telah digunakan

19 Reid, A. 2000. Charting The Shape of Early Modern Southeast Asia. Singapore :
Institute of Southeast Asian Studies, hlm 86.

20 Ibid, hlm 87.

dalam surat kepada China.21 Malahan, duta Siam pertama telah membawa
bersama barangan hadiah kepada China seperti gajah dan penyu berkaki
enam. Sebagai balasan, maharaja menghantar sejumlah besar sutera cina
dan satin sebagai sebagai hadiah kepada raja Siam.22
Daripada data perkapalan dan perdagangan Ryukyu ke pelabuhan Asia
tenggara menunjukkan bahawa pada tahun 1419-1442 sahaja hubungan
misi perdagangan Siam dan kepulauan Ryukyu sebanyak 29 daripada 40
misi utusan diplomatik dan perdagangan Ryukyu ke asia tenggara. Data
ini mengukuhkan lagi anggapan bahawa keunggulan Ayuthia sebagai hab
asia tenggara untuk perdagangan dengan asia timur pada awal tempoh
Ming dan telah menarik hampir tiga suku daripada jumlah keseluruhan
perdagangan Ryukyu di asia tenggara dalam tempoh 1419-1442.23
Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis 1511, Reid mengatakan
bahawa "Ayudhya may have seemed a more appropriate place for transshipment of chinese goods for these eastern islands". 24 Malahan Portugis
itu sendiri memperoleh banyak hasil eksport ke China di pelabuhanpelabuhan utama Siam. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan terdapat

21 Ibid, hlm 88.


22 Charnvit Kasetsiri. 1999. "Origins of a Capital and Seaport: The Early
Settlement of Ayutthaya and Its East Asian Trade", dlm. From Japan to Arabia :
Ayutthaya's Maritime Relations with Asia. Bangkok : The Foundation for the
Promotion of Social Science and Humanities Textbooks Project, hlm 67.
23 Reid, A. 2000. Charting The Shape of Early Modern Southeast Asia. Singapore :
Institute of Southeast Asian Studies, hlm 89.

24 Ibid, hlm 90.

mereka yang menyamar atas nama kapal luar negeri Siam untuk
kepentingan monopoli perdangangan ke China. Kekuatan ketenteraan dan
penguasaan persaingan telah menjadikan Ayuthia sebagai salah satu
empayar maritim terbesar di asia tenggara dalam tempoh-tempoh
tersebut.
Selepas

kematian

Prajairaja

pada

tahun

1547

Ayuthia

dicatatkan

mengalami tempoh-tempoh duka dengan kemerosotan, pergolakan dan


bencana seterusnya kemuncak dari episod duka ini apabila serangan
Burma terhadap Ayuthia meletus pada tahun 1569.
Pada tahun 1678 laporan Pegawai Inggeris terhadap Ayuthia telah
menjelaskan bahawa sebahagian besar perdagangan entrepot berlaku
antara Ayuthia dengan rakan dangangan maritimnya di asia tenggara
seperti di Aceh, Tanah Melayu, Johor, Banten, Patani, Kemboja atau Hoi An.
Misalnya sutera yang diimport dari China akan dieksport semula ke Jepun
manakala pedagang India membawa dagangan tekstil melalui Tenasserim
(Burma) dan terus ke Ayuthia untuk dieksport ke pasaran China, Jepun dan
manila.25 Ayuthia mendapat banyak keuntungan dan manfaat ekonomi
daripada eksportnya dan hasil hutan yang lain ke China dan rakan dagang
yang lain.
Hubungan maritim Ayuthia dengan nusantara misalnya berlaku apabila
Sultan Jambi di selatan sumatera dilaporkan telah menghantar bunga
emas kepada Ayuthia sebagai tanda pernaugan atau 'vassalage state'

25 Ibid, hlm 92.

kepada raja-raja Siam.26 Strategi perluasan kuasa maritim Ayuthia


terhadap

Palembang

jelas

pada

pertengahan

tahun

1740

apabila

Palembang mengalami kekurangan bekalan beras, Sultan pada ketika itu


memerintahkan untuk mengimport bekalan beras dari Siam supaya tidak
mengalami

kebuluran.

Palembang

menghantar

Namun
ufti

Siam

bunga

mengenakan
emas

syarat

kepadanya.

supaya

Palembang

mengalami dilema kerena sebelum ini kerajaannya bebas dari naungan


Siam dan akhirnya meminta campurtangan Belanda dalam permasalahan
cengkaman Siam iaitu Ayuthia pada ketika itu.27
Hubungan dengan Manila pada tahun 1594 berlaku apabila Raja Naresuan
menghantar misi ke Manila seolah-oleh mahu mencari kapalnya yang
hilang di perairan Manila dan mungkin juga mahu membuat tawaran
untuk bersekutu atau melihat potensi-potensi perdagangan di kepulauan
Filipina. Kemudian wakil-wakil kerajaan Ayuthia menerima arahan untuk
membeli

barang

dagangan

Sepanyol

sebagai

pertukaran

dengan

barangan dari Siam. Raja Naresuan sedar bahawa Manila mempunyai


pasaran yang besar bagi barangan Siam dan pembekal bagi barangan
Filipina dan eropah. Oleh itu, baginda amat berminat terhadap senjata api
dan meriam.28 Sebagai persediaan ketenteraan dan ancaman dari

26 Breazeale K. 1999. "Thai Maritime Trade and the Ministry Responsible", dlm.
From Japan to Arabia : Ayutthaya's Maritime Relations with Asia. Bangkok : The
Foundation for the Promotion of Social Science and Humanities Textbooks Project,
hlm 37.
27 Ibid, hlm 37.
28 Ibid, hlm 34.

kerajaan-kerajaan di tanah besar asia tenggara seperti Burma, Champa


dan kemboja.
Sebagai sebuah empayar maritim yang berpengaruh Ayuthia juga
menjalinkan hubungan dagang dengan dunia Islam. Salah satu rujukan
terawal hubungan muslim dengan Ayuthia adalah apabila sarjana Persia
Abad kelima belas menerangkan istilah Shar-i Naw (Bahasa Arab iaitu
"Bandar Baru", yang merujuk Ayuthia) sebagai pelabuhan yang dikunjungi
oleh pelayar dari Hormuz. Awal abad keenam belas, Tome Pires
mengatakan

bahawa

terdapat

"beberapa

orang

Moor

di

Siam,"

menggunakan label Iberian untuk orang Islam, tetapi dia merujuk sematamata untuk orang Melayu Muslim dan beliau melanjutkan : Namun
demikian, terdapat orang Parsi, Arab, Bengali dan Kling...". 29 Pada abad
ketujuh belas para pedagang Islam telah memberi impak yang besar
terhadp Ayuthia, terutamanya semasa pemerintahan Raja Narai (16561688).
Di bawah pemerintahan Song Tham (1611-1628) terdapat dua saudagar
bersaudara yang kaya dari selatan India, telah membantu mengenalpasti
dan menterjemah teks Siam yang berasal dari negara Arab. Selain itu,
membantu menyusun semula Kementerian Phra Khlang kepada dua
Jabatan iaitu Jabatan pelabuhan sebelah kiri (Krom Tha Sai) dan Jabatan
pelabuhan

sebelah

Kanan

(Krom

Tha

Khwa).

Dua

saudagar

ini

29 Andaya, L. 1999. "Ayutthaya and the Persian and Indian Muslim Connecion", dlm.
From Japan to Arabia : Ayutthaya's Maritime Relations with Asia. Bangkok : The
Foundation for the Promotion of Social Science and Humanities Textbooks Project, hlm
121.

kemudiannya diberi kepercayaan untuk menjalankan perdagangan di


bahagian selatan dan barat Ayuthia termasuklah di Jawa, Sumatera,
Tenesserim, bengal dan lain-lain. Mereka juga telah membawa masuk
saudagar-saudagar dari India selatan untuk berdagang di pelabuhan
Ayuthia. Semenjak itu, salah satu saudagar ini diberi jawatan dalam
Jabatan Kanan dan menjadi pegawai berkepentingan dalam birokrasi
kerajaan Ayuthia. Raja Narai juga menghadiahi mereka

sebuah tapak

petempatan untuk dibina perumahan, masjid dan kemudahan lain yang


masih dikenali sehingga hari ini sebagai Ban Kheak Kuti Chao Sen.30
Secara tradisinya saudagar muslim lebih selesa dan gemar untuk
berdagang dengan kerajaan Islam, namun Raja Narai telah membuatkan
saudagar-saudagar ini selesa untuk berdagang di Ayuthia. Buktinya
baginda telah membina masjid31 dan memberi kebebasan kepada
pedagang muslim untuk melaksanakan amalan dan ibadah dengan cara
mereka sendiri.
Kesimpulan
Ayuthia muncul berkembang begitu pantas dengan dominasi persaingan
semua pebuhan-pelabuhan lain di asia tenggara dalam tempoh 13701410. Kedudukan ini secara beransur-ansur terhakis dalam beberapa
dekad berikutnya, dipintas oleh Jawa dan penguasaan

maritim oleh

Champa di laut China selatan, akhirnya kegemilangan Melaka pada tahun

30 Ibid, hlm 125.


31 Ibid, hlm 125.

1450 dan 1460. Ayuthia kembali bangkit meluaskan penguasaan maritim


antara tahun 1500-1540 dan jatuh kembali selepas 1569.(reid)

Rujukan
Reid, A. 2000. Charting The Shape of Early Modern Southeast Asia.
Singapore : Institute of Southeast Asian Studies.
Breazeale, K. 1999. From Japan to Arabia : Ayutthaya's Maritime Relations
with Asia. Bangkok : The Foundation for the Promotion of Social Science
and Humanities Textbooks Project.
Rong Syamananda.1973. A History of Thailand. Bangkok : Chulalongkorn
University.
Charnvit Kasetsiri. 1976. The Rise of Ayudhya : A History of Siam in the
Fourteenth and Fifteenth Centuries. Kuala Lumpur : Oxford University
Press.
Ingram, James C. 1971. Economic
California : Stanford University Press.

Change

in

Thailand.

Stanford,

J. Kathirithamby - Wells and John Villiers, eds., The Southeast Asian Port
and Polity: Ise and Demise, pp. 127-42. Singapore : Singapore University
Press.
La Loubere, Simon de. 1969. The Kingdom of Siam. Facsimile reproduction
of the 1693 London edition titled A New Historical Relation of the Kingdom
of Siam, with an introduction by Dvid K. Wyatt. Kuala Lumpur : Oxford
University Press.

Anda mungkin juga menyukai