Anda di halaman 1dari 7

Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ekonomi

Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang
berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang
menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, juga memberi kesan
kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan
masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa
sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh
golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan
kaya menunaikan hak tersebut.
Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama
kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang
melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan
pembangunan rohani setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting
kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga
mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang
antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.
Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan
oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan
sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina
kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi
kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan
modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan
kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk
menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai
dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Saraan hidup ini hendaklah
mencukupi untuk makan, minum , pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal
pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan
hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk
saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana dihajati
dan difikirkan perlu oleh golongan tersebut walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara
bulanan dan sebagainya. Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk
memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam proses
perlaksanaan riba. Dengan penyediaan modal bererti tertutuplah pintu sistem pinjaman yang
dikenakan riba. Modal daripada zakat boleh diberikan kepada fakir miskin yang berhajat untuk
membuka sesuatu pekerjaan yang termampu olehnya, sama ada sebagai pemberian tunai atau
sebagai pinjaman tanpa faedah.

Islam adalah sebuah cara hidup yang paling lengkap di atas muka bumi Allah dan agama yang paling
layak dianuti hanyalah Agama Islam. Manusia diturunkan ke muka bumi ini untuk menjadi khalifah bagi
membangun dan memakmurkan bumi ini dengan mengikuti peraturan dan kehendak yang telah
ditetapkan oleh Pencipta Alam ini. Segala apa yang berlaku di bumi ini adalah mengikut aturan yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun begitu, ada dikalangan manusia yang sering melanggar
peraturan dan ketetapan ini hingga sampai merosakkan bumi mengikut hawa nafsu mereka. Segala
kegiatan perekonomian yang berlaku di dunia ini juga mengikut ketetapan dari Ilahi. Segala harta yang
ada pada manusia adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa. Manusia dipinjamkan sedikit sahaja harta
di dunia untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Setiap harta yang dimiliki ini akhirnya akan
dihitung dan disoal oleh Allah SWT kelak untuk dipertanggungjawabkan.

Kegiatan perekonomian amat penting untuk membawa manusia kepada satu cara hidup yang
tersusun. Maksud ekonomi yang berasal daripada bahasa greek iaitu [aikos] yang bermaksud rumah,
dan [nemo], yang bermaksud peraturan, (iaitu pengurusan rumah tangga) merupakan satu cabang
sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan manusia.
Perkara ini termasuk kajian mengenai pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang
dapat diukur meliputi analisa pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Sistem Ekonomi yang diguna pakai kebanyakan masyarakat di zaman ini adalah sistem yang tidak
berteraskan syariat Islam iaitu sistem ekonomi konvensional ataupun lebih dikenali dengan nama
sistem Kapitalis. Terdapat pelbagai lagi sistem yang tidak mengikut syariat seperti sosialisme dan
komunisme. Sistem kapitalis inilah yang paling meluas di gunakan pada masakini. Sistem ekonomi ini
juga dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Melalui sistem ini, setiap individu adalah berhak untuk
menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya, mencegah orang lain
daripada menggunakan barang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu perlu digunakan
selepas kematian. Di dalam hal ini, setiap individu mahupun organisasi adalah bebas untuk mengaut
segala hasil ataupun keuntungan dengan menggunakan apa jua cara sekalipun sama ada mengikut
peraturan atau tidak.

Sebelum ini telah dinyatakan berkenaan pemahaman asas mengenai ekonomi dan salah satu sistem
yang digunakan pada masa kini iaitu sistem Kapitalis. Adakah tidak ada sistem lain yang patut
digunakan atau diamalkan? Kita telah diajar dengan pelbagai pelajaran dan pengajaran berpandukan
Al-Quran dan As-Sunnah. Umat Islam dibangkitkan di dunia ini adalah untuk memakmurkan muka
bumi ini dengan mengikut segala batas dan peraturan yang telah ditetapkan dan ianya menetapi nilainilai murni dalam masyarakat. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda telah melaksanakan sistem
ekonomi Islam untuk memaju dan membangunkan kerajaan Islam pada masa itu. Sistem ekonomi
Islam yang Baginda gagaskan telah menjatuhkan sistem-sistem lain yang digunakan di mana
kebanyakannya menindas manusia dan mengkayakan golongan-golongan tertentu sahaja. Sudah Telah
terbukti inilah satu sistem ekonomi terbaik yang telah Baginda SAW tunjukkan pada kita dan
sewajibnya umat Islam pada masa ini mengamalkan sistem ekonomi yang berlandaskan syariat Islam.

Ekonomi Islam bermaksud satu ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang diatur
berdasarkan syariat Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta didasari dengan
keimanan. Seain daripa sistem yang mengikut syariat Islam, pengamalnya sendiri mestilah mereka
yang mempunyai integriti,kredibiliti, keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Tuntutan untuk
melaksanakan ekonomi mengikut ajaran Islam adalah sangat penting kerana Islam adalah cara hidup
bagi umat manusia yang menyatukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohani manusia. Dua tokoh
penting yang sering disebut sebagai bapa ekonomi Islam ialah Ibnu Taymiyah (1262-1328 masihi) dan
Ibnu Khaldun (1332-1406 masihi)

Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah Rasullullah SAW. Daripada
sumber-sumber inilah para ulama dan ahli ekonomi Islam telah mengeluarkan dan mengetengahkan
beberapa prinsip penting di dalam sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama telah di rumus seperti
berikut:

Kesatuan (unity)

Keseimbangan (equilibrium)

Kebebasan (free will)

Tanggungjawab (responsibility)

Islam amat menitik berat soal keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk
penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan

segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak
tertentu. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 29 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.

Salah satu cara yang terbaik untuk diamalkan oleh masyarakat Islam bagi meningkatkan taraf hidup
dan ekonomi ialah melalui bidang perniagaan. Pelaksanaannya perniagaan haruslah mengikut batasbatas syariat dan juga mengikut acuan sistem ekonomi Islam. Nabi SAW pernah bersabda:

Sembilan persepuluh punca rezeki itu adalah melalui bidang perniagaan.


( Riwayat Abu said bin Mansur)

Ekonomi Islam dapat menjana pelbagai hasil dan ianya melengkapi keperluan dan kehendak bagi
memenuhi kemaslahatan masyarakat. Hasil yang diperolehi dapat menjana ekonomi sesebuah
masyarakat, kerajaan ataupun organisasi. Allah telah menjadikan bumi ini tempat untuk manusia
meneroka dan mengeksploitasi segala sumbernya. Sumber-sumber seperti petroleum, gas, ternakan,
pertanian, semua hasil bumi dan pelbagai sumber lain yang diperolehi mestilah digunakan dan
disalurkan dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Penggunaan sumbersumber ini adalah salah satu daripada proses pelaksanaan dan pembangunan ekonomi.

Banyak manfaat dan kelebihan yang masyarakat akan dapat nikmati melalui pengamalan sistem
ekonomi Islam dan seterusnya mengenepikan sistem konvensional yang menindas masyarakat dan
cuma menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai
umat Islam bagi melaksanakan dan menjalankan kegiatan ekonomi berteraskan syariat Islam dan
dapat menunjukkan bahawa Islam ini sebagai satu cara hidup yang terbaik untuk manusia.

Melaksanakan sistem ekonomi Islam adalah salah satu tuntutan dalam syariat Islam. Ianya sangat
penting bagi meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya.
Dengan terlaksananya sistem ekonomi Islam, maka kehidupan manusia akan lebih tersusun dan

terjamin tanpa ada sebarang penindasan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Islam akan
menjamin kehidupan umat Islam dan juga bukan Islam. Oleh itu, marilah kita sama-sama
melaksanakan tuntutan ini dengan membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan betapa
pentingnya untuk kita melaksanakan sistem ekonomi berteraskan tuntutan syariat.

Ibadat zakat adalah Rukun Islam yang menjadi persoalan pokok untuk menyedarkan masyarakat
kepentingan memenuhi tuntutan supaya umat Isla m menunaikan ibadat itu. Institusi zakat adalah sumber
pendapatan masyarakat Islam yang boleh disalurkan kepada usaha memajukan masyarakat. Ia penting
dalam menjana ekonomi dan kewangan Islam yang turut dinikmati semua golongan masyarakat.
Kesempurnaan Islam turut memberi kebaikan kepada seluruh alam. Namun begitu berapa ramaikah
dalam kalangan umat Islam hari ini yang mengamalkan perancangan dalam kewangan? Adakah kita
telah bersedia membuat perancangan kewangan mengikut perspektif Islam? Jika belum, bermakna kita
akan menghadapi saat kehidupan yang masih tidak berubah seperti dulu.
Zakat dapat didefinisikan dalam bahasa mudah adalah badan kebajikan kepada umat Islam. Konsep
zakat dalam menstabilkan ekonomi hendaklah dilihat dalam konteks yang luas, tidak hanya terbatas
sekadar mengutip dan mengagihkan wang zakat dalam kontes yang konservatif. Hakikatnya zakat dapat
digembling sebagai instrument memperkasakan ekonomi umat Islam. Sifirnya mudah, seandainya umat
Islam dapat mendominasi ekonomi negara, maka kawalan atau keseimbangan terhadap penawaran dan
permintaan yang memungkinkan ketidakstabilan harga barangan atau perkhidmatan dapat diawal.
Berzakat menjadi elemen pembersihan rohani dan sumber harta, pendapatan, kewanagn, ekonomi dan
sosial. Mereka yang berzakat mementingkan kualiti hidup berdasarkan kepada tuntutan syarak. Sumber
yang hendak dikeluarkan zakat perlulah daripada sumber yang bersih cara mendapatkan dan
menguruskannya. Tuntutan ini member peringatan kepada pengeluar akat supaya sentiasa menjauhkan
daripada pendapatan atau pengurusan yang tiak bersih.
Zakat turut merangkumi kepentingan dalam bentuk fizikal. Zakat boleh dianggap teras kepada sistem
ekonomi Islam. Malah, kaedah cukai yang dikenakan dalam sistem ekonomi konvensional adalah
mencontohi institusi zakat. Cukai dipungut diagihkan kembali untuk pembangunan negara dan membiayai
keperluan golongan miskin. Setiap apa dilakukan tidak sekadar mendapat keuntungan di dunia, juga
diberi pembalasan baik dan buruk untuk ehidupan akhirat.
Ekonomi dan sosial ummah menjadi lebih stabil berasaskan mekanisme zakat yang mana golongan tidak
mampu akan dibantu untuk menjana kembali kekuatan ekonomi dan sosial mereka. golongan asnaf
dapat meningkatkan eupayaan membeli dan menguna jika ada sumbangan disalurkan kepada mereka.
Dalam teori ekonomi, perbelanjaan dapat meningkatkan pusingan ekonomi. Ini secara tidak langsung
meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhannya. Institusi zakat memainkan peranannya tersendiri

iaitu sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mejaankan urusan berkaitan dengan kutipan zakat
harta di negara ini. Antara lain juga, institusi zakat di negara ini turut member penerangan dan
menyampaikan maklumat mengenai zakat harta dengan berkesan dan menggunakan kaedah terkini
kepada masyarakat Islam.
Golongan fakir miskin tidak wajar dibiarkan sebagai penerima zakat atau sedekah semata-mata. Mereka
berpotensi untuk meningkat pendapatan melalui bantuan kewangan, khidmat nasihat, latihan dan
motivasi. Kata pepatah, jika ingin membatu seseorang secara berterusan, jangan berikan ikan, tetapi
berikan pancing kepadanya. Mereka perlu dibangunkan dan dimotivasikan supaya berdikari untuk terus
hidup dengan cara memanfaatkan wang agihan sebagai sumber modal. Mereka wajib pula berusaha dan
berikhtiar untuk memajukan ekonomi mereka dengan menjana sumber daripada agihan zakat yang
diperoleh.
Zakat zahirnya mengurangkan harta, namun hakikatnya ia menyuburkan harta. Ini kerana, setiap harta
yang dizakat, maka Allah S.W.T melimpahkan keberkatan kepada harta yang masih berbaki. Bahkan
Allah memerintahkan agar penerima zakat berdoa yang bertujuan agar harta pembayar zakat diberi
keberkatan. Di antara golongan yang tidak diizinkan menerima zakat ialah orang-orang kafir. Hal ini
adalah jelas di sisi Islam dan ulama fikah sepakat bahawa orang-orang kafir dan orang-orang ateis (tiada
agama) tidak berhak ke atas wang atau harta zakat.
Zakat adalah satu jalan dari pelbagai jalan alternatif demi mendapat keberkatan hidup. Jika tidak,
masakan Islam mewajibkan zakat dan mengangkatnya sebagai satu daripada lima tiang agama Islam.
Apabila zakat dihayati, maka barulah lahir keindahannya.