Anda di halaman 1dari 3

PETA MINDA ( MIND MAPPING)

Peta minda adalah satu kaedah yang dipelopori oleh Tony Buzan. Sejak diperkenalkan,
peta minda diakui sebagai salah satu kaedah pengambilan nota yang cukup berkesan
bagi membantu proses pembelajaran. la mem bolehkan banyak fakta-fakta diringkas dan
dimuatkan ke dalam sehelai kertas. Peta minda lebih mudah dihafal dan diingati
berbanding dengan nota biasa kerana penggunaan imej visual seperti lakaran, simbol,
gambar, kata kunct, warna dan sebagainya. Penggunaan peta minda secara tidak
langsung cenderung kepada proses pembelajaran menggunakan keseluruhan otak.
Misalnya otak kiri membaca dan menganalisa sementara otak kanan pula menggambar.
Bagaimana membuat peta minda?
1. Gunakan kertas kosong tanpa sebarang garisan.
2. Pastikan kertas anda pada kedudukan mendatar lebih banyak maklumat dapat
dimuatkan pada kedudukan ini.
3. Tuliskan tajuk utama di tengah kertas. Lingkarkan tajuk ini dengan bentuk yang
tertentu seperti bulatan, kotak, awan dan sebagainya. Fikirkan bentuk yang relevan
dengan tajuk bagi memudahkan maklumat diingat.
4. Tambahkan cabang atau ranting keluar daripada bahagian tengah ini. Setiap ranting
mewakili idea-idea atau fakta-fakta utama. Bilangan cabang atau ranting ini bergantung
kepada bilangan fakta utama yang ada.
5. Jangan gunakan ayat lengkap apabila membina peta minda, sebaliknya gunakan
hanya kata kunci, simbol, angka, gambar dan sebagainya. Sekiranya anda sudah
mempunyai nota padat, anda boleh hasilkan peta minda berdasarkan nota padat ini.
6. Unjurkan ke cabang-cabang yang lain bagi menambah maklumat-maklumat yang lebih
terperinci.
7. Semasa membuat peta minda, jangan sesekali memusingkan kertas kerana is
membuatkan tulisan anda terbalik dan sukar dibaca. Terus kekalkan kedudukan kertas
pada kedudukan mendatar.
8. Gunakan unsur warna warni bagi membezakan satu kelompok maklumat dengan
kelompok maklumat yang lain.

9. Gunakan HURUF BESAR dan huruf cerai bagi mermudahkan peta minda anda
dibaca. Elakkan sama sekali penggunaan huruf kecil dan tulisan bersambung.

BESARKAN setiap idea-idea penting supaya ia jelas kelihatan semasa melakukan


imbasan.
Manfaatkan penggunaan HURUF TEBAL bagi memberikan penekanan pada
fakta-fakta penting.
Jangan takut bagi menggunakan daya kreativiti anda dan mencuba sesuatu yang
baru atau pelik. Apa yang penting anda dapat mengingati maklumat-maklumat
dengan mudah.

Peta minda juga dapat digunakan bagi mencambah idea semasa menulis karangan.
Caranya, setiap cabang peta minda itu perlu dimulakan dengan tujuh soalan iaitu
apa, siapa, bila, kenapa, di mana, berapa dan bagaimana.

Membina Peta Minda


* Gunakan hanya kata kunci atau gambarajah.
* Mulakan dari bahagian tengah mukasurat dan keluar ke semua arah.
* Jelaskan bahagian tengah dengan imej visual yang mantap yang mewakili tema umum peta tersebut
* Buatkan cabangan dan cabangan kecil idea utama.
* Letakkan kata kunci pada cabangan untuk memperkuat struktur notanya.
* Elakan tulisan sambung supaya mudah dibaca dan diingati. Tulisan huruf kecillebih mudah diingati
dari huruf besar.
* Gunakan warna untuk mewakili thema, perkaitan dan menyerlahkannya.
*Apa saja yang nyata terserlah akan berada dalam minda anda.
* Gunakan anak panak, ikon atau alat visual lain untuk menunjukkan perkaitanantara ide.
* Jangan terhenti pada satu ide. Mulakan ide baru dengan membina
cabangan baru.
* Letakkan ide yang muncul tanpa berhenti untuk berfikir.
* Tekun dan sabar. Dapatkan keseronokan dan kepuasan.
Di bawah adalah sebuah peta minda yang menunjukkan kaedah untuk membina satu peta minda. Sila
perhatikan setiap bahgian peta secara teliti supaya anda boleh membina peta anda sendiri mengikut
kaedah yang betul.

Anda mungkin juga menyukai