Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada
penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika
disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert
Camus
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."
"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka
tenanglah batinnya."
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah
ke pelabuhan."
"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh
perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun
"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang
besar."
"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan."
"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting,
usaha & tawakkal."
"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."
"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia
dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."
"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia
yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."
"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih bawah daripadanya."
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang
yang jahil membuka keaibannya."
"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)
sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan
mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan
sebenar."
"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya
berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."
"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi
dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin
"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa,
tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno
"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~
Hukama
"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu
belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius
"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln
"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert
Einstein
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu
adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
~ La Roche
"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari
esok kita masih diberi peluang."
"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."
"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius
"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah
mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J
"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan
semalam tidak dijadikan teladan."
"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga
sedikit pun."
"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia
harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven
memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus
menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan
dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah
merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak
disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya."
"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya
usia." ~ Richard Brinsley Sheridan
"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius
"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya
"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."
"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah
keberanian."
"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang
besar."
"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama."
"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati
seseorang kecuali jika lurus lidahnya."
"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~
Khong Hu Cu
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang
dideritainya."
"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang."
"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah
ucapannya."
"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."
"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus
asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah
ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri
ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil
ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan
"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu
kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire
"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu
melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa
depan kita."
"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat
mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan
pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."
"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli
semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun
yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda
fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."
"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa
membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.
Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyakbanyaknya."
"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire
"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat
menyukai pekerjaan yang dilakukan."
"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak
hutang." ~ Anonim
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang
yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~
Pepatah Arab
"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada
mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."
"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."
"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng
yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte
"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."
"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."
"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang."
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling
manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."
"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu." ~ Whittier
"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut,
tetapi mampu melantun kembali."
"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman."
"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."
"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse
"Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."
"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu
terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."
"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak."
"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak."
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu
untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu
untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu
adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu
adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu
adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah
musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah
membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai
keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan
tindakannya."
"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui
nilainya."
"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa
anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak
sedar." ~ Barbara Hall
"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka
yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W
Young
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak
ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad
"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate
"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti
kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit,
dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi."
"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada
ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini
menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan."
"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri."