Anda di halaman 1dari 6

:: PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK ::

Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada


perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan
ada perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi
matlamat yang hendak dicapai seseorang. Lazimnya apabila sesuatu
pengalaman emosi menambahkan keseronokan kepada pengalamannya
sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan makna
kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi juga mempengaruhi persepsi
dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya
menentukan corak penyesuaian yang akan diambil.

Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru
dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan
yang tidak perlu diajar atau diperlajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang
barudilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan
kebangkitan seperti kelaparan atau ketidakselesaan. Emosi ini diluahkan
secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata.
Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara
meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh
keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding
penggunaan pergerakan badan. Pernyataan emosi kanak-kanak berubah dari
zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Semakin umurnya meningkat,
kanak-kanak akan semakin berkebolehan untuk menyatakan emosinya dengan
cara yang lebih halus. Cara kanak-kanak meluahkan emosi mereka berubah
daripada penyataan secara fizikal , misalnya memukul kawan apabila berasa
marah .

Perkembangan Luahan Emosi Diskrit

Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka m
isalnya, suka, takut, marah, sedih atau suka, terkejut dan
minat. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa
bayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung
dengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti
yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar. Apabila
berasa kebangkitan yang tidak menyenangkan, tindakbalas terhadap emosi ini
akan diluahkan melalui gerak badan sepeti menendang sambil menjerit apabila
sedang menangis. Pada masa bayi berumur kurang 3 bulan, emosi yang
dialaminya merupakan tidak balas terhadap kebangkitan. Dalam usia yang
sama emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Pada masa usianya 18 bulan
pula rasa cemburu mulai timbul. Manakala pada umur 24 bulan, emosi baru
iaitu keriangan mulai timbul.

Emosi Kesedaran Kendiri

Emosi kesedaran kendiri mula wujud pada usia 2 tahun


ketika konsep kendiri wujud. Pada umur 18 – 36 bulan kanak-kanak mula
menunjukan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak-kanak
mempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh ibubapa atau
penjaganya. Mereka juga bangga sekiranya ibu bapa mereka memuji. Persaan
dengki atau cemburu jelas kelihatan pada usia 3 tahun apabila ibu bapa
menunjukan sifat sayang pada anak yang lain. Pada peringkat pra sekolah,
perasaan cemburu terhadap kawan sekelas adalah perkara biasa kerana
mereka masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan guru.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran


diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain.
(Lewis,1995; Alessandri & Sullivan ,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu
dipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka
sendiri. Sebaliknya sekirannya mereka dimarah kerana salah laku, mereka
akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan
secara tidak sengaja.

Bandura (1986;1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak


juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang
diperhatikan pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah
dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung
kepada apa yang telah diperlajarinya mengenai penerimaan masyarakat cara
yang paling mendatangkan apa yang paling mendatangkan kepuasan dan yang
telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan
cepat.

Bertindak Balas Kepada Emosi

Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati.
Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan
menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes,1998).
Perkembangan empati bergantung pada perkembangan intelektual dan
bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman
sosial mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka
bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati.

Pada peringkat umur 7-9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang
lain. Mereka mula belajar memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Kanak-kanak ini suka membuat perkara yang dapat menarik perhatian orang
lain. Ketika berumur 9 – 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana
nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai
norma ibu bapa mereka
PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIAL


Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh
diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social
melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku
social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan
sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi
yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan
kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan


adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan
-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka
mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan
pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh
konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap
tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang
bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori
perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan social yang penting telah
dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial,
aka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan
perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan
peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang
berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi
setiap peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial
ini,empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi
dan kanak-kanak. Huraian ringkas tentang keempat-empat peringkat ini adalah seperti
yang dikemukakan bawah.

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT


TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

PERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN

PENGARUH PENTING
Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah
( 2 atau 3 tahun-6 tahun)
-Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran
tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.
-Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya
tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan
keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada
orang dewasa.
-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan
-Identifikasi
4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)
-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya.
Sekolah dan guru
-Pendidikan dan pembelajaran
-Galakan
Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan &
kanak-kanak akhir.

KONSEP TEORI PERSAHABATAN

Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak


terdapat 3 tahap iaitu

Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap
sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah
kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini,
persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada
tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan.

Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan


tahap ini sebagai “one way assistance”. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang
berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh
dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal
mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai “intimate and mutually
shared relationship”. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan
persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula
difahami.

Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat


dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaitu

Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.


Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan
dan keburukan diri kita.

Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK.


Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh
sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang
positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan
untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat.
Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang
mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan
berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat
sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-
kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan
orang lain.

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting.


Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanak-
kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri
dalam apa jua aktiviti.

Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan
kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.
Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya
bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan
anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak
juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu,
ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.

Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan
lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi.
Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim
dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek
penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan mestilah diajari sejak awal lagi
supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini.

Anda mungkin juga menyukai