Anda di halaman 1dari 3

Jadikan sukan amalan hidup seharian

ABDUL RAZAK IDRIS | 10 Oktober 2015 6:15 PM

GALAKKAN anak-anak untuk melakukan pelbagai aktiviti sukan di padang-padang awam dan jangan
disekat mereka dengan mengenakan kadar bayaran sewa yang tidak munasabah. GAMBAR HIASAN

SEORANG ahli sukan veteran yang pernah memenangi pingat


Sukan SEAP ketika ditemui penulis pada satu pagi di sekitar Shah
Alam baru-baru ini berkata, sekali beliau menjadi ahli sukan
sehingga ke hujung nyawa, mulut dan fikiran akan bercerita dan
berfikir tentang sukan.
Dalam usia 79 tahun, Pak Shaharudin Jaffar yang tinggal di Seksyen 8 itu
kelihatan rancak membicarakan tentang dunia sukan negara yang
semakin hilang auranya disebabkan kemerosotan beberapa sukan yang
pernah mengecap kejayaan hingga ke Sukan Olimpik dan peringkat Asia.
Namun pada pertemuan tersebut Shaharudin berkata, sukan sepatutnya
menjadi sebahagian agenda kehidupan yang perlu menjadi aktiviti
seharian bukan sekadar suka-suka dan melepaskan batok di tangga.
Sukan pada dirinya yang dahulunya ialah jaguh lumba basikal negara,
perlu dijadikan kewajipan dalam hidup sebagaimana kita melaksanakan
amal dan ibadah.
Jika sukan dijadikan amalan, maka hasrat mewujudkan satu murid satu
sukan akan lebih berjaya di negara ini. Hari ini, padang-padang awam

sudah berkurangan disebabkan himpitan pembangunan, kalau ada pun


padang, ia kosong tanpa sebarang aktiviti.
Tidak kira di waktu jerebu mahupun pada hari-hari biasa. Sepatutnya
padang-padang sedia ada di sekolah dijadikan medan untuk anak-anak
kita ditemani ibu bapa untuk bersenam dan mengadakan aktiviti sukan.
Kata Shaharudin lagi, biarlah padang dipenuhi anak-anak kita berlumba
lari jarak dekat dan bermain bola jangan disekat mereka dengan bayaran
sewa padang yang tidak munasabah.
Sempena Hari Sukan Negara hari ini, sewajarnya sukan dijadikan aktiviti
hari-hari bukannya terhad pada tarikh tersebut semata-mata. Bersukan
bukanlah aktiviti yang asing bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam alQuran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan
fizikal bagi menghadapi musuh-musuh Allah.
Selain itu, terdapat hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim
bahawa Allah lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang
lemah. Malah terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan ibu
bapa mengajar anak-anak mereka berenang, memanah dan menunggang
kuda. Islam pada hakikatnya sangat menitik beratkan pembentukan
jasmani yang sihat sejak kecil lagi.
Justeru, bersukan amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Walau
bagaimanapun, terdapat syarat-syarat tertentu yang digariskan oleh Islam
supaya tidak melanggar batas-batas syarak ketika bersukan.
Pertama, setiap perbuatan yang dilakukan hendaklah diniatkan ikhlas
kerana Allah demi menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah.
Selain itu, aktiviti sukan yang diadakan tidak boleh melibatkan
percampuran antara lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan batasan
aurat yang perlu dijaga antara mereka melalui cara pemakaian yang
sesuai dan pergaulan.
Malangnya, kebelakangan ini umat Islam yang terdiri daripada golongan
atlet mahupun orang awam sendiri tidak menghayati dan mempraktikkan
nilai-nilai Islam ketika bersukan. Sebagai contoh mereka masih
mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat. Sesungguhnya bersukan
itu bukanlah perkara yang salah kerana membantu menyihatkan tubuh.
Kita pun biasa mendengar lagu di corong radio yang asyik membicarakan
tentang sakit cinta, sedangkan jarang lagu cinta yang mengandungi
saranan agar kita menjadi sihat mahupun menyebut perkataan sihat
dilagukan.
Oleh itu, jadikan sukan sebagai kewajipan kita kerana ia memberi banyak
manfaat dalam segala aspek kehidupan. Hanya orang sihat badannya
akan berfikiran positif di dalam kehidupan. Hanya orang sihat dan rajin
bersukan mampu lebih empati dengan masalah orang lain dengan minda
sedar dan fizikal yang cergas sepanjang masa.

Selamat bersukan setiap hari sepanjang usia kita kerana satu hari tanpa
sukan mungkin membuka ruang penyakit datang menyapa diri.
Berubahlah. Jangan sampai sukan diwajibkan. Hari-hari sukan bukan
sehari sahaja.

http://www.utusan.com.my/rencana/jadikan-sukan-amalan-hidup-seharian1.144821

Anda mungkin juga menyukai