Anda di halaman 1dari 3

Latihan Ulangkaji EDSC2102 DPLI SABK-KDC Amb.

Nov 2014
1.
Pendidikan menurut Islam merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya
membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal.
(a)

Nyatakan TUNJANG-tunjang yang menjadi dasar pendidikan menurut Islam.

(b)
Falsafah Pendidikan Timur turut menyumbang terhadap perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia.
Buktikan implikasi-IMPLIKASI Falsafah Pendidikan Timur terhadap sistem pendidikan
di Malaysia.
2.(a) Perenialisme berasaskan falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
fahaman Idealisme Plato dan Aristotle. Menurut fahaman Perenialisme, manusia
adalah rasional,
maka rasionaliti dan intelek disemai melalui pendidikan.
Nyatakan fokus-fokus fahaman Perenialisme.
(b)
Menurut ahli-ahli falsafah pendidikan Essentialisme, guru perlu memainkan
peranan membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan agar
mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat.
Berikan implikasi-implikasi kenyataan kefahaman essentialisme terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia.

3 (a). Tokoh Pendidik Barat dan Timur telah banyak memberikan sumbangan
dalam bidang pendidikan berkaitan falsafah, psikologi dan pedagogi.
Terangkan pandangan-pandangan pengasas pendidikan progresif John Dewey
tentang pendidikan.

(b)
Aminuddin Baki (1926-1965) merupakan seorang tokoh pendidik negara kita
yang terbilang. Beliau telah banyak berjasa dan menabur bakti dalam usaha
peningkatan mutu pendidikan negara.
Nyatakan sumbangan-sumbangan berserta contoh beliau dalam usaha
meningkatan mutu pendidikan negara.

4.(a) Falsafah Pendidikan Guru dibentuk untuk menjadikan guru yang dinamik dan
progresif selari dengan perkembangan teknologi masa kini.
Nyatakan peranan-peranan dengan contoh guru dalam merealisasikan hasrat
falsafah tersebut.
(b) Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah hala tuju sistem pendidikan bagi
meningkatkan status pendidikan negara bertaraf dunia.
Jelaskan dengan contoh bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat
meningkatkan sistem pendidikan negara ke tahap tersebut.

5(a) Dasar laissez-faire Inggeris dalam pendidikan sebelum merdeka telah


memberi kesan kepada ketidakseragaman sistem pendidikan di Malaysia.
Jelaskan beserta contoh kesan-kesan tersebut.
(b) Laporan Razak menyatakan ...tujuan dasar pendidikan dalam negara ini
adalah untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dalam negara ini
dengan menggunakan satu peraturan pendidikan yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
dengan cara beransur-ansur.
Bincangkan bagaimana syor-syor tersebut dapat mencapai tujuan yang
dinyatakan di atas.
6.
Setiap agama memandang kerjaya guru sebagai satu pekerjaan yang mulia
dan dihormati. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru haruslah
menyedari tugas dan amanah untuk membangunkan insan sebagaimana yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
(a)
Jelaskan bagaimanakah ciri-ciri insan guru yang dihasratkan oleh Falsafah
Pendidikan Guru.
(b)

Kerjaya guru dianggap sebagai satu ibadah.

Bincangkan pernyataan ini secara perbandingan antara mana-mana DUA


agama berikut;
-

Islam

Kristian

Buddha

Hindu

7.
Model Kurikulum yang dikemukakan oleh Ralph W. Tyler telah dijadikan
pedoman oleh guru-guru dalam perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR).
(a)
Jelaskan beserta contoh komponen Model Kurikulum Tyler dalam mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
(b)
Pengenalan dan pelaksanaan KBSR telah membawa banyak perubahan
kepada sistem pendidikan negara.
Sejauh manakah implikasi utama KBSR telah mencapai matlamatnya dalam
sistem pendidikan di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai