Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROJEK

PENAMBAHBAIKAN DAN PRASARANA SURAU BARU


SMK PERTANG

DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA PRASARANA SURAU
SMK PERTANG

KERTAS KERJA PROJEK PENAMBAHBAIKAN DAN PRASARANA SURAU BARU


SMK PERTANG

1.0 Pengenalan
Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang merupakan sebuah sekolah harian biasa di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai kemudahan fizikal dan
infrastruktur disediakan termasuk sebuah surau kecil yang diberi nama Surau AlFalah. Surau ini mengalami perubahan pada akhir tahun 2014 dengan terbinanya
surau baharu dan menjadi mercu tanda baru bagi SMK Pertang. Perbinaan surau ini
telah siap namun terdapat beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi. Di
atas keprihatinan semua, pihak sekolah telah mencadangkan untuk memohon
sumbangan bagi surau ini agar mampu digunakan sepenuhnya setelah prasarana
yang tiada dapat dilengkapi dan dipertingkatkan. Maka besar harapan semua warga
perkara ini dapat digarap bersama-sama secara mampan dan proaktif untuk
merealisasikan impian semua warga SMK Pertang.
Diharapkan surau yang lengkap dengan prasarana ini akan dapat berfungsi sebagai
pelengkap kepada pendidikan menyeluruh di SMK Pertang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan selain menjadi pusat ibadat secara khusus.
2.0 Rasional
Kelengkapan yang masih belum sempurna menghadkan aktiviti yang telah
dirancang dilaksanakan mengikut perancangan yang dilakukan. Selain itu, ruang
yang kurang selesa bagi menjalankan program keagamaan sekolah seperti bacaan
yasin, ceramah bulanan dan sebagainya. Memartabatkan SMK Pertang sebagai
sebuah sekolah yang menjadikan surau sebagai mercu tanda baru dan
mengembangkan syiar Islam dikalangan warga sekolah.
3.0 Objektif
3.1 Menjalankan aktiviti keagamaan untuk semua pelajar secara serentak.
3.2 Memberi keselesaan kepada ibu bapa dan penjaga mendirikan solat serta
program perdana sekolah
bersama ibu bapa seperti bacaan yasin dan solat hajat.
3.3 Menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang boleh memberi
manfaat kepada
masyarakat setempat.
4.0 Kemudahan yang diperlukan
Bil KEPERLUAN
1
2
3
4
5
6
7
8

Almari dan kabinet wanita


Kabinet kitab dan PA Sistem
Besi pembahagi antara jemaah lelaki dan
perempuan
Rehal al-Quran 35x20
Sejadah
Telekung wanita
Kain pelikat lelaki
Al-Quran, Surah Yasin, Tafsir AL-Quran dan Kitab

JANGKAAN BAJET
(RM)
700
500
500
500
400
400
100
1000

9.
10
.

Agama
Speaker
Kain lansir dan tabir

400
500
JUMLAH

5000

5.0 Harapan
Adalah diharapkan cadangan penambahbaikan surau baharu ini akan dapat
dilaksanakan demi membina generasi pelajar yang seimbang dari segi rohani dan
intelek serta mampu memartabatkan agama Islam yang tercinta.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(SAMSUL FUAD BIN SITU)


Guru dan Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Pertang.