Anda di halaman 1dari 24

01 .

PENGENALAN
Seni merupakan manifestasi kepada pandangan sarwajagat sesuatu bangsa. Seni bukan
sahaja bertindak sebagai wahana untuk penerokaan minda dan ekspresi diri tetapi turut
bertindak sebagai cerminan kepada pengalaman, reaksi dan karektor terhadap pemikiran,
kebudayaan dan ketamadunan.

Kedatangan Islam pada kurun ke 14M telah membawa

perubahan besar kepada budaya dan pemikiran orang-orang Melayu. Fenomena ini telah
memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan kesenian Melayu di Semenanjung
Malaysia. Maka dalam keadaan tersebut, berlakunya transformasi keagamaan yang
melibatkan pemikiran dan kepercayaan, sekaligus

transformasi idea dan makna dalam

kesenian alam Melayu. Penelitian yang dibuat terhadap motif dan imej yang terdapat pada
beberapa aspek dalam kesenian Melayu menampakkan bahawa berlaku perkembangan dan
perubahan yang menarik dari aspek fizikal dan permaknaan. Kesenian Melayu telah melalui
beberapa zaman semenjak era pra-Islam yang disebut sebagai era anamisme dan Hindu atau
Buddha sehingga kepada era kolonialisme dan seterusnya era Islam.
Penerapan Islam dalam kesenian Melayu, membawa keselarasan hubungan antara
manusia dengan persekitaran telah menimbulkan reaksi untuk memakmurkan alam kesenian
Melayu sebagai impaknya terhadap

idea pembentukan pemikiran, pandangan, corak

komunikasi dan budaya dalam aplikasi seni rupa alam melayu. Kesenian Islam itu sendiri
mencorakkan idea penciptaan khususnya melalui Kraftangan ukiran, anyaman, tenunan, seni
bina dan sebagainya.Reka bentuknya juga jelas menunjukkan kesejajarannya dengan konsep
kesenian Islam.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan elemen keislaman yang memberi makna dalamk memberi bentuk yang indah
dan menarik hati sesuai dengan

konsep kesenian Islam. Konsep seni Islam dan

pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt.
Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan
berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana
kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan
Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan
antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan

Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Selaras dengan kepercayaan

kraftangan Melayu

mempunyai nilai estetik dan falsafah yang unik dan tersendiri


1.1

Definisi Kraftangan

Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahanbahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.
Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan
rekabentuk yang indah dan menarik.
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud
perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan,
manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya
cipta dan kemahiran menggunakan tangan.
Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 7 kraftangan merupakan seni pertukangan
tangan yang merangkumi beberapa jenis iaitu seni pertukangan kayu, pertukangan perak,
pertukangan besi, pertukangan tembaga, seni tembikar dan beberapa jenis yang lain lagi
termasuk barang-barang yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan seperti buluh, rotan,
resam, tempurung kelapa dan sebagainya.
Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United
Nation Conference on Trade and Commerce perkataan kraf tangan didefinisi seperti berikut (
Handicraft is a manual skilled- intensive product with or without use of tool, simple
instruments or implement operated indirectly by the craftmen).Ini memberikan satu
penghayatan tinggi terhadap keistimewaan kemahiran serta ketinggian mutu seni yang
membabitkan pandai tukang.

02.

KRAFTANGAN MELAYU.

Seni rupa dalam masyarakat melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni
yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan
sebagainya.Kerja-kerja kraftangan banyak sekali dipraktikkan dalam masyarakat Melayu dan
diterima sebagai hasil asas penciptaan masyarakat. Antara bentuk kraftangan kebanggaan
orang Melayu ialah labu sayong, songket, tekat, seni pertukangan, kelarai, dan juga batik. Jika
diteliti, motif-motif yang terdapat pada setiap kraftangan tradisi orang Melayu seperti motif
haiwan, flora, fauna dan terdapat juga yang menggunakan motif kaligrafi yang berunsurkan
Islam. Alam sekitar merupakan sesuatu yang menjadi sumber penting dalam penghasilan
motif orang Melayu. Kebanyakan corak yang dihasilkan oleh orang Melayu biasanya ada
hubungan harmoni antara kehidupan mereka dengan alam sekeliling. Kraf orang Melayu yang
bercorak Islam telah mengubah pemilihan penghaslilan motif daripada tumbuh-tumbuhan
yang tidah bercanggah dengan nilai Islam.
2.1

Kraftangan Songket

Songket menjadi pakaian golongan istana, orang-orang besar dan kenamaan. Ia merupakan
tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang longsin (yang menunggu) dengan benang
pakan (yang mendatang) mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket
bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan
benang emas dan perak. Nama kain songket berasal daripada teknik membuat songket, iaitu
menyongket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera.

Tenunan yang lazim di sebut songket itu dalam sejarah yang panjang telah melahirkan
beragam jenis motif, yang mengandung makna dan falsafah tertentu. Motif-motif yang
lazimnya di angkat dari tumbuh-tumbuhan atau haiwan di kekalkan menjadi variasi-variasi
yang serat dengan simbol-simbol yang mencerminkan nilai-nilai asas kepercayaan dan budaya
Melayu.
2.1.1 Ragam Hias Kain Songket

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif
yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buahbuahan Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau bunga lawi
ayam

(dalam

bentuk

pucuk

rebung),

diapit
antara
MotifdiAwan
Laratkepala

Motif awan larat

Motif Geometri

dan

tepi

kain.

Motif pada songket juga menggunakan corak geometri , bungga di susun penuh atau
bertaburan atau susunan bercorak. Pucuk rebung sering digunakan sebagai kepala kain
manakala awan larat digunakan sebagai border kain.
Ciri utama yang memberikan warisan artistik identiti ciptaaan seni Muslim yang
berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Di dalam konteks Islam, mereka tidak
boleh mengambarkan sesuatu yang berbentuk haiwan atau tumbuhan untuk disembah. Ini
kerana, Al-Quran telah menyebut dan mengajar bahawa hanya Allah sahaja yang patut
disembah oleh seluruh umat Islam. Jadi, seluruh muslim mengambil langkah untuk mencipta
satu pola atau kesenian seni, kesenian geometri, motif bunga serta kaligrafi dalam
menghasilkan sesuatu karya. Karya-karya yang dihasilkan adalah digunakan untuk di masjid
dan tempat-tempat yang sesuai untuk digunakan bagi mengambarkan keunikan sesuatu tempat
tersebut.
Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk
rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga
setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, dan buah delima. Manakala corak-corak songket
yang abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara,
bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat.
Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek,
awan larat, dan teluk berantai. Yang diilhamkan daripada haiwan ialah bunga lawi ayam,
unduk-unduk, bunga hati, dan sisik kelah. Kain songket menggunakan warna seperti merah
asam jawa, merah darah ikan, merah jambu, kuning penang masak, kuning lemak ketam,
kuning tanah liat, kuning kunyit, hijau pucuk pisang, hijau serindit, hijau batang bemban,
hijau lumut, hijau terusi, biru air laut, biru manis, ungu biji rembia (butir setar), ungu manis,
kelabu asap, dan hitam.
Terdapat pelbagai motif yang menghiasi kain songket di atas. Kebanyakan motif
tersebut ialah motif flora. Motif bunga ros menggambarkan kecantikan wanita atau si pemakai
kain songket tersebut. Manakala motif tampuk manggis pula melambangkan sejenis buah
yang dipercayai mempunyai struktur tampuk yang unik hingga diilhamkan sebagai salah satu
motif dalam songket. Motif pucuk rebung menunjukkan sejenis sayur iaitu rebung yang di
makan. Menuru penenun songket moif ini dimasukkan kerana iyanya melambangkan pertalian
yang kukuh anara kecantikan dan alam semulajadi.

2.1.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Songket Dari
Aspek Estetik, Fungsi Dan Makna.
Esteika bermaksud kecantikan,baik susunannya dan keberkesanannya . Melibatkan psikologi
manusia yang berkaitan dengan perasaan . Daripada sudut psikologi , keindahan itu dilihat
sebagai sesuatu yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa. Keindahan itu bersifat ideal
dan fakta . Sesuatu karya yang indah,keindahan itu tidak terletak pada karya itu sendiri tetapi
ia

adalah

suatu

perasaan

yang

dihayati

oleh

manusia

ketika

meneliti

karya

tersebut .Keindahan dan kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit,
serta motif yang dihasilkan di atas kain tenunan tangan.
Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket
sarung.Setiap

motif

mempunyai

makna

yang

tersirat

dan

mengandungi

falsafah

tersendiri.Nilainya mengacu kepada sifat-sifat asal dari setiap benda atau makhluk yang
dijadikan motif yang di padukan dengan nilai-nilai luhur agama Islam. Dengan mengacu nilainilai luhur yang terkandung di setiap motif itulah adat resam tempatan mengatur pemakaian
dan penempatannya, dan menjadi kebanggaan sehingga diwariskan secara turun temurun.
Kearifan masyarakat Melayu mengaplikasikan elemen Islam sekitarnya memberikan mereka
peluang besar dalam memilih atau menciptakan motif. Kesenian yang tidak berbentuk Islam
diciptakan untuk tujuan takbur , riak,menaikkan nafsu syahwat,merosakkan akidah.syarak dan
akhlak adalah dilarang.
Alam fauna dan unsur kosmos menjadi

ilham terhadap pencintaan motif yang

berunsurkan kesenian Islam. Sesuai dengan peranan seni dalam Islam konsep motif dicorakan
oleh konsep Tauhid yang tinggi kepada Allah. Pengolahan satu-satu motif dalam rekacorak
awan larat yang tidak ada awalan dan akhiran dan falsafah yang terselindung di sebaliknya
mengikut daya imaginasi jiwa pencipta awan larat. Ia sesuai dengan keperluan dalam
peraturan dalam Islamyang menjadikan objek alam semulajadi diolah dalam pelbagai rupa
dan mempunyai tujuan yang jelas iaitu sebagai manifestasi beribadah kepada Allah.
Pemilihan flora dalam karya songket memilih bunga-bungaan yang indah, wangi dan
segar melahirkan motif-motif bunga yang mengandung nilai dan filsafah keluhuran dan
kehalusan budi, keakraban dan kedamaian seperti corak bunga setaman, bunga berseluk daun
dan lain-lain. Motif puncak rebung dikaitkan dengan kesuburan dan kesabaran. Motif awan
larat dikaitkan dengan kelemah-lembutan budi, kekreatifan, dan sebagainya. Dahulu setiap

kerja kraftangan diharuskan untuk memahami makna dan falsafah yang terkandung di dalam
setiap motif. Keharusan itu dimaksudkan agar mereka peribadi mampu menyerat dan
menghayati nilai-nilai yang dimaksud, mampu menyebarluaskan, dan mampu pula
menempatkan motif itu sesuai menurut alur dan patutnya. Budaya Melayu sangat sebati
dengan ajaran Islam, inti sari ajaran itu terpateri pula dengan corak seperti bentuk segi empat
dikaitkan dengan sahabat Nabi Muhammad SWT yang berempat, bentuk segi lima dikaitkan
dengan rukun Islam, bentuk segi enam dikaitkan dengan rukun iman, bentuk wajik dikaitkan
dengan sifat Allah yang maha pemurah, bentuk bulat dikaitkan dengan sifat Allah yang maha
mengetahui dan penguasa alam semesta, dan sekitarnya.Makna dan falsafah di dalam setiap
motif, selain dapat meningkatkan minat-minat orang untuk menggunakan motif tersebut, juga
dapat menyebar-luaskan nilai-nilai ajaran agama Islam yang mereka anuti.
Orang-orang Melayu amatlah menggemari pantun. Ungkapan adat mengatakan : di
dalam pantun banyak penuntun. selanjutnya di katakannya: Bertuah orang berkain songket
Coraknya banyak bukan kepalang Petuahnya banyak bukan sedikit, Hidup mati di pegang
orang Kain songket tenun Melayu mengandung makna serta ibarat Hidup rukun berbilang
suku Seberang kerja boleh di buat Bila memakai songket bergelas Di dalamnya ada tunjuk
dan ajar Bila berteman tulus dan ikhlas Kemana pergi tak akan terlantar Khazanah songket
Melayu amatlah kaya dengan motif dan serat dengan makna dan falsafahnya, yang dahulu
dimanfaatkan untuk mewariskan nilai-nilai asas adat dan budaya tempatan. Seorang pemakai
songket tidak hanya sekedar memakai untuk hiasan tetapi juga untuk memakai dengan
simbol-simbol dan memudahkannya untuk mencerna dan menghayati falsafah yang
terkandung di dalamnya. Kearifan itulah yang menyebabkan songket terus hidup dan
berkembang, serta memberikan manfaat yang besar dalam kehidupan mereka sehari-hari.
2.2

Kraf Ukiran Kayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Ia merupakan simbol
kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan ke dalam pelbagai
bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada
ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia. Ekspresi yang dipaparkan melalui
ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat Melayu. Peninggalan istana-istana lama
memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana

tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara
pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu
teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Dua teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah

i. Tebuk Terus

ii. Tebuk Timbul.

2.2.1 Penggarapan Motif Berasaskan Kepada Subjek Alam Iaitu Flora, Arabes, Geometri
Keunikan seni ukiran Melayu dapat dihayati melalui gaya, pola dan motif-motif yang terdiri
daripada pelbagai bentuk dan variasi. Liuk Lentuk Motif Dalam Ukiran Melayu menerangkan
dengan jelas mengenai motif-motif hiasan yang digunakan dengan pengaruh dan kepercayaan
motif itu sendiri.
Gaya ukiran pada kayu adalah dipengaruhi oleh faktor cara hidup masyarakat Melayu,
seperti adat, agama, persekitaran, iklim dan bentuk muka bumi. Pemilihan elemen-elemen ini
dibuat berdasarkan keperluan individu dan masyarakat selagi tidak bercanggah dengan
kepercayaan dan adat Melayu
i.

Motif flora,biasanya tumbuhan menjalar atau pelbagai tumbuhan yang sesuai


menjadi pilihan pengukir. Jenis tumbuhan yang selalu menjadi inspirasi ialah
Kacang, Labu, Daun Salad, Bunga Lawang, Bunga Raya, Bunga Cina, Bunga
Cengkih, Rebung, Bunga Mangga, Pohon Bermin, Bunga Kuda Laut, Bunga
Balung Ayam, Ringgut-ringgut, Teratai, Pokok Susu Ketam, Jari Buaya, Bunga
Keduduk, Pokok Kazan, Jari Hantu, Pokok Ayu-ayu dan sebagainya.

Motif Bunga Sayap

Motif Bunga Kacang

Motif Bunga Raya

ii.

Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang,
matahari, bulan dan bukit bukau,

iii.

Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun
berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan.
Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih
dan barang-barang tembaga.

iv.

Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan
Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid
dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal. Terdapat juga elemen
kaligrafi yang digabungkan dengan elemen kosmik dan tumbuhan yang
menghasilkan satu Pola Lengkap. Elemen seperti ini banyak digunakan di masjid
dan rumah bangsawan.

Corak geometri adalah dihasilkan dari bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat
sama, corak geometri yang digabungkan untuk membentuk motif yang berulang dan rekaan
bersimetri. Manakala awan larat antara bentuk geometri yang bergaya tinggi dari hiasan klasik
berasaskan daun accanthus. Selain itu, alternatif berirama melengkung yang terdapat ada
awan larat membentuk sebuah kesatuan yang harmoni merujuk pada geometri pertumbuhan
organik. Sesungguhnya,seni hiasan Islam telah menunjukkan tahap kebebasan yang luar biasa
dalam pilihan kombinasi dan tatacaranya
Elemen benda hidup adalah sangat jarang digunakan dalam ukiran kerana sensitiviti
agama. Walaubagaimanapun ada bentuk-bentuk benda hidup yang telah diadaptasi oleh
masyarakat Melayu terdahulu (sebelum Islam) yang menggunakan bentuk Ayam Berlaga,
Badak Mudik, Itik Pulang Petang dan lain-lain. Setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu,
motif benda hidup seperti ini secara perlahan-lahan mula diketepikan dalam Ukiran Kayu
Melayu kerana masyarakat mula menyedari ketidaksesuaiannya.

(c) Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Melayu Dari Aspek
Estetik, Fungsi Dan Makna
Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Melayu dalam bentuk jiwa yang
diterjemahkan oleh Abdullah Muhammad (Nakula) dalam bentuk kata-kata yang indah bagi
memudahkan pemahaman masyarakat tentang makna yang tersirat disebalik keindahan ukiran
kayu. Keindahan ukiran Melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang dimiliki
oleh masyarakat Melayu dengan gabunggan ketinggian ilmu, kebolehan minda dan kemahiran
untuk mengerahkan deria disalurkan kepada ukiran kayu sebagai satu nikmat yang boleh
dihayati.

Ilmu tauhid banyak mempengaruhi falsafah seni ukir melayu. Setiap ukiran mesti ada
dasar, ada asas dan puncanya .Setiap motif diambil dari alam yakni flora fauna, alam yang
lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu sendiri. Misalnya, motif flora , yang menjalar
mesti ada umbi atau tunggul/pangkalnya yang menjadi punca atau asas kehidupan. Ia
melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi
berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam,
seperti tiga tingkat (Allah,Muhammad, Adam), 4 tingkat ( zat,sifat,asma dan af'a) 5
tingkat( rukun Islam) manakala 6 tingkat (rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun
13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan.
Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan
menyulur ke bawah. Walau kemana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk
mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan. Seni ukir Melayu alah
satu jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah Secara mudahnya, punca atau umbi/akar
adalah terhasil dari biji benih (yang 40 hari dirahim bapa kemudian, 9 bulan 10 hari di rahim
ibu) lahir bersulur bertunas membesar menyusur kehidupan berlapis-lapis dalam pelbagai
tahap kehidupan yakni kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya bertemu sang Pencipta
(Allah Subhanahuwataala). Ini adalah asas atau dasar dalam semua jenis seni ukiran Melayu,
juga seni batik, seni senjata, perahu dsbnya. Apa yang ada pada sebuah rumah (sobek kasar),
juga perahu akan ada pada ukiran keris (sobek halus).

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian
nilai estetiknya. Motifnya diambil dari dan manusia serta haiwan ini dilakar dan digarap
dengan gagasan, wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu. Penuhpenuh dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya-antara
manusia dengan Tuhan.
2.3

Kraftangan Anyaman

Seni Anyaman adalah suatu bentuk kraf tangan yang tidak dapat dipisahkan daripada cara
hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Menganyam merupakan proses
menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.

Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta
sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan
menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk. Produk seni anyaman yang dihasilakan
dalam pelbagai bentuk produk dan jenis anyaman. Hasil kraf yang halus pembuatannya
mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri
fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur
padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk
kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk
tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan
berwarna-warni.

2.3.1 Penggarapan Motif Berasaskan Kepada Subjek Alam Iaitu Flora, Arabes, Geometri
Dan Dalam Anyaman.
Siti Zainon Ismail (1986) dalam Teuku Iskandar (1970) mengatakan bahawa motif ialah unsur
utama dalam kraftangan. Ia juga merupakan sesuatu yang dijadikan dasar pada lukisan
( ukiran dan lain-lain). Apabila beberapa bentuk motif disusun dalam ruang-ruang tertentu,
maka akan terciptalah corak pada satu-satu permukaan kraftangan.
Penggunaan corak-corak geometri dalam anyaman merupakan imitasi daripada unsur
alam yang diolah agar kelihatan menarik. Secara universal aplikasi dekorasi anyaman
mengarah kepada keyakinan bahawa mereka mencipta sesuai dengan kaedah yang
dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan
kedua-dua variasi dan inovasi gubahan bunga disusun membentuk ulangan corak geomeri.
Unsur motif dalam ragamhias kraftangan Melayu menggunakan motif bunga-bungaan
sebagai ragamhias utama dalam beberapa kraftangan Melayu terutamanya motif anyaman.
Corak geometri dan motif-motif bunga menghiasi permukaan tikar serta permukaan
anyaman. Motif flora yang diolah dalam rupa geometri. Corak anyaman umumnya disebut
kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang,kelarainya dirujuk sebagai ragi.
Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya samaseperti corak bunga dalam tenunan,
iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusunsecara tunggal dan lepas
(menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri
dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pulaterdapat satu kelarai
khusus iaitu kelarai pucuk rebung.
Unsur tumbuhan seperti akar, pucuk rebung dan tampuk selalu digunakan dalam
aplikasi anyaman Melayu. Bentuk bebas sperti kelarai belah keupat, kelarai beras patah dan
kelarai madu manis juga merupakan elemen yang digunakan sebagai ragamhias motif
anyaman.

Kelarai Pecah Lapan

Kelarai Tampuk Jantung

Kelarai Berakar

Kelarai Bunga Tanjung

Kelarai Asas

Kelarai Bunga Cempaka

Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasapertuturan dan adat
resamnya tetapi juga dicerminkan

melaluikehalusan kerja tangannya.kehalusan kerja

tangannya.

2.3.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Anyaman Dari
Aspek Estetik, Fungsi Dan Makna
Keindahan seni ayaman terleak kepada ragamhias yang diolah dengan sebegitu cantik serta
memerlukan kreativiti yang tinggi. Daya penciptaannya menggunakan elemen alam
semulajadi yang diaplikasikan membentuk corak geometri yang terancang.
Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan
keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia begitu juga halnya dengan corak seni anyaman
yang berfungsi bukan sahaja untuk kegunaan harian penduduk tempatan tetapi sekaligus
mencipta keindahan menerusi budaya keislaman itu sendiri. Dengan bakat seni yang ada, para
seniman muslim ternyata mampu mengunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di
tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam. Objek seni bukan sahaja
digunakan secara individu tetapi digunakan oleh semua golongan masyarakat. Kraf anyaman
tudung saji misalnyamempunyai kegunaan didapur dan juga berfungsi sebagai perhiasan
dinding pada masa kini.Konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul merupakan
konsep yang dipegang olehkebanyakan orang Melayu dalam menghasilkan karya mereka.
Sikap kerjasama dan tolong menolong dapat dilihat semasa menghasilkan kraf anyaman ini.
Corak geometri merupakan seni ragam hias Islam yang berkonsepkan seni islam.
Geometri terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat, corakcorak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi
lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan Islam. Aplikasi anyaman melayu
menggunakan rupa geometri dalam menghasilkan ragam hias. Seni Islam dan pembawaannya
menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah
bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah
ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk

seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang
sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani
atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan
penciptaanNya.
Pola geometri ini yang jika diulang-ulang penggunaannya maka ia menjadi makna
kepada istilah seni hiasan bercorak Arabesque (gaya berulang) yang turut ditambah nilai
ketinggian seninya dengan unsur bunga-bungaan (flora dan fauna) dan terutama sekali
kaligrafi khat, ayat-ayat al-Quran. Sepanjang sejarahnya, semua unsur ini yang sering kita
temui dalam aplikasi seni ayaman.

3.

KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU


DALAM APLIKASI KRAFTANGAN

Antara konsep dasar dalam Islam adalah tauhid yang boleh difahami dalam dua maksud.
Pertama ialah ia berkait dengan pandangan Islam terhadap kosmos. Segala yang terdapat
di dalam kosmos sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan juga planet adalah ciptaan Allah.
Manakala yang kedua pula ialah segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah adalah dengan
perancangan tertentu yang hanya diketahui olehNya. Justeru, kewujudan konsep tauhid dalam
kesenian kraftangan melayu merupakan prinsip yang menjadi teras kepada penciptaannya.
Islam memberi gambaran bahawa Islam ialah pencetus idea dan kreativiti dalam melahirkan
karya seni. Islam juga ialah paksi yang nyata dalam setiap proses kreativiti dan imaginasi
seni. Karya Kraftangan Melayu berjaya membuktikan perletakan konsep tauhid sebagai
paksi kepada kesenian Islam apabila mereka melahirkan karya seni yang tertakluk kepada
peraturan keagamaan. Malahan, pada masa yang sama juga, mereka memastikan kehidupan
mereka patuh dan tunduk kepada peraturan syariat agama. Apabila tauhid dijadikan asas
dalam kesenian seni Islam, dengan demikian seni haruslah menjurus kepada pengabdian
kepada Allah SWT.
Menurut tafsiran yang diberikan oleh Lois Lamya al-Faruqi, kesenian Islam bukanlah
terhad kepada hasil ciptaan atau bangunan yang berunsur keagamaan semata-mata. Kesenian
juga meliputi semua hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai
estetika dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada digunakan untuk tujuan
keagamaan atau tidak.
Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun
keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi
manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia
ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan
sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah.

Corak geometri adalah motif yang terdapat dalam seni Islam dan budaya materialnya.
Ia ditemui di dalam banyak karya kraf tradisional Melayu terutama ukiran kayu, songket,
anyaman, baik dan tenunan. Awan larat yang kedapatan dalam ragamhias kraftangan Melayu
adalah unsur-unsur kesenian Islam yang sering ditemui menghiasi dinding songket, ukiran
kayu, dinding dan sebagainya dalam kraf tradisional Melayu.. Pilihan bentuk-bentuk geometri
juga digunakan dan bagaimana mereka harus diformat didasarkan pada pandangan Islam
terhadap dunia. Bentuk-bentuk ini, merupakan pola yang tak terhingga yang melampaui dunia
lahiriah yang terlihat.
Kepercayaan masyarakat Melayu ini menjadikan unsur- unsur bunga dijadikan sebagai
tujuan untuk menyampaikan amanat. Contohnya dalam puisi lama, selasih diibaratkan
sebagai kekasih. Bentuk-bentuk bunga selain daripada menyerlahkan keindahan semula jadi
juga dianggap sebagai penyinar dan kegembiraan iaitu hiasan yang dapat menambahkan
keindahan, sesuai dengan simbol bunga itu sendiri. Motif bunga yang digunakan mempunyai
maksud tersirat untuk menyampaikan hasrat dalam bentuk batin atau hakikat alam jiwa.
Awan larat merupakan motif yang popular dalam seni ragamhias kraftangan Melayu
dan menjadi ikonografi hasil nusanra menunjukkan penerapan nilai seni islam dalam
masyarakat Melayu. Seni tidak boleh diklasifikasikan kepada subjek atau objek semata-mata.
Ia harus dilihat sebagaimana Islam sendiri memandang sesuatu. Ia tidak dilihat pada satu
sudut tertentu tetapi pada sesuatu yang menyeluruh. Selari dengan kehidupan yang telah
ditentukan oleh Allah yang dimuatkan dalam firman-firman-Nya (al-Quran). Cara praktikal
atau amalinya pula melalui teladan kehidupan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, seni Islam
mempunyai noktah dan tujuan yang jelas iaitu sebagai manifestasi beribadah kepada Allah.
Manakala kandungannya pula seiring dengan nilai-nilai Islam.
Berdasarkan tujuan dan kandunganm seni Islam, maka setiap seniman Muslim
mestilah memahami nilai Islam terlebih dahulu sebelum menguasai sesuatu tentang seni.
Dalam ertikata lain, nilai Islamlah yang akan menjadi rujukan keseniannya. Seorang seniman
yang melahirkan karya seni, tidak terlepas dari pengalaman dan kehidupan yang dijalaninya.
Oleh itu, jika ia menjalani nilai Islam secara baik dan menyeluruh, maka karya seni yang
dihasilkan pasti memancarkan roh keIslamannya.

4.

FALSAFAH, MAKNA, KONSEP SAINS, MATEMATIK DAN NILAI DALAM

SENI KRAFTANGAN ISLAM


Kraf tradisional Melayu khusunya Anyaman, Ukiran Kayu serta Songket banyak
menggunakan elemen seni islam sebagai ragamhias yang mencorakkan keindahan krafangan
tersebut.
i.

Corak Arabes ( Awan Larat ) Dalam Ukiran Kayu.

Awan larat merupakan satu cabang seni yang terdiri daripada pelbagai bentuk-bentuk
geometri yang berulang yang kadang-kadang disertai oleh kaligrafi. Ettinghausen et al.
menggambarkan Arabes sebagai "rekaan tumbuhan yang terdiri daripada penuh dan suatu
pola yang terus-menerus tanpa akhir ... di mana setiap daun tumbuh keluar daripada hujung
lain. Sebagai contoh, Falsafah ukiran kayu dikaitkan dengan tauhid, aturan-aturan hidup,
ajaran agama dan kitab-kitab. Falsafah Ukiran Kayu :
Tumbuh berpunca,
Punca penuh rahsia,
Tajam tidak menikam lawan,
Lilit tidak membelit lawan.
Falsafah disebalik ukiran kayu ini membawa makna yang tersirat. Kepercayaan
bahawa Allah itu Satu. Tumbuh berpunca pula ialah beriman pada yang ghaib mencari rezeki
yang kita dapat daripada Allah S.W.T sama ada dengan mata kasar atau sebaliknya. Tajam
tidak menikam lawan maksudnya setiap tindakan masyarakat Melayu tradisional boleh
selamatkan daripada pertumpahan darah. Seterusnya, lilit tidak membelit kawan maksudnya
masyarakat Melayu mementingkan persaudaraan dan persahabatan. Peranan seni yang paling
penting dalam masyarakat Islam terletak kepada kebolehannya memperkuatkan tauhid di
kalangan ummah. Harus diingat bahawa tauhid adalah ajaran monoteisme (keEsaan Allah) di
mana hubungan antara Pencipta dengan makhluk-Nya begitu jelas.

ii.

Konsep Sains & Matemaik

Kecanggihan menghasilkan objek seni ini dikaitkan dengan pemikiran saintifik dan pemikiran
matematik menerusi kesenian yang dibina melibatkan pelbagai perspektif dan antaranya
adalah perspektif matematik. Hal ini kerana ia melibatkan bentuk-bentuk geometri. Bentukbentuk yang dilibatkan adalah seperti bulatan, garis lurus, segi empat dan sebagainya. konsepkonsep yang tersirat daripada bentuk-bentuk tersebut bagi memupuk keperibadian geometri
mendalam serta pemikiran secara kreatif. Unsur geometri dalam ragamhias krafangan Melayu
seperti anyaman tikar dan songket membukikan penggunaan operasi matemaik dan sains.
Tidak sahaja pada corak atau bentuk yang unik mahupun pemilihan warna, tetapi segalanya
berasaskan kepada perkiraan atau matematik.Tanpa campur, tolak, darab dan bahagi, sesebuah
corak berasaskan geometri tidak mungkin dapat direka dan seterusnya menghiasi mediummedium dalam seni bina mahupun seni tampak dan budaya yang lain. Corak geometri juga
boleh diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat seperti contoh, bentuk bulatan.
Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran ataupun sebagai simbol
keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang lain.
Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan
dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun
dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan Islam. Namun,
corak-corak yang kompleks ini tampaknya mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara
tepat peraturan geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian Islam
menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan begitu kompleks. Ia
memberi peluang kepada kemungkinan pertumbuhan yang pesat dan ia dapat disesuaikan
dengan gabungan perhiasan jenis lain. Dalam hal mereka abstrak, berulang motif, dan
simetrik, corak-corak geometri mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut
sebagai gaya awan larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan tumbuhan malah hiasan
kaligrafi juga muncul dalam hubungannya dengan corak-corak geometri.
Oleh yang demikian, empat bentuk asas atau "unit pengulangan" rekaan geometri
Islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat adalah melibatkan daripada asas bulatan dan
gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat dan segitiga
yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon.

iii.

Olahan Ragam Hias

Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna, antara
lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, tenang,
hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik. Berekspresi
estetik merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya,
keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi
sentiasa ingin merefleksikan keradaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan
berperasaan.
Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam
kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada keperluan primer, sekunder,
ataupun keperluan budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik dan benar, adil dan
tidak adil serta masuk akal atau sebaliknya. Olahan ragamhias krafangan melayu banyak
menggunakan elemen flora iaitu konsep bunga-bungaan yang diguba sama ada dalam rupa
geomeri atau bentuk.

05.

KESIMPULAN

Kedatangan Islam pada kurun ke 14M telah membawa perubahan besar kepada budaya dan
pemikiran orang-orang Melayu. Fenomena ini telah memberi impak yang mendalam terhadap
perkembangan kesenian Melayu di Semenanjung Malaysia. Maka dalam keadaan tersebut,
berlakunya transformasi keagamaan yang melibatkan pemikiran dan kepercayaan. Setiap
motif yang digunakan dalam rahamhias krafangan Melayu mengandungi makna atau falsafah
tertentu untuk mengingatkan masyarakat mereka tentang kehalusan budaya ataularangan
larangan tertentu yang berbentuk secara halus sesuai dengan ciri islam. Sebagai contoh, motif
bunga lazimnya dikaitkan dengan wangi dan bersih. Keunikan dan kehalusan hasilan karya
kraf Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi,
faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya.
Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian,
penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.

BIBLIOGRAFI
Baharudin Bin Mohd. Arus. 2000. Kraftangan tradisi satu transformasi. Dalam Prosiding
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur.
Cheu Hock-Tong. 2000. Confucianism in Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications.
Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Budaya Sept. 1984, Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.attayaya.net/2008/07/tenunan-yang-lazim-di-sebut-songket-itu.html
http://www.trglib.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=139&Itemid=156
http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/12/songket.html
http://www.kraftangan.gov.my/main/content/88/?
page_name=Motif_Kain_Songket_88&menuid=1