Anda di halaman 1dari 8

1.

PENGENALAN
Unit Kesihatan SK Seksyen 11 Kota Damansara telah menganjurkan Kempen Anti Denggi 2013 bermula

pada 15 April 2013 hingga 22 April 2013. Kempen ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan
warga sekolah tentang kepentingan menjaga persekitaran sekolah dan rumah daripada pembiakan nyamuk aedes.
Kempen ini juga menyajikan banyak informasi tentang bahaya nyamuk aedes yang dapat membawa penyakit
demam denggi.
Kempen ini bermula dengan perasmian oleh En. Nik Azman B Kundor,GPK Kurikulum SK Seksyen 11 Kota
Damansara pada 15 April 2013 kira-kira pada pukul 7.20 pagi di Dataran Perwira SK Seksyen 11 Kota Damansara.
Pada hari itu juga diadakan Ceramah dan Pameran Anti Denggi oleh Pegawai Kesihatan yang dijemput khas
daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Pameran tersebut telah diadakan di Bilik Makmal Sains 1. Murid-murid
bersama guru pengiring telah dibenarkan masuk ke bilik pameran mengikut jadual yang ditetapkan.
Walaubagaimanapun, bilik pameran hanya dibuka untuk murid-murid Tahap 2 sahaja kerana pihak Pejabat
Kesihatan Daerah perlu kembali ke pejabat kerana urusan kerja.
Hari keesokkannya, Selasa (16 April 2013) telah diadakan Pertandingan Peta Minda Inovatif bagi muridmurid Tahap 2 (pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi) manakala Pertandingan Mewarna Poster untuk murid Pra
Sekolah dan Tahap 1 (pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang). Program telah berjalan dengan lancar seperti
dirancang. Murid-murid kelihatan sangat seronok dan bersemangat disamping maklumat tentang pencegahan denggi
dapat dihebahkan dengan berkesan serta menyeluruh.
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 22 April 2013, Isnin semasa
perhimpunan pagi.

2.0

KEKUATAN
2.1 Aktiviti Menarik
Aktiviti yang dijalankan pada tahun ini amat menarik, dan penyertaan menyeluruh diperolehi
daripada murid-murid. Murid-murid juga dilihat terhibur semasa melakukan aktiviti yang disediakan.
2.2 Kreativiti dan Kerjasama
Antara aktiviti yang amat diminati murid-murid ialah mencantikkan peta minda. Melalui aktiviti ini
bakat dan kreativiti murid-murid terserlah. Hal ini juga menggambarkan kerjasama pasukan di dalam kelas
yang wujud semasa penyiapan peta minda tersebut. Oleh kerana setiap kelas dikehendaki menyiapkan 2
peta minda yang besar maka, semua murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti tersebut. Semua
murid dilihat memberi sepenuh perhatian dan komitmen menyiapkan peta minda tersebut.
2.3 Bahan Peta Minda
Impak melalui bahan-bahan peta minda yang diberikan juga membuatkan murid-murid rasa teruja
untuk menyusun dan mencantikkan bagi menjayakan pertandingan peta minda tersebut. Bahan-bahan
tersebut turut mudah diingati kerana merupakan satu pendedahan tentang maklumat pencegahan Denggi
kepada murid-murid.
Pertandingan Mewarna Poster oleh murid Tahap 1 dan Pra Sekolah turut menonjolkan kreativiti
dan inovasi murid tahap 1 dan Pra Sekolah dalam menghasilkan poster yang tercantik.
2.4 Pameran
Lawatan ke bilik Pameran Anti Denggi kali ini lebih teratur kerana telah dijadualkan kepada semua
kelas. Oleh yang demikian, semua murid berpeluang melihat pameran dalam keadaan selesa dan tenang.
Maklumat juga dapat disampaikan dengan lebih menyeluruh.

3.0

KELEMAHAN
3.1 Tempoh Program Singkat
Oleh kerana sukantara juga berlangsung pada minggu yang sama, tempoh berlangsungnya
program disingkatkan kepada 2 hari sahaja iaitu pada hari Isnin dan Selasa (15 hingga 16 April 2013).
Penghayatan sepenuhnya tentang pencegahan denggi masih kurang kerana tempoh pendedahan kepada
maklumat yang singkat.
3.2 Cara Penyampaian Ceramah
Cara penyampaian ceramah oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah kurang menarik. Walaupun slaid
yang ditunjukkan menarik tetapi penerangan penceramah tidak begitu jelas. Murid-murid nampak bosan
dan mula tidak dapat menumpukan perhatian kepada penyampaian penceramah tersebut.

4.0

PENAMBAHBAIKKAN
4.1 Tempoh Dipanjangkan
Tempoh Program Sekolah Bebas Denggi perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya satu minggu.
Oleh yang demikian, lebih banyak aktiviti dapat dilakukan serta pameran dapat diadakan. Murid-murid dan
warga sekolah juga akan dapat didedahkan maklumat pencegahan Denggi dengan lebih penghayatan serta
pemahaman.
4.2 Cara Penyampaian Ceramah
Cara penyampaian ceramah oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah kurang menarik. Oleh yang
demikian, pada masa akan datang, penyelaras program perlu memastikan penceramah yang datang boleh
menyampaikan dengan menarik dan sesuai dengan tahap murid-murid.

5.0

KESIMPULAN
Kempen Anti Denggi Tahun 2013 ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan kepada

murid-murid seperti murid-murid mulai sedar tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri dan kawasan
persekitaran. Oleh itu, program ini amat perlu diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berbeza dan lebih
menarik kerana bukan sahaja amat membantu pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah mampu
memberi impak pencegahan penularan penyakit Denggi bawaan nyamuk Aedes yang semakin meningkat
di negara kita.

Disediakan oleh :

...................................................................
(PN. EARLY MARINATI BT ISMAIL KHALILI)
AJK Dokumentasi
Kempen Anti Denggi Tahun 2013
SK Seksyen 11 Kota Damansara

Disemak oleh :

.................................................
(DATIN JAYANTHI A/P DEVAN)
Penolong Kanan HEM
SK Seksyen 11 Kota Damansara

GAMBAR PROGRAM

Majlis perasmian Kempen Sekolah Bebas Denggi Tahun


2013

Murid-murid sedang tekun mendengar ceramah

Seorang murid sedang menjawab soalan kuiz yang


diajukan oleh penceramah

Murid-murid tekun mendengar ceramah yang


disampaikan

Murid-murid sedang mendaftarkan diri sebelum masuk ke


bilik pameran

Antara bahan pameran yang diletakkan di bilik


pameran

Model nyamuk yang dipamerkan oleh Pejabat Kesihatan


Daerah

Suasana murid-murid ketika melawat di bilik pameran

Murid-murid sedang menghias peta minda

Wajah-wajah keceriaan semasa menyiapkan tugasan aktiviti yang diberikan

Murid-murid Tahap 1 sedang tekun mewarnakan poster

Pn. Maimoon, Guru Besar sedang memberikan hadiah kepada peserta yang menang dalam pertandingan diadakan
sepanjang Kempen Anti Denggi

Pn. Maimoon, Guru Besar sedang memberikan hadiah kepada peserta yang menang dalam pertandingan diadakan
sepanjang Kempen Anti Denggi

Anda mungkin juga menyukai