Anda di halaman 1dari 8

ANALISIS ITEM

Pendahuluan
Perkara biasa yang dibuat selepas pentadbiran sesuatu ujian ialah pemarkahan,
perbincangan dan memberi gred. Walaupun terdapat perkara yang juga penting iaitu
penganalisisan soalan selepas markah diberi. Namun ada juga yang menganalisis
soalan yang diberi tetapi lebih kepada pendapat terhadap kesesuaian soalan tersebut
tanpa menggunakan kaedah analisis yang betul.
Persoalan timbul adakan soalan yang diberikan kepada pelajar merupakan soalan
yang sepatutnya atau sekadar soalan yang lepas tangan. Perkara ini penting kerana
jika pelajar menghadapi ujian yang sah dan boleh dipercayai, barulah gambaran yang
sebenar tentang pencapaian atau kemajuan pelajar boleh didapati.

Tujuan analisis item dilakukan adalah untuk mengenal pasti item yang baik dan item
yang tidak baik dalam sesuatu soalan dan untuk mengenal pasti pengetahuan atau
kemahiran yang telah atau belum dikuasai oleh pelajar. Usaha menganalisis dan
mentafsir soalan selepas pemarkahan ini akan membolehkan guru didedahkan
dengan kekuatan dan kelemahan soalan-soalan yang disediakannya. Guru boleh
membaiki, menokok tambah atau mengubah suai soalan-soalan jika perlu.

Indeks Kesukaran
Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu
sukar, sederhana atau terlalu mudah (Mok, 1995: 129). Formula untuk menghitung
nilai indeks kesukaran adalah seperti berikut:
, =

bilangan calon yang menjawab betul


Jumlah calon yang menjawab item tersebut

NT N R
N
NT = Bilangan calon kumpulan skor tinggi yang menjawab betul
NR = Bilangan calon kumpulan skor rendah yang menjawab betul

N = Jumlah calon kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor rendah


Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran
item/soalan itu dapat dibuat berdasarkan Jadual 1 seperti di bawah:
Indeks Kesukaran (I.K.)
I.K. < 0.3
0.3 < I.K. < 0.8
I.K. 0.8

Pentafsiran item/soalan

Keputusan

Terlalu sukar

Ubahsuai

Sederhana

Terima

Terlalu mudah

Ubahsuai

Jadual 1: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Kesukaran (Mok, 1995)

Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada
kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Dengan perkataan lain,
Indeks diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu
membezakan pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan yang lemah dan
seterusnya sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar (Azman
Wan Chik, 1982:137).
Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi
ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga
pelajar yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu senang
sehingga pelajar yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul.
Formula berikut digunakan untuk mengira nilai indeks diskriminasi:

NT N R
1
N
2

NT = Bilangan calon kumpulan skor tinggi yang menjawab betul


NR = Bilangan calon kumpulan skor rendah yang menjawab betul
N = Jumlah calon kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor rendah

Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita
menentukan sama ada item/soalan yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak. Jadual
berikut memberi satu kaedah umum untuk membolehkan kita mentafsir soalan yang
dikaji.
Jadual 2: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi (Mok, 1995)
Indeks Diskriminasi

Pentafsiran item/soalan

Keputusan

(I.D.)
I.D. 0.4
0.2 I.D. < 0.4

Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima


Diskriminasi

positif

yang Ubahsuai item/soalan

positif

yang Tulis

Sederhana
0 I.D. < 0.2

Diskriminasi
rendah

I.D. < 0

item/soalan

semula

Diskriminasi negatif, prestasi Item/soalan itu buruk


kumpulan rendah lebih baik dan harus dibuang
daripada kumpulan tinggi

Ujian subjek sains tingkatan 1


20 soalan objektif sains tingkatan 1 dari bab 2 dan 3 diberikan kepada seramai 20
orang pelajar tingkatan 3. Pelajar terlebih dahulu diberitahu akan menghadapi ujian ini
seminggu lebih awal bagi memastikan pelajar bersedia terhadap ujian ini.
Proses penentuan I.K dan I.D untuk 20 soalan objektif:
Langkah pertama:
Mengenalpasti kelas yang mengambil ujian. Sebanyak 20 skrip jawapan diberikan
kepada pelajar-pelajar kelas 3 Arif. Dalam kelas ini terdapat pelajar yang mendapat
cemerlang sains dalam Penilaian Tingkatan 3 (PT3) dan ada juga yang gagal. Selepas
ujian dilakukan, jelas terbukti terdapat pelajar yang cemerlang dan pelajar yang tidak
berjaya
Langkah kedua:
Menyusun skrip jawapan dari skor tertinggi kepada skor terendah.
Langkah ketiga:

Catatkan prestasi pelajar untuk setiap soalan isi tempat kosong (soalan 1 hingga
soalan 20) dalam jadual seperti di bawah. Didapati tiada seorang yang betul untuk
kesemua 20 soalan dan pelajar yang terlemah menjawab betul untuk lima soalan
sahaja.
Langkah keempat:
Menentukan bilangan pelajar bagi kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. 25%
daripada20 skrip jawapan yang mempunyai markah tertinggi bersamaan dengan 5
pelajar mewakili kumpulan tinggi manakala 25% daripada 20 skrip jawapan yang
mempunyai markah terendah bersamaan dengan 5 pelajar mewakili kumpulan rendah.
Yang selebihnya 10 orang dimasukkan dalam kategori kumpulan sederhana.
Langkah kelima:
Menjumlahkan bilangan jawapan betul untuk kumpulan tinggi, diekori dengan
menjumlahkan bilangan jawapan betul untuk kumpulan rendah bagi setiap soalan dan
masukkan angka-angka yang diperolehi ke dalam formula I.D. dan I.K. seperti jadual
3 DI BAWAH:

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

16

14

14

13

12

11

10

10

10

10

10

11

10

12

10

13

14

15

16

17

18

19

T
20
JUMLAH JAWAPAN
BETUL

14

15

10

16

11

13

12

11

10

16

10

12

NT

Tinggi
Sederhana

SKOR

Rendah

ITEM

NAMA
PELAJAR

BIL

NR
INDEKS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI

0.2

0.4

0.6

0.8

0.4

0.4

0.7

0.5

0.7

0.6

0.7

0.4

0.8

0.4

0.1

0.5

0.6

0.4

0.4

0.4

-0.4

0.4

0.8

0.2

0.6

0.6

0.4

0.6

0.4

0.8

0.2

0.6

0.8

0.4

Jadual 3
Langkah keenam:
Penganalisaan dan pentafsiran soalan dilakukan seperti jadual 4 di bawah.
Soalan
1

IK
0.2

Pentafsiran
Terlalu
sukar

Cadangan
Ubahsuai

ID
0.4

Pentafsiran

Cadangan

Diskriminasi positif yang tinggi

Amat sesuai diterima


Tulis item/soalan
semula

0.4

Sederhana

Terima

Diskriminasi positif yang


rendah

0.6

Sederhana

Terima

Diskriminasi positif yang


rendah

Tulis item/soalan
semula
Item/soalan itu buruk
dan harus dibuang
Amat sesuai diterima
Tulis item/soalan
semula
Amat sesuai diterima
Ubahsuai
item/soalan
Amat sesuai diterima
Amat sesuai diterima
Amat sesuai diterima
Amat sesuai diterima

4
5

0.8
0.4

6
7

1
0.4

Terlalu
mudah
Sederhana
Terlalu
mudah
Sederhana

8
9
10
11
12

0.7
0.5
0.7
0.6
0.7

Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana

13

Ubahsuai
Terima

0.4
0.4

Ubahsuai
Terima

0
0.8

Diskriminasi negatif, prestasi


kumpulan rendah lebih baik
daripada kumpulan tinggi
Diskriminasi positif yang tinggi
Diskriminasi positif yang
rendah
Diskriminasi positif yang tinggi

Terima
Terima
Terima
Terima
Terima

0.2
0.6
0.6
0.4
0.6

Diskriminasi positif
Sederhana
Diskriminasi positif
Diskriminasi positif
Diskriminasi positif
Diskriminasi positif

yang tinggi
yang tinggi
yang tinggi
yang tinggi

soalan diterima
dengan sedikit
pengubahsuaian
soalan diterima
dengan sedikit
pengubahsuaian

soalan yang lemah


baik
soalan yang lemah
baik
soalan diterima
dengan sedikit
pengubahsuaian
baik
baik
baik
baik

Diskriminasi positif yang


rendah

Tulis item/soalan
semula

soalan diterima
dengan sedikit
pengubahsuaian
mudah tetapi boleh
diterima
baik

0.4

Sederhana

Terima

0.8
0.4

Terlalu
mudah
Sederhana

Ubahsuai
Terima

0.4
0.8

Diskriminasi positif yang tinggi


Diskriminasi positif yang tinggi

Amat sesuai diterima


Amat sesuai diterima

16
17

0.1
0.5

Terlalu
sukar
Sederhana

Ubahsuai
Terima

0.2
0.6

Diskriminasi negatif, prestasi


kumpulan rendah lebih baik
daripada kumpulan tinggi
Diskriminasi positif yang tinggi

Item/soalan itu buruk


dan harus dibuang
Amat sesuai diterima

18
19
20

0.6
0.4
0.4

Sederhana
Sederhana
Sederhana

Terima
Terima
Terima

0
0.8
0.4

Diskriminasi positif yang


rendah
Diskriminasi positif yang tinggi
Diskriminasi positif yang tinggi

Tulis item/soalan
semula
Amat sesuai diterima
Amat sesuai diterima

14
15

yang

Analisa
sukar tetapi boleh
diterima

soalan yang lemah


baik
soalan diterima
dengan sedikit
pengubahsuaian
baik
baik

Jadual 4
Pada keseluruhannya, keputusan analisis yang diperolehi amat menggalakkan.
Keputusan analisis menunjukkan 10 daripada 20 soalan objektif yang dibina mencapai
tahap baik iaitu nilai I.K. nya sederhana dan nilai I.D.nya masing-masing mencapai
nilai diskriminasi positif yang tinggi. Soalan-soalan yang berkualiti tinggi ini ialah
Soalan 5, 7,9, 10, 11, 12, 15, 17, 19 dan soalan 20. Ini bererti soalan-soalan ini dapat

membezakan kemampuan kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan


jelasnya.

Terdapat beberapa soalan yang I.K nya sederhana dengan I.S nya masingmasing diskriminasi positif yang rendah dengan nilai 0. Soalan seperti ini sesuai
digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Antara soalan ini termasuklah soalan 2, 3,
13 dan soalan 18.

Bagi sesuatu ujian, soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh semua pelajar
atau soalan yang tidak boleh dijawab oleh semua pelajar merupakan soalan yang
lemah (Abdul Fatah, 1985). Soalan-soalan sedemikian akan menyebabkan semua
pelajar mendapat kosong atau markah penuh. Keadaan ini berlaku pada Soalan 6 di
mana hampir semua pelajar dari semua kumpulan dapat menjawabnya iaitu I.K.nya
mencapai 1.00. Ujian sedemikian tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara
pelajar, ini dibuktikan dengan nilai diskriminasinya yang mencapai 0. Dengan itu,
soalan ini merupakan soalan lemah yang harus ditulis semula kerana ia langsung tidak
dapat membezakan kumpulan cerdas daripada kumpulan lemah.

Keadaan yang hampir sama berlaku pada Soalan 8 di mana 55% daripada 20
orang pelajar (I.D.=0.7) dapat menjawabnya dan nilai indeks diskriminasinya hanya
mencapai 0.2. Satu soalan di mana setiap orang mendapat markah penuh atau hampir
mendapat markah penuh adalah satu soalan yang sangat senang. Pelajar-pelajar
telah dihalang dari menunjukkan pencapaian sebenar mereka.

Bagi Soalan 1, I.D.nya hanya mencapai 0.2, ini bererti soalan ini agak sukar
walaupun untuk kumpulan tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh menyimpul bahawa
soalan tersebut tidaklah lemah, tetapi cuma agak sukar sahaja.

Walaubagaimanapun terdapat soalan yang sangat mudah tetapi masih gagal


dijawab oleh pelajar pencapaian rendah. Ini dibuktikan dengan I.K nya sebanyak 0.8
dan I.D nya sebanyak 0.4 bagi soalan 14.

Dua soalan yang tidak relevan ditanya dalam skrip ini iaitu soalan 4 dan soalan
16 kerana mempunyai diskriminasi negetif. Sekiranya sesuatu soalan itu sukar dan

tidak boleh dijawab dengan betul oleh sebahagian besar pelajar-pelajar dari kumpulan
atas, maka sudah tentu ramai lagi pelajar-pelajar dari golongan bawah tidak boleh
menjawab soalan tersebut dengan betul.
Kesimpulan

Di sini kita boleh menyimpulkan bahawa semua soalan yang dibina dalam
bahagian isi tempat kosong ini mendiskriminasi secara positif iaitu soalan-soalan ini
adalah bersetuju dengan ujian tersebut kecuali soalan no 4 dan 16. Antaranya, 12
soalan mempunyai diskriminasi positif yang tinggi, 3 soalan mempunyai diskriminasi
positif yang sederhana dan 5 soalan mempunyai diskriminasi positif yang rendah.

Semasa guru mengulang kaji ujian, contohnya ujian kemajuan di dalam kelas,
jika terdapat pelajar yang memberi komen bahawa sesuatu soalan itu tidak jelas atau
amat sukar, maka guru berkenaan haruslah membuat semakan dengan menggunakan
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk membuktikan sama ada komen itu
berasas atau tidak. Walaupun usaha untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi mengambil masa yang banyak, tetapi ia amat penting untuk seseorang
guru membaiki kualiti ujiannya pada masa akan datang.

Usaha menganalisis dan mentafsirkan item/soalan walaupun memakan masa,


tetapi ia amat perlu dijalankan kerana dapatannya akan memberi manfaat yang tidak
terhingga khasnya kepada penyedia soalan, amnya kepada pelajar. Perolehan indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti
ujian dari segi keberkesanan, tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan
serta kebolehpercayaan sesuatu ujian dan pencapaian pelajar yang sebenar dapat
diketahui.
Rujukan:
Abdul Fatah Abdul Malek. (1985). Pengukuran Pendidikan Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise

Low Hiang Loon (2004). Pentadbiran Ujian- Penganalisisan dan Pentafsiran Soalan
Selepas Pemarkahan: Universiti Teknologi MARA
Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 Penilaian Dalam Proses Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai