Anda di halaman 1dari 14

Bersugi daripada Sudut Sains

dan Islam

By

SARAH BALQIS BINTI AMIR


BERSUGI DARIPADA SUDUT SAINS DAN ISLAM

BERSUGI MENGGUNAKAN KAYU SUGI


Siwak atau miswak berbentuk batang, diambil dari akar dan ranting segar tanaman
arak (Salvadora persica) yang kebanyakan tumbuh di daerah Timur Tengah, Asia
dan Afrika dan berdiameter mulai dari 1 cm sampai 5 cm.
Pohon Arak adalah pohon yang kecil, seperti belukar dengan batang yang
bercabang-cabang, diameternya lebih dari 1 kaki, jika kulitnya dikelupas warnanya
agak keputihan dan memiliki banyak juntaian serat. Akarnya berwarna coklat dan
bagian dalamnya berwarna putih, aromanya seperti seledri dan rasanya agak
sedikit pedas.

HADITH BERSUGI
Bersiwak bukan semestinya menggunakan kayu siwak walaupun mungkin ada
banyak hikmahnya. Memberus gigi juga adalah bersiwak sebenarnya. Tapi berapa
ramai yang tahu dan berniat bahawa dia mengikut sunnah nabi ketika
membersihkan mulut itu?
Bersugi iaitu dua rakaat sembahyang dengan mengosok gigi terlebih baik daripada
tujuh puluh rakaat tanpa mengosok gigi. "Menggunakan miswak menjadikan satu
asbab memudahkan kesukaran maut. Selalu menggunakannya akan memudahkan
roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)
Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah
menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)
Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan siasia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di
dalam majlis ulama'-ulama'

HADITH

Di dalam sejarah Islam tertulis bahawa berus sugi juga adalah amalan para nabinabi. Nabi Muhammad SAW amat menggalakkan umat Islam bersugi sebagai satu
amalan kebersihan diri dan kesempurnaan ibadat. Baginda ada menerangkan
bahawa amalan bersugi bermaksud membersihkan gigi dengan menggunakan
benda yang kesat lagi suci seperti kayu sugi dan sebagainya.
Daripada Ibn Umar r.a. berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya
(bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta"
( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Rasulullah seterusnya menekannya kepentingan bersugi dalam persediaan umat
Islam untuk beribadat kepada Allah terutamanya ketika hendak menunaikan solat.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda :


:

:
"Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap
kali hendak menunaikan solat" (hadis riwayat Al-Bukhari).

Bersiwak merupakan sunnah Rasulullah SAW sebelum beliau berwudhuk dan tatkala
beliau hendak menunaikan solat hatta ketika beliau mulai masuk ke rumah Baginda
SAW. Hal ini disebut di dalam kitab Sahih Muslim dalam bab At-Taharah dan AlIrwaul Ghalil. Jika dilihat pada pesanan Rasulullah SAW, maka dapat kita ketahui
bahawa Rasulullah SAW ingin menyampaikan satu mesej yang jelas betapa
pentingnya bersiwak dan begitu banyaknya khasiat bersiwak ini. Mari kita lihat
beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap ekstrak kayu siwak ini

Dalam kayu siwak ini, terdapat pelbagai jenis bahan yang berkhasiat antaranya
adalah bahan perekat gam adhesive, bahan penyuci, bahan pengawet, bahan
pewangi, bahan hablur silika, dan bahan yang mengandungi garam mineral

termasuklah sejenis bahan yang menyerupai penicillin yang berfungsi membunuh


pertumbuhan mikrobacteria dan parasit di dalam mulut manusia dan antaranya
.adalah Staphylococcus, Entamoeba Ginggivalis dan Trichomonas

Kayu siwak mengandungi juga bahan kimia seperti Klorida, Pottasium, Sodium
Bicarbonate, Fluoride, Silika, Sulfur, Vitamin C, Trimethyl amine, Salvadorine,
Tannins dan lain-lain. Kebanyakan bahan-bahan ini berfungsi untuk memutihkan,
menguatkan dan membersihkan gigi. Pelbagai lagi fungsi siwak ini yang tidak
.termampu penulis senaraikan

Sehingga di saat akhir hayat Baginda SAW, beliau masih lagi sempat bersiwak.
Kisah ini terakam dalam sebuah hadith yang masyhur iaitu

:


. :
Dari Aisyah r.anha berkata : Abdurrahman bin Abu Bakar menemui Nabi SAW dan
Nabi SAW bersandar di dadaku. Abdurrahman r.a membawa siwak yang basah yang
dia gunakan untuk bersiwak. Dan Rasulullah SAW memandang siwak tersebut
(dengan pandangan yang lama). Maka aku pun lalu mengambil siwak itu dan
menggigitnya lalu aku memperelokkannya kemudian aku berikan siwak tersebut
kepada Rasulullah, maka beliaupun bersiwak dengannya. Dan tidaklah pernah aku

melihat Rasulullah bersiwak yang lebih baik dari itu. Dan setelah Rasulullah selesai
dari bersiwak dia pun mengangkat tangannya atau jarinya lalu berkata :
Beliau mengatakannya tiga kali. Kemudian beliau wafat

(Dr.Wahbah Zuhaily, Fiqhul Islami wa Adillatuhu 1/300)

KEBAIKAN KAYU SIWAK DARIPADA KAJIAN SAINTIFIK


SALLAHUDDIN HANAFI (PAKAR FARMASI)
Ia mengandungi beberapa sumber garam mineral asli, sodium klorida
(sodium chloride), kalsium, sodium, fosfat (phosphate), zat besi, silica, dan lain-

lain lagi. Ternyata sebahagian daripanya mempunyai faedah yang tersendiri


pada gigi serta gusi manusia. Di antaranya, bahan klorin yang terdapat di dalam
sodium klorida membantu mengekalkan keputihan kepada gigi.
Ia juga mengandungi minyak yang berbau harum (essences oil), merupakan
sejenis minyak yang mempunyai haruman yang menyegarkan yang hampir
sama dengan haruman ubat gigi yang berada di pasaran pada hari ini. Kajian
mengatakan bahawa minyak ini warnanya perang kemerah-marahan. Boleh
dikatakan salah satu daripada faedah bersiwak adalah mengelakkan bau yang
tidak menyenangkan hasil tinggalan sisa-sisa makanan di antara celah gigi.
Malah kini telah wujud berbagai penemuan ilmiah dari sudut sains berkaitan
dengan kayu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi.

Siwak membersihkan gigi, dan ini menyenangkan allah. Setiap kali Jibril mengunjungiku, dia menyuruhku menggunakan siwak, hingga ak
hadis riwayat BUKHaRI DAN MUSLIM, IRWAUL GOLIL NO 70

PROFESOR DOKTOR ABDULLAH ABDUL AR-RAZAK MASUD AS-SAID


SIWAK, PERHATIAN BERAT DALAM PENGAMALANNYA UNTUK KESIHATAN GIGI

Kayu siwak terdiri daripada beberapa ciri yang boleh kita dapati daripada
gall tree1 yang dipercayai sebahagian daripada bahagian tumbuhan atau pokok
yang secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat juga sebagai bahan lawas
untuk penghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan anti pengaliran
darah (pembekuan darah). Namun Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan
bahawa kayu siwak adalah bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh
membersihkan gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada
gigi kita serta menghalang pengaliran darah daripadanya.

Bahan yang terdapat di dalam siwak mempunyai perkaitan dengan sejenis


minyak yang dinamakan Sinigrin2 (minyak biji sawi @ mustard). Sinigrin ini juga
digunakan di dalam pembuatan sejenis agar-agar yang digabungkan dengan gula
yang boleh kita dapati daripada buah anggur. Namun dengan penggunaan sejenis
enzim Myrosinaze enzymes dapat memisahkan agar-agar itu kepada dua
komponen semula, iaitu minyak Sinigrin dan gula anggur. Hasil minyak ini baunya
cukup kuat malah rasanya pahit dan hangat, seperti apa yang dirasai oleh sesiapa
yang baru pertama kali menggunakan kayu siwak. Kajian turut membuktikan
bahawa bahan ini boleh membantu dalam membunuh beberapa jenis kuman.

Begitu juga kajian oleh seorang ketua bagi Institut Kajian Kuman dan Wabak
di salah sebuah universiti di Jerman (Rostod University) bahawa kesan daripada
bahan yang terdapat di dalam kayu siwak sama seperti kesan Penisillin (sejenis

1 Sejenis pokok oak.


2Bahan kimia terhasil daripada pertumbuhan fungus atau kulat seperti bintik hijau

untuk membunuh kuman yang menyebabkan penyakit.

anti-biotik) yang membantu malah boleh membunuh pertumbuhan kuman dan


diantara salah satu contoh kumannya adalah Staphylococcus.

Perkara ini juga yang dipersetujui oleh salah seorang hakim syarie di
Universiti Karachi Pakistan, Profesor Abdul Hamid yang mengatakan bersiwak boleh
membunuh sebanyak lima jenis kuman yang terdapat pada mulut kita. Malah
disokong kenyataannya oleh teman seperjuangannya Profesor Mohamad Walid
Hamud yang mengatakan kayu siwak yang biasanya digunakan untuk bersugi
adalah daripada sejenis kayu Ud Al-Arak3di antara tumbuhan perubatan yang
mengandungi bahan perekat gam (adhesive), bahan penyuci, bahan pengawet
(masam), bahan pewangi, bahan hablur silika, dan bahan yang mengandungi garam
mineral.

Kajian yang lain mengatakan tumbuhan perubatan ini Ud Al-Arak adalah


sejenis tumbuhan yang strukturnya terdiri daripada bahan fiber yang mengandungi
sodium karbonat, dan ia merupakan bahan kimia yang banyak kelebihannya di
dalam penghasilan ubat gigi malah kini setelah kajian lebih meluas daripada kayu
siwak dilakukan, terdapat penghasilan sejenis bahan kimia pada strukutur kayunya
dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Tannic Acid yang boleh menghalang
jangkitan kepada gusi dan menghalang pembentukan karies gigi.
FADHILAT BERSUGI

menghilangkan bau busuk dan menambahkan deria rasa.

menajamkan ingatan.

menghilangkan kahak.

mengharumkan bau mulut (mengawal biotik).

menyembuhkan daripada penyakit dan jangkitan bakteria.

menyembuhkan gusi dan mengelakkan gigi reput.

membantu melegakan sakit gigi.

3 Sejenis tumbuhan daunnya boleh dimakan binatang ternakan dan batangnya

dibuat untuk bersugi.

gigi akan putih berseri.

menanggalkan plak dan kaviti.

mencegah kerosakan gigi.

mencerahkan mata.

mendapatkan keredhaan Allah dan nur pada orang bersugi.

merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

meningkatkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrien


makanan. (setiap batang gigi berfungsi mengesan nutrien. Sekiranya gigi
tersebut bersih, maka nutrien akan dikesan dengan baik untuk membantu
melancarkan proses penghadaman)

meningkatkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. (sebahagian besar


kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Gigi yang
bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.)

Komposisi Siwak4:

Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain


(kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu
menstimulasi gingiva.

Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu


menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.

Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung


remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flour juga
membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak
gigi.

Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi


kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan
kotoran.

Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.

Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat
melindungi gingiva.

4 Tubaishat et al 2005

Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran,


dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.

Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi


(radang)

Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.

Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva


stimulating.

Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung


untuk mencegah gigi dari karies.

Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari
karies.

Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-)


dan thiocyanate (SCN-).

Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak
paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan
pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen
berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.
Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu
cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan,
sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan
seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.
Selain itu, kelebihan - kelebihan bersugi dari sudut Sains:
Penggunaan kayu sugi mampu mengurangkan kadar bakteriaberbanding

penggunaan berus gigi

Mempunyai Antibakteria asid yang berfungsi untuk membunuh


bakteria, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi

Mempunyai Minyak aroma yang memiliki rasa dan bau yang segar
malah menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau yang
kurang sedap.
Mengandungi Enzim yang mencegah pembentukan plak yang
menyebabkan radang gusi. Plak juga menjadi penyebab utama tanggalnya gigi
secara pramatang.

Berkesan menghapuskan plak berbanding berus gigi

Mengandungi Antidecay agent (zat anti pembusukan) yang


menurunkan jumlah bakteria dalam mulut dan mencegah
proses pembusukan.

Merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik


mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Jelasnya, siwak merupakan berus semula jadi yang Allah ciptakan untuk manusia.
Penggunaan siwak bukan saja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga ekonomik dan
sesuai digunakan oleh seisi keluarga pada bila-bila masa. Ia adalah berus gigi yang
ideal anugerah Allah, yang berbeza dengan sebarang jenis berus gigi ciptaan
manusia.

Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa


makanan antara gigi-gigi kerana
(membersihkan sisa-sisa makanan
semacam itu) termasuk kebersihan dan
kebersihan itu membawa kepada iman
dan iman itu bersama-sama pemiliknya
di syurga.
Hadis riwayat at-Tabrani

10

FAKTOR YANG MENYEBABKAN UMAT ISLAM JARANG MENGGUNAKAN KAYU


SUGI

Kesukaran mendapatkan kayu Sugi.

Bersugi menggunakan kayu sugi masih kelihatan janggal dalam masyarakat.

Masyarakat menganggap kayu sugi yang telah digunakan berkali-kali sebagai


kotor , berbau dan terdedah kepada kuman.

Para professional merasakan membawa kayu sugi sebagai suatu

Dari Amr bin Auf bin Zaid al-Muzani (R.A), Rasulullah (S.A.W) bersabda:
"Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian
diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orangorang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
Riwayat Ibn Majah

11

Terdapat juga yang menganggap menggosok gigi dengan kayu sugi


dikhalayak ramai sebagai menunjuk-nunjuk dan disalahtafsir.

ADAB BERSUGI
1) Niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan ALLAH S.W.T.
2) Baca BISMILLAH dan SELAWAT.
3) Basuh berus sugi sebelum dan selepas digunakan.
4) Sunat berniat: Sahaja aku bersugi kerana Allah taala
5) Menggunakan tangan kanan untuk bersugi
6) Jadikan ibujari dan jari kelingking di bawah kayu sugi dan jari manis, jari
tengah dan telunjuk di atas.
7) Sunat didahulukan bahagian kanan dlm mulut, atas dan bawah. Kemudian ke
bahagian kiri.
8) Akhir sekali di keseluruhan bahagian dalam mulut termasuk lidah dan
lelangit.
9) Makruh jikalau ukuran kayu sugi yang hendak digunakan itu lebih dari
sejengkal kerana syaitan akan menunggang di bahagian yang lebihnya.
10)

Sunat bersugi dengan miswak.

PERKARA DILARANG KETIKA BERSUGI

12

Baring semasa bersugi.

Diletak melintang/berbaring.

Guna kedua-dua hujung berus.

~Bersugi/simpan kayu sugi di dalam tandas.

MASA BERSUGI
Sebelum tidur.
Sebelum solat(amat digalakkan).
Sebelum dan selepas makan.
Semasa bermusafir.
Semasa membaca AL-QURAN.
Bila mulut berbau.
Zikrullah.
Sebelum menghadiri perjumpaan.

13

Anda mungkin juga menyukai