Anda di halaman 1dari 1

Nama: Nor Aizati binti Dawi

Unit: PISMP Prasekolah

Tajuk 8: Perkembangan Kemahiran Profesional Guru dan Pembelajaran Sepanjang Hayat


termasuk pelan pembelajaran peribadi, budaya membaca, budaya menyelidik, budaya
pemikiran reflektif (penulisan jurnal reflektif, pengurusan portfolio). Secara individu,
bincangkan apa anda telah laksanakan dalam 4 perkara tersebut dan perincikan
keberkesanan setiap satu dalam menjadikan anda sebagai guru produk PISMP
PRASEKOLAH.

Imam Syafie, seorang tokoh Islam menyatakan, Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar,
maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. Manakala, Basil Yeaxlee dan Edward
Lindman (1926) pula menegaskan bahawa pendidikan merupakan aspek yang berterusan
dalam kehidupan seharian manusia. Kedua-dua pendapat yang ringkas ini menjelaskan kepada
kita peri pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan dan sifatnya yang berterusan sehingga
akhir hayat. Oleh hal yang demikian, setiap individu perlu sedar akan kepentingan ilmu kepada
diri masing-masing.
Sebagai seorang pendidik, kita seringkali dianggap sebagai individu yang menguasai
semua ilmu biarpun ilmu tersebut bukan di dalam bidang kita. Keadaan ini menuntut kita supaya
sentiasa mempersiapkan diri iaitu dengan memperluaskan bidang ilmu yang ada dan bukannya
hanya tertumpu dalam mata pelajaran yang diajar sahaja. Dalam pembelajaran sepanjang
hayat ditekankan empat perkara yang perlu ada iaitu pelan pembelajaran peribadi, budaya
membaca, budaya menyelidik dan amalan reflektif.
Gaya pembelajaran dan amalan pendidikan di IPG sememangnya tertumpu kepada
latihan ke arah membentuk seorang guru yang berkualiti. Oleh itu, secara tidak langsung aktiviti
ataupun

program

yang

direncanakan

sememangnya

mempunyai

matlamat

ke

arah

pembentukan peribadi seorang guru. Menyentuh berkaitan pelan pembelajaran peribadi,


tempoh pengajian selama 5 tahun setengah ini memberikan banyak ilmu dan pengalaman
kepada saya sebagai persediaan menjadi seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai