Anda di halaman 1dari 11

1

TUGASAN EPP 442

School of Education and Cognitive Science

EPP 442
Penyelidikan dalam Bilik Darjah 2

Tugasan
Laporan Kertas Projek
(100%)

Pengenalan

TUGASAN EPP 442

Panduan ini menerangkan dengan terperinci tugasan untuk kursus ini. Tujuan panduan
ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik
mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini
merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini.
Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif pada tahap yang
tinggi; iaitu kebolehan anda mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari
dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan
menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.
Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan
Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan Akademik
Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifik yang menjawab secara
sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea
bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang
penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan
pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau
merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong
sesuatu soalan atau hipotesis.
Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut:
Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur
yang jelas.
Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
Setiap pandangan yang dikemukakan disokong berdasarkan bukti yang
dilampirkan bersama.
Penulisan tidak boleh memutar-belit fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.
Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada
kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

Plagiarisme

TUGASAN EPP 442

Apa itu PLAGIARISME?


Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan
menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar.
Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan
Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea,
penulisan, data atau ciptaan orang lain yang bermaksud seperti berikut:

Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi
penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwa bahawa ia adalah hasil
ciptaan sendiri.

Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang
diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak
salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa ianya ialah
sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang
adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk
gambar rajah, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya.

Penyerahan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?

Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai
rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.

Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinyatakan dalam
kurungan.

Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat


segala rujukan.

Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang
anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan
Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan di akhir tugasan anda di
bawah seksyen RUJUKAN.

TUGASAN EPP 442

Berikut ialah kaedah membuat Rujukan.


Daripada Jurnal
DuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational
Leadership, 59(8). 12-15.
Daripada Online Jurnal
Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connection
between rationality and logical ability [Versi Elektronik].
Mind, 110, 335-367.
Daripada laman Web atau laman Sesawang
National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln
Birthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003,
from http://www.nps.gov/abli/
Daripada Buku
Naisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London:
Pan Books.
Daripada Bab dalam Buku
Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J.
Sternberg (Eds), Teaching thinking skills: Theory and practice. New
York: W.H. Freeman and Company. 27-37.
Daripada Akhbar
Holden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist
of pop. The New York Times, pp. A1, A22-A23.

Perincian Tugasan (100%)


PENGENALAN

TUGASAN EPP 442

Tugasan ini bertujuan menguji kebolehan anda menulis suatu LAPORAN KERTAS
PROJEK yang lengkap.
ANDA BOLEH MENULIS SEMULA BAB 1 HINGGA BAB 3 YANG ANDA
TELAH SERAHKAN SEBAGAI CADANGAN PENYELIDIKAN SEMESTER
LALU (ERC 431)
Laporan Kertas Projek anda hendaklah terdiri daripada berikut:
Tulis apa yang anda TELAH LAKUKAN dan
bukan AKAN DILAKUKAN
Bab 1 PENGENALAN 7 - 8 halaman [15%]

Permasalahan Kajian Apakah yang anda telah mengkaji? Mengapakah anda


menjalankan kajian berkenaan?
Objektif Apakah objektif kajian? Apakah yang ingin dicapai dengan
menjalankan kajian berkenaan?
Soalan Penyelidikan senaraikan beberapa soalan penyelidikan. Soalan
penyelidikan yang disenaraikan menentukan kaedah penyelidikan yang
digunakan; mendorong dalam pengumpulan data.
Signifikan Penyelidikan nyatakan signifikan atau kepentingan penyelidikan;
bagaimana ia dapat membantu anda sebagai guru.
Limitasi Penyelidikan apakah yang menghadkan penyelidikan anda
mungkin kerana kekangan masa; terhad kepada hanya bilik darjah anda.

Bab 2 TINJAUAN
halaman [15%]

LITERATUR

BERKAITAN

12

13

Dalam bab ini anda melaporkan 10-12 penyelidikan yang telah dijalankan sama ada di
Malaysia mahu pun di luar negara. Jangan menghadkan pemilihan kajian kepada
kajian-kajian di Malaysia sahaja. Rujuk kepada kajian-kajian yang dijalankan dalam
pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina atau Bahasa Melayu yang ada
kaitan dengan kajian anda. Ini mungkin kerana kajian-kajian yang merujuk kepada
Bahasa Malaysia adalah terhad.
BUAT RUMUSAN TENTANG KAJIAN-KAJIAN INI DAN KAITKAN
DENGAN SOALAN-SOALAN KAJIAN

Bab 3 METODOLOGI 9 - 10 halaman [15%]


Dalam Bab ini, anda menerangkan bagaimana anda menjalankan penyelidikan anda.

TUGASAN EPP 442

Sampel jelaskan siapakah yang dikaji, bilangan murid yang terlibat,


bagaimana anda memilih murid yang dikaji, latar belakang murid yang dikaji
(tahap akademik, jantina, peringkat sosioekonomi, tempat tinggal mereka,
pekerjaan ibu bapa dan seterusnya).

Kaedah Penyelidikan sekiranya anda memilih kaedah eksperimental atau


kaedah kajian tindakan, jelaskan bagaimana anda menggunakan sesuatu
kaedah yang dipilih.

Kaedah Pengumpulan Data jelaskan teknik yang digunakan untuk


mengumpulkan data.
o Contohnya, jika anda menggunakan ujian untuk mengumpul data,
nyatakan bagaimana anda menggubal ujian tersebut.
o Contohnya, jika anda mengumpul data dengan memerhati tindaktanduk murid, jelaskan bagaimana anda mengumpul maklumat
tersebut; siapakah anda memerhati, adakah anda mencatat segala yang
diperhatikan dalam buku nota.
o Contohnya, jika anda mengumpul data dengan menemu bual murid,
jelaskan bagaimana anda mengumpul maklumat tersebut; berapa murid
yang ditemu bual, adakah anda menggunakan alat perakam; adakah
anda menggunakan senarai semak atau mencatat segala yang disebut
murid dalam buku nota.

Bab 4 ANALISIS DATA 15 - 16 halaman [30%]

Mula bab ini dengan Pengenalan yang ringkas. Nyatakan tujuan bab ini
/ 0.5 halaman

Dalam bab ini, anda dikehendaki menyampaikan penemuan yang diperolehi


daripada data yang telah dikumpul.
o Anda mungkin menyampaikan data anda dalam bentuk jadual dan
graf
o Jika anda menjalankan pemerhatian atau temu bual, data yang
sampaikan terdiri daripada frasa dan ayat. Contohnya, apa yang
dikatakan oleh murid tentang kaedah mengajar yang
diperkenalkan; pendapat murid tentang kaedah yang digunakan.

Susun Bab ini dengan mengikuti Soalan Penyelidikan yang anda telah
nyatakan dalam Bab 1

Anda boleh menulis semula soalan penyelidikan dan diikuti dengan data
(dalam bentuk jadual, graf atau perkataan) bagi menjawab soalan tersebut.

TUGASAN EPP 442

Jika anda menggunakan ujian untuk mengumpulkan data anda mungkin


menggunakan alat statistik seperti min (purata), peratusan dan sebagainya

Jika anda menggunakan kaedah pemerhatian atau temu bual untuk mengumpul
data, anda mungkin menganalisis data secara kualitatif yang merupakan
perkataan atau frasa dan memperolehi tema atau kategori.

PERHATIAN Dalam bab ini anda tidak dikehendaki memberi pendapat atau
alasan tentang dapatan yang diperolehi. Hanya melaporkan dapatan atau
penemuan yang diperolehi. Pendapat anda tentang dapatan atau penemuan
dinyatakan dalam Bab 5.

Bab 5 PERBINCANGAN 9 - 10 halaman [25%]

Ringkasan dapatan atau penemuan Nyatakan secara ringkas tujuan kajian


dan dapatan utama yang diperolehi

Kemudian anda membincang tentang dapatan atau penemuan yang diperolehi


daripada kajian anda
o Contohnya, kaedah X lebih berkesan dalam pengajaran kosa kata
mungkin disebabkan murid diberi peluang berinteraksi dan merunding
yang memperkukuhkan penguasaan maksud perkataan-perkataan.

Berikan pendapat anda mengapakah wujudnya sesuatu dapatan atau


penemuan. Anda boleh merujuk kepada pengalaman anda sebagai guru dan
beri sebab mengapa sesuatu wujud. Contohnya, jika didapati murid
perempuan mendapat markah lebih tinggi dengan menggunakan kaedah
perbincangan; bolehkah anda menjelaskan mengapa fenomena ini wujud.

Cadangan Berdasarkan dapatan atau penemuan daripada kajian yang


dijalankan, anda juga boleh memberi cadangan-cadangan untuk:
o Cara guru mengajar
o Cara guru mengurus bilik darjah
o Cara guru mendekati murid dan sebagainya.

Anda juga boleh memberi cadangan yang mempunyai implikasi terhadap


dasar, reka bentuk kurikulum (seperti pelaksanaan KSSR), kaedah pentaksiran
dan sebagainya.

Cadangan untuk Kajian Lanjutan anda juga boleh memberi cadangan tentang
kajian lanjutan yang boleh dijalankan berdasarkan kajian anda.
Rujukan Guna format APA yang dicadangkan dalam Tugasan ini. Hanya
senaraikan artikel-artikel yang anda telah merujuk dalam Bab 1 hingga 5.
Jangan senaraikan artikel yang anda tidak merujuk.

TUGASAN EPP 442

Lampiran Lampirkan hanya yang anda telah gunakan dalam kajian seperti
berikut:
Ujian serta skema jawapan
Senarai semak temu bual
Senarai semak pemerhatian
Nota-nota kerja lapangan seperti apa yang diperhatikan atau yang
diperolehi daripada temu bual
Lain-lain
Halaman Pertama

Menyiasat Keberkesanan Kaedah Sebut dan


Pandang dalam Penguasaan Kemahiran Membaca
Bahasa Melayu Tahun 1 di Sekolah Rendah
Kebangsaan Teluk Pulai, Kelang.

Zainab binti Karim


Laporan Kertas Projek

Halaman Kedua

TUGASAN EPP 442

Kandungan
Bab 1 Pengenalan ..
Bab 2 Tinjauan Literatur Berkaitan ..
Bab 3 Metodologi .
Bab 4 Analisis data ..
Bab 5 Perbincangan
Rujukan .
Lampiran

Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)


Gunakan Font Times New Roman, saiz 12
Hantar Tugasan pada Tutorial ke 3
Gunakan Muka Hadapan
Tulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman pertama.

10

TUGASAN EPP 442

Muka Hadapan

TUGASAN
SEPTEMBER 2015 SEMESTER

11

TUGASAN EPP 442

KOD KURSUS

EPP 422

NAMA KURSUS

PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

Anda mungkin juga menyukai