Anda di halaman 1dari 14

Oleh Jeswan Kaur

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Hari ini Hari Diabetes Sedunia, rakyat Malaysia
harus mengambil kesempatan ini untuk menilai tabiat pemakanan mereka dengan mengambil
kira hakikat yang makanan manis boleh menggugat riwayat mereka.

Hari ini, lebih 240 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes. Dalam tempoh 20 tahun
akan datang, bilangan itu dijangka meningkat kepada 380 juta orang.

Setiap tahun, 3.8 juta kematian di seluruh dunia berpunca kerana diabetes. Dengan kesan
binasa seperti ini, diabetes kini diiktiraf sebagai penyakit kronik, yang melemahkan tubuh
dan yang banyak menyebabkan kerugian oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu menerusi satu resolusi penting yang diluluskan pada 20 Dis lepas.

Resolusi itu yang memperuntukkan Hari Diabetes Sedunia bermula tahun ini.

Tema Hari Diabetes Sedunia julung kali itu ialah "Diabetes pada Kanak-kanak dan Dewasa".
Diabetes merupakan antara penyakit paling kronik di usia kanak-kanak dan boleh berlaku
pada kanak-kanak di mana-mana peringkat umur, termasuk kanak-kanak pra-sekolah dan
sehinggakan kanak-kanak yang bertatih-tatih.

Meskipun demikian, diabetes pada kanak-kanak sama ada lewat dikesan atau diagnosis yang
dibuat adalah salah sama sekali. Dan di pelbagai pelusuk dunia, insulin, satu-satunya ubat
penyelamat nyawa, tidak boleh didapati ada kalanya kerana faktor-faktor membabitkan
ekonomi, geografi ataupun kekurangan bekalan.

Ini menyebabkan ramai kanak-kanak mati kerana diabetes, khasnya di negara-negara dengan
pendapatan rendah atau sederhana.

"Yang paling rapat dengan kanak-kanak, tidak kira keluarga, penjaga atau guru sekolah
mungkin tidak menyedari tanda-tanda penyakit itu," kata K.S. Maniam penolong setiausaha
am Persatuan Diabetes Malaysia kepada Bernama baru-baru ini.

ELAKKAN KEJAHILAN

Maniam berkata diabetes Type 1, yang sebelum ini dikenali sebagai diabetes juvana,
meningkat sebanyak 3 peratus pada kanak-kanak setiap tahun dan di kalangan kanak-kanak
pra-sekolah angkanya lebih tinggi iaitu sebanyak 5 peratus

Dalam diabetes Type 1, badan tidak dapat menghasilkan insulin dan mereka dengan diabetes
ini memerlukan rawatan insulin untuk meneruskan dengan hidup.

Diabetes Type 2 merupakan diabetes jenis lazim. Dalam diabetes Type 2, sama ada tubuh
tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel mengabaikan insulin, satu
situasi yang ada kalanya dikenali sebagai rentan insulin. Diabetes Type 2 lazimnya berlaku di
kalangan dewasa, lazimnya usia 45 tahun dan lebih. Diabetes bentuk ini dikawal melalui
pengurangan berat badan, senaman atau ubat yang diambil melalui mulut.

"Lebih separuh daripada mereka dengan Type 2 diabetes memerlukan insulin untuk
mengawal paras gula darah pada peringkat tertentu penyakit mereka itu," kata Maniam.

Beliau menambah kata adalah dianggarkan di seluruh dunia 70,000 kanak-kanak di bawah
umur 15 tahun menghidap diabetes Type 1 setiap tahun dan daripada 440,000 kes diabetes
Type 1 di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, lebih satu perempat berada di Asia
Tenggara dan lebih daripada satu perlima di Eropah.

"Diabetes Type 2 dahulunya dianggap sebagai penyakit orang dewasa. Tetapi hari ini ia
meningkat pada kadar yang menakutkan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Sejak 20
tahun yang lepas, diabetes Type 2 telah berganda di kalangan kanak-kanak di Jepun dan ia
kini lebih lazim berbanding Type 1.

"Diabetes mempunyai kesan unik pada kanak-kanak dan keluarga mereka kerana ia
menjejaskan kehidupan harian mereka, memandangkan paras glukos darah mereka perlu
dimantau, mengambil ubat-ubatan dan mengimbangi kesan makanan dan aktiviti. Diagnosis
dan pendidikan awal adalah penting dalam membantu mengurangkan komplikasi dan
menyelamatkan nyawa," jelas beliau.

USAHA MENINGKATKAN KESEDARAN

Maniam berkata satu seminar separuh hari telah dianjurkan pada 11 Nov untuk mendidik
orang ramai bagaimana menguruskan diabetes bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia.

"Kami mempunyai 14 cawangan negeri dan 37 cawangan peringkat daerah dan kami
memperuntukkan RM2,000 bagi setiap daripada cawangan ini untuk membantu membiayai
aktiviti-aktiviti mereka seperti menganjurkan seminar bersempena dengan Hari Diabetes
Sedunia."

Beliau berkata mendidik orang ramai mengenai diabetes merupakan satu cabaran kerana
ramai masih gagal mengaitkan gaya hidup iaitu tabiat pemakanan dan senaman dengan
diabetes.

"Jika orang ramai menjaga pemakanan mereka dan bersenam secara berjadual, kita boleh
mengurangkan statistik. Satu kajian menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan
kumpulan terbesar penghidap diabetes, diikuti oleh warga India dan China.
"Dalam kes kanak-kanak dengan diabetes, ibu bapa pastinya bimbang. Guru-guru, sementara
itu jahil dengan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh murid dengan diabetes."

Maniam berkata persatuan itu kini dalam proses mengeluarkan risalah bertema "Panduan
Maklumat: Diabetes di Sekolah-sekolah".

"Kami melakukan projek perintis bersama sebuah sekolah menengah di mana 700 penuntut
menghadiri ceramah. Di Australia ini telah dilakukan sejak bertahun-tahun lepas. Di sekolah-
sekolah tidak ada maklumat yang mencukupi mengenai diabetes dan apa untuk dilakukkan
jika ada murid yang pengsan oleh kerana `hypoglycemia' atau `hyperglycemia' disebabkan
diabetes.

SEKOLAH-SEKOLAH MESTI ANJUR CERAMAH

Maniam berkata sekolah-sekolah boleh menganjurkan ceramah akan penyakit-penyakit


utama untuk mendidik pelajar mengenai pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan
kematian dan bagaimana mencegah penyakit-penyakit ini.

"Mungkin satu persatuan boleh dibentuk di sekolah-sekolah yang menumpukan pada


penyakit-penyakit untuk meningkatkan kesedaran dari awal lagi supaya apabila mereka telah
dewasa mereka boleh mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila kami berceramah di sekolah-
sekolah, pelajar-pelajar ditunjukkan gambar amputasi jari kaki dan kaki untuk menimbulkan
kesedaran pada mereka akan betapa membinasa penyakit diabetes ini.

"Kita tidak boleh melewatkan proses pendidikan kerana lebih cepat kita mula berkomunikasi
dengan kanak-kanak, peluangnya adalah lebih cerah untuk mengurangkan bilangan mereka
dengan diabetes," katanya.

Persatuan Diabetes Malaysia boleh dihubungi melalui 03-79574062 atau menerusi lamannya
di www.diabetes.org.my.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=296095

ARKIB : 23/11/2008

Cegah diabetes si kecil anda


DI dalam artikel yang lepas, kita telah ketahui bahawa diabetes merupakan penyakit yang bukan
sahaja boleh dihidapi oleh orang dewasa, malah boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira
usia, termasuklah kanak-kanak.

Wabak global ini merupakan satu daripada penyakit-penyakit kronik yang lazim di kalangan
kanak-kanak.

Kegagalan mengesan atau merawat dari peringkat awal boleh membawa kepada komplikasi-
komplikasi yang mengancam nyawa apabila dewasa kelak, seperti serangan jantung dan juga
strok.

Jika kanak-kanak yang menghidap diabetes tidak mengawal penyakit ini dengan betul dari awal,
maka risiko untuk mereka menghidap penyakit-penyakit kronik lain yang berkaitan dengannya
adalah lebih tinggi.

Menurut statistik, diabetes di kalangan kanak-kanak amat membimbangkan. Diabetes jenis


kedua, yang selama ini lebih sinonim dengan orang dewasa, semakin meningkat di kalangan
kanak-kanak dan remaja.

Malah, diabetes jenis kedua di kalangan kanak-kanak merupakan jenis diabetes utama di banyak
negara.

Di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, satu daripada 100 kanak-kanak mungkin menghidap
diabetes jenis kedua, manakala di sesetengah masyarakat lain pula nisbahnya adalah setinggi 1
bagi setiap 25 kanak-kanak!

Terdapat juga peningkatan dalam bilangan kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis pertama.
Sebelum ini, diabetes jenis pertama adalah satu-satunya jenis diabetes yang wujud di kalangan
kanak-kanak.

Angka daripada Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan bahawa setiap tahun di
seluruh dunia, kira-kira 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun diserang oleh penyakit ini.
Dianggarkan juga seramai 200 kanak-kanak akan menghidap diabetes jenis pertama setiap hari!

Walau bagaimanapun, masih belum terlambat kerana sebagai ibu bapa, anda masih boleh
melakukan sesuatu untuk mencegah anak anda daripada menjadi mangsa “ibu kepada segala
penyakit” ini.

Walaupun kini masih tiada cara yang berkesan untuk mencegah diabetes jenis pertama, namun
kajian menunjukkan bahawa diabetes jenis kedua mampu dicegah atau dilengahkan.
Berita baiknya adalah sebagai langkah pencegahan, anda hanya perlu memberikan sedikit lebih
perhatian dan mengubah gaya hidup anak-anak.

Pencegahan lebih baik daripada rawatan

Seperti mana yang boleh anda lihat, anda hanya perlu menyelitkan tip-tip gaya hidup sihat yang
mudah ini ke dalam rutin harian anak-anak anda bagi mencegah mereka daripada menghidap
diabetes jenis kedua.

Ingat bahawa bagi diabetes, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan kerana sehingga kini
masih tiada lagi rawatan untuk menyembuhkan penyakit sepanjang hayat ini, yang mana jika
tanpa kawalan dan pengurusan yang betul akan membawa kepada akibat yang tidak diingini.

Selain daripada tip-tip gaya hidup ini, perkara paling penting yang boleh anda lakukan sebagai
ibu bapa adalah menjadi contoh yang baik, terutama sekali jika anda sendiri menghidap diabetes.

Amalan gaya hidup sihat akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak anda mendapati semua
ahli keluarganya turut makan secara betul dan menjalani aktiviti fizikal secara kerap.

Langkah ini mungkin dapat mengurangkan risiko ahli-ahli keluarga lain menghidap diabetes.
Ingatlah bahawa ianya tidak terlalu awal untuk anak-anak anda memulakan perjalanan mereka ke
arah hidup yang sihat!

Artikel terakhir kami di dalam siri ini minggu hadapan akan memfokuskan tentang
memaklumkan kepada anak-anak anda tentang diabetes dan betapa bahayanya penyakit ini.

Tidak kira betapa kecil sekalipun anak anda, mereka masih perlu faham tentang kepentingan
menjalani gaya hidup yang sihat dari kecil supaya mereka menghargainya apabila tua kelak.

-Mulakan Hari Ini!

Secara global, peningkatan dalam diabetes jenis kedua di kalangan kanak-kanak dikatakan akibat
daripada tiga punca utama:

* Berat badan berlebihan atau obes

* Tidak aktif secara fizikal (contohnya kurang bersenam)

* Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes


Anda hanya perlu memastikan mereka makan secara betul dan banyakkan bersenam! Terdapat
beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi melindungi anak anda daripada diabetes (Lihat
jadual).

Tetapi, janganlah hanya memerhati dan menyelaras sahaja, adalah lebih baik jika anda turut serta
mengamalkan tips-tips berkenaan bersama anak-anak anda untuk turut melindungi diri anda!

Walaupun tidak banyak yang boleh anda lakukan jika mempunyai sejarah keluarga yang
menghidap diabetes, namun apabila dilihat pada kedua-dua punca lain, anda akan sedar betapa
mudahnya untuk mencegah anak anda daripada menghidap diabetes

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

02 january 2010

SEJARAH & KAJIAN DIABETES DI MALAYSIA

* 1 PENGENALAN
* 2 STATISTIK
* 3 SEJARAH
* 4 PERKEMBANGAN TENTANG PENEMUAN KENCING MANIS

PENGENALAN

Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat
dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah),
terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai: Diabetes jenis pertama
juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus')
atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan
insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat
simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan
insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan
penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan
pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan
suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau
memberi kesa sampingan kepada pesakit). Antara penyakit-penyakit yang sering dikaitkan
dengan diabetes adalah hypertension (darah tinggi) dan obesity(kegemukan)

STATISTIK - DIABETES TAHAP KE-2

Di Malaysia, penyakit kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik yang mempunyai
jumlah penghidap yang tertinggi,iaitu lebih kurang 80.3% daripada golongan rakyat yang
berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit tersebut adalah diabetes tahap kedua (National
Health & Morbidity Survey, 1996). Untuk info, Diabates tahap pertama adalah melibatkan
kanak-kanak yang mengalami kecacatan dari awal kelahiran. Adalah dijangkakan bahawa,
jumlah penghidap penyakit kencing manis akan meningkat sebanyak tiga kali ganda di kalangan
orang Asia. Oleh sebab itu, dijangkakan bahawa jumlah penghidap penyakit kencing manis akan
melebihi 10% daripada jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2020 (Research by Ministry of
Health Malaysia, 1996).

SEJARAH

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan
dalam tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis,
seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas
paprus pada 1550 BC. Pada tahun 400 BC, penulis India Sushratha menamakan penyakit tersebut
: penyakit kencing madu Pakar perubatan India juga telah membahagikan penghidap kencing
manis kepada dua jenis semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan
Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus
kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetis
Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah
mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut.
Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897,
apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar
pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan
anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang
berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick Grant Banting dan Best menjumpai fungsi
insulin sebagai pengawal kandungan glukose dalam darah.

Rujukan dari : LAMAN UTAMAPENGEDARHANTAR TESTIMONIMUAT TURUNMUAT NAIK

Login
Log Masuk:   Kata Laluan:   
Search :Use search box to find what you need faster.

Search

APA ITU KENCING MANIS?

by admin     

Apa itu kencing manis (Diabetes mellitus)


Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air
kencing seseorang. Ini disebabkan glukos (gula) dalam darah tidak dapat diceranakan oleh badan
disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan isulin, atau kedua-
duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis
boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh
mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan.

Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai


penghidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit kencing
manis di Malaysiajuga dijangka meningkat daripada mega_shok.gif0,000 orang pada tahun lepas
kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap kencing manis
sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat
permakanan agar kencing manis dapat dibendung. Ini termasuk diri anda sendiri

Jenis-jenis kencing manis (Diabetes mellitus)

Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-

1. Diabetes bersandar insulin - jenis pertama (Type 1 diabetes)


Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan
insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam
tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan
seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan
menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia
(hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan
metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan
pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.

Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar
pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk
penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan
remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin,
untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidapdiabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.
Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri
(autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.

Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh
genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan
masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan
rawatan bagi diabetesbersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar
insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat.
Bagaimanapun peningkatan kes diabetesdikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya
disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenaipenyakit diabetes dikalangan umum. Ini
menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan dihospital.

Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin


tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah
menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada
doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan
doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan
kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala
kepada pesakit diabetes.

Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin
berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah
dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

2. Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa.


90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis
kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana
badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin
meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar
mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut,
gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang
bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-
kanak dan golongan remaja di Malaysia.

3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)


Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita
ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan
Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita
kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika
mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah
agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga
95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati
mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil
mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10
tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang
tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

4. Diabetes bentuk lain

Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan,


dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1%
hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.

Apakah tanda-tandanya?
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-

• Sering dahaga dan sering perlu minum air.


• Sering ketandas.
• Terasa badan lemah.
• Berat badan turun dengan cepat.
• Penglihatan semakin kabur.
• Terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan
pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi
mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis
sekali setiap tahun.

Masalah sekiranya Kencing Manis tidak dikawal.


Sekiranya penyakit kencing manis tidak dikawal dalam tempoh yang
berlanjutan pengidap kencing manis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi didalam
darahnya. Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian
saluran darah dan juga urat(nerve). Perubahan-perubahan ini pula boleh mendatangkan penyakitlain
seperti:-

• Hujung kaki tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve.
• Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve.
• Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/nerve dan saluran darah.
• Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini
mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.
• Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal
disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama.
• Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah.
• Serangan angin akhmar disebabkan kerosakan saluran darah.
• Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula
yang tinggi.

Bagaimanapun sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula
dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain. Makanan
yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit kencing manis masih belum dapat
dipulihkan sepenuhnya.

Golongan berisiko tinggi.


Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

• Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
• Mereka yang berat badan agak tinggi
• Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pankreas
• Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.

Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur
sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Mengesan kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah
digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain
itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan
mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana
mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk
menentukan kadar glukos mereka.

Perubatan
Perubatan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

• Melakukan senaman dan menjaga makan minum. (lihat permakanan.)


• Ubat berbentuk pil yang dimakan.
• Suntikan.
• Pembedahan. (Pada masa akan datang)

Melakukan senaman dan menjaga makan minum

Dianggarkan di Amerika bahawa 17% pesakit kencing manis hanya perlu menjaga makan minum
mereka, 49% pesakit kencing manis mengambil pil, 22% mengambil insulin sahaja dan 11%
mengambil insulin dan pil. (Sumber : 1997-1999 National Health Interview Survey)

2. Ubat berbentuk pil

Ubat berbentuk pil adalah perubatan yang paling mudah dan murah. Ia sering digunakan dan sering
menjadi pilihan pertama para doktor. Ada berbagai pil untuk merawat kencing manis pada masa ini
dan cara memakannya berbeza bagi setiap pesakit dan setiap pil-pil tersebut. Oleh kerana itu, cara
pemakanan pil-pil ini, kesannya dan sebagainya tidak dapat dibincang disini. Bagaimanapun untuk
semua ubat pil, perlu dimakan pada waktu dan dengan sukatan yang ditetapkan. Kegagalan mengikut
arahan doktor bukan sahaja boleh memburukkan keadaan malah boleh membawa maut.

Pengambilan ubat juga perlu disertai dengan pengawalan pengambilan makanan dan minuman,
melakukan senaman, dan mengurangkan berat badan agar lebih berkesan. Langkah-langkan ini juga
mengelakkan keadaandi mana ubat yang diambil menjadi kurang berkesan dan pesakit perlu beralih
pada suntikan insulin.

3. Suntikan

Terdapat dua jenis suntikan diabetis iaitu :-

Yang pertama adalah golongan pesakit yang dikenali sebagai IDDM (insulin
dependant diabetes mellitus) dimana kadar gula seseorang itu hanya dapat diturunkan dengan
suntikan insulin sahaja. Pengidap kencing manis jenis ini memerlukan suntikan insulin untuk terus
hidup.

Yang kedua adalah bagi pesakit kencing manis yang kadar gulanya masih tidak dapat dikawal
dengan sempurna walaupun dengan penjagaan pemakanan dan ubat pil yang dimakan dengan
maksima.

Seperti ubat pil yang dimakan, berbagai jenis ubat suntikan kencing manis boleh didapati pada masa
ini. Cara suntikkan juga canggih dan mudah digunakan. Seringkali masyarakat kita merasakan berat
untuk memulakan ubat dengan cara suntikan tetapi kita seharusnya pulang kembali tentang fahaman
kita tentang penyakitkencing manis ini iaitu kawal kadar gula dalam darah supaya tidak
timbul penyakit-penyakit lain!

4. Pembedahan

Pembedahan masih diperingkat penyelidikan. Bagaimanapun pemindahan sel kelenjar pankreas telah
berjaya dijalankan pada haiwan dan pada masa hadapan pembedahan pada manusia mungkin
membolehkan badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.

Baca Lagi << Sebelum

Artikel:
1. 10 salah tanggapan mengenai Diabetes (Kencing Manis)
2. Kencing Manis - Risiko Mendapat Komplikasi Penyakit
3. Info Penyakit Diabetes (Kencing manis)
4. Apa itu Penyakit Diabetes?
KATEGORI
 Artikel 
 Testimoni

USA FEDERATION
Pelan pemasaran  
Info mengenai noni
Proses Pembuatan Jus Pati Noni USA Federation
Belian Online
Daftar Keahlian Baru
ARTIKEL
DIABETES
1. 10 tanggapan salah mengenaiDiabetes (Kencing Manis)
2. Kencing Manis - Risiko Mendapat Komplikasi Penyakit
3. Info Penyakit Diabetes (Kencing manis)
4. Apa itu Penyakit Diabetes?

KANSER PAYUDARA
1. Mengenali Kanser Payudara
2. Kanser Payudara – Fakta &Statistik
3. Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara?
4. Tanda-tanda Kanser Payudara - Bagaimana Rupanya?
5. Tahap-tahap Kanser Payudara
6. Adakah terdapatnya pemeriksaan darah untuk pengesanan awal?
7. Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara
8. Apakah yang saya faham mengenai faktor risiko kanser payudara?
9. Kanser Payudara dan Pemakanan
10. Penyakit Barah Payudara DiKalangan Lelaki
ONLINE
Guests: 3, Members: 0 ...

most ever online: 16


(Members: 0, Guests: 16) on 04 Aug : 19:04

Members: 3
Newest member: akughazali
COUNTER
This page today ...
total: 23
unique: 12

This page ever ...


total: 27302
unique: 6742

Site ...
total: 115582
unique: 29909







Disclaimer :© 2008 b-swan.com.my tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Anda mungkin juga menyukai