Anda di halaman 1dari 1

Piagam Pelanggan

o
Prestasi Piagam Pelanggan
o
Arkib

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk


menguruskan pembiayaan pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim
simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma dan akauntabiliti yang tinggi dan
berkesan.
Kami berjanji akan :
1.

Memproses permohonan pembiayaan yang lengkap dalam tempoh 5 hari


bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang
ditetapkan;

2.

Memaparkan keputusan permohonan pembiayaan pada hari bekerja


pertama selepas tarikh akhir proses permohonan;

3.

Memastikan pengeluaran pembiayaan baru dibuat tidak melebihi 21 hari


bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima
mengikut kelompok yang ditetapkan;

4.

Memastikan pengeluaran pembiayaan berikutnya dibuat tidak melebihi 7


hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pembiayaan;

5.

Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN-i tidak lebih 14 hari


bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;

6.

Memproses permohonan pengeluaran/ penutupan akaun SSPN-i tidak lebih


14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan

7.

Memberi jawapan segera ke atas semua pertanyaan dan aduan pelanggan


dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan dan aduan
diterima.

Anda mungkin juga menyukai