Anda di halaman 1dari 13

MODUL 3

2.0

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


2.1.5 PERKEMBANGAN EMOSI (7 jam)

Sinopsis

perkembangan

Unit
emosi

ini

mengandungi

maklumat

berkaitan

konsep

kanak-kanak. Sebagai seorang guru prasekolah kita

seharusnya memahami perkembangan emosi kanak-kanak bagi mengoptimumkan


perkembangan mereka selaras dengan fitrah manusia serta kesepaduan dan
keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Objektif

: Setelah mengikuti unit pembelajaran ini anda akan dapat


1.

mengenalpasti konsep dan ciri-ciri perkembangan emosi


kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kanakkanak.

2.

menerangkan tahap perkembangan emosi kanak-kanak

3.

menghuraikan cara-cara menggalakkan perkembangan


emosi kanak-kanak.

4.

membezakan IQ dan EQ.

5.

mengesan emosi dan cara membantu perkembangan


emosi kanak-kanak.

Panduan

Sila baca kandungan unit ini. Sebelum itu, cuba jawab semua

soalan ujian pra yang diberikan.

Selepas membaca kandungan modul, jawab

semula soalan ujian dan bezakan jawapan anda. Bagi memantapkan pengetahuan
dan pengalaman anda; anda dicadangkan menggunakan pendekatan pembelajaran
kendiri, pembelajaran aras kendiri dan pembelajaran akses kendiri .
Ujian Pra

Sila jawab semua soalan.

1. Apakah yang anda fahami tentang perkembangan emosi kanak-kanak?


2. Apakah tahap-tahap perkembangan emosi kanak-kanak berdasarkan teori
perkembangan sosial Erikson?
3. Bagaimanakah anda menggalakkan perkembangan emosi positif kanakkanak?
4. Nyatakan kategori Pernahkah
kecerdasan emosi
Goleman.
anda menurut
terfikir D.tentang
emosi kanakAndaikan
Cuba
anda
anda
mengalami
kaitkan
satu
kemahiran
situasi
yang
mengendalikan
memerlukan
anda
emosi
ini
Anda
mampu
menangani
emosi
anda
hari
ini?
Fikirkan
kanak?
Adakah
anda
mempertimbangkan
emosi
Cuba anda layari internet dan dapatkan
maklumat
menguruskan
dengan
emosi
kecerdasan
sendiri,
jelaskan
Interpersonal
bagaimana
yang
anda
pandangan
tokoh-tokoh
tentang
kawalan
emosi
marah!
kanak-kanak
sewaktu
berinteraksi
dengan
mereka?
Kejayaan
individu
bergantung
kepada
IQdikemukakan
dan
bukan
Rehatkan
minda
anda.
Bayangkan
perkara
yang
berkaitan
konsep-konsep
emosi
serta
Rajah
1
menanganinya.?
oleh
Gardner.
EQ
seseorang.
Bincangkan!
menenangkan
emosi
anda!
perkembangan
emosi.

MODUL 3
2.0 PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
2.1.6 : PERKEMBANGAN SOSIAL

Sinopsis :

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan konsep perkembangan sosial


kanak-kanak.

Sebagai seorang guru prasekolah kita seharusnya

memahami perkembangan sosial kanak-kanak bagi mewujudkan situasi


pembelajaran yang selesa di samping memberi peluang kepada kanakkanak prasekolah untuk

Objektif

Setelah mengikuti unit pembelajaran ini anda akan dapat


1. memahami konsep perkembangan sosial kanak-kanak.
2. mengetahui peranan guru untuk mengawal tingkah laku prososial
3. menganalisis tingkah laku prososial.
4. menerangkan pelbagai kecekapan sosial.
5. menjelaskan teori Erikson dan implikasinya dalam perkembangan
sosial kanak-kanak.

Panduan

Sila baca kandungan unit ini. Sebelum itu, cuba jawab semua soalan
ujian pra yang diberikan. Selepas membaca kandungannya, jawab
semula soalan ujian dan bezakan jawapan anda.

Ujian Pra

Sila jawab semua soalan.

1.

Apakah yang anda fahami tentang konsep sosialisasi?

2.

Pada tahap perkembangan yang manakah kanak-kanak sentiasa dalam keadaan


ketidakpercayaan?

3.

Apakah strategi pembelajaran yang sesuai untuk mengajar mengenai bangsa


dan budaya?

2.1.6 PERKEMBANGAN SOSIAL

Pendidikan

prasekolah

memberi

ruang

kepada

berinteraksi

dengan

persekitaran

sosial

yang

kanak-kanak

sihat

dan

untuk

terancang.

Perkembangan sosial penting pada peringkat ini kerana perkembangan ini


menjadi asas pembelajaran sebagaimana yang diutarakan oleh Bandura
dalam teori perkembangan sosial.
2.1.6.1 KONSEP SOSIALISASI
Perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berinteraksi dengan
kanak-kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.
Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam
sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan
modeling.
i ) Peniruan
Social Cognitive Theory examines the processes involved as
people learn from observing others and gradually acquire control
over their own behaviour
( Bandura 1986, 1997 )
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.
Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak.
Melalui proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea
bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya.
Menurut Teori Pembelajaran Peniruan Bandura, terdapat beberapa cara
peniruan ; iaitu ;

Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung

Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain.

Peniruan berlaku secara langsung dan secara tak langsung. Bandura (1986)
mengemukakan 4 unsur penting;

Attention ( Tumpuan/pemerhatian )
Retention (penyimpanan)
Reproduction ( mengingat/mengeluarkan )
Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )

Rujuk laman web http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html


Untuk maklumat tambahan.

Bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaran


yang mengaplikasi aspek peniruan dalam pembelajaran.
ii) Model

Model tingkah laku dan sikap yang diingini


Jadikan rakan sebaya murid sebagai model
Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada orang lain
Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model kepada
yang lain
Guna teknik think aloud
Guna peneguhan vicarious
Galakan disiplin arahan kendiri murid
Bincangkan bagaimana media massa elektronik mempengaruhi
perkembangan social kanak-kanak.

2.1.6.2 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIKSON


Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan social kanakkanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia
mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung
kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak
berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai
konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanakkanak.

Tahap-tahap Perkembangan Kanak-kanak berdasarkan Teori Erikson;


i ) Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)
-

Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman

Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain

Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan


orang lain

Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi


masalah dalam hidup

Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya.


Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud
sekiranya

bayi

tersebut

mendapat

penjagaan

yang

baik

dari

penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak


mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan
tidak

percaya

pada

tahap

ini.

Cara

penjagaan

bayi

akan

mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

ii )Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln 3 thn )

Konsep diri mula bertambah nyata

Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan
orang lain

Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat

Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan

Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan diri

Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin

Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu

Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini
dipuji dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang
hendak dielakkan

Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau


didorong

Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan


sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka
dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan
permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanakkanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu
kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu

tugasan.
iii)Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn)

Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar


inisiatif

Dapat belajar dan bergerak dengan cepat

Lebih peka kepada perkara betul dan salah

Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap


positif.

Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri

Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif

Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran.


Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang
tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh
orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh
kerana

akan

menyebabkan

kanak-kanak

hilang

inisiatif,

suka

menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam


persekolahan.

Jelaskan bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak


mereka membentuk persekitaran social yang kondusif untuk
perkembangan kanak-kanak.

2.1.6.3 PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL

Baru lahir : Melihat wajah ibunya dengan penuh minat

6 minggu 3 bulan: Bayi mula senyum bila bercakap-cakap dengannya

4-5 bulan: Ketawa, main cak-cak, bermain dengan kakinya.


Akan mengeluarkan bunyi tertentu untuk menarik perhatian orang.

5-6 bulan: Membawa semua benda ke mulut

10-11 bulan: Melambai-lambai. Mula mengecam orang yang tidak


dikenalinya.

11-12 bulan: Akan cuba memberi sesuatu ditangannya apabila diminta

Menunjukkan dengan jari telunjuk apa yang dikehendakinya.

12-15 bulan: minum dengan cawan.

15-18 bulan: Meniru kerja-kerja rumah dan melakukan arahan-arahan


yang mudah. Mempelajari persekitaran dengan penuh minat.

Dari 24 bulan: Memberitahu untuk ke tandas

3-4 tahun: Mula untuk berkongsi permainan, menggosok gigi, imaginative


play

5-6 tahun : Suka memerhati orang bermain, sayangkan keluarga,


- membentuk perasaan terhadap alam sekitar
- mempunyai perasaan terhadap orang lain.
- Lebih selesa berinteraksi dengan rakan seusia

Pernahkah anda terfikir bahawa perkembangan kanakkanak turut dipengaruhi oleh jantina. Sebagai seorang
guru anda seharusnya memberi peluang yang sama
kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.
2.1.6.4 GARIS PANDUAN PENGAJARAN BUKAN BERASASKAN JANTINA

Tidak membezakan jantina dari segi :

i.

Layanan tidak boleh memberi layanan istimewa berasaskan


gender. Kanak-kanak perlu dilayan sama rata/adil.

ii.

Aktiviti P&P- semua kanak-kanak

menjalankan semua aktiviti

yang sama contohnya pelajar lelaki juga dibenarkan bermain


patung atau pondok-pondok. Pelajar perempuan juga dibenarkan
membuat aktiviti lasak seperti berrmain bola, mengayuh basikal,
bermain bola, mengayuh basikal, berlari dan sebagainya.
iii.

Penilaian mereka perlu melalui proses penilaian yang sama


dan dinilai dengan adil tanpa prejudis jantina.

iv.

Penerimaan kanak-kanak perlu diterima seadanya tanpa


mengira perbezaan jantina.

v.

Peluang mereka diberi peluang yang sama untuk melibatkan


diri dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran .

Rajah
Kanak-Kanak lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna.

2.1.6.5
BUDAYA

GARIS PANDUAN PENGAJARAN MENGENAI BANGSA DAN


i.

Guru mesti mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai


semua bangsa yang terdapat dalam kelasnya dengan mengkaji
tentang sejarah dan budaya bangsa

ii.

Berhati-hati terhadap sikap , kelakuan dan penyataan anda


mengenai bangsa di dalam kelas contoh bising macam keling
karam

iii.

Gambar-gambar yang didapati


menggambarkan perpaduan kaum

iv.

Elakkan prejudis semasa memilih bahan-bahan pengajaran

v.

Gunakan bahan-bahan bercetak filem, video sebagai bahan


tambahan buku teks untuk meransang perpaduan

vi.

Kaji khazanah dan kebudayaan bangsa anda sendiri untuk dikongsi


dalam kelas supaya pelajar berminat untuk membuat benda yang
sama. Semakin mendalam pengetahuan kita sesuatu bangsa
semakin kurang prejudis sesuatu bangsa tersebut.

vii.

Gunakan teknik pembelajaran koperatif dan kumpulan untuk


menggalakkan perpaduan

viii.

Pastikan pasukan, persatuan dan aktiviti merangsang perpaduan


kaum

di

dalam

kelas

mestilah

Kanak-kanak di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.


Bagaimanakah pendidikan prasekolah dapat memupuk
intergrasi kaum di samping mengekalkan budaya dan tradisi
masing-masing?

2.1.6.6 TINGKAH LAKU PROSOSIAL


i ) Konsep

Mengikut ahli psikologi kognitif tingkahlaku prososial bergantung kepada


perkembangan kefahaman terhadap diri dan orang lain serta kebolehan untuk
memahami emosi orang lain. Shantz ( 1975 ) menyatakan sebagai kebolehan
kanak-kanak memahami orang lain. Kanak-kanak prasekolah menghadapi
kesukaran memahami emosi dan kehendak orang lain sehinggalah ia mencapai
tahap operasi konkrit

pada usia 6 tahun dan dapat mengatasi egosentrik

mereka.
ii )Jenis-jenis tingkah laku
Menurut Sandra Anselmo , terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu
kerjasama dan pengorbanan.
a ) Kerjasama Bronfenbrenner ( 1970 ) menyatakan kerjasama
menggalakkan pemikiran

kita.

Manakala

persaingan

menggalakkan pemikiran saya .


b ) Pengorbanan Iaitu tingkah laku yang menguntungkan orang lain
bukan pihak yang melakukan tindakan.

2.1.6.7 KEPEKAAN TERHADAP KANAK-KANAK KURANG UPAYA


They are all children and they all have unique needs.
First, because children with special needs are children, they
have needs shared by all children which include physical
needs for shelter, rest, and nourishment and psychological
needs to be nurtured, safe, and accepted.

Second, children with developmentl delays and disabilities


have needs that are not shared by all other children.
( Wolery, Strain & Bailey 2001 )

Kanak-kanak kurang upaya memerlukan persekitaran yang dibentuk khas


dan diubahsuai mengikut keperluan mereka bagi meminimakan kesan akibat
daripada

masalah

yang

dialami

dan

untuk

meningkatkan

proses

pembelajaran dalam pelbagai kemahiran. Mereka juga memerlukan para


profesional yang cekap dalam memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan
cekap dalam meningkatkan proses pembelajaran dan kemahiran-kemahiran
spesifik yang diperlukan oleh mereka.
i)

Kepentingan intervensi awal

Membantu para ibu bapa untuk memenuhi harapan mereka

Membantu kanak-kanak berkeperluan khas belajar untuk berinteraksi


dengan persekitaran mereka dan hidup secara berdikari

Meningkatkan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi


kognitif, motor, komunikasi, permainan, sosial, kemahiran kendiri (tandas,
pakaian, makan), keyakinan diri dan pengawalan diri.

Membentuk kemahiran sosial yang sihat sepanjang masa

Membantu kanak-kanak berkeperluan khas


mengguna dan
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang
bersesuaian

Guru perlu menggunakan strategi pengajaran normal dalam membantu


mereka menyesuaikan diri dalam kelas biasa.

Mengelak bertambahnya masalah


perkhidmatan yang khusus

ii )

atau

Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas


- Tidak memahami apa yang dilihat
- Tidak menghayati apa yang dilihat
- Lupa sebahagian benda
- Tidak boleh mengawal otot

kebergantungan

kepada

- Keliru arah
- Tingkahlaku yang tidak menentu
- Mengusik atau mencuit orang
- Tenaga yang berlebihan
- Masalah motor kasar
- Masalah tingkah laku
Kanak-kanak adalah makhluk sosial. Mereka dilahirkan di dalam dunia sosial;
setiap aspek perkembangan (fizikal, intelektual, kognitif) dipengaruhi oleh
masyarakat.

Pada mulanya kanak-kanak bergantung sepenuhnya pada

masyarakat, setelah mereka menjadi lebih sosial, mereka mempelajari


kemahiran asas dari masyarakat. Akhirnya sebagai manusia sosial yang
sejati, mereka bergantung kepada orang lain untuk menjadi ahli masyarakat
yang berguna.
National Association for the Education of Young Children,
NAEYC 1986 menyatakan guru yang baik akan menyediakan
persekitaran yang merangsang, bahan-bahan dan aktiviti
yang mencabar terhadap kanak-kanak untuk membolehkan
mereka menggunakan peluang harian mereka untuk
menggunakan motor kasar.

Rumusan
Setelah membaca modul ini anda seharusnya sudah memahami konsep
perkembangan sosial

kanak-kanak dan memahami

peranan guru untuk

menganalisis tingkah laku prososial dan memberi idea

mengawal tingkah laku

prososial. Modul ini juga menjelaskan aspek kecekapan sosial dan perkembangan
sosial berdasarkan teori Erikson dan implikasinya dalam perkembangan sosial
kanak-kanak.

RUJUKAN

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias ( 2003 ). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan

Mohamad Daud Hamzah ( 1994 ). Perkembangan Kanak-kanak dan


Pembelajaran
Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohamad Sharani Ahmad
(2004 ). Panduan Kurikulum Prasekolah
Dr. Abdul Salam Muhammad Sukri ( 2004 ). Panduan Mengajar Akidah Kepada
kanak-kanak
Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah ( 2003 ). Panduan Pendidikan
Prasekolah
Mohd Amin H.A. Sharif ( 1998 ). Perkembangan Kanak-kanak
Dato Dr. Hassan Hj. Mohd Ali ( 1999 ). Panduan Mendidik Kanak-kanak
Prasekolah
Anita E. Woolfolk. The Ohio State University. Educational Psycology.
Sandra Anselemo, Wanda Franza. Prenatal Through Age Bright 2 nd Editions
Colombus, Ohio. Early Childhood Development.