TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan
sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop.
Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak,
tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta
bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara
tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan
bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tanda-Tanda TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
Pencegahan
Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2
sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI
dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital
kerajaan