Anda di halaman 1dari 4

VegasTips#4 Crop Technique

Posted in Tech by Hafiz Adam on 11 January 2011 Tags: crop, vegas


Object 1

Object 2

Tips ketiga dalam tempoh 2 hari. Sesi ini saya akan berkongsi satu teknik yang simple, tapi banyak
kegunaan. Antaranya:
Sekiranya anda merakam dengan FullHD 19201080 dan ingin menghasilkan video HD
1280720 (yang berdimensi lebih kecil), anda boleh gunakan teknik ini untuk fokus pada
bahagian tertentu sahaja dan membuang bahagian yang agak tidak penting.
Membuang Pillarbox yang terhasil akibat rakaman 4:3
Saya akan fokus pada 2 tujuan ini, walaupun sebenarnya teknik ini boleh digunakan untuk banyak lagi
tujuan lain.

Teknik Asas
1. Setelah memasukkan footage ke dalam timeline, klik butang Event Pan/Crop.

2. Anda akan memperoleh paparan seperti ini.

3. Tukar dimension Width/Height mengikut dimension projek (1280720) dan klik butang Lock
Aspect Ratio supaya ON.

4. Kemudian Drag ruang di sebelah kanan ke tempat yang anda suka. Anda juga boleh Resize/Rotate
sesuka hati kerana Aspect Ratio telah di-Lock tadi.

5. Ini adalah hasil terakhir. Nampak lebih fokus pada calon yang kalah. Wakaka.

Teknik Membuang Pillarbox


Pillarbox adalah lawan kepada Letterbox. Letterbox adalah ruang hitam atas bawah manakala
Pillarbox ruang hitam kiri kanan. Biasanya terjadi apabila kita merakam dengan ratio 4:3 dan ingin
edit dalam Widescreen. Sering terjadi apabila pihak perempuan yang rakam
Maaf tiada gambar dalam Wiki untuk rujukan tapi saya sertakan dalam gambar terakhir di bawah untuk
lebih jelas.
1. Perhatikan perbezaan gambar di bawah.

Video ini direkod dengan kamera digital biasa, menggunakan ratio 4:3 malah dimension juga kecil
(320240). Maka bagaimana kita ingin crop supaya menjadi HD 1280720 Widescreen?
Untuk situasi seperti ini, ikut langkah berikut:

Pastikan butang Lock Aspect Ratio OFF


Isi ruang Width/Height dengan dimension projek (1280720).
Klik butang Lock Aspect Ratio supaya ON.
Tukar Width kepada Width asal video (320). Height akan turut bertukar kerana Aspect Ratio
telah di-Lock.

2. Hasil yang telah siap. Tiada lagi Pillarbox. Nampak lebih kemas dan tidak mencacatkan rupa
persembahan.

Nota: Video akan jadi pecah kerana kita sebenarnya membesarkan 320240 kepada 1280720 tapi
kalau ditayangkan di skrin, manusia takkan prasan LOL

Tambahan:
Teknik crop ini juga sebenarnya boleh diaplikasikan kepada Image di saat kemalasan mengedit Image
tersebut dalam Adobe Photoshop.
Selain itu, anda juga boleh menganimasikan video seolah-olah video tersebut dirakam bergerak dari
kiri ke kanan. Sila try dan error.
Terima kasih dan nantikan sesi seterusnya yang entah bila kerana saya sudah tiada idea haha.