Anda di halaman 1dari 2

Kemukakan pandangan anda berkenaan perbezaan kontrak yang terpakai dalam

perbankan Islam dan perbankan konvensional.

Perbankan Islam ditubuhkan atas objektif berlandaskan tuntutan agama dan


faktor keuntungan yang menunjukkan perbezaan antara perbankan Islam
dengan perbankan konvensional. Sistem perbankan Islam amat istimewa kerana
mementingkan hukum syariah yang menjadi garis panduan dalam sebarang
transaksi. Dalam perbankan Islam, perkara-perkara seperti riba, gharar
(ketidakpastian), maysir (perjudian), dan perkara yang tidak berlunaskan prinsip
Islam adalah dielakkan namun dapat kita lihat bahawa perbankan konvensional
mengamalkan perkara-perkara tersebut.
Al-Quran telah menyebut secara terang-terangan mengenai larangan riba, iaitu
dalam Surah Al-Baqarah, ayat 275 yang bermaksud ... Dan sesiapa yang
mengulangi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka. Mereka kekal di
dalamnya.
Perbankan Islam dan perbankan konvensional sememangnya mempunyai
perbezaan. Ada yang berpendapat bahawa perbezaan-perbezaan seperti ini
digambarkan sebagai perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Firman
ALLAH SWT ada menyebut :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan
kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah : 42)
Perbezaan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional adalah seperti
berikut :
Perbankan Islam berfungsi dan beroperasi dengan memastikan mengikut prinsip
Al-Quran and As-Sunnah dengan sebaik mungkin manakala perbankan
konvensional berfungsi dan beroperasi berasaskan prinsip-prinsip yang dicipta
oleh akal manusia sahaja.
Selain itu, perbankan Islam mengamalkan transaksi jual beli atau sewa aset,
bukannya akad pinjaman wang namun perbankan konvensional mengamalkan
sistem pemberian pinjaman wang kepada pelanggan dengan mengenakan
faedah (interest) yang berlipat ganda. Dalam produk pelaburan pula, mengikut
perbankan Islam, pelabur dan bank Islam akan berkongsi untung rugi dan tidak
ada kadar keuntungan yang tetap manakala mengikut perbankan konvensional
pula, pelabur dijanjikan dengan kadar faedah tetap.
Dalam perbankan Islam, pelanggan akan dikenakan wang compensation atas
kelewatan membayar tetapi wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam bank,
sebaliknya disalurkan kepada kebajikan. Bank konvensional pula akan
mengenakan tambahan wang penalty ke atas pinjaman sekiranya pembayaran
lewat dilakukan.

Di samping itu, bank Islam memperoleh pendapatan melalui konsep kongsi


untung dan rugi bersama pelanggan tetapi bank konvensional pula memperoleh
pendapatan melalui kadar faedah tetap (fixed interest) yang dikenakan jadi
jelaslah bahawa bank konvensional sebenarnya mengamalkan riba.
Kesimpulannya, perbankan Islam adalah sewajarnya diamalkan terutamanya
oleh orang Islam sendiri kerana terang-terangan bahawa perbankan Islam ini
adalah berlandaskan prinsip-prinsip syariah Islam yang terdapat dalam Al-Quran
and As-Sunnah. Perbankan Islam lebih membawa berkat dan rahmat daripada
ALLAH SWT dan sudah tidak ragu-ragu lagi bahawa wang kita adalah ke jalan
ALLAH dan halal.

NAMA

: PUTRI NABILA NUR AIN BINTI ALIAS

NO. MATRIK : A146467

Anda mungkin juga menyukai