Anda di halaman 1dari 5

ADAKAH KITA GOLONGAN BEKERJA?

PERTANYAAN DARIPADA MEREKA.. DAN GOLONGAN MEREKA YANG BERTANYA


Persoalan dan prinsip asas telah pon dijawab didalam risalah hala tuju dakwah kita
persoalan lain yang timbul; adakah jemaah ini praktikal? Anggota nya praktikal juga ?
mereka yang bertanya ini mungkin salah satu dari kumpulan berikut;
1) kumpulan pertama;
tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri.
Hidup dunia sendiri, tiada tujuan dan wawasan
Suka main bahasa, kata2 berbelit, nampak ucapan macam hebat, hakikatnya kosong
Ingin melemahkan semangat org yg menyeru mereka.dengan kelemahan ini dijadikan
hujah utk menyalahkan golongan pendakwah
Al-ahzab; 18-19. Menerangkan sifat org munafik dalam perjuangan
Respon kita; salam sejahtera dan kami tidak mahu bersama orang2 jahil. Xperlu
melayan dan menaruh harapan kepada meraka.
2) kumpulan kedua;
Bil sedikit, tetapi usaha hebat, boleh diharapkan, mampu mujahadah
Sekiranya mereka tidak bersama, mereka tidak pula menentang perjuangan ini.
Golongan ini menjadi sasaran kita, luangkan masa memberi penerangan dan kefahaman
Al-Qasas: 56
*mengkategerikan manusia ini perlu
UNTUK MEREKA YANG BERSEMANGAT DARI KALANGAN MUSLIMIN
Kita menerangkan kepada meraka harakah ini, mengajak bekerjasama dan menuju ke
matlamat yang sama.
Mereka bileh bertanya mengenai harakah ini, matlamatnya, isinya dll
Tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka terus beramal bersama dan seiringan
mengenali harakah ini.
Jemaah ini terdiri dari individu2, jadi yang mencorakkan jemaah ini hakikatnya
individu2 yang bersama jemaah ini. Tidak perlu persoalkan jemaah, tetapi apabila kamu
sertai, soallah diri kamu. Apa yang kamu lakukan.
PERSATUAN DAN PROJEK
Penilaian sebenar pada jemaah yang aktif bkn lah pada program umum semata2
Tetapi program2 yang mampu memberi kesan yang kekal dalam membentuk isntitusi
yang berfaedah
IM (ketika ini) telah pon tersebar ke lebih 50 daerah di Mesir.
Dari setiap daerah ini ditubuhkan institusi yang penting seperti masjid, sekola, kelab,
bengke, maahad tahfiz, kaunseling (bagi yang ada masalah hubungan keluarga dll), unit
sumbangan derma, tangkis dakyah kristian. Wujudnya ceramah2 di kedai kopi, dewan
sukan majlis kahwin & kematian.unit khidmat masyarakat & klinik, mencegah adat
yang bertentangan dengan ajaran islam dan menghidupkan sunnah. Kilang cetak
Pada ketika ini juga, IM dapat mengatasi kebanyakan usaha dakyah kristian yang aktif
melalui sumbangan kpd orang miskin dan sakit.

Ini adalah contoh2 praktikal selepas teori2 yang acap kali diterangkan melalui ceramah
dan penulisan.
Dan sepanjang ini juga, IM bergerak tidak menggunakan sedikit pon dana dari kerajaan.
Tetapi mereka bergerak menggunakan duit ahli anggota mereka sendiri. Inilah erti
pengorbanan yang mereka rasai. Jiwa kaya terlebih dahulu sebelum kaya harta

MEMPERSIAPKAN RIJAL
Landasan dalam membina sesuatu bangsa adalah dengan membangunkan jiwa dan
keluhuran akhlak. Dididik menjadi rijal yang boleh mengharungi segala rintangan.
Sejarah manusia hakikatnya dibentuk oleh RIJAL yg memiliki jiwa dan kemahuan yang
tinggi.
Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu
melahirkan pemuda rijal.
Perubahan sesebuah bangsa juga akan melalui masa sepertimana perubahan individu. Ia
ada background yang mengesan pembentukannya
Takdir kita berada di generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai bangsa lain. Hasil
dari sejarah peralihan kekuasaan silam. Kecelaruan fikrah, penjajahan ekonomi.
Dikala keadaan kita sekarang ini, tidak mungkin kita berjaya bangkit dengan ubat pelali
atau impian & angan2. Tetapi ia menuntut persiapan rijal yang sanggup bekorban dan
berjihad memperjuangkan bangsa ini.
Persediaan; jiwa yg beriman, tekad yg jitu, kejujuran, kesediaan berkorban dan berani
mengharungi kesusahan.
Matalamat utama IM; mentarbiyah masyarakat
MENETAPKAN WASILAH DAN BERPEGANG PADA PRINSIP
Matlamat utama IM; mendidik peribadi, memulihkan rohani, memantapkan akhlak,
membina rijal. (asas kemajuan bangsa)
The one and only way is berpegang pada agama
Maksudnya; agama ini mampu menghidupkan hati, menyentuh jiwa
Agama ini pusat menghubungkan segala kebaikan. Bahkan dari agamalah muncul segala
kebaikan
Agama mengajak manusia utk berkorban demi kebenaran. Terkorban ketika berjihad
bererti diberi kehidupan abadi yang terbaik
Agama ini membeli segala kesenangan dunia yang sementara ini dan dibayar pula
dengan segala kenikmatan akhirat yang kekal abadi
Agama ini juga sesuai dengan roh & akal manusia.
Minal Mumini na rijal. Sodaqu maahadallah.. Sifat jujur dan benar itu sifat mukmin
sejati
Pelbagai pendapat utk pemulihan akhlak; memberi ilmu pengetahuan, mendidik budaya
dan sastera, kaedah latihan jasmani dll.
IM berpendapat cara terbaik untuk memulihkan jiwa adalah dengan agama. Bahkan
agama islam ini mempunyai segala elemen kebaikan dalam semua pendekatan tadi.
IM menerangkan wasail amali dalam menyucikan jiwa dan memperbaharui roh dengan
risalah tahdid wasilah wa ikhtiar mabadie dan didalam asas ini diletakkan aqidah

IM yg dirumuskan daripada AlQuran dan AsSunnah


KEDUDUKAN SOLAT
IM menjadikan Agama Islam sebagai cara membaiki jiwa ummat, maka spt yg
dimaklumi SOLAT mendapat kedudukan yang tinggi didalam islam
Fadhilat dan keistimewaan solat yg tinggi di dalam islam
Keseimbangn antara amal dakwi dan amal fardi.
2 golongan orang yang solat;
Sekadar fizikal pergerakan shj. Islam yang diwarisi semata.
Tetapi hakikat pada sembahyang itu sebenarnya segala bacaan dan perbuatan
dalam sembahyang ini hanyalah ibarat jasad, rohnya adalah kefahaman,
tunjangnya adalah khusyuk dan tiangnya ialah kesan.
Memahami nilai disebalik sembahyang, khusyuk,memberi perhatian, tenang,
berfikir dan apabila selesai sembahyang mereka dapat merasai kemanisan
sembahyang. Mereka merasai nilai ketaatan. Mereka menuruti cahaya Allah yang
akan terpancar pada mereka yang merasai betapa agungnya mengenali Allah.
IM memahami nilai solat ini, antara ciri2 IM ialah mereka solat dgn sempurna untuk
menyucikan jiwa dan rohani
Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu
perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana
sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah: 153)
ZAKAT
2 amalan yang sering digabungkan didalam Quran, ia merupakan syiar dan tinggi
nilainya di sisi islam
Yang pertama iaitu solat menghubungkan hamba dengan tuhan, manakal yang kedua
zakat menghubungkan sesama hamba
Solat dan zakat sebagai simbol keimanan dan bukti kepada aqidah yang sahih.
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama. (AlTaubah: 11)
Kedua ini tinggi nilai kewajipannya, sesiapa yang meninggakkannya dianggap murtad.
Kisah khalifah abu bakr memerangi gol yg enggan membanyar zakat
Zakat 1 sistem yang disyariatkan, menjadi asas amalan mulia dan membetulkan sifat
tamak, mendidik jiwa pemurah, melatih manusia berniat baik, menyemai isfat
penyanyang, mengajak bersatu padu, saling membantu, menjauhkan dari kejahatan,
memadam nafsu memberontak dan tidak stabil.
Zakat dipihak pemerintah pula adalah 1 kewajipan. Ia mengagihkan kepada mereka
yang berhak menerimanya. Jika kerajaan islam gagal melaksanakannya, maka setiap
individu didalamnya wajib mengutip dan mengagihkan sesama mereka yang
memerlukan.
IM menjadi perintis dalam menghidupkan semula amalan zakat ini. (kawasan Barmabal,
daqliah)
JIHAD ADALAH KEBANGGAAN KITA

Teras kepada agama ini ialah engkau mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah
yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Tunjang
agama ini ialah mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Kemuncak agama ini
pula ialah jihad di jalan Allah. Sebenarnya saya telah diperintahkan untuk memerangi
manusia sehingga mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka
mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya dan
Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Jika mereka melaksanakannya mereka akan
terselamat dan mereka telah menyelamatkan darah dan harta mereka kecuali dengan
haknya dan nasib mereka terserah kepada Allah Azza wa Jalla. Demi Tuhan yang
memegang nyawa Muhammad, apabila air muka berubah dan kaki berdebu kerana
bekerja mencari kedudukan di syurga, tidak ada satupun amalan selain sembahyang
fardhu yang dapat menandingi jihad di jalan Allah. Tidak ada timbangan yang lebih
berat daripada timbangan seekor haiwan yang terkorban di jalan Allah atau haiwan yang
membawa tuannya menuju ke jalan Allah.
salah satu medan jihad dalam Islam ialah semangat yang kental merindui kegemilangan
Islam, semangat yang membara untuk melihat kuasa Islam, menangis hiba kerana nasib
yang menimpa umat Islam, kehinaan yang mereka alami, dukacita meratapi fenomena
yang tidak diredai oleh Allah dan Muhammad s.a.w. Malahan jiwa seorang muslim yang
beriman pasti tidak akan meredainya.
Berfikir menyelesaikan masalah yang berpanjangan juga merupakan 1 jihad di jalan
Allah
Jihad juga adalah anda mengorbankan masa, hara, keperluan dan jiwa anda untuk
kepentingan Islam
Jihad juga adalah anda menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia
melakukan kejahatan, anda memberi nasihat kerana Allah, rasulNya, kitabNya utk
pemimpin dan rakyat islam
Jihad juga adalah anda menyangkal mereka yang membelakangi Agama Islam. Anda
memutuskan hubungan dengan musuh ALlah dan rasulNya. Jangan duduk, makan dan
minum bersama mereka.
Kesilapan yang pertama berlaku pada Bani Israel ialah apabila seorang lelaki
bertemu seorang lelaki lalu berkata: Saudara, takutilah kemurkaan Allah dan
tinggalkanlah apa yang sedang engkau lakukan kerana ia tidak halal dilakukan.
Lalu pada keesokannya apabila dia bertemu sekali lagi, dia terus makan, minum
dan duduk bersamanya walaupun orang itu masih melakukan apa yang dilarang.
Jika inilah sikap mereka maka Allah melaga-lagakan hati mereka.
Jihad juga adalah anda menjadi tentera Allah, serahkan segala jiwa dan harta untuk
Allah. Pabila islam diancam dan dihina, anda bangkit mengembalikan kegemilangan
islam.
Jihad juga adalah anda bekerja untuk menegakkan keadilan, membaiki kehidupan
manusia, membantu org yang dizalimi dan menyekat tindakat org yg zalim
Jihad juga adalah sekiranya anda tidak mampu melakukan semua diatas, anda
menyanyangi para mujahid dengan sepenuh hati dan anda berikan mereka nasihat setiap
kali anda menemui mereka.

HAK ALQURAN
Bukanlah dirak almari sahaja, menjadi perhiasan dll, tetapi ia hakikatnya adalah sebuah
sistem hidup yang lengkap.
3 perkara tentang Al-Quran
Kerapkan membaca dan beribadat dengan membaca al-quran
Meletakkan alquran sebagai sumber rujukan kpd hukum dan syariat agama
Meletakkan alquran sebagai asas kpd undang2 dunia yang digunakan.
Objektif utama penurunan al-quran adalah untuk dijadikan rujukan sistem undang2
Serah generasi AlQuran mengajarkan kita~
MANHAJ DAN MIZAN IM

Anda mungkin juga menyukai