Anda di halaman 1dari 18

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS GRADUASI KALI KE-15 DI KELAB DARUL EHSAN


SMK TASEK PERMAI 2015
BIL
1

ATURCARA
Pengumuman

SKRIP PENGACARA
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Perhatian kepada semua hadirin dan hadirat. Majlis Graduasi, SMK Tasek Permai
2015 akan bermula sebentar lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia untuk menyambut ketibaan para
jemputan dan perarakan masuk para graduan ke dalam dewan.
Diminta juga tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian agar dapat
mematikan telefon masing-masing atau meletakkannya dalam mod senyap supaya
tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih.

Ketibaan VIP dan

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Sharifuddin bin Dayan dengan

perarakan masuk

diiringi oleh tetamu kehormat, barisan pentadbir, guru-guru kelas tingkatan 5 dan

para pelajar

seterusnya para graduan masuk ke dewan dan mengambil tempat

Ucapan aluan

Sirih berlipat sirih pinang,

pengerusi majlis

Sirih dari Pulau Mutiara,


Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Buah langsat di tepi rimbun,
Mari dimuat di dalam peti,
1

CATATAN

Hari ini kita berhimpun,


Meraikan para graduan tahun ini.

Dari Ampang pergi ke pekan,


Singgah berehat di Sri Maran,
Kehadiran tuan puan, anak didik dialu-alukan,
Ke Majlis Graduasi gemilang yang diadakan.
Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha, En Sharifuddin bin Dayan, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Tasek
Permai
Yang Berusaha, Pn Rabiya binti Mohamad Sultan, Pengetua SMK Tasek Permai
Yang Dihormati, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi, guru-guru SMK
Tasek Permai, para graduan yang diraikan, para jemputan dan hadirin hadirat
sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah perkenan dan izin-Nya, kita
dapat berkumpul di Kelab Darul Ehsan yang indah dan ceria bagi menjayakan
Majlis Graduasi SMK Tasek Permai kali ke-15 pada tahun ini. Tahniah dan syabas
kami ucapkan. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu
ke majlis ini yang diadakan khusus untuk menghargai dan meraikan para graduan
sebagai satu perangsang demi kejayaan murid-murid sekolah ini terutamanya
dalam bidang akademik.
Di sini ada putera-puteri yang mendaulatkan bangsa
2

Di sini ada ibubapa yang prihatin penuh di jiwa


Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa
Di sini ada pengetua yang berjasa
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

Bacaan doa

Majlis seterusnya memohon para hadirin untuk sama-sama memanjatkan


kesyukuran dan bermohon kehadrat ilahi agar majlis graduasi ini akan diterima
sebagai satu usaha yang murni dan diberkati. Untuk itu, majlis menjemput
Saudara Muhammad Danial bin Nor Hakim untuk memimpin bacaan doa.
Pada

yang

bukan

beragama

Islam,

sama-samalah

bertafakur

mengikut

kepercayaan masing-masing. Dipersilakan.


(Danial baca doa) (Danial turun pentas)
Amin, amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Danial atas
bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan diberkati
oleh Allah swt.
5

Ucapan Pengetua

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan yang berusaha Pn
Rabiya bt Mohamad Sultan, Pengetua SMK Tasek Permai untuk menyampaikan
ucapan buat titipan semangat serta dorongan kepada para pelajar yang diraikan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
3

(Pengetua berucap) (Pengetua turun pentas)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan beliau
sebentar tadi.
6

Ucapan Perasmian

Hadirin hadirat yang dimuliakan


Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang
Tak lengkap acara jika tetamu kehormat tidak berbicara

Dengan itu, majlis mempersilakan yang berusaha En Sharifuddin bin Dayan untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi kali ke-15
SMK Tasek Permai 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Perasmi berucap) (Perasmi turun pentas)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang
berusaha En Mat Yaacob atas kesudian beliau merasmikan majlis sebentar tadi.
7

Persembahan

Hadirin yang dikasihi

Multimedia
Bersarang merbah dipohon rambutan
Manis madunya bila dimakan
4

Majlis kini sudah dirasmikan


Persembahan multimedia gimik perasmian
Sebagai halwa telinga dan mata, kita meriahkan majlis kita pada hari ini dengan
tayangan slide yang bertemakan Di sini memori tercipta daripada pelajar
tingkatan 5. Dengan sukacitanya majlis mempersembahkan.
(Tayangan slide)
Begitulah persembahan multimedia daripada pelajar tingkatan 5.
8

Penyampaian Sijil

Hadirin hadirat yang dihormati


Majlis seterusnya adalah penyampaian sijil kepada para graduan SMK Tasek
Permai. Sesungguhnya majlis ini dapat memberikan satu pengiktirafan yang
sangat besar lagi bermakna. Seramai 106 para graduan yang akan tampil ke
pentas untuk menerima sijil masing-masing.

Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan Pn Norlia


binti Mohamad Ali, Penolong Kanan Akademik SMK Tasek Permai mengiringi
Yang Berusaha Pn Rabiya binti Mohamad Sultan, Pengetua SMK Tasek Permai,
untuk menyampaikan sijil kepada para graduan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(Pn Rabiya n Pn Norlia naik atas pentas)
5

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar tingkatan 5


Sains. Dijemput Pn Rosni binti Sauid, guru tingkatan 5 Sains untuk bersama-sama
berada di atas pentas. Dipersilakan.
(Pn Rosni naik Pentas)
Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Sains.
SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 SAINS
(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Sains)
Dipersilakan Pn Rosni binti Sauid untuk menerima cenderamata.
Seterusnya dijemput Cik Noor Hazwani binti Che Alim, guru tingkatan 5 Akaun
untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.
(Cik Hazwani naik Pentas)
Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Akaun.
SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 AKAUN
(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Akaun)
Dipersilakan Cik Noor Hazwani binti Che Alim untuk menerima cenderamata.
Majlis diteruskan dengan menjemput En Ahmad Amzan bin Ishak, guru tingkatan
6

5 Perdagangan untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.


(En Amzan naik Pentas)
Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Perdangangan.
SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 PERDAGANGAN
(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Perdagangan)
Dipersilakan En Ahmad Amzan bin Ishak untuk menerima cenderamata.
Majlis diteruskan dengan menjemput En Shahrin bin Tukiman, guru tingkatan 5
ERT untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.
(En Shahrin naik Pentas)
Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 ERT.
SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 ERT
(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 ERT)
Dipersilakan En Shahrin bin Tukiman untuk menerima cenderamata.

Seterusnya dijemput Pn Lee Yoon Kuan, mentor tingkatan 5 Seni untuk berada di
atas pentas menggantikan En Zamri bin Zahadi yang kini berada di Sabah
membawa 2 orang pelajar dari SMK Tasek Permai mewakili Selangor untuk
pertandingan Solar Car peringkat kebangsaan. Dipersilakan.
(Pn Lee naik Pentas)
Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Seni.
SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 SENI
(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Seni)
Dipersilakan Pn Lee Yoon Kuan untuk menerima cenderamata.
Akhir sekali, majlis menjemput Pn Nora binti Misgon, guru tingkatan 5 Vokasional
untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.
(Pn Nora naik Pentas)
Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Vokasional.
SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 VOKASIONAL
(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Vokasional)
8

Dipersilakan Pn Nora binti Misgon untuk menerima cenderamata.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha Pn Rabiya dan Pn
Norlia atas penyampaian sijil sebentar tadi.
(Pn Rabiya dan Pn Norlia turun pentas)
9

Penyampaian

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas kepada pelajar-pelajar

anugerah khas

tingkatan 5 2015
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En
Sharifuddin bin Dayan, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai dengan
diiringi oleh En Mohamad bin Osman, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tasek
Permai naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(En Sharifuddin dan En Mohamad naik pentas)
Majlis dimulakan dengan Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji. Anugerah ini dipilih
berdasarkan sifat peribadinya yang boleh dijadikan teladan kepada semua pelajar.
BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN)
Dengan itu majlis menjemput saudara Muhammad Danial bin Nor Hakim dari
tingkatan

Sains

untuk

menerima

Dipersilakan.
9

Anugerah

Tokoh

Sahsiah

Terpuji.

(Tokoh terima anugerah)


Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Danial bin Nor Hakim. Semoga
beliau terus mendorong diri dan rakan kepada akhlak yang baik. InsyaAllah.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Budiman. Anugerah ini
diberikan khas untuk pelajar yang telah banyak memberi sumbangan bakti dan
jasa kepada sekolah dan guru-guru.
Mereka yang dipilih merupakan pelajar yang ringan tangan malahan sentiasa
bermanis muka serta tidak pernah menolak memberi pertolongan sekiranya
diminta oleh guru dan rakan. Apatah lagi, pelajar-pelajar ini sering menjadi
pemimpin dan pendokong kuat bagi aktiviti kerohanian dan keagamaan
diperingkat sekolah. Kehadiran mereka sentiasa dirasai dan diperlukan bagi
program dakwah dan tarbiyah. Atas keistimewaan inilah mereka sangat wajar
dianugerahkan Anugerah Budiman 2015.
1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN)-LELAKI
Dengan itu majlis menjemput saudara Muhammad Syafiq Afham bin Abdul
Razak dari tingkatan 5 Sains untuk menerima anugerah. Dipersilakan.
(tokoh terima anugerah)
Tahniah diucapkan

10

2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) PEREMPUAN


Dengan itu, majlis menjemput saudari Nurshafiqah binti Shamsudin dari
tingkatan 5 Sains untuk menerima anugerah.
(Tokoh terima anugerah)
Tahniah diucapkan.
Seterusnya, Anugerah Khas Kokurikulum
Dimulakan dengan Anugerah Khas Unit Kelab dan Persatuan
1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) LELAKI
Beliau yang dimaksudkan adalah saudara MUHAMMAD NORIAN BIN
NASRUM dari tingkatan 5 Sains. Untuk makluman semua, saudara Muhammad
Norian tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana beliau kini berada di Sabah
untuk pertandingan Solar Car peringkat kebangsaan.
2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) PEREMPUAN
Beliau

yang

HUSMAN

dimaksudkan

dari

tingkatan

adalah
5

saudari

Sains.

Untuk

HALIYATUNNUFUS
makluman

semua,

BINTI
saudari

Haliyatunnufus juga tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana beliau juga
kini berada di Sabah untuk pertandingan Solar Car peringkat kebangsaan.
Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka di Sabah. Semoga slogan
11

SMK Tasek Permai Cemerlang dapat direalisasikan.


Seterusnya, penerima Anugerah Khas bagi Unit-berunifom
1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) LELAKI
Dengan itu, majlis menjemput saudara BADRUL AMIN SHAH BIN ZULKIFLI
dari tingkatan 5 Perdagangan untuk menerima anugerah. Dipersilakan.
(Tokoh terima anugerah)
Tahniah diucapkan.
2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) PEREMPUAN
Dengan itu, majlis menjemput saudari NORAZILA BINTI MUFID dari tingkatan
5 Sains untuk menerima anugerah. Dipersilakan.
(Tokoh terima anugerah)
Tahniah diucapkan.
Seterusnya, penerima Anugerah Khas Unit Sukan dan Permainan
1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) LELAKI
Dengan itu, majlis menjemput saudara MUHAMMAT FADLI BIN HANIF
12

ABDULLAH

dari

tingkatan

Vokasional

untuk

menerima

anugerah.

Dipersilakan.
(tokoh terima anugerah)
Tahniah diucapkan
2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) PEREMPUAN
Dengan itu, majlis menjemput saudari LAILAWATI BINTI ZULKIFLI dari
tingkatan 5 Sains untuk menerima anugerah. Dipersilakan.
(Tokoh terima anugerah)
Tahniah diucapkan.
Yang terbaik di antara yang terbaik bakal menyandang gelaran Tokoh
Kokurikulum. Bagi Tokoh kokurikulum, tokoh ini dipilih berdasarkan penglibatan
aktif

dalam

kegiatan

kokurikulum

sepanjang

tahun

dan

membantu

mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat.


Dengan ini diumumkan, Tokoh Kokurikulum SMK Tasek Permai tahun 2015 jatuh
kepada saudari LAILAWATI BINTI ZULKIFLI dari tingkatan 5 Sains.
Dipersilakan untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah.
(Tokoh terima anugerah)
13

Tahniah diucapkan kepada saudari Lailawati. Semoga beliau akan terus maju
dalam bidang kokurikulum dan akademik di masa akan datang.

Tibalah kita ke penyampaian sijil yang terakhir pada majlis ini iaitu Sijil Khas
untuk pelajar dari 5 Sains dan 5 Akaun.
RUJUK LAMPIRAN
Dengan itu, majlis menjemput, HUSNUL HATIMAH BINTI ABD GAFUR dari
tingkatan 5 Sains sebagai wakil bagi projek ini untuk naik ke pentas bagi
menerima sijil ini. Dipersilakan.
(Wakil terima sijil)
Tahniah diucapkan kepada kelas 5 Sains dan 5 Akaun atas sumbangan yang telah
mereka berikan kepada sekolah. Semoga apa yang mereka lakukan dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar di masa hadapan.
10

Cenderamata pada

Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya

perasmi

mempersilakan

Pn

Rabiya

binti

Mohamad

Sultan

untuk

menyampaikan

cenderamata kepada En Sharifuddin bin Dayan. Dipersilakan.


11

Cabutan bertuah

Hadirin sekalian
Seterusnya tibalah masa bagi acara cabutan nombor bertuah. Majlis dengan ini
menjemput Pn Musalmah binti Juni, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
14

Tasek Permai untuk membuat ____ cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.


(Pn Musalmah naik pentas)
Hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor masing-masing
(Pn Musalmah cabut nombor)
(Umum nombor bertuah)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Musalmah atas kesudian membuat


cabutan nombor bertuah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah
pada hari ini.
Seterusnya, majlis menjemput Pn Norhalizan binti Agam, Penolong Kanan Petang
SMK Tasek Permai untuk membuat ___ cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.
(Pn Halizan naik pentas)
(Pn Halizan cabut nombor)
(Umum nombor bertuah)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Halizan atas kesudian membuat
cabutan nombor bertuah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah
pada hari ini.
Seterusnya, majlis menjemput __________________________________________ untuk
15

membuat ___ cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.


(Pn __________ naik pentas)
(Pn __________ cabut nombor)
(Umum nombor bertuah)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ___________________ atas kesudian
membuat cabutan nombor bertuah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada hadirin
yang bertuah pada hari ini.
12

Sesi Fotografi

Demikianlah tadi upacara penyampaian hadiah kepada para graduan. Kami para
guru mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Jadikan memori indah pada
majlis graduasi ini sebagai pemangkin semangat untuk anda bergraduasi sekali
lagi di pentas konvokesyen universiti.
Majlis diteruskan dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat, barisan
pentadbir, para guru dan para graduan.
(sesi fotografi)
Demikianlah sudah sesi fotografi sebagai tanda kenangan pada Majlis Graduasi
kali ke-15, tahun 2015

13

Penutup

Para hadirin yang dihormati


Dengan sesi fotografi itu tadi, maka sampailah kita ke penghujung acara. Sebelum
mengundur diri, majlis ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
dan penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah sudi hadir dan
16

menjayakan majlis pada hari ini.


Mangkuk jurong, pinggan pon jurong
Jurong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan disimpan di dalam hati
Keterlibatan semua tidak tersukat
Permuafakatan ukhwah sebagai makrifat
Seia sekata kita berpakat
Kecemerlangan sekolah menjadi matlamat
Hinggap cemara di pagar besi
Mencari makan di awal pagi
Selesai sudah majlis graduasi
Di lain masa bersua lagi

Akhir kata dari kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat bagi
mengurus dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya
terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan. Sesungguhnya, segala yang baik itu
datang dari Allah swt dan segala kesilapan itu datangnya dari kelemahan kami
sendiri. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini. Sekian, terima kasih.
17

12

Jamuan

Majlis dengan segala takzimnya menjemput Yang Berusaha En Sharifuddin bin


Dayan, Barisan Pentadbir, para jemputan, para guru dan para graduan untuk
menikmati jamuan yang disediakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

13

Sesi fotografi
pelajar

14

Bersurai

Dengan ini, berakhirlah aturcara Majlis Graduasi kali ke-15 tahun 2015 pada hari
ini
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................................

..........................................................

NURUL NATASYA BINTI IZAZI

18