Anda di halaman 1dari 3

Komponen-Komponen Kecergasan Dan Kepentingannya

Kecergasan keseluruhan adalah merangkumi komponen-komponen


mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini
membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada
masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan
seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri
berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.
Kecergasan diri bermaksud memiliki semua komponen kecergasan
yang diperlukan, yang mana sekiranya dipenuhi maka kita boleh
sahaja memiliki badan yang langsing atau berotot, mempunyai
tahap kecergasan yang tinggi untuk bersukan dan beriadah, tanpa
menjejaskan keupayaan untuk melakukan tugasan harian dan
menghadapi situasi kecemasan yang mungkin timbul dengan penuh
bertenaga.
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi
secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal
harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di
samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
Manakala, kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk
berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti
hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
Kecergasan sosial pula merujuk kepada keupayaan individu untuk
berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang
bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak
yang terlibat dalam hubungan ini dan kecergasaan emosi
merupakan keupayaan individu menangani kehidupan harian serta
perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.
Di samping, kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk
membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan
kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat
kehidupan yang bermakna dan konstruktif. Kecergasan yang
menyeluruh ini adalah milik semua dan bukan hanya terhad kepada
golongan atlit atau yang aktif dalam kegiatan sukan sahaja.
Komponen-Komponen Kecergasan Fizikal Dan Kepentingannya
Kecergasan yang seimbang dapat diperolehi melalui komponenkomponen kecergasan fizikal. Terdapat lima komponen kecergasan
fizikal. Antaranya ialah komposisi tubuh badan, daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelenturan.
Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik.
Hoyman (1962) menyatakan kesihatan sebagai keadaan sihat yang