Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Huraikan apa yang anda faham tentang Pemikiran Kritis.

Berikan SATU contoh dan huraikan Pemikiran Kritis yang telah


anda lalui.
Pemikiran kritis bermaksud proses pemikiran yang bermula dengan proses
menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat
pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis
dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis
pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh
sebelum membuat kesimpulan. Menurut kefahaman saya, pemikiran kritis
lebih cenderung untuk difahami melalui penilaian dan analisis sesuatu
masalah atau perkara, Contoh yang telah saya lalui melalui pengalaman
dalam pemikiran kritis ialah berdepan dengan masalah belajar di
peringkat ijazah. Satu perkara yang baru apabila pelajar lepasan
matrikulasi yang selama ini belajar mengikut suapan pensyarah secara
tiba-tiba terpaksa belajar bagaimana untuk belajar di peringkat universiti.
Perkara ini terlalu mengejut bagi saya kerana kehidupan berseronok
sedikit dianggap tiada dan merasakan kehidupan di universiti seperti di
anak tiri kan di mana semua perkara perlu dicari dengan sendiri dan
usaha perlu digilap untuk mendapatkan hasil.
Jadi saya menganggap perkara ini sebagai suatu cabaran baru bagi saya,
saya mula belajar bagaimana membahagikan masa dan belajar
bagaimana bertindak cepat ketika belajar dan membuat keputusan
dengan tepat dan jelas. Ketika di bulan ketiga berada di alam universiti,
saya mula membuka langkah membuat kumpulan belajar yang baru dan
lebih rajin mencari dan menanamkan sifat inkuiri dalam diri saya dan
dengan cara itu, apa yang saya faham akan lebih meningkat dan saya
mendapat cara baru untuk belajar iaitu pada zaman universiti ini perkara
yang belajar perlu difahami lagi penting daripada menghafal tanpa
memahami. Alhamdulillah, walaupun masih segar di alam universiti, PNGS
untuk semester 1 tidak menghampakan saya . Saya berjaya melepasi 3.0
dan keputusan itu sedikit mengecewakan saya kerana subjek yang saya
minat di bidang kimia mendapat C+ . Perkara tersebut membuat saya
sedar, apa yang dianggap sebagai mudah itu adalah susah dan
sebaliknya. Bermula semester 2, segala kesilapan terdahulu dan
pengalaman yang lepas menjadi guru kedua yang terbaik untuk diri saya.

Anda mungkin juga menyukai