Disamping itu, pertubuhan ini juga mempunyai persaingan dengan pertubuhan-pertubuhan NGO yang
lain dalam membanteras
"Persoalan persaingan dengan NGO lain tidak timbul kerana pertubuhan ini meraikan pepatah the
more the merrier bermakna lebih banyak NGO yang melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan, beban
tanggungjawab untuk komuniti boleh dikongsi bersama.
"Unggas berbentuk gerakan yang membuat advokasi dan menyebarkan fahaman dakwah lapangan
iaitu dakwah perlu dilaksanakan dengan turun ke lapangan, menyelami kehidupan mereka yang
terlibat dalam isu sosial dan memahami sosio budaya masyarakat di sekelilingnya.
Maka untuk memastikan gerak kerja Unggas berkekalan, pemahaman dakwah lapangan ini akan
diterapkan dalam setiap komuniti yang didekati oleh pihak Unggas ini. Apabila mereka faham,
mereka akan melaksanakan idea unggas ini dalam komuniti setempat mereka atas apa jua nama
sekalipun seperti JKK, kariah, kelab pelajar dan sebagainya.
Aktiviti disertai
Pelbagai aktiviti disertai Unggas, antaranya menyertai Ops Sayangi Remaja iaitu membawa
sukarelawan untuk turun ke tempat tumpuan pada malam merdeka, malam tahun baru, malam Hari
Malaysia dan hari kekasih dengan tujuan berjumpa dan nasihat menasihati remaja dan dewasa yang
berhimpun.
Melakukan kebajikan pemberian makanan kepada gelandangan bertujuan mendekati, memahami dan
menasihati mereka serta melakukan pemetaan komuniti dan kajian sosiobudaya komuniti tempatan
dalam isu kemiskinan, pusat hiburan dan pelacuran. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan
advokasi dan lobi perubahan polisi ke arah anti isi sosial.
Khidmat kaunseling dan bantuan penyelesaian masalah kepada mereka yang terlibat dengan isu sosial,
melaksanakan kempen menutup aurat tahunan yang dinamakan kempen Gerakan Menutup Aurat dan
mengadakan Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial untuk belia turut diadakan Unggas Malaysia
bagi saya setakat ini, aktiviti dilakukan Unggas sering kali mendapat sambutan ramai malah boleh
dikatakan banyak programnya memberi impak positif kepada masyarakat.
Pertubuhan Unggas juga telah memberikan inspirasi dan harapan kepada ramai individu dan keluarga
untuk berubah. Begitu juga dengan komuniti, sekarang kesedaran untuk turun kelapangan dan jalanan
semakin tinggi.