Anda di halaman 1dari 9

Artikel 1 : Guru Sambung Belajar

1.0 Pengenalan
Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula
sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa
percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru
dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G
Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar
Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Kementerian Galak
Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Rumusan dari artikel berkenan menyatakan
bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah
menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan
kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah
menengah dan sekurang kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah rendah pada
tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan
untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh
gaji

kepada

mereka

yang

berminat

untuk

meningkatkan

kualiti

akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama


Islam, hal tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan
menunjukkan

jalan

yang

perlu

ditempuhnya

untuk

menuju

ke

syurga.

Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan


ganjaran syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu, memandangkan ilmu
itu sangat penting dalm membina kesejagatan manusia, mendekatkan manusia
dengan perkara perkara yang baik. Kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan
ciri ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi
kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Guru adalah pendidik yang
akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara

pada masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak dapat
dinafikan kepentingannya. Oleh yang demikian guru harus mempunyai kualiti diri
yang baik.

Kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang


bertauliah. Seorang guru yang memperolehipengetahuan dalam bidang pendidikan
adalah guru yang bertauliah. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai
jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak kanak, ilmu kaedah
mengajar, ilmu mengenai kurikulum dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri
dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti
profesional dan konteks pendidikan.
2.0 Perkembangan hujah hujah
Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin menuntut
setiap individu sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara
kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan
dan pembaharuan menjelang abad ke 21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia
dan di peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan
imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status World
Class Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan
kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti,
kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima
diperingkat antarabangsa.

Perubahan yang pantas memerlukan individu yang sentiasa belajar bagi


meningkatkan

kebolehan,

keupayaan

dan

sikap.

Disebabkan

kemahiran

memerlukanpengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk


seseorang itu mejadi lebih profesional dan sentiasa releven mengikut perubahan
semasa. Konsep pembelajaran sepanjang hayat juga dibicangkan oleh Basil Yeaxlee
dan Edward Lindman (1926) yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan

aspek yang berterusan dalam kehidupan manusia. Pembelajaran sepenjang hayat


bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara
sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.
Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita cita yang kuat untuk
meneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap guru perlu
mengemaskini ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkembangan dan
peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan cabaran yang
dihadapi dari masa ke masa. Memetik kata kata Pat Basset, Presiden National
Assosiation of Independent School (2009) bahawa terdapat satu korelasi yang kuat
secara langsung antara perkembangan profesional guru terhadap pencapaian
murid. Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi kini menuntut setiap guru
untuk menguasai ilmu.
Pengetahuan dalam kalangan individu merupakan kunci kejayaan dalam
sesebuah organisasi. Jesteru, organisasi di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu
akan berusaha mencapai matlamat yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi
setiap individu akan meningkatkan lagi kompentensi dalam melaksanakan tugas.
Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi dapat
memperkuatkan lagi kemahiran bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang
serta mewujudkan peluang baharu dimasa hadapan.
Melanjutkan

pelajaran

adalah

perlu

kerana

dalam

usaha

untuk

mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu
merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan
kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan
minda kearah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan
bangsa.

Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai ilmu.

Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu
guru haruslah lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang dilakukan adalah
tepat. Dr Wan Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan bahawa Budaya Ilmu bermaksud
kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik
secara langsang atau tdak langsung dengan kegiatan ke ilmuan si setiap

kesempatan dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik di tahap individu,
apatah lagi diperingkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan.

Menurut beliau lagi, budaya ilmu adalah satu budaya yang

meletakkan nilai tertinggi dan asas ilmu pengetahuan sebagai kunci segala
kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Oleh yang demikian, memang sangat wajar bagi guru untuk merangka pelan
pembelajaran ke peringkat lebih tinggi

supaya mereka sentiasa mempunyai

pengetahuan terkini untuk di kongsi bersama dengan murid.


Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang
perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.
Tanpa kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan
(Fullan, 1991; Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi membolehkan guru
bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui pembelajaran yang
berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta
fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan melakukan pembelajaran
sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang
pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi

bagi semua profesion

terutamnya profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi


sumbangan yang cemerlang terhadap profesionnya secara khusus dan kepada
negara secara amnya.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang
amat tepat. Memandang guru adalah contoh atau role model yang paling dekat
dengan murid, maka belajar bagaimana belajar (learn how to learn) perlu
dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. Setiap guru harus
merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik dapat
dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi mereka adalah dengan
berusaha untuk meningkatkan kuaiti akademik dan sentiasa mengambil peluang
untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan
peribadi. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah
diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan
profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru
boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri

melalui

peluang

yang

disediakan

oleh

KPM

untuk

meningkatkan

tahap

profesionalisme antaranya adalah seperti berikut :


i.

Program Diploma Perguruan Khas


Mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di

peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah


menengah menjelang tahun 2005.
ii.

Program Diploma Perguruan Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas

(SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu
pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.
iii.

Program Pensiswazahan Guru


Kursus kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang

dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping
kursus kursus yang diadakan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru
guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk Guru Besar.
iv.

Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah


Program ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk

mendapat ijazah dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh


pengajian adalah selama empat tahun. Guru yang mengikuti program ini akan
mengikuti kursus yang sama seperti mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan
kurikulum yang sama.
v.

Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti


Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman.

Banyak dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang
demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah
iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan
tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan
mutu pendidikan terus dikawal dan sentiasa berda di paras yang maksimum telah
menjalankan bebrapa program khas bagi memastikan terus berkembang.
Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin
Baki dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara
latihan dan program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut

Aminuddin Baki dengan universiti universiti di Britain, Amerika Syarikat dan


Australia.
Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu
sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam
sistem pendidikan negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan
dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah
pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini
amatlah penting agar pengajaran guru tidak nampak ketinggalan oleh muridnya.
3.0 Implikasi dan kesan
Tokoh tokoh dalam bidang pendidikan seperti Zaba, Profesor Tan Sri Dr Awang
Had Salleh, Tan Sri Wan Zahid dan ramai lagi menjadi tokoh dalam bidang
pendidikan kerana mereka mampu memainkan peranan sebagai insan yang mampu
menjentik dan menyuntik kesedaran kepada masyarakat. Melalui ilmu yang dimiliki
oleh mereka tokoh tokoh ini memainkan peranan yang penting dalam bidang
pendidikan. Mereka merupakan insan yang tidak jemu jemu meneroka ilmu
walaupun telah mempunyai ijazah dan kehidupan yang selesa. Perkembangan
dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan kemahiran mereka
sejajar dengan keperluan semasa.
Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam diri seorang guru. Sifat dan
kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah.
Seorang guru yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian
diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar.
Guru yang mempunyai daya usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari
dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya
menarik dan berkesan.
Sebagai

seorang

profesional,

guru

mempunyai

akauntabiliti

terhadap

profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion


perguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar

murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap dan
sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah
satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.
Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi
juga telah sampai ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan
zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi oleh seseorang guru
terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi dalam
perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam
bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu
pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh
itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan
membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama
tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang.
Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah guru dapat
menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari ini
menuntut guru supaya melengkapkan diri dengan ilmu ilmu baru agar seiring
dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu
dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai
matlamat pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha
untuk melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar dari semasa ke semasa.
Kesan negatif sekiranya guru sambung belajar juga tetap wujud, Contohnya
ialah akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya guru tersebut tidak dapat
membahagikan masa dengan baik. Pengurusan masa merupakan aspek penting di
dalam gaya hidup yang sihat. Kebanyakkan guru yang menyambung pelajaran
megalami masalah untuk membahagikan masa dengan kerjaya, pelajaran serta
keluarga. Komitmen mereka terhadap tiga aspek yang besar ini akan menyebabkan

kualiti diri mereka terjejas. Disini, kemahiran dalam pengurusan masa amat
penting kerana tanpanya guru tersebut mungkin gagal mencapai matlamat yang
dikejarnya. Tanpa kemahiran pengurusan masa memungkinkan guru tidak akan
dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.
Kesan kedua ialah wujudnya kerjaya sambilan seperti berniaga kerana
tekanan kehidupan. Sambung belajar memerlukan kos yang tinggi Jadi dengan
keadaan taraf hidup yang tinggi sekarang dan komitmen kepada keluarga serta
yuran pengajian ini akan memaksa guru bertindak untuk mencari kerja sampingan
yang lain, Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung
kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan in sudah pasti
memerlukantenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan menerima
padahnya. Mereka pasti keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya
dengan keadaan yang lesu. Akhirnya pengajaran terjejas dan di buat ala kadar
sahaja.

4.0 Cadangan
Saya mencadangkan bahawa bagi mengatasi masalah kekangan ketika guru
sambung belajar ini ialah kerana mengenakan yuran percuma kepada guru yang
ingin melanjutkan pelajaran. Ini merupakan sebahagian daripada galakan kerajaan
untuk menggalakkan guru guru untuk meningkatkan kualiti diri mereka agar
seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini. Sememangnya ada
biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan namun jumlahnya adalah terhad.
Jadi, ini menutup peluang guru guru yang berminat untuk menyambung
pelajaran. Dengan adanya yuran pengajian yang percuma, maka semoga ia menjadi
suntikan semangat untuk guru guru untuk memajukan diri.
Cadangan saya yang kedua ialah pembelajaran secara maya digunakan bagi
guru yang sedang belajar. Mereka tidak perlu menghadiri kelas seperti pelajar
sepenuh masa dan hanya perlu melihat webcam dan pensyarah mengajar secara
maya. Urusan seperti tugasan juga dibuat secara maya. Sekiranya perlu, guru ini
boleh berjumpa dengan pensyarah sewaktu cuti sekolah. Pembelajaran secara

maya juga dapat menjimatkan kos perjalanan dan juga menjimatkan masa untuk
pergi ke kelas. Pembelajaran seperti ini lebih mudah bagi individu yang mempunyai
banyak komitmen lain.

5.0 Rumusan
Saya bersetuju sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan dunia pendidikan yang lebih
berkualiti. Perkembangan kualiti diri pada guru adalah penting. Pendidikan guru
tidak seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat latihan perguruan. Kejayaan
serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan
guru berkenaan untuk terus memajukan diri. Peningkatan kualiti dalam diri guru
dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas baru kepada dunia
pendidikan.

Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru harus sentiasa

berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.

Anda mungkin juga menyukai