Anda di halaman 1dari 6

4

Lampiran 02
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
KERJA KURSUS PENDEK(100%)
TAJUK PROGRAM:
KDC-DPLI-SABK

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS:


EDSM2204: PEDAGOGI

SEMESTER : 1
( AMBILAN NOVEMBER 2014)

TARIKH MULA

15 NOVEMBER 2015

TARIKH HANTAR

30 NOVEMBER 2015

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:


1. Menjelaskan pengertian, prinsip pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai jenis model
pengajaran( 1.1.6.1,6.3);
2. Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran(2.2, 2.3, 6.3);
3. Melaksanakan asas pengajaran mikro (2.2, 2.3,5.3,6.4,7.2) ;
4. Berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif (1.1,2.1,1.6,5.2);
5. Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah di bilik darjah.(1.1,1.4,6.1,6.2, 7.4).
Projek ini menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4 dan 5
OBJEKTIF PROJEK:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menghasilkan penulisan dengan idea-idea yang bernas dan pemikiran yang kiritis.
2. Melatih pelajar menulis secara ilmiah dengan membuat rujukan daripada sumber-sumber yang
berwibawa.

5
Lampiran 02
TUGASAN 1: PEDAGOGI (Wajaran 80 %)
A. SOALAN TUGASAN:
Tuliskan sebuah esei pendek berdasarkan salah satu daripada tajuk-tajuk berikut:
Soalan 1
a.Dengan menggunakan peta minda, terangkan empat teori pembelajaran yang diketengahkan oleh
Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioural, Model Sosial dan Model Personal
b.Bincangkan bagaimana keempat-empat pendekatan teori pengajaran tersebut dapat diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Soalan 2
a.Anda dikehendaki menemubual seorang guru yang berpengalaman di sekolah anda tentang amalan
pengajaran terbaiknya. Laporkan temubual anda itu selengkapnya.
Soalan 3
a. Jelaskan tentang konsep pengurusan bilik darjah
b. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan disiplin bilik darjah anda di sekolah anda.
Soalan 4
a.Dengan menggunakan peta minda, terangkan sebuah model komunikasi
b.Bincangkan halangan dan gangguan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran
anda di sekolah
Soalan 5
a.Huraikan kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam pengajaran mikro.
b.Sediakan sebuah RPH yang lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran anda
selama 1 jam pengajaran dengan menggabungkan beberapa kemahiran yang terdapat dalam
pengajaran mikro.
Soalan 6
a.Huraikan prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran.
b.Pada pendapat anda sejauh manakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia.
Prosedur Tugasan 1:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Hasil kerja adalah secara INDIVIDU


Panjang esei anda adalah lebih kurang 1500 patah perkataan.
Esei perlu bertaip dengan saiz font Arial 12 dan langkau 2 baris.
Tugasan berjilid (comb binding) dan disertakan softcopy.
Tugasan bercetak kertas putih bersaiz A4, berat 80 gram.
Bilangan muka surat tercetak di tengah bahagian bawah halaman kertas.
Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet yang berwibawa.
Rujukan mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association)
Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6
Lampiran 02
11. Muka hadapan kerja kursus mestilah mengandungi butir-butir berikut:
a. Nama pelajar
b. Angka Giliran
c. No Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e.Kod dan Nama Kursus
f. Tajuk Tugasan/Soalan Tugasan
g. Nama Pensyarah Akademik
h. Tarikh hantar
12. Sila rujuk kepada Panduan untuk tugasan
Tugasan ini ditaksir berdasarkan kriteria berikut:
Liputan dan kandungan
Organisasi
Kualiti Sumber
13. Sila rujuk kepada kriteria pemarkahan.
Panduan Untuk Tugasan
Perancangan dan Rangka Esei
a) Rangka topik dan subtopik
b) Kenalpasti dan senaraikan rujukan yang akan digunakan untuk menyokong topik dan subtopik
esei anda.
c) Sekurang-kurangnya 30% daripada rujukan harus dari penerbitan dalam lima tahun
kebelakangan
d) Anda dikehendaki menggunakan pelbagai sumber rujukan seperti artikel jurnal, tesis, buku
rujukan dan sumber internet (online).
Format
a) Panjang esei ini adalah lebih kurang 1500 patah perkataan), bertaip, langkau 2 baris, tidak
termasuk muka depan dan rujukan. Gunakan font Arial bersaiz 12
b) Muka depan tugasan mengandungi maklumat seperti yang dinyatakan dalam prosedur di atas.
c) Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut gaya APA (American Psycological
Association)
Pengenalan
a) Memperkenalkan topik. Anda boleh memberi penerangan ringkas berkaitan dengan topik esei
anda.
b) Secara ringkas, huraikan bagaimana esei anda akan distrukturkan dan nyatakan topik-topik
dan sub topik-sub topik yang akan dibincangkan.
c) Pengenalan seharusnya tidak melebihi 200 patah perkataan.
Bahagian Utama Esei
a) Menghurai isi-isi esei dengan terang dan jelas
b) Integrasikan bahan untuk menentu dan menyokong hujah-hujah spesifik
c) Organisasikan persembahan topik dan subtopik supaya hujah-hujah anda diolah dengan
koheran.

7
Lampiran 02
d) Anda digalakkan untuk menggabungkan perkembangan pendidikan semasa di Malaysia dalam
perbincangan anda.
e) Anda perlu membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan topik esei anda.
f) Anda digalakkan membuat rumusan pada akhir setiap bahagian untuk mengait balik kepada
tugasan. Ini adalah memastikan anda mengolah pada landasan yang betul.
g) Gunakan perkataan sendiri untuk maklumat yang dirujuk daripada sumber rujukan.Pastikan
anda mencatatkan sumber rujukan jika mengambil sesuatu daripada bahan rujukan.
h) Gunakan kata hubung untuk beralih daripada hujah yang bertentangan kepada hujah yang
menyokong atau sebaliknya.
Rumusan dan Rujukan
a) Secara ringkas, buat rumusan tentang maklumat yang telah dibincangkan dalam bahagian
utama esei.
b) Anda seharusnya menggunakan hujah-hujah baru dalam rumusan.
c) Rumusan anda seharusnya tidak melebihi 200 patah perkataan.
Tugasan 2 Kuiz Online (20%)
Pelajar dikehendaki menjawab 20 soalan kuiz aneka pilihan secara online.
Prosedur Tugasan 2
1. Pelajar-pelajar dokehendaki menjawab soalan kuiz berbentuk aneka pilihan secara online dalam
laman Web Edmodo.
2. Soalan-soalan kuiz akan dimuat naik ke dalam laman web Edmodo mulai 25.11.2015.
3. Tempoh menjawab soalan kuiz akan tamat pada 27.11.2015.
4. Sila ikut arahan cara menjawab seperti yang dipaparkan dalam link kuiz online Edmodo
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

DR. AHMAD SOBRI SHUIB


Penyelaras Kursus EDSM2204
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Darulaman

(
)
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan

Disahkan oleh:
( Drs Abdul Shukur Saghir )
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG K Darulaman

8
Lampiran 02
Rubrik Pemarkahan
SKALA
Amat
Cemerlang
90-100
(A+)

KRITERIA
Liputan dan Kandungan
Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci
Hubung kait idea jelas ditunjukkan.
Organisasi
Susun atur baik, logikal dan koheran. Idea dikembangkan secara menyeluruh dan
jelas denhgan contoh-contoh sesuai, penerangan dan huraian tambahan
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik
Mempunyai lebih daripada 5 sumber rujukan (utama dan sekunder)

Cemerlang
75-89
(A, A-)

Liputan dan Kandungan


Liputan kandungan relevan dan mencukupi
Perhubungan idea yang jelas
Organisasi
Susun atur baik dengan kesilapan yang minimum.
Idea dikembangkan dengan baiknya dan mengandungi fakta atau contoh yang
cukup untuk menyokong hujah
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik dengan kesilapan yang
minimum.
Mempunyai sekurang-kurangnya 4 sumber rujukan (utama dan sekunder).

Kepujian
60-74
(B+, B, B-)

Liputan dan Kandungan


Liputan kandungan relevan dan baik.
Perhubungan idea yang agak jelas
Organisasi
Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan.
Idea dikembangkan dengan agak baiknya dan mengandungi fakta atau contoh yang
cukup untuk menyokong hujah.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik.
Mempunyai sekurang-kurangnya 3 sumber rujukan (utama dan sekunder)

Lulus
50-59
(C+, C)

Liputan dan Kandungan


Liputan kandungan cukup dan relevan.
Sebahagian perhubungan idea jelas.
Organisasi
Susun atur memuaskan dengan beberapa kesilapan signifikan.
Sebahagian Idea dikembangkan dengan sokongan fakta/contoh-contoh yang agak
relevan.
Kualiti Sumber

9
Lampiran 02

Gagal
0-49
(C-, D+,D & F)

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baik dengan beberapa kesilapan.
Mempunyai sekurang-kurangnya 2 sumber rujukan (utama dan sekunder)
Liputan dan Kandungan
Liputan kandungan tidak cukup dan tidak relevan.
Perhubungan idea tidak jelas
Organisasi
Susun atur lemah dengan beberapa kesilapan yang nyata.
Lemah dalam mengembangkan idea dan hujah-hujah.
Tiada contoh dan huraian lanjut diberikan kepada fakta/isi yang diberikan.
Kualiti Sumber
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah tidak mengikut format APA.
Mempunyai sekurang-kurangnya 0-1 sumber rujukan (utama dan sekunder).

Anda mungkin juga menyukai