Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Amerika Syarikat

Soalan 8:Bincangkan sebab kerajaan England


berusaha mengukuhkan kekuasaannya ke atas
kolonel Amerika dari tahun 1765-1775

Nama pensyarah/Tutor:Prof.Madya Dr.Bilcher Bala


Nama: Cyrene Riman Junis(BA14161062)
Maydora Gunsing(BA14110268)
Masa : 02.00-03.00 Pm

Pengenalan
Koloni Inggeris di Amerika telah terbentuk daripada projek-projek yang
berlainan atau berasingan dan sebahagian besarnya telah mengalami
pembangunan sendiri dengan sedikit hubungan atau kawalan dari
tanahair,London.
Menjelang pertengahan abad ke 17,dengan meningkatnya kejayaan
penerokaan ke atas benua Amerika Utara telah menimbulkan tekanan di
England untuk menyeragamkan struktur empayarnya.
Sebab-sebab pengukuhan kuasa England
1. Kesan peperangan dengan Perancis
Selepas perang antara British dengan Perancis tamat, Perancis telah
mengukuhkan penguasaan di utara Amerika Sehingga ke
Mississippi.
Selain itu, Perancis juga mendominasi kawasan pedalaman yang
diduduki oleh masyarakat peribumi.
Perkara tersebut amat membimbangkan British walaupun mereka
dapat membekalkan bekalan barangan yang banyak kepada kaum
peribumi.
namun sokongan dan hubungan yang erat terjalin di antara Perancis
dan kaum peribumi kerana sikap toleransi yang diamalkan oleh
Perancis.
Sokongan yang diberikan menbimbangkan pihak British kerana
takut akan menggugat penguasaan mereka di Amerika.
Layanan baik yang diberikan oleh Perancis menyebabkan terdapat
penduduk yang membantu Perancis semasa perang tujuh tahun
tersebut.
Selepas perang tamat, kaum peribumi tersebut masih tidak
memihak kepada kerajaan British.
2. Tentangan daripada masyarakat koloni
Semasa berlakunya Perang Inggeris-Perancis,terdapat daripada
koloni tersebut yang tidak membantu British menetang Perancis.
Tentangan tersebut semakin ketara apabila tamatnya perang
kerana England cuba menyelaraskan pentabdiran di Amerika.
Bagi mengukuhkan semula kekuasaan mereka di Amerika,kerajaan
England telah menempatkan tentera mereka di Amerika untuk
tujuan melindungi koloni dan sebahagian besarnya koloni akan
menyerahkan sebahagian kekayaan mereka.
Selain menempatkan tentera,British turut memperkenalkan
pelbagai akta yang menguntungkan pihak British sendiri.
3. Beban empayar
Kemenangan oleh British selepas perang dengan Perancis
membawa kepada perjanjian Peace of Paris pada tahun 1763.
Dalam perjanjian tersebut, Perancis bersetuju menyerahkan
kawasan jajahan di wilayah utara Amerika.
Keadaan ini menyumbang kepada pengembangan ataupun
perluasan tanah jajahan England di benua Amerika utara.

Selain itu, kos biaya perang juga telah menambahkan beban hutang
British.
Pemimpim-pemimpin England juga tidak berpuas hati dengan
sumbangan yang diberikan oleh masyarakat koloni tersebut kerana
hanya memberikan sumbangan yang sedikit.
Malah semasa peperangan tersebut banyak menguntungkan
pedagang koloni tersebut kerana terdapat daripada mereka menjual
makanan dan lain-lain keperluan kepada Perancis.
4. Ekonomi
Koloni-koloni di Amerika mempunyai kepentingan yang besar
kepada England.
Kepesatan ekonomi yang berlaku di Amerika memberi keuntungan
yang besar kepada England.
Ini kerana setiap negeri koloni di Amerika menumpukan pelbagai
ekonomi dan ini menjadikan koloni tersebut juga menjadi pembekal
barangan serta menjadi pasaran utama bagi England.
Misalnya, di bahagia wilayah utara, pertanian menjadi aktiviti utama
seperti di New England, New York dan Virginia.
Perindustrian juga turut berkembang seperti industri besi di New
Jersey.
Perusahaan tersebut telah menyediakan bekalan komoditi yang
boleh dieksport ke England.
Selain daripada itu, koloni-koloni ini menjadi pasaran bagi England
seperti pasaran buruh yang mendapat permintaan tinggi di
Amerika.
3.0 Cara pengukuhan England terhadap koloni Amerika
- kerajaan England berusaha mengukuhkan penguasaan mereka terhadap koloni
di Amerika. Oleh itu, terdapat pelbagai akta telah diwujudkan bagi memastikan
kekuasaan mereka di Amerika terus kekal. Antara akta tersebut ialah:
1) Proclamation Line of 1763
Diwujudkan dari tahun 1763 sehingga 1768.
Tujuannya adalah untuk melindungi kaum peribumi di Amerika dan
juga memulihkan hubungan antara British dan kaum peribumi
Indian.
Kerajaan London mendapat kuasa untuk mengawalperluasan
petempatan kaum kulit putih kea rah barat.
Megelakkan kos peperangan dengan kaum peribumi Indian.
2) Mutiny Act
Diperkenalkan pada tahun 1765.
Semua masyarakat koloni dikehendaki menyediakan sebarang
keperluan dan mematuhi perintah tentera British.
Kapal angkatan laut British mula mengawal perairan Amerika.
Pegawai diraja telah ditempatkan di setiap pengkalan kolonial.
Sektor perindustrian kilang di kolonial telah dihentikan dan dilarang
beroperasi.
3) Stamp Act

Diperkenalkan pada tahun 1765.


Bertujuan untuk mengenakan cukai setem ke atas pergerakan
semua surat atau dokumen dan lesen pembelian arak,surat khabar,
dan sijil pelajaran.

4.0 Kesan
a. Akta Deklaratori diperkenalkan
Diperkenalkan pada tahun 1766 selepas penghapusan akta setem.
Memberi kuasa penuh kepada kerajaan kolonial British untuk
membuat undang-undang ke atas kolonial di Amerika.
Menteri kolonial iaitu Charles Townshend dihantar ke Boston.
Beliau telah memperkenalkan Townshend Act iaitu berhubung
dengan masalah sistem cukai dan sistem pengadilan undangundang.
b. Revolusi Amerika tercetus
Keadaan di Amerika adalah dalam keadaan stabil antara tahun 1770
sehinga 1773.
Seorang pemberontak di Boston iaitu Samuel Adams telah
membangkitkan semula perasaan benci terhadap British selepas
tahun tersebut.
Keadaan ini telah membawa kepada penubuhana Committees of
Correspondence pada tahun 1774 oleh koloni-koloni Amerika.
Tujuannya adalah untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka
mengenai hak kebebasan rakyat kolonial Amerika terhadap kerajaan
British.
Pada tahun 1773, Lord North telah memperkenalkan akta yang
memberi kuasa monopoli perdagangan teh di koloni kepada SHTI.
Penentangan berlaku menyebabkan kerajaan kolonial telah
meluluskan beberapa peraturan baru yang meletakkan koloni
Amerika di bawah pemerintahan British.
Peranan Committees of Coresspondence menjadi lebih aktif dan
mengadakan beberapa mesyuarat yang dihadiri oleh delegasi dari
semua koloni.
Tujuannya adalah untuk membincangkan langkah pertahanan
terhadap ancaman kerajaan kolonial British.
Berlarutan sehingga beberapa tahun seterusnya.

kesimpulan
Secara kesimpulannya,dengan rasa bertanggungjawab terhadap keluasan tanahtanah baru di dunia baru di benua Amerika ,kerajaan imperial England
merasakan perlu untuk mengembangkan penglibatannya di koloni-koloni
Amerika.

Rujukan
Brogan. 1999. The Longman History of the United Statesof America. London:
Longman.
Boydston. 2002. Making a Nation: The United States and its People. New Jersey:
Prentice Hall.
Davies. 2006. The United States in World History. New York: Taylor & Francis.
John J. Newman. 1998. United States History. New York: Amsco School
Publications, Inc.
Norton. 2003. A People and a Nation: A History of The United States. Boston:
Houghton Mifflin.