Anda di halaman 1dari 26

BAHAGIAN 1:

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN


BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK.LIAU APIN-APIN 2015

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU


UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN LIAU APIN-APIN
2015
1. LATAR BELAKANG
Perkhemahan adalah satu komponen penting didalam pembentukan kemahiran
kendiri pelajar. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka
dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar
dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali
sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung
dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar
berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak
merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka
program yang berbentuk outdoor ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan
mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan
dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta untuk berkomunikasi secara efektif didalam suasana
berkumpulan.
3.3 Membentuk insan murid yang teguh dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan
mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masingmasing.
4 . KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahap 2 SK.Liau adalah kumpulan sasaran bagi perkhemahan ini.
5. STRATEGI PERLAKSANAAN
5.1 Hari
5.2 Tarikh

: Jumaat hingga Ahad


: 30 Oktober hingga 1 November 2015

5.3 Tempat

: Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin Keningau

5.4 Peserta

: Murid-murid Tahap 2

5.5 Pengelola

: Unit Badan Beruniform

5.6 Penginapan : Khemah ( Pusat Latihan Kokurikulum, PPD Keningau)


5.7 Keperluan

: i ) Alat tulis
ii ) Pakaian dan keperluan peribadi
iii ) Pakaian sukan
iv ) Pakaian sembahyang bagi beragama Islam

5.8 Kewangan

: i ) Pihak sekolah

JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT


BERUNIFORM 2015
30 OKTOBER 2015
(Jumaat)

31 OKTOBER 2015
(Sabtu/Pagi)

31 OKTOBER 2015
(Sabtu/Petang)

01 NOVEMBER
2015
Ahad

2.00pm 4.30pm
Pendaftaran dan
Mendirikan Khemah

5.00am 6.30am
Solat/Kuliah Moral
Persediaan Diri

1.00pm 2.00pm
Slot 4: LDK
(Semua GP)

5.00am 6.30am
Solat/Kuliah Moral
Persediaan Diri

4.30pm 5.30pm
Pendaftaran (AJK
dan Urusetia)

6.30am 7.30am
Senaman
Sarapan Pagi

2.00pm 3.00pm
Slot 5: Larian
Komando

6.30am 7.30am
Senaman
Sarapan Pagi

5.30pm 6.30pm
Taklimat Kem
(Urusetia)

7.30am 8.30am
Kawad Kaki

3.00pm 5.00pm
Slot 5: Larian
Komando

7.30am 9.00am
Slot 7: Balutan dan
Bebatan
(GP BSMM)

6.30pm 8.00pm
Pengurusan Diri
(Solat/Kuliah
Moral/Makan
Malam)

8.30am 9.30am
Slot 2: Jenis-Jenis
Ikatan
(GP Pengakap)

5.00pm 7.30pm
Pengurusan Diri
Makan Malam
Solat

9.00am 10.00am
Gotong Royong
(Kem Komandan,
GP dan Peserta)

8.00pm 10.30pm
Ice Breaking
Slot 1: Kembara
Malam

9.30am 11.30am
Slot 3:
Pertandingan
Memasak
(GP Puteri Islam)

7.30pm 10.00pm
Slot 6: Malam
Kebudayaan

10.00am 11am
Majlis
Penangguhan
Perkhemahan UB
Siri 3 2015

10.30pm 10.50pm
Rumusan Aktiviti
Minum Malam
Tidur

11.30am 1.00pm
Rehat
Makan Tengahari
Solat

10.00pm 10.50pm
Rumusan Aktiviti
Minum Malam
Tidur

11.00am 12.00pm
Sesi Bergambar
Makan Tengahari
Bersurai

JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


SK.LIAU APIN-APIN 2015
Penasihat I : Puan Julina Josie Apot (Guru Besar Cemerlang)
Penasihat II : Pn. Rosni Bt. Haji Mohammad Ali ( PK Pentadbiran)
Penasihat III : Pn Dayang Huraiyah Bt. Awang Sahari (PK HEM)
Pengerusi

: En. Ishak Hassim (PK KOKUM)

Setiausaha : En. Jamidi Musa (Setiausaha KOKUM)


Penyelaras : En. Mervyn B.Anip @ Petrus ( Penyelaras UB)
Bendahari

: Pn. Rabiatul Adawiyah Sundang

Juruaudit

: Pn. Hasnidah Asrin

JAWATANKUASA KERJA
Urusetia

: Pn. Nonyanie Goven Jablee


: Cik Clayreesa Joachim

JK Dokumentasi: En.Mervyn Anip

JK Khemah : En. Imran B.Haji Abin


: En. Sylvester Phillip
JK Keselamatan

: En. Phillip Samih


: En. Jamidi Musa

JK Makan/Minum : Pn.Dayang Huraiyah Bt.Awang Sahari.


: Pn. Aslinah Yusof
: Pn. Milah Limpak
: AJK PIBG SK.Liau Apin-Apin
JK Aktiviti

: Semua GP (Guru Penasihat) UB

JK Hadiah

: Pn.Habiah Tamin
: Cik Connielia Juanis

: Cik Suzilah Razaleigh


JK Siaraya

: En.Anselly Ginsuru

JK Solat/Moral

: En. Imran Hj.Abin


: Pn. Helena Sangau
MENU MAKAN/MINUM

MINUM PETANG
MAKAN MALAM

MINUM MALAM

SARAPAN

MAKAN TENGAHARI

TARIKH : 30 OKTOBER 2015


Milo
Roti Gula
Nasi
Ayam Masak Kicap
Tembikai
Air Sirap
Milo
Bun Kacang Hitam
TARIKH : 31 OKTOBER 2015
Mee Hon Goreng
Telur dan Sosej
Milo
Nasi
Isi Ikan Masak Masam Manis
Papaya
Air Sirap

MINUM PETANG

Milo
Biskut Marie

MAKAN MALAM

Nasi Kuning
Ayam masak Halia
Tembikai/Papaya
Air Sirap

MINUM MALAM

Milo
Bun Cream

SARAPAN

MAKAN TENGAHARI

TARIKH : 01 NOVEMBER 2015


Nasi Goreng
Ayam/Isi Ikan
Milo
Nasi
Terung Sambal
Ayam Masak Sos
Air Sirap
Tembikai/Nenas

ANGGARAN PERBELANJAAN
BI
L
01

PERINCIAN PERBELANJAAN

ANGGARAN

JUMLAH (RM)

Membekalkan Sarapan Peserta


Perkhemahan.

114 Orang X
RM3.00 X 2 Hari

RM684.00

02

Membekalkan Makan Tengahari


Peserta Perkhemahan

114 Orang X
RM3.00 X 2 Hari

RM684.00

03

Membekalkan Minum Petang Peserta


Perkhemahan

114 Orang X
RM3.00 X 2 Hari

RM684.00

04

Membekalkan Makan Malam Peserta


Perkhemahan

114 Orang X
RM3.00
X 2 Hari

RM684.00

05

Hamper

RM240.00
RM30.00 X 8 Unit

06

Hamper

RM200.00
RM50.00 X 4 Unit
JUMLAH

SENARAI KEPERLUAN MURID-MURID


a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Pakaian Pendidikan Jasmani


Pakaian Unit Beruniform
Pakaian Biasa
Peralatan Kebersihan Diri ( Berus Gigi, Sabun, Syampu, Ubat Gigi)
Buku Catatan
Tali
Kain Anduh

RM3176.00

h)
i)
j)
k)

Ubat-Ubatan (jika murid memerlukan)


Baldi
Kasut Sukan
Kasut Hitam

Diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (UB) ini


murid dapat menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan orang
lain dan memberi kesedaran tentang pentingnya hidup dalam satu masyarakat. Selain
itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang dijalankan, diharapkan
dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan diri sendiri serta
orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi menjadi individu
yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan Oleh

Disahkan Oleh

..........................................

..........................................

(EN.MERVYN ANIP)

(PN.JULINA JOSIE APOT)

Ketua Penyelaras UB

Guru Besar Cemerlang

SK.Liau Apin-Apin Keningau

SK.Liau Apin-Apin

BAHAGIAN 2:
LAPORAN PERLAKSANAAN
AKTIVITI-AKTIVITI
PERKHEMAHAN

LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI DALAM SETIAP SLOT


PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK.LIAU APIN-APIN 2015
KENINGAU
NAMA AKTIVITI
SLOT
MASA

: KEMBARA MALAM
: PERTAMA
: (JUMAAT) 8.00PM 10.00PM

Kembara malam merupakan aktiviti pertama yang akan dijalankan didalam setiap siri
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform disekolah ini. Kembara Malam dijalankan
dengan tujuan meyediakan satu ruang bagi murid-murid untuk mengalami suasana
eksplorasi malam dengan menggunakan semua pancaindera yang lain kecuali
penglihatan. Dalam menjalankan aktiviti ini, murid-murid akan ditutup mata, dan mereka
akan merasai persekitaran mereka dengan menggunakan deria dengar, sentuh dan
bau. Penjalanan mereka akan berpandukan kepada trail yang sudah disediakan oleh
guru-guru.
Melalui perlaksanaan aktiviti Kembara Malam ini, sifat berani dan berdikari dapat
dipupuk dikalangan murid-murid. Pada masa yang sama, sikap yakin pada diri sendiri
juga dapat diterapkan melalui halangan-halangan yang diadakan disepanjang aktiviti
Kembara ini. Selepas aktiviti ini dijalankan, guru-guru bersama Kem Komandan akan
membuat rumusan mengenai objektif dan hasilan perlaksanaan aktiviti ini kepada
murid-murid.

NAMA AKTIVITI : IKATAN DAN SIMPULAN


SLOT : KEDUA
MASA : (SABTU) 8.00AM 10.00AM
Slot Ikatan dan Simpulan juga merupakan menu utama didalam Perkhemahan
Bersepadu Unit Beruniform SK.Liau Apin-Apin. Slot ini menekankan kepada kemahiran
membuat pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang merupakan kemahiran asas
berpengakap dan juga amat berguna didalam aspek-aspek lain didalam amalan
berpersatuan di sekolah ini.
Didalam slot ini, setiap murid akan dibekalkan dengan tali. Guru Penasihat akan
memberikan penerangan serta tunjukcara kepada murid-murid berkenaan kepelbagaian
jenis ikatan dan simpulan yang ingin diajar kepada para peserta didalam slot tersebut.
Selepas tunjuk cara dibuat, murid-murid akan mengaplikasikan kemahiran yang telah
dipelajari didalam konteks lain, contohnya didalam membina satu gajet mudah.
Didalam slot ini, para peserta dikhendaki menghasilkan satu gajet mudah dengan
menggunakan bahan yang boleh diperolehi disekitar mereka dengan syarat ikatanikatan yang telah dipelajari sahaja yang digunakan untuk menghasilkan gajet mereka.
Dengan cara ini, murid-murid akan dapat mengaplikasikan kemahiran mereka pada
ruang litup yang lebih luas kerana mereka dapat menggabungkan pelbagai jenis ikatan
dan menerapkan nilai-nilai estetika yang lain seperti kreativiti, kekemasan serta mutu
kerja. Disamping itu, nilai-nilai moral seperti bekerjasama dan bantu-membantu juga
dapat diterapkan.

NAMA AKTIVITI : IKHTIAR HIDUP


SLOT : KETIGA
MASA : (SABTU) 10.00AM 12.00PM

Didalam slot ini, murid-murid akan diberikan dengan sedikit bahan seperti telur, tepung,
dan beberapa batang mancis. Murid dikehendaki untuk menghasilkan satu hidangan
mudah berdasarkan kepada bahan-bahan yang telah diberikan.
Didalam aktiviti yang telah dijalankan, para peserta telah menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan hidangan mudah yang boleh dimakan. Mereka telah
mendapatkan sumber-sumber tambahan daripada kebun KH yang terletak dikawasan
sekolah sebagai tambahan kepada hidangan mereka. Hidangan ini kemudiannya dinilai
oleh guru-guru dan AJK PIBG yang terlibat.
Aktiviti Ikhtiar Hidup ini merupakan satu kesinambungan kepada pengalaman
pembelajaran mereka didalam kelas. Mereka telah mempelajari pelbagai aspek survival
secara teori didalam kelas tetapi tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya. Melalui
perlaksanaan aktiviti ini, murid-murid akan dapat menggunakan apa yang telah mereka
pelajari sepenuhnya.

NAMA AKTIVITI
SLOT
MASA

: LARIAN KOMANDO
: LIMA
: (SABTU) 3.00PM 6.00PM

Aktiviti Larian Komando atau Larian Berhalangan adalah antara aktiviti kemuncak bagi
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform sekolah ini. Didalam aktiviti ini, murid-murid
akan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan ke checkpoints yang telah
ditentukan oleh guru-guru. Disetiap checkpoints ini terdapat pelbagai halanganhalangan yang perlu di lalui oleh murid-murid.
Untuk edisi Perkhemahan kali ini, laluan bagi Larian Komando telah ditambah meliputi
halangan-halangan baru seperti mendaki cenuram, jarak perjalanan 1kilometer, dan
halangan berlumpur. Untuk mendapatkan mata bagi kumpulan masing-masing, muridmurid dikehendaki melalui setiap daripada halangan-halangan ini. Melalui perlaksanaan
aktiviti ini, murid-murid akan dapat merasakan suasana baru pembelajaran yang lebih
lasak dan mencabar kedua-dua fizikal dan mental mereka. Aktiviti ini dianggap sebagai
satu proses pembelajaran kerana murid-murid mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
psikomotor, kognitif dan afektif mereka dalam menangani setiap halangan yang
diberikan. Pada masa yang sama, mereka juga berpeluang untuk meluaskan jaringan
kerjasama dengan murid-murid yang bukan sedarjah mereka.
Perlaksanaan Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan baik

kerana guru-guru yang

komited dan sentiasa bekerjasama. Aspek keselamatan juga sangat dititikberatkan


dimana terdapat lebih daripada dua orang guru yang akan mengawas checkpoint yang
berpotensi mencederakan murid, seperti kawasan mendaki cenuram dan menuruni
lurah. Apa yang pasti ialah aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan

dan menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh peserta perkhemahan setiap kali
perkhemahan seumpama ini dijalankan.

NAMA AKTIVITI
SLOT
MASA

: MALAM KEBUDAYAAN
: ENAM
: (SABTU) 8.00PM 10.00PM

Malam Kebudayaan adalah malam kemuncak bagi perkhemahan ini. Didalam slot ini,
murid-murid akan mengadakan persembahan mengikut kumpulan masing-masing.
Tiada syarat yang ditetapkan bagi persembahan murid-murid, selagi ianya sesuai dan
tidak melanggar sebarang peruntukan peraturan sekolah.
Setiap kumpulan akan diberikan masa 5 hingga 10 minit untuk membuat persembahan
mereka.

Mereka

boleh

mengadakan

persembahan

secara

standalone

atau

berkolaborasi dengan kumpulan lain. Kumpulan-kumpulan ini akan dinilai mengikut


criteria-kriteria persembahan yang telah ditetapkan oleh guru-guru. Perlaksanaan
malam kebudayaan ini secara umumnya adalah acara santai bagi murid-murid peserta
perkhemahan ini. Disini, murid-murid dari darjah berbeza akan bergaul dan berkenalan
dengan rapat antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini juga, perpaduan dan semangat
kekitaan akan dapat diterapkan, bersesuaian dengan aspirasi sekolah. Perlaksanaan
aktiviti ini khususnya dapat memupuk kemandirian dan keyakinan murid untuk
berdepan dengan audiens, memupuk kreativiti murid dan memberikan peluang kepada
murid-murid untuk menjana idea dengan cara yang lebih luas berbanding semasa
belajar didalam kelas.

NAMA AKTIVITI
SLOT
MASA

: BALUTAN DAN BEBATAN


: TUJUH
: (AHAD) 8.00AM 9.00AM

Untuk Edisi Perkhemahan kali ini, Slot Balutan dan Bebatan diberikan satu slot
tersendiri. Ini adalah kerana biasanya slot balutan dan bebatan ini disekalikan dengan
slot Ikatan dan Simpulan. Didalam slot ini, murid-murid diajar mengenai perkara-perkara
asas bantuan kecemasan, seperti balutan dan bebatan. Murid-murid akan dibekalkan
dengan kain anduh, pembalut (bandage) dan pembebat (dressing) bagi sesi praktikal
slot ini. Didalam slot ini, murid-murid akan ditunjukcara terlebih dahulu dengan pelbagai
cara untuk membuat balutan dan bebatan. Selepas itu, didalam kumpulan masingmasing murid akan mengaplikasikan semula apa yang mereka telah pelajari semasa
tunjukcara tadi.
Perlaksanaan aktiviti ini dilihat sebagai mengupayakan murid-murid dengan surviving
skills atau kemahiran kemandirian dimana murid-murid dilengkapkan dengan
pengetahuan asas pertolongan cemas yang boleh mereka aplikasikan apabila keadaan
memerlukan. Aktiviti

ini

juga

memupuk

semangat

kemanusiaan,

menghargai

kesempurnaan fizikal diri, sikap berwaspada dengan pelbagai unsur-unsur bahaya


disekitar mereka dan juga sikap ingin membantu sesama. Adalah menjadi harapanguru-guru agar garapan daripada semua aktiviti didalam perkhemahan ini kepada
murid-murid akan menghasilkan mereka sebagai murid yang seimbang dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.

BAHAGIAN 3:
ULASAN OLEH PENOLONG
KANAN KO-KURIKULUM

BAHAGIAN 4:
SOROTAN BERGAMBAR
PERLAKSANAAN AKTIVITI
PERKHEMAHAN
BERSEPADU UNIT
BERUNIFORM.

LAMPIRAN GAMBAR

Murid-murid sedang mendirikan khemah mereka

Sesi Taklimat Pagi sebelum aktiviti dimulakan.

Aktiviti Senaman Aerobik Pagi

Aktiviti Ikhtiar Hidup

Para ahli kumpulan sedang bekerjasama menyiapkan masakan mereka.

Kawasan Tapak Perkhemahan